Malaysia legislation
Section 6
Seksyen 6
(2)
Jika sesuatu suratan yang dikehendaki disita di bawah suatu waran geledah yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1) adalah disita sedemikian atau dikemukakan dengan sukarela oleh orang yang memilikinya, suratan itu hendaklah dihantar oleh mahkamah itu kepada pihak berkuasa yang berwibawa dan jika pihak berkuasa yang berwibawa itu berpendapat bahawa suratan itu mengandungi perkara atau maklumat yang memudaratkan keselamatan atau kepentingan Malaysia dan berguna secara langsung atau secara tidak langsung kepada sesuatu kuasa asing atau kepada seseorang musuh, pihak berkuasa yang berwibawa itu boleh memerintahkan supaya suratan itu dilucuthakkan, atau apa-apa bahagian daripadanya dihapuskan, dipadamkan atau dikeluarkan.
Larangan membawa perkakas fotografi