Malaysia legislation
Section 11
Seksyen 11
(2)
Tiada keuntungan boleh diisytiharkan melainkan jika Lembaga telah menubuhkan suatu Kumpulan Wang Rizab, dan tiada keuntungan boleh diisytiharkan dalam mana-mana tahun melainkan jika pada akhir tahun itu—
(a)
(Dipotong oleh Akta A1668);
(b)
aset Kumpulan Wang Rizab itu tidak kurang daripada sesuatu peratus amaun yang sebenarnya ada dalam kredit pencarum pada akhir tahun itu termasuk keuntungan yang diluluskan oleh Perbendaharaan;
(ba)
peruntukan dibuat oleh Lembaga bagi pembayaran ke dalam skim yang ditubuhkan di bawah seksyen 15A mengenai jumlah wang sebagaimana yang mencukupi bagi maksud skim yang ditubuhkan di bawah seksyen 15A; dan
(c)
Lembaga berpuas hati dengan kemampuan Tabung untuk membuat semua pembayaran yang dikehendaki untuk dibayar di bawah Akta ini tidak terancam dengan perisytiharan kadar itu.
(2A)
Bagi maksud perisytiharan keuntungan di bawah subseksyen (1), Lembaga hendaklah dianggap sebagai solven sekiranya Lembaga berupaya untuk membayar hutangnya jika dan apabila hutang itu menjadi kena dibayar dalam masa dua belas bulan sebaik selepas perisytiharan itu dibuat.
(2B)
Lembaga boleh, dari semasa ke semasa sebagaimana yang difikirkannya perlu, melantik aktuari yang berkelayakan dan bebas untuk membantu Lembaga dalam membuat penilaian prestasi kewangannya menurut seksyen ini dan penilaian sedemikian boleh dijadikan sebagai panduan kepada Lembaga.
(3)
Apa-apa bayaran yang dikehendaki dibuat daripada Tabung hendaklah, setakat yang wang dalam Tabung itu tidak cukup bagi maksud itu, dibuat daripada Kumpulan Wang Rizab.
Tabung Angkatan Tentera 21
(4)
Lembaga boleh dari semasa ke semasa memindahkan aset daripada Kumpulan Wang Rizab kepada Tabung atau daripada Tabung itu kepada Kumpulan Wang Rizab.
Pengeluaran