Malaysia legislation
Section 4
Seksyen 4
(2)
Tidaklah menjadi suatu kesalahan di bawah subseksyen
(1)
mengambil atau membuat, di luar sesuatu tempat larangan, sesuatu gambar foto atau lukisan yang mengandungi tempat itu atau sesebahagian daripadanya, melainkan jika dibuktikan bahawa gambar foto atau lukisan itu dimaksudkan untuk memudaratkan keselamatan atau kepentingan Malaysia atau menjadi berguna secara langsung atau secara tidak langsung kepada sesuatu negara asing.
(b)
Perenggan (a) tidak terpakai bagi pengambilan atau pembuatan sesuatu gambar foto atau lukisan dari sesuatu kapal udara.
(3)
Tidaklah menjadi suatu kesalahan mengambil atau membuat apa-apa suratan, ukuran, pemeruman atau kerja ukur jika pengambilan atau pembuatan itu dilakukan dengan mendapat kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada pihak berkuasa yang berwibawa.
(b)
Pada memberikan kebenaran bertulis itu, pihak berkuasa yang berwibawa itu boleh mengenakan sebagai suatu syarat bahawa apa-apa jua yang diambil atau dibuat sedemikian mestilah disampaikan dengan segera kepada pihak berkuasa yang berwibawa itu untuk diperiksa. Pihak berkuasa yang berwibawa itu, jika berpuas hati bahawa ada sebab yang munasabah bagi mempercayai bahawa yang diambil atau dibuat sedemikian mengandungi perkara atau maklumat yang memudaratkan keselamatan atau kepentingan
Malaysia dan berguna secara langsung atau secara tidak langsung kepada sesuatu negara asing, boleh memerintahkan supaya suratan itu dirampas atau mana-mana bahagian daripadanya dihapuskan, dipadamkan atau dikeluarkan.
Penalti kerana membuat atau menolong membuat akuan atau pernyataan palsu bagi mendapatkan permit 5.
Jika seseorang membuat atau menolong membuat sesuatu akuan atau pernyataan yang palsu tentang apa-apa perkara material bagi maksud hendak mendapatkan kebenaran di bawah perenggan 4(3)(a)
daripada sesuatu pihak berkuasa yang berwibawa, dia adalah
12
Undang-Undang Malaysia melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum dengan denda tidak melebihi dua ribu ringgit.
Kuasa khas mahkamah untuk mengarahkan penggeledahan dan penyitaan