Malaysia legislation

Section 3

of AKTA RAHSIA RASMI 1972

Seksyen 3

Penalti bagi mengintip

Jika, bagi apa-apa maksud yang memudaratkan keselamatan atau kepentingan Malaysia, seseorang—

(a)

menghampiri, memeriksa, merentasi atau berada di sekitar atau memasuki sesuatu tempat larangan;

(b)

membuat sesuatu suratan yang dikira menjadi atau yang mungkin atau yang dimaksudkan untuk menjadi berguna secara langsung atau secara tidak langsung kepada sesuatu negara asing;

(c)

mendapatkan, mengumpul, merakamkan, menyiarkan atau menyampaikan kepada seseorang lain sesuatu perkataan kod, isyarat timbal atau kata laluan rasmi yang rahsia, atau apa-apa benda, suratan atau maklumat yang dikira menjadi atau yang mungkin atau yang dimaksudkan untuk menjadi berguna secara langsung atau secara tidak langsung kepada sesuatu negara asing, orang itu melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum dengan pemenjaraan seumur hidup.

Larangan mengambil atau membuat apa-apa suratan, ukuran, pemeruman atau kerja ukur mengenai atau dalam sesuatu tempat larangan

Section 3 — AKTA RAHSIA RASMI 1972 | mylaw.my