Malaysia legislation
Section 7
Seksyen 7
(2)
Dalam pendakwaan bagi sesuatu kesalahan di bawah subseksyen (1) beban membuktikan adanya sesuatu maksud yang sah hendaklah terletak pada yang tertuduh.
Rahsia Rasmi 13
(3)
Sesuatu perkakas fotografi hendaklah dianggap dibawa dengan kuasa yang sah jika dibawa berhubung dengan penjalanan kewajipannya oleh seseorang pegawai polis atau anggota angkatan tentera yang bertugas menjalankan kewajipan pengawal, peronda keselamatan atau kewajipan lain yang seumpamanya.
(4)
Apa-apa perkakas fotografi yang mengenainya sesuatu kesalahan di bawah Akta ini telah dilakukan atau disyaki telah dilakukan boleh disita oleh seseorang pegawai polis atau oleh pihak berkuasa yang berwibawa atau oleh seseorang yang diberi kuasa dengan sewajarnya bagi maksud itu oleh pihak berkuasa yang berwibawa itu dan apa-apa gambar foto, plat, negatif filem atau pita atau alat-alat lain dalam atau untuk perkakas itu boleh juga disita dan boleh dikenakan apa-apa proses penyempurnaan sebagaimana yang diarahkan oleh pegawai polis atau pihak berkuasa yang berwibawa itu sama ada pada amnya atau dalam sesuatu hal yang tertentu.
Kewajipan melaporkan permintaan bagi maklumat, dll.