PERMULAAN
Tajuk ringkas dan pemakaian
/akn/my/act/act/1973/101
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
*AKTA TABUNG ANGKATAN TENTERA 1973 is Malaysia Act, cited as Act 101 1973, currently marked in force and first recorded in 1973.
Opening note
Bahagian I
Tajuk ringkas dan pemakaian
Akta ini hendaklah terpakai di seluruh Malaysia.
6
Undang-Undang Malaysia
Tafsiran
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“anggota ditetapkan dalam angkatan sukarela” ertinya anggota kerahan angkatan sukarela yang pada atau selepas 1 Ogos 1972 telah berkhidmat selama tempoh sembilan tahun berturut-turut dan yang layak, tertakluk pada syarat yang dikenakan dalam mana-mana peraturan yang berhubungan dengan faedah sampingan, untuk dipertimbangkan bagi faedah sampingan itu di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;
“anggota kerahan angkatan sukarela” ertinya anggota angkatan sukarela yang—
sedang atau telah dikerahkan untuk berkhidmat sepenuh masa di bawah seksyen 202 Akta Angkatan Tentera 1972
[Akta 77]; atau
sedang atau telah dipertugaskan kepada angkatan tetap di bawah subseksyen 201(3) Akta Angkatan Tentera 1972;
“angkatan sukarela” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam seksyen 2 Akta Angkatan Tentera 1972 dan termasuk angkatan tentera yang ditubuhkan di bawah Ordinan Askar Wataniah 1958
[Ord. 52 tahun 1958], *Ordinan Simpanan Sukarela Tentera Laut 1958
[Ord. 55 tahun 1958] dan *Ordinan Simpanan Sukarela Tentera Udara 1958 [Ord. 58 tahun 1958] dan disifatkan telah ditubuhkan di bawah
Akta Angkatan Tentera 1972;
“askar-lasykar” ertinya, mana-mana orang selain seseorang pegawai, yang didaftarkan dalam angkatan tetap Malaysia;
“faedah sampingan”, berhubung dengan anggota ditetapkan dalam angkatan sukarela, ertinya pembangunan sosioekonomi atau rancangan, aktiviti atau faedah kebajikan atau faedah-faedah lain yang diperuntukkan bagi anggota itu;
⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯
CATATAN—Ordinan ini telah dimansuhkan oleh Akta Angkatan Tentera 1972 [Akta 77].
Tabung Angkatan Tentera 7
“faedah unit amanah” ertinya faedah yang baginya peruntukan dibuat dalam seksyen 15C;
“Lembaga” ertinya Lembaga Tabung Angkatan Tentera yang ditubuhkan di bawah seksyen 4;
“Panel Pelaburan” ertinya Panel Pelaburan yang ditubuhkan di bawah seksyen 6;
“pencarum” ertinya seseorang yang mencarum kepada Tabung dan termasuklah seseorang yang telah berhenti daripada mencarum tetapi belum mengeluarkan kesemua carumannya daripada Tabung itu;
“pencen” ertinya pencen yang diberikan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang memperuntukkan pencen bagi anggota angkatan tetap Malaysia;
“perbadanan” ertinya suatu perbadanan yang ditubuhkan di bawah seksyen 23;
“personel akan bersara” ertinya seseorang pegawai atau seseorang askar-lasykar yang hampir akan bersara atau hampir akan diberhentikan atau yang perkhidmatannya dengan angkatan tetap
Malaysia hampir akan ditamatkan atau genap tempoh;
“personel bersara” ertinya seseorang pegawai atau seseorang askar-lasykar yang telah bersara atau telah diberhentikan atau yang telah menamatkan atau genap tempoh perkhidmatannya dengan angkatan tetap Malaysia;
“skim anuiti veteran” ertinya skim yang ditubuhkan di bawah seksyen 15D bagi pembayaran anuiti;
“syarikat” ertinya suatu syarikat yang diperbadankan di bawah Akta
Syarikat 2016 [Akta 777], suatu syarikat amanah yang didaftarkan di bawah Akta Syarikat Amanah 1949 [Akta 100] atau mana-mana syarikat yang diperbadankan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berbidang kuasa asing;
“Tabung” ertinya Tabung Angkatan Tentera yang ditubuhkan di bawah seksyen 3.
8
Undang-Undang Malaysia
Bahagian II
Tabung dan tujuannya
bagi maksud utama mengadakan faedah persaraan dan faedah lain termasuk faedah di bawah skim yang ditubuhkan di bawah seksyen 15A, kepada orang yang dinyatakan di bawah perenggan (3)(a), dan skim anuiti veteran bagi faedah orang yang dinyatakan di bawah perenggan (3)(aa); dan
bagi maksud sampingan menggalakkan pembangunan sosioekonomi dan kebajikan orang yang dinyatakan di bawah perenggan (3)(b).
Yang berikut hendaklah dibayar ke dalam Tabung:
semua caruman yang dibayar sebagaimana yang diperuntukkan kemudian daripada ini dan apa-apa jumlah wang lain yang diarahkan oleh Akta ini untuk dibayar ke dalam Tabung;
semua wang yang didapati daripada pelaburan atau melalui pengendalian apa-apa projek, agensi, skim atau perusahaan yang dibiayai daripada Tabung dan Kumpulan Wang
Rizab yang ditubuhkan di bawah seksyen 11;
(bb)
suatu pemberian tahunan daripada Kumpulan Wang
Disatukan Persekutuan bagi maksud dan perkara sampingan yang berhubungan dengannya di bawah perenggan (1)(b);
semua pemberian, derma, endowmen, hadiah, pinjaman, caruman dan bekues yang dibuat kepada atau bagi faedah
Tabung;
Tabung Angkatan Tentera 9
semua jumlah wang yang dari semasa ke semasa genap masanya dibayar kepada Tabung berkenaan dengan pembayaran bagi apa-apa pinjaman yang telah diberikan daripada Tabung dan bunga yang kena dibayar berkenaan dengan mana-mana pinjaman itu;
wang yang didapati atau timbul daripada apa-apa harta, pelaburan, gadai janji, gadaian atau debentur yang diperoleh oleh atau terletak hak pada Tabung;
semua jumlah wang lain yang boleh dengan apa-apa cara menjadi kena dibayar atau terletak hak pada Tabung berkenaan dengan apa-apa perkara yang bersampingan dengan kuasa dan kewajipannya.
