Malaysia legislation
Section 8
Seksyen 8
Menyampaikan, dsb., rahsia rasmi dengan salah
(a)
berhubungan dengan atau digunakan di sesuatu tempat larangan atau yang berhubungan dengan apa-apa jua di sesuatu tempat itu;
(b)
berhubungan dengan kelengkapan perang dan perkakas, kelengkapan dan jentera lain yang digunakan dalam mengekalkan keamanan dan keselamatan Malaysia;
(c)
telah dibuat atau didapati bersalahan dengan Akta ini;
(d)
telah diamanahkan sebagai rahsia kepadanya oleh seseorang pegawai awam; atau
(e)
telah dibuat atau didapatinya atau yang dia mempunyai akses kepadanya, disebabkan oleh kedudukannya sebagai seorang yang memegang atau telah memegang jawatan
Rahsia Rasmi 15
dalam perkhidmatan awam, atau sebagai seorang yang memegang atau telah memegang suatu kontrak yang dibuat bagi pihak Kerajaan, atau sebagai seorang yang bekerja atau telah diambil, kerja dengan atau di bawah seseorang yang memegang atau telah memegang jawatan atau kontrak itu, melakukan mana-mana yang berikut—
(i)
menyampaikan secara langsung atau secara tidak langsung sesuatu maklumat atau benda itu kepada sesuatu negara asing selain negara asing yang kepadanya diberi kuasa dengan sewajarnya untuk menyampaikannya atau kepada seseorang lain selain orang yang kepadanya diberi kuasa dengan sewajarnya untuk menyampaikannya atau yang kepadanya dia berkewajipan menyampaikannya;
(ii)
menggunakan sesuatu rahsia rasmi atau benda seperti yang tersebut di atas untuk faedah sesuatu negara asing selain negara asing yang bagi faedahnya dia diberi kuasa dengan sewajarnya untuk menggunakannya atau dengan apa-apa cara lain yang memudaratkan keselamatan atau kepentingan Malaysia;
(iii)
menyimpan dalam milik atau kawalannya mana-mana benda seperti yang tersebut di atas apabila dia tidak berhak menyimpannya, atau apabila berlawanan dengan kewajipannya bagi menyimpannya, atau tidak mematuhi segala arahan yang sah yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa yang sah berkenaan dengan pemulangan atau pelupusan benda itu; atau
(iv)
tidak menjaga dengan cara yang berpatutan, atau bertingkah laku sehingga membahayakan keselamatan atau kerahsiaan, sesuatu rahsia rasmi atau benda seperti yang tersebut di atas, orang itu melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak kurang dari satu tahun tetapi tidak melebihi tujuh tahun.
(2)
Jika seseorang menerima sesuatu rahsia rasmi atau sesuatu perkataan kod, isyarat timbal, atau kata laluan rasmi yang rahsia, dengan mengetahui atau ada alasan yang munasabah bagi mempercayai, pada waktu dia menerimanya itu, bahawa rahsia rasmi, perkataan kod, isyarat timbal, atau kata laluan itu disampaikan kepadanya bersalahan
16
Undang-Undang Malaysia dengan Akta ini, dia melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak kurang dari satu tahun tetapi tidak melebihi tujuh tahun, melainkan jika dia membuktikan bahawa rahsia rasmi, perkataan kod, isyarat timbal atau kata laluan itu telah disampaikan kepadanya dengan tidak dikehendaki olehnya.
Menggunakan pakaian seragam tanpa kuasa, memalsukan laporan, pemalsuan, penyamardirian dan suratan palsu