Malaysia legislation
Section 9
Seksyen 9
(a)
menggunakan atau memakai, tanpa kuasa yang sah, apa-apa pakaian seragam tentera laut, tentera darat, tentera udara, polis atau pakaian seragam rasmi yang lain atau apa-apa pakaian seragam yang hampir serupa dengannya sehingga mungkin memperdayakan, atau dengan palsu mengemukakan dirinya sebagai seorang yang berhak atau telah berhak menggunakan atau memakai mana-mana pakaian seragam itu;
(b)
menggunakan apa-apa samaran atau nama palsu, atau dengan disedarinya menyembunyikan identiti atau bangsanya;
(c)
secara lisan atau dengan bertulis dalam sesuatu akuan atau permohonan, atau dalam sesuatu dokumen yang ditandatangani olehnya atau bagi pihaknya, dengan disedarinya membuat atau membiarkan dibuat sesuatu pernyataan palsu atau sesuatu peninggalan;
(d)
memalsukan, mengubah, mencacatkan, melupuskan atau membinasakan sesuatu pasport atau sesuatu pas, permit, perakuan atau lesen yang rasmi bagi tentera laut, tentera darat, tentera udara atau polis atau dokumen lain yang seumpamanya (kemudian daripada ini dalam seksyen ini disebut “dokumen rasmi”) atau menggunakan atau ada dalam miliknya sesuatu dokumen rasmi yang dipalsukan, diubah atau yang tidak teratur itu;
Rahsia Rasmi 17
(e)
menyamar diri, atau dengan palsu mengemukakan dirinya, sebagai seseorang yang memegang jawatan atau yang bekerja dengan seseorang yang memegang jawatan dalam perkhidmatan awam, atau menyamar diri, atau dengan palsu mengemukakan dirinya, sebagai atau sebagai bukan, seorang yang kepadanya telah dikeluarkan atau disampaikan dengan sewajarnya suatu dokumen rasmi atau perkataan kod, isyarat timbal atau kata laluan rasmi yang rahsia;
atau
(f)
menggunakan, atau ada dalam miliknya atau di bawah kawalannya, tanpa kuasa perkhidmatan awam yang berkenaan, sesuatu anak kunci, lencana, alat, acuan, meterai, cap atau kertas rasmi bagi atau kepunyaan, atau yang digunakan, dibuat atau diadakan oleh sesuatu perkhidmatan awam atau oleh sesuatu pihak berkuasa diplomatik, tentera laut, tentera darat atau tentera udara yang dilantik oleh atau yang bertindak di bawah kuasa Kerajaan, atau apa-apa anak kunci, lencana, alat, acuan, meterai atau cap yang hampir serupa dengan artikel seperti yang tersebut di atas itu sehingga mungkin memperdayakan, atau melancungkan mana-mana artikel seperti yang tersebut di atas itu, atau menggunakan, atau ada dalam miliknya, atau di bawah kawalannya, mana-mana benda lancungan itu, dia melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum dengan denda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya.
(2)
Jika, bagi apa-apa maksud yang memudaratkan keselamatan atau kepentingan Malaysia, seseorang—
(a)
menyimpan sesuatu dokumen rasmi, sama ada atau tidak disempurnakan atau dikeluarkan untuk kegunaan, manakala dia tidak berhak menyimpannya, atau manakala penyimpanannya adalah berlawanan dengan kewajipannya, atau tidak mematuhi apa-apa arahan yang dikeluarkan oleh sesuatu perkhidmatan awam atau seseorang yang diberi kuasa oleh perkhidmatan awam itu berkenaan dengan pemulangan atau pelupusan suratan itu;
(b)
membenarkan seseorang lain memiliki sesuatu dokumen rasmi yang dikeluarkan untuk kegunaannya seorang sahaja, atau menyampaikan sesuatu perkataan kod, isyarat timbal
18
Undang-Undang Malaysia atau kata laluan rasmi yang rahsia yang dikeluarkan sedemikian, atau, tanpa kuasa atau sebab yang sah, ada dalam miliknya sesuatu dokumen rasmi atau perkataan kod, isyarat timbal atau kata laluan rasmi yang rahsia yang dikeluarkan bagi kegunaan seseorang selain dirinya sendiri;
(c)
apabila dapat memiliki sesuatu dokumen rasmi sama ada dengan menjumpainya atau selainnya, abai atau tidak memulangkannya kepada orang atau pihak berkuasa yang telah mengeluarkannya atau yang untuk kegunaannya ia telah dikeluarkan, atau kepada Ketua Pegawai Polis;
(d)
tanpa kuasa atau sebab yang sah, membuat atau menjual, atau ada dalam miliknya untuk jualan, sesuatu anak kunci, lencana, alat, acuan, meterai atau cap sedemikian; atau
(e)
dengan niat hendak mendapatkan sesuatu dokumen rasmi, perkataan kod, isyarat timbal atau kata laluan rasmi yang rahsia, sama ada bagi dirinya sendiri atau bagi seseorang lain, dengan diketahuinya membuat sesuatu pernyataan palsu, dia melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak kurang dari satu tahun tetapi tidak melebihi tujuh tahun.
Mengganggu pegawai polis atau anggota angkatan tentera