Tabung boleh digunakan bagi—
pengeluaran deposit dengan apa-apa keuntungan sebagaimana yang diputuskan oleh Lembaga mengikut peruntukan Akta ini;
(aa) pembelian unit dalam mana-mana skim amanah saham bagi faedah dan untuk diperuntukkan kepada pencarum dan kos pentadbiran dan kos lain yang berhubungan dengan faedah unit amanah itu sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga;
pembayaran balik dan bunga atas peminjaman dan apa-apa belanja pasti dan perbelanjaan lain yang dibenarkan oleh
Akta ini atau mana-mana peraturan di bawahnya supaya dibayar daripada Tabung itu;
(ba)
pembayaran faedah kematian dan hilang upaya menurut skim itu;
(bb)
pembayaran anuiti menurut skim anuiti veteran;
(bc)
aktiviti sosioekonomi, program kebajikan dan apa-apa aktiviti dan faedah lain yang boleh meningkatkan keadaan sosioekonomi mana-mana personel akan bersara atau personel bersara, atau mana-mana anggota ditetapkan dalam angkatan sukarela, termasuk pinjaman kepada orang itu;
10
Undang-Undang Malaysia
(bd)
membiayai perbelanjaan yang dilakukan oleh Lembaga atau mana-mana badan lain termasuk suatu perbadanan yang ditubuhkan di bawah seksyen 23, yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab untuk menjalankan aktiviti, program atau faedah yang disebut dalam perenggan (bc);
perbelanjaan lain yang bersampingan dengan pengurusan
Tabung dan fungsi Lembaga termasuk apa-apa wang yang dikehendaki untuk menunaikan apa-apa penghakiman, keputusan atau award yang diberikan oleh mana-mana mahkamah atau tribunal terhadap Lembaga, Pengerusi, mana-mana ahli Lembaga, Panel Pelaburan, mana-mana ahli Panel Pelaburan, pegawai, pekhidmat atau ejen
Lembaga berkenaan dengan apa-apa perbuatan, keabaian atau keingkaran yang dibuat atau dilakukan olehnya atas sifatnya sedemikian.
Bagi maksud seksyen ini—
faedah persaraan dan faedah lain termasuk faedah di bawah skim yang diwujudkan di bawah seksyen 15A hendaklah diberikan kepada—
askar-lasykar;
(iA) pegawai yang mencarum kepada Tabung;
anggota-anggota kerahan angkatan sukarela yang mencarum kepada Tabung;
(aa)
faedah di bawah skim anuiti veteran hendaklah diberikan kepada askar-lasykar yang disebut dalam perenggan 15D(1)(a) dan pegawai yang disebut dalam perenggan 15D(1)(b); dan
personel akan bersara atau personel bersara angkatan tetap Malaysia; atau
Lembaga hanya boleh menggunakan apa-apa wang daripada Tabung bagi maksud yang disebut dalam perenggan (1)(b),
(bc) dan (bd) jika Lembaga telah menggunakan wang yang disebut dalam perenggan (1A)(bb) dan jika terdapat jumlah wang yang mencukupi untuk menunaikan obligasinya di bawah seksyen 11.
(Dipotong oleh Akta A929).
Penubuhan dan pemerbadanan Lembaga Tabung
Lembaga hendaklah mempunyai suatu meterai perbadanan dan boleh membawa guaman atau dibawa guaman terhadapnya atas namanya dan, tertakluk pada dan bagi maksud Akta ini, boleh membuat kontrak dan boleh memperoleh, membeli, mengambil, memegang dan memiliki apa-apa jenis harta alih dan harta tak alih dan boleh memindahhakkan, menyerahhakan, menyerahkan balik, memulangkan balik, menggadaikan, menggadaijanjikan, mendemis, menyerahhakan semula, memindahkan hakmilik atau selainnya melupuskan atau membuat apa-apa urusan mengenai apa-apa harta alih atau harta tak alih atau apa-apa kepentingan mengenainya yang terletak hak pada Lembaga mengikut apa-apa terma yang difikirkan patut oleh
Lembaga.
Lembaga hendaklah terdiri daripada—
seorang Pengerusi iaitu Ketua Setiausaha Kementerian
Pertahanan atau mana-mana orang lain yang dilantik oleh
Menteri;
12
Undang-Undang Malaysia
Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan;
(ca)
Ketua Eksekutif yang hendaklah menjadi seorang anggota ex-officio;
empat orang anggota yang dilantik oleh Menteri untuk mewakili pencarum, seorang daripadanya hendaklah
Panglima Angkatan Tentera;
beberapa orang anggota lain, tidak lebih daripada empat orang, yang dilantik oleh Menteri atas nasihat Lembaga.
Dalam menentukan sama ada seseorang itu layak dan sesuai bagi maksud subseksyen (3), Menteri hendaklah mengambil kira—
kejujuran yang tidak diragui, kecekapan dan kewajaran pertimbangan orang itu dalam memenuhi tanggungjawabnya sebagai anggota Lembaga; dan
ketekunan yang membolehkan orang itu memenuhi tanggungjawabnya sebagai anggota Lembaga.
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (3), seseorang tidak layak untuk dilantik atau hilang kelayakan menjadi anggota Lembaga, jika dia—
telah disabitkan atas suatu kesalahan yang berhubungan dengan penganjuran, penubuhan atau pengurusan suatu syarikat atau perbadanan;
telah disabitkan atas suatu kesalahan yang melibatkan sogokan, fraud atau kecurangan;
⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯
CATATAN—Dahulunya dikenali sebagai “Ketua Turus Angkatan Tentera”—lihat subseksyen 10(2) Akta
Perlembagaan (Pindaan) (No. 2) 2001 [Akta A1130] yang m.b.p. 28 September 2001.
Tabung Angkatan Tentera 13
telah disabitkan atas suatu kesalahan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang dimaksudkan untuk melindungi orang awam;
telah hilang kelayakan melalui perintah mahkamah untuk bertindak sebagai pengarah di bawah mana-mana undang-undang bertulis; atau
telah terlibat dalam atau telah dikaitkan dengan, apa-apa amalan perniagaan, atau selainnya berkelakuan dengan sedemikian cara sehingga menimbulkan keraguan tentang kewibawaan dan kewajaran pertinbangannya.
Hal keadaan yang disebut dalam subseksyen (3B) hendaklah terpakai bagi hal keadaan di dalam atau di luar Malaysia.
Peruntukan Jadual Pertama hendaklah berkuat kuasa berkenaan dengan Lembaga.
Fungsi Lembaga dan penubuhan jawatankuasa oleh Lembaga
Bagi maksud membantu Lembaga menjalankan fungsinya,
Lembaga boleh menubuhkan apa-apa jawatankuasa yang terdiri daripada mana-mana orang yang difikirkan layak oleh Lembaga.
Lembaga boleh mengambil kerja dan membayar ejen dan penasihat teknikal termasuk peguam bela dan peguam cara, jurubank, broker saham, juruukur atau penilai atau orang lain, untuk menjalankan apa-apa urusan atau untuk melakukan apa-apa perbuatan yang dikehendaki dilakukan dalam menjalankan fungsinya atau bagi menguatkuasakan dengan lebih berkesan maksud Akta ini, dan boleh membayar daripada Tabung semua bayaran dan perbelanjaan yang dilakukan sedemikian.
14
Undang-Undang Malaysia
Penubuhan suatu Panel Pelaburan
Panel Pelaburan hendaklah terdiri daripada—
empat orang anggota lain yang mempunyai pengalaman dan kepakaran dalam perniagaan, pelaburan, pengurusan risiko pelaburan, aktuari, perbankan, undang-undang atau kewangan yang hendaklah dilantik oleh Menteri atas nasihat Lembaga.
Bagi maksud perenggan (2)(a), Pengerusi tidak boleh menjadi
Pengerusi Lembaga.
Dalam menentukan sama ada seseorang itu layak dan sesuai bagi maksud subseksyen (2), Menteri hendaklah mengambil kira—
kejujuran yang tidak diragui, kecekapan dan kewajaran pertimbangan orang itu dalam memenuhi tanggungjawabnya sebagai anggota Panel Pelaburan; dan
ketekunan yang membolehkan orang itu memenuhi tanggungjawabnya sebagai anggota Panel Pelaburan.
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (2), seseorang tidak layak untuk dilantik atau hilang kelayakan menjadi anggota Panel
Pelaburan, jika dia—
telah disabitkan atas suatu kesalahan yang berhubungan dengan penganjuran, penubuhan atau pengurusan suatu syarikat atau perbadanan;
telah disabitkan atas suatu kesalahan yang melibatkan sogokan, fraud atau kecurangan;
telah disabitkan atas suatu kesalahan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang dimaksudkan untuk melindungi orang awam;
telah hilang kelayakan melalui perintah mahkamah untuk bertindak sebagai pengarah di bawah mana-mana undang-undang bertulis; atau
telah terlibat dalam atau telah dikaitkan dengan, apa-apa amalan perniagaan, atau selainnya berkelakuan dengan sedemikian cara sehingga menimbulkan keraguan tentang kewibawaan dan kewajaran pertimbangannya.
Hal keadaan yang disebut dalam subseksyen (2C) hendaklah terpakai bagi hal keadaan di dalam atau di luar Malaysia.
Peruntukan Jadual Kedua hendaklah berkuat kuasa berkenaan dengan Panel Pelaburan.
Kuasa Menteri berhubung dengan Lembaga
Lembaga hendaklah mengemukakan kepada Menteri apa-apa penyata, akaun dan maklumat lain berkenaan dengan harta dan aktiviti Lembaga sebagaimana yang dikehendaki dari semasa ke semasa oleh Menteri.
16
Undang-Undang Malaysia
Kewajipan dan tanggungjawab anggota, dsb.
pada setiap masa, menjalankan kuasanya mengikut Akta ini bagi maksud yang sepatutnya dan dengan suci hati demi kepentingan Tabung; dan
menjalankan kewajipan dan tanggungjawabnya dengan ketelitian, kemahiran dan ketekunan yang munasabah berdasarkan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman yang semunasabahnya dijangka daripada seorang yang mempunyai kewajipan dan tanggungjawab yang sama.
Anggota Lembaga, anggota Panel Pelaburan, anggota jawatankuasa Lembaga, pegawai dan pekhidmat Lembaga yang telah memungkiri atau gagal mematuhi, telah menyumbang kepada kemungkiran atau ketidakpatuhan atau telah melanggar mana-mana peruntukan Akta ini boleh, bagi apa-apa kerugian atau kerosakan disebabkan oleh tindakan atau peninggalannya, dipertanggungjawabkan secara sendiri.
Caruman askar-lasykar
Lembaga hendaklah—
Seorang askar-lasykar boleh juga memohon suatu pemotongan lanjut melebihi sepuluh peratus daripada gaji bulanannya sebagaimana yang ditentukan oleh askar-lasykar itu sebagai carumannya kepada
Tabung dan amaun caruman itu hendaklah dikreditkan kepada akaun askar-lasykar itu.
Berkenaan dengan tiap-tiap caruman yang dibuat di bawah subseksyen (1) dan (1A), hendaklah dibayar kepada Tabung daripada
Kumpulan Wang Disatukan bagi kredit akaun askar-lasykar itu suatu
Tabung Angkatan Tentera 17
amaun yang sama banyaknya dengan lima belas peratus daripada gaji bulanannya yang dikira hingga lima sen yang hampir sekali.
Jika seseorang askar-lasykar berkelayakan untuk pencen—
potongan gajinya di bawah subseksyen (1) dan (1A)
hendaklah terus dibuat sehingga dia diberhentikan daripada perkhidmatan dengan angkatan tetap Malaysia;
pembayaran di bawah subseksyen (2) hendaklah terhenti daripada dibuat berkenaan dengan caruman yang dibuat di bawah perenggan (a); dan
segala pembayaran yang telah dibuat di bawah subseksyen (2) yang masih ada pada kredit akaun askar-lasykar itu hendaklah dikeluarkan dan dikreditkan ke dalam Kumpulan Wang Disatukan.
Jika seseorang askar-lasykar yang belum berkelayakan untuk pencen diberikan pencen hilang upaya atau ganjaran hilang upaya menurut mana-mana undang-undang yang sedang berkuat kuasa yang berhubungan dengan pencen, ganjaran dan faedah lain yang terpakai bagi angkatan tetap, dia juga layak dibayar, selain carumannya kepada
Tabung di bawah subseksyen (1) dan (1A), segala pembayaran yang telah dibuat di bawah subseksyen (2) yang ada dalam kredit akaunnya.
Jika seseorang askar-lasykar dinaikkan pangkat menjadi pegawai, pemotongan gajinya di bawah subseksyen (1) dan (1A)
hendaklah terhenti dan hendaklah diteruskan di bawah seksyen 9A.
Caruman pegawai
Seorang pegawai boleh juga memohon suatu pemotongan lanjut melebihi sepuluh peratus daripada gaji bulanannya sebagaimana yang ditentukan oleh pegawai itu sebagai carumannya kepada Tabung
18
Undang-Undang Malaysia dan amaun caruman itu hendaklah dikreditkan kepada akaun pegawai itu.
Berkenaan dengan tiap-tiap caruman yang dibuat di bawah subseksyen (1) dan (1A), hendaklah direkodkan suatu caruman secara isyarat kepada Tabung daripada Kumpulan Wang Disatukan bagi kredit akaun pegawai itu suatu amaun yang sama banyaknya dengan lima belas peratus daripada gaji bulanannya yang dikira hingga lima sen yang hampir sekali.
Seseorang pegawai yang mencarum di bawah subseksyen (1)
dan (1A) yang telah menamatkan kurang daripada dua puluh tahun perkhidmatan dan tidak memilih untuk menerima ganjaran tamat perkhidmatan dan juga tidak memilih untuk menyertai skim anuiti veteran hendaklah, apabila genap tempoh perkhidmatannya dibayar amaun yang berikut:
nilai caruman daripada Kumpulan Wang Disatukan yang direkodkan mengikut subseksyen (2).
Seseorang pegawai yang mencarum di bawah subseksyen (1)
dan (1A) yang telah menamatkan kurang daripada dua puluh tahun perkhidmatan dan tidak memilih untuk dibayar ganjaran tamat perkhidmatan tetapi memilih untuk menyertai skim anuiti veteran hendaklah, apabila genap tempoh perkhidmatannya, dibayar nilai carumannya kepada Tabung dan dividen bagi tempoh caruman itu, dan nilai caruman daripada Kumpulan Wang Disatukan yang direkodkan mengikut subseksyen (2) hendaklah dibayar ke dalam Tabung bagi kredit akaun pegawai itu.
Seseorang pegawai yang mencarum di bawah subseksyen (1)
dan (1A) yang telah menamatkan kurang daripada dua puluh tahun perkhidmatan dan telah memilih untuk menerima ganjaran tamat perkhidmatan hendaklah, apabila genap tempoh perkhidmatannya menerima nilai carumannya kepada Tabung dan dividen bagi tempoh caruman itu.
Tabung Angkatan Tentera 19
Seseorang pegawai yang berkelayakan untuk pencen tetapi menamatkan perkhidmatan dalam mana-mana tempoh selepas dua puluh tahun sehingga mencapai umur bersara wajib hendaklah, apabila genap tempoh perkhidmatannya menerima nilai carumannya kepada
Tabung bagi keseluruhan tempoh perkhidmatannya dan dividen selama tempoh carumannya.
Pembayaran di bawah subseksyen (3) hendaklah dibuat walaupun pegawai itu diberikan pencen hilang upaya atau ganjaran hilang upaya menurut peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang sedang berkuat kuasa yang berhubungan dengan pencen, ganjaran atau pemberian atau faedah lain yang terpakai bagi angkatan tetap.
Jika seseorang pegawai yang mencarum di bawah subseksyen (1) dan (1A) telah menamatkan dua puluh lima tahun perkhidmatan atau telah mencapai umur bersara wajib, mengikut mana-mana yang terdahulu, pemotongan gaji bulanannya hendaklah terhenti dan caruman secara isyarat kepada Tabung daripada Kumpulan Wang Disatukan di bawah subseksyen (2)
hendaklah terhenti daripada direkodkan.
Caruman sukarela kepada Tabung
Subseksyen 9(2) dan 9A(2) dan seksyen 12 tidak terpakai bagi apa-apa caruman yang dibuat di bawah seksyen ini.
Amaun caruman yang kena dibayar oleh pencarum itu di bawah seksyen ini boleh dibuat dengan cara potongan daripada gaji bulanan pencarum itu dan amaun itu hendaklah dikreditkan kepada akaun pencarum itu.
Perisytiharan keuntungan
Tiada keuntungan boleh diisytiharkan melainkan jika Lembaga telah menubuhkan suatu Kumpulan Wang Rizab, dan tiada keuntungan boleh diisytiharkan dalam mana-mana tahun melainkan jika pada akhir tahun itu—
aset Kumpulan Wang Rizab itu tidak kurang daripada sesuatu peratus amaun yang sebenarnya ada dalam kredit pencarum pada akhir tahun itu termasuk keuntungan yang diluluskan oleh Perbendaharaan;
(ba)
peruntukan dibuat oleh Lembaga bagi pembayaran ke dalam skim yang ditubuhkan di bawah seksyen 15A mengenai jumlah wang sebagaimana yang mencukupi bagi maksud skim yang ditubuhkan di bawah seksyen 15A; dan
Lembaga berpuas hati dengan kemampuan Tabung untuk membuat semua pembayaran yang dikehendaki untuk dibayar di bawah Akta ini tidak terancam dengan perisytiharan kadar itu.
Bagi maksud perisytiharan keuntungan di bawah subseksyen (1), Lembaga hendaklah dianggap sebagai solven sekiranya Lembaga berupaya untuk membayar hutangnya jika dan apabila hutang itu menjadi kena dibayar dalam masa dua belas bulan sebaik selepas perisytiharan itu dibuat.
Lembaga boleh, dari semasa ke semasa sebagaimana yang difikirkannya perlu, melantik aktuari yang berkelayakan dan bebas untuk membantu Lembaga dalam membuat penilaian prestasi kewangannya menurut seksyen ini dan penilaian sedemikian boleh dijadikan sebagai panduan kepada Lembaga.
Apa-apa bayaran yang dikehendaki dibuat daripada Tabung hendaklah, setakat yang wang dalam Tabung itu tidak cukup bagi maksud itu, dibuat daripada Kumpulan Wang Rizab.
Tabung Angkatan Tentera 21
Lembaga boleh dari semasa ke semasa memindahkan aset daripada Kumpulan Wang Rizab kepada Tabung atau daripada Tabung itu kepada Kumpulan Wang Rizab.
Pengeluaran
apabila pencarum itu telah diperakui sebagai tidak berupaya untuk berkhidmat dari segi fizikal atau mental;
apabila pencarum itu mencapai umur lima puluh tahun dan, jika pencarum itu ialah seorang pegawai, apabila pegawai itu mencapai umur persaraan wajib;
Jika pengeluaran di bawah perenggan (1)(c), (d) atau (e) dibuat oleh seorang askar-lasykar yang disebut dalam perenggan 15D(1)(a)
atau seorang pegawai yang disebut dalam perenggan 15D(1)(b)—
dividen bagi pembayaran yang dibuat di bawah subseksyen 9(2) tetapi tidak termasuk dividen bagi tahun sebaik sebelum pemberhentian askar-lasykar itu daripada perkhidmatan dengan angkatan tetap Malaysia; atau 22
Undang-Undang Malaysia
berkenaan dengan seorang pegawai, carumannya kepada Tabung dan dividen bagi tempoh caruman itu; dan
baki amaun yang ada pada kredit akaun askar-lasykar atau pegawai itu di bawah Akta ini hanya boleh dikeluarkan apabila askar-lasykar atau pegawai itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, mati atau dalam hal keadaan yang diluluskan oleh Lembaga.
Bagi maksud pengeluaran di bawah perenggan 12(1)(a)
atau (b), Lembaga hendaklah membenarkan pengeluaran semua jumlah wang yang ada dalam kredit akaun pencarum di bawah
Akta ini, sekiranya—
dimohon oleh waris kadim kepada pencarum yang telah diperakui sebagai tidak berupaya untuk berkhidmat dari segi fizikal atau mental.
Walau apa pun subseksyen (1), seseorang pencarum boleh mengeluarkan sebahagian daripada amaun yang ada dalam kredit akaunnya bagi maksud membolehkannya untuk membeli suatu rumah kediaman atau tanah bagi maksud membina suatu rumah kediaman di atasnya atau apa-apa maksud lain yang ditetapkan oleh Lembaga.
Pencarum yang telah diberhentikan atau bersara daripada perkhidmatan boleh memilih untuk mengeluarkan atau menyimpan apa-apa amaun yang ada dalam kredit akaunnya dalam Tabung dan amaun yang ada itu berhak menerima kadar keuntungan bagi caruman yang disimpan dalam Tabung di bawah Akta ini.
Bagi mengelakkan keraguan adalah diisytiharkan bahawa ungkapan “perkhidmatan” dalam perenggan (1)(d) dan (e) ertinya perkhidmatan dengan angkatan tentera sebagai—
seorang askar-lasykar sehingga dia diberhentikan sebagai seorang askar-lasykar daripada angkatan tentera;
seorang askar-lasykar dan jika dia diberikan suatu pentauliahan sebagai seorang pegawai sehingga dia
Tabung Angkatan Tentera 23
bersara sebagai seorang pegawai daripada angkatan tentera;
seorang anggota kerahan angkatan sukarela sehingga dia diberhentikan atau bersara daripada angkatan tentera.
Lembaga menetapkan terma dan syarat pengeluaran, dsb.
Lembaga, dengan kelulusan Menteri, hendaklah menetapkan terma dan syarat bagi pengeluaran amaun daripada Tabung, peratusan caruman pencarum yang boleh dikeluarkan dan apa-apa perkara yang berkaitan dengan pengeluaran itu.
Caruman tidak boleh diserahhakan atau ditahan, dsb.
Walau apa pun apa-apa yang berlawanan yang terkandung dalam undang-undang bertulis yang lain—
tiada amaun yang dibayar atau kena dibayar di bawah subseksyen 9(2) atau 9A(2); dan
tiada amaun yang ada dalam kredit seseorang pencarum, boleh diserahhakan atau dipindah milik atau kena ditahan, diasingkan atau dilevi kerana atau berkenaan dengan apa-apa jua hutang atau tuntutan, kecuali bagi maksud menjelaskan hutang yang kena dibayar kepada Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan sesuatu Negeri, dan juga
Ketua Pengarah Insolvensi tidaklah berhak kepada atau mempunyai apa-apa tuntutan terhadap apa-apa amaun itu.
⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯
CATATAN—Dahulunya dikenali sebagai “Pegawai Pemegang Harta”—lihat seksyen 17 Akta
Kebankrapan (Pindaan) 2003 [Akta A1197] yang m.b.p. 1 Oktober 2003—lihat P.U. (B) 295/2003.
24
Undang-Undang Malaysia
Kuasa untuk meminjam
Lembaga boleh, dengan kelulusan Menteri dan Menteri
Kewangan, meminjam apa-apa jumlah wang yang dikehendaki oleh
Lembaga bagi maksud Akta ini dan mengikut apa-apa terma dan syarat dan bagi apa-apa tempoh yang diluluskan oleh Menteri Kewangan.
Pelaburan oleh Lembaga
Bank Negara Malaysia;
mana-mana institusi kewangan yang dilesenkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013
[Akta 758];
mana-mana institusi kewangan pembangunan sebagaimana yang ditakrifkan di bawah Akta
Institusi
Kewangan
Pembangunan 2002
[Akta 618];
mana-mana bank Islam yang dilesenkan di bawah
Akta
Perkhidmatan
Kewangan
Islam 2013
[Akta 759]; atau
mana-mana bank atau institusi kewangan yang ditubuhkan oleh atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis di dalam atau di luar
Malaysia;
dalam surat cara pasaran wang, termasuk bil perbendaharaan, penerimaan jurubank, perakuan deposit dan apa-apa surat cara yang diiktiraf oleh badan pengawal selia yang berkaitan dalam apa-apa mata wang;
Tabung Angkatan Tentera 25
dalam bon, nota perdagangan, sekuriti hutang persendirian, nota janji hutang dan bil pertukaran mengikut pengertian Akta Bil Pertukaran 1949 [Akta 204] dan surat cara boleh niaga lain yang serupa jenis atas terma yang menguntungkan Lembaga, berkenaan dengan mana-mana syarikat atau perbadanan atau berkenaan dengan mana-mana pihak berkuasa awam atau perbadanan yang
Kerajaan Persekutuan mempunyai kepentingan dalamnya;
dalam sekuriti yang diterbitkan atau dijamin sepenuhnya oleh mana-mana kerajaan berdaulat, organisasi supranasional atau multilateral dan termasuklah sekuriti yang penanggung obligasinya adalah mana-mana kerajaan berdaulat, organisasi supranasional atau multilateral;
dalam sekuriti yang diterbitkan atau dijamin sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia, dijamin oleh mana-mana kerajaan berdaulat, organisasi supranasional atau multilateral dan termasuklah sekuriti yang penanggung obligasinya adalah mana-mana kerajaan berdaulat, organisasi supranasional atau multilateral dan apa-apa surat cara yang diterbitkan oleh Bank Negara Malaysia;
dalam pemerolehan atau langganan syer atau debentur dalam mana-mana syarikat awam yang sekuritinya disenaraikan atau telah diluluskan untuk disenaraikan di bursa saham di Malaysia, terbitan atau jualan yang telah diluluskan di bawah
Akta
Pasaran
Modal dan
Perkhidmatan 2007 [Akta 671] atau sekuriti dalam suatu syarikat yang telah diluluskan untuk disenaraikan di mana-mana bursa saham yang diiktiraf di luar Malaysia tertakluk pada penyenaraian sekuriti tersebut telah diluluskan oleh undang-undang dalam bidang kuasa asing itu;
dalam sekuriti yang juga merangkumi bon, nota, kertas gadai janji, nota perdagangan dan lain-lain surat cara hutang syarikat atau perbadanan yang tidak disenaraikan dan disebut dalam mana-mana bursa saham yang ditubuhkan di Malaysia dan dalam sekuriti syarikat atau perbadanan yang ditubuhkan di dalam bidang kuasa asing;
26
Undang-Undang Malaysia
dalam pemerolehan harta alih atau harta tak alih dan kepentingan dalamnya yang terletak di Malaysia atau di dalam mana-mana bidang kuasa asing;
dalam pembangunan bangunan dan infrastruktur yang terletak di Malaysia atau di dalam mana-mana bidang kuasa asing;
dalam membeli sekuriti atau melanggan apa-apa produk bagi maksud perlindungan nilai atau menjalankan urus niaga dalam apa-apa instrumen derivatif bagi pelaburan
Tabung;
dalam dana yang berdomisil di Malaysia atau di dalam mana-mana bidang kuasa asing yang termasuk mandat berasingan yang melabur dalam aset di bawah seksyen ini;
di dalam produk sebagaimana yang diluluskan oleh
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia atau mana-mana pengawal selia lain yang berkaitan di dalam mana-mana bidang kuasa asing;
dalam penjualan, pembelian, pembelian semula, pinjaman atau pemberian pinjaman, atau urus niaga lain dalam, mata wang atau instrumen kewangan yang lain yang diniagakan dalam pasaran wang atau pasaran pertukaran asing bagi maksud menjalankan pelabuhan yang telah diluluskan di bawah seksyen ini; dan
dalam apa-apa pelaburan lain dengan kelulusan Menteri dan Menteri Kewangan.
Penubuhan skim faedah kematian dan hilang upaya
Jika seseorang pencarum—
diberhentikan daripada perkhidmatan oleh sebab kelemahan akal atau tubuh badan,
Lembaga boleh mengikut budi bicaranya membayar masing-masing—
faedah kematian; atau
faedah hilang upaya, dalam apa-apa kuantum dan kepada mana-mana orang yang diperuntukkan dalam peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen 22.
Bagi mengelakkan keraguan adalah diisytiharkan bahawa—
faedah hilang upaya, yang kena dibayar menurut skim itu tidaklah, masing-masing menjadi mana-mana bahagian harta pusaka—
pencarum yang mati sedemikian itu; atau
pencarum sedemikian itu yang mati pada bila-bila masa sebelum faedah hilang upaya dibayar kepadanya.
Jika apa-apa pembayaran faedah kematian atau hilang upaya dibuat dengan suci hati dan mengikut peruntukan Akta ini dan peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen 22, pembayaran itu menjadi penjelasan yang sepenuh dan sepatutnya terhadap segala tanggungan dan tiada apa-apa tindakan, guaman atau prosiding bagi pembayaran itu atau yang mempersoalkan pembayaran itu boleh diambil atau diadakan terhadap Tabung, Lembaga atau mana-mana anggota, pegawai atau pekhidmat Lembaga.
28
Undang-Undang Malaysia
Menteri boleh menggantung, mengubah atau menghentikan skim faedah kematian dan hilang upaya
Jika Menteri menggantung skim itu di bawah subseksyen (1), tiada faedah kematian atau hilang upaya di bawah skim itu boleh dibayar melainkan jika dan sehingga Menteri, atas nasihat Lembaga, melalui perintah dalam Warta dan tertakluk pada apa-apa syarat yang difikirkannya perlu dikenakan, membatalkan perintah penggantungan yang dibuat di bawah subseksyen (1) itu dan, jika dia berbuat demikian, skim itu hendaklah dengan itu dihidupkan semula.
Jika Menteri mengubah skim itu di bawah subseksyen (1), apa-apa faedah kematian atau hilang upaya di bawah skim itu hendaklah dibayar mengikut perintah pengubahan yang dibuat di bawah subseksyen (1).
Jika Menteri menghentikan skim itu di bawah subseksyen (1), segala faedah kematian dan hilang upaya di bawah skim itu hendaklah terhenti daripada kena dibayar mengikut perintah penghentian yang dibuat di bawah subseksyen (1) dan apa-apa jumlah wang yang masih tersedia ada di bawah perenggan 11(2)(ba) bagi maksud skim itu hendaklah dibayar ke dalam Tabung.
Jika Menteri membuat apa-apa perintah di bawah seksyen ini,
Lembaga hendaklah, jika perlu, membuat peraturan-peraturan, atau meminda mana-mana peraturan yang dibuat, di bawah seksyen 22
untuk memberi kuat kuasa kepada perintah itu.
Faedah unit amanah
Faedah unit amanah ini hendaklah diakaunkan dalam suatu akaun yang berasingan daripada akaun yang disebut dalam seksyen 9,
9A dan 10.
Sebagai tambahan kepada kuasanya di bawah seksyen 22,
Lembaga boleh, dengan kelulusan Menteri, membuat peraturan-peraturan yang difikirkannya perlu bagi maksud subseksyen (1).
Penubuhan skim anuiti veteran
Tabung Angkatan Tentera 29
dia telah diberhentikan daripada perkhidmatan dengan angkatan tetap Malaysia kecuali atas alasan salah laku; dan
dia telah menamatkan kurang daripada dua puluh tahun perkhidmatan dan tidak ditamatkan atas alasan salah laku;
Anuiti hendaklah dibayar secara bulanan mengikut apa-apa kuantum yang ditentukan oleh Lembaga daripada keuntungan tahunan yang diisytiharkan ke atas—
bayaran yang dikreditkan di bawah subseksyen 9(2)
kepada akaun seorang askar-lasykar yang disebut dalam perenggan (1)(a); atau 30
Undang-Undang Malaysia
nilai caruman daripada Kumpulan Wang Disatukan yang direkodkan mengikut subseksyen 9A(2) dan dibayar ke dalam Tabung bagi kredit akaun pegawai yang disebut dalam perenggan (1)(b).
Pembayaran anuiti di bawah subseksyen (2) hendaklah terhenti daripada kena dibayar jika amaun yang disebut dalam perenggan (2)(a)
atau (b), mengikut mana-mana yang berkenaan, dikeluarkan di bawah perenggan 12(1A)(b).
Caruman bagi kredit seorang askar-lasykar yang disebut dalam perenggan (1)(a) dan seorang pegawai yang disebut dalam perenggan (1)(b) tidak boleh dikira bagi maksud seksyen 15C.
Anggaran tahunan
Lembaga hendaklah, tidak lewat daripada satu bulan sebelum bermula setiap tahun kewangan, menimbangkan dan meluluskan suatu anggaran perbelanjaan Lembaga (termasuk perbelanjaan modal) bagi tahun yang berikutnya.
Akaun dan audit
Akaun Lembaga hendaklah diaudit tiap-tiap tahun oleh Ketua
Audit Negara atau mana-mana juruaudit lain yang dilantik oleh
Lembaga dengan kelulusan Menteri Kewangan.
Selepas berakhir setiap tahun kewangan, sebaik sahaja akaun
Lembaga telah diaudit, Lembaga hendaklah menyebabkan supaya suatu salinan penyata akaun itu dihantar kepada Menteri bersama-sama dengan suatu salinan apa-apa pandangan audit.
Menteri hendaklah menyebabkan supaya suatu salinan tiap-tiap penyata dan pandangan itu dibentangkan di hadapan setiap satu Majlis
Parlimen.
Tabung Angkatan Tentera 31
Laporan tahunan
Menteri hendaklah menyebabkan supaya suatu salinan tiap-tiap laporan itu dibentangkan di hadapan setiap satu Majlis Parlimen.
Bahagian III
Pelantikan Ketua Eksekutif, Timbalan Ketua Eksekutif dan pegawai dan pekhidmat Lembaga
Ketua Eksekutif atau jika seorang Ketua Eksekutif tidak dilantik, seorang pegawai Lembaga yang dinamakan oleh Lembaga hendaklah bertanggungjawab bagi pentadbiran hari ke hari dan pengurusan hal ehwal Lembaga dan hendaklah menjalankan apa-apa kewajipan dan kuasa yang diamanahkan atau diwakilkan oleh
Lembaga atau Pengerusi Lembaga, apabila bertindak bagi pihak
Lembaga.
Lembaga boleh melantik mana-mana pegawai dan pekhidmat yang difikirkannya perlu bagi menjalankan hal ehwal Lembaga dengan cekap.
Pegawai dan pekhidmat Lembaga hendaklah memegang jawatan selama apa-apa tempoh, atau menerima apa-apa gaji dan elaun dan tertakluk pada apa-apa terma dan syarat perkhidmatan termasuk faedah persaraan sebagaimana yang diputuskan oleh Lembaga dengan kelulusan Menteri.
32
Undang-Undang Malaysia
Anggota, pegawai dan pekhidmat hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awam
Semua anggota, pegawai dan pekhidmat, mengikut mana-mana yang berkenaan, bagi Lembaga, Panel Pelaburan dan mana-mana perbadanan yang ditubuhkan di bawah seksyen 23 hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awam mengikut pengertian Kanun
Keseksaan [Akta 574].
Pemakaian Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948
hendaklah terpakai bagi apa-apa tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding terhadap Lembaga, Pengerusi, mana-mana anggota
Lembaga, Panel Pelaburan, mana-mana anggota Panel Pelaburan, pegawai, pekhidmat atau ejen bagi Lembaga atau perbadanan yang ditubuhkan di bawah seksyen 23 dan mana-mana anggota, pegawai, pekhidmat atau ejen bagi perbadanan itu, berkenaan dengan apa-apa perbuatan, keabaian atau keingkaran yang dibuat atau dilakukan olehnya atas sifat sedemikian.
Kuasa Lembaga untuk membuat peraturan-peraturan
Menteri membuat peraturan-peraturan bagi mengadakan peruntukan bagi segala atau mana-mana perkara yang berikut:
cara membayar dan memungut caruman, amaun minimum caruman bulanan yang boleh dibuat di bawah seksyen 10
dan apa-apa perkara yang bersampingan dengannya;
(aa) perkara yang berhubungan dengan pelaksanaan skim anuiti veteran termasuk cara pembayaran anuiti dan peruntukan bagi penamaan orang untuk menerima apa-apa amaun yang ada pada kredit akaun seseorang askar-lasykar atau seseorang pegawai dalam hal kematiannya;
(ab)
terma dan syarat yang perlu dipenuhi oleh mana-mana personel akan bersara atau personel bersara angkatan tetap
Malaysia atau anggota ditetapkan dalam angkatan sukarela
Tabung Angkatan Tentera 33
untuk layak mendapat mana-mana faedah di bawah Akta ini;
pembayaran balik caruman di bawah Akta ini, atau mana-mana bahagian caruman itu, yang dibayar dengan silap bersama-sama dengan apa-apa bunga ke atas caruman itu;
pembayaran caruman di bawah Akta ini, atau pembayaran mana-mana bahagian caruman itu, tertinggal untuk dibayar dengan silap;
(ea)
pengurusan jumlah wang yang dibayar masuk ke dalam skim itu menurut perenggan 11(2)(ba);
(eb)
cara dan asas menghitung faedah kematian dan hilang upaya yang kena dibayar di bawah skim itu dan faktor yang perlu dipertimbangkan mengenainya untuk mencapai kuantum yang kena dibayar;
(ec)
orang yang kepadanya faedah kematian dan hilang upaya kena dibayar, termasuk peruntukan bagi penamaan orang itu oleh seseorang pencarum, cara membatalkan penamaan itu dan hal keadaan yang penamaan itu hendaklah dianggap sebagai tidak berkuat kuasa lagi;
(ed)
memberi kuat kuasa kepada apa-apa perintah yang dibuat di bawah seksyen 15B;
pelupusan amaun yang tidak dituntut, tidak dibayar atau selainnya masih ada dalam Tabung;
tatacara bagi mengeluarkan amaun daripada Tabung, termasuk keterangan yang hendak dikemukakan bagi maksud pengeluaran itu;
(ga)
terma dan syarat termasuk kadar bunga yang kena dibayar, amaun yang boleh dipinjamkan, tatacara yang berhubungan dengannya dan apa-apa perkara lain yang
34
Undang-Undang Malaysia bersampingan dengan pemberian pinjaman sedemikian daripada Tabung;
(gb) (Dipotong oleh Akta A1506);
apa-apa perkara bagi maksud menguatkuasakan peruntukan Akta ini.
Kuasa Lembaga untuk membuat peraturan-peraturan yang berhubungan dengan kelakuan dan tatatertib
Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini boleh termasuk—
peruntukan bagi penubuhan pihak berkuasa tatatertib yang sesuai bagi kategori pegawai dan pekhidmat Lembaga yang berlainan;
peruntukan bagi penubuhan Lembaga Rayuan Tatatertib untuk mendengar rayuan daripada keputusan pihak berkuasa tatatertib; dan
penahanan kerja dengan pengurangan gaji atau saraan lain; atau
penggantungan kerja tanpa gaji atau saraan lain, seseorang pegawai atau pekhidmat Lembaga sementara menanti prosiding tatatertib.
Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini boleh mewujudkan apa-apa kesalahan tatatertib dan mengadakan peruntukan bagi apa-apa hukuman tatatertib yang difikirkan sesuai oleh Lembaga, dan hukuman yang diperuntukkan itu boleh meliputi pembuangan kerja atau penurunan pangkat.
Tabung Angkatan Tentera 35
Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini boleh, dalam menetapkan tatacara bagi prosiding tatatertib, memberi peluang kepada orang yang terhadapnya prosiding tatatertib itu diambil membuat representasi sebelum suatu keputusan diambil oleh pihak berkuasa tatatertib atas apa-apa pertuduhan tatatertib yang dibuat terhadap orang itu.
Surcaj
tidak memungut apa-apa wang yang terhutang kepada
Lembaga yang pemungutan wang itu menjadi tanggungjawabnya;
adalah atau pernah bertanggungjawab bagi apa-apa pembayaran wang daripada Tabung yang tidak sepatutnya dibuat atau bagi apa-apa pembayaran wang yang tidak diluluskan dengan sewajarnya;
adalah atau telah bertanggungjawab, secara langsung atau tidak langsung, bagi apa-apa kekurangan pada, atau bagi pemusnahan, apa-apa wang, setem, sekuriti, barang simpanan atau harta lain Lembaga;
sebagai atau semasa menjadi pegawai perakaunan, tidak atau telah tidak menyimpan akaun atau rekod yang sepatutnya; atau
telah tidak membuat apa-apa pembayaran, atau adalah atau pernah bertanggungjawab bagi apa-apa kelewatan dalam pembayaran, wang daripada Tabung kepada mana-mana orang yang kepadanya pembayaran itu kena dibuat di bawah mana-mana kontrak, perjanjian atau perkiraan yang dibuat antara orang itu dengan Lembaga,
Lembaga hendaklah menyampaikan suatu notis bertulis kepadanya yang meminta menunjukkan sebab mengapa dia tidak sepatutnya disurcaj, dan jika penjelasan yang memuaskan hati tidak diberikan kepada
Lembaga berkenaan dengan kegagalan memungut, pembayaran yang tidak sepatutnya dibuat, pembayaran yang tidak
36
Undang-Undang Malaysia diluluskan dengan sewajarnya, kekurangan atau pemusnahan, atau kegagalan menyimpan akaun atau rekod yang sepatutnya, atau kegagalan membuat pembayaran, atau kelewatan dalam membuat pembayaran, dalam masa empat belas hari dari tarikh penyampaian notis yang disebut terdahulu, Lembaga boleh mensurcaj sejumlah wang terhadap orang itu yang tidak melebihi amaun apa-apa amaun sedemikian yang tidak dipungut, bayaran, kekurangan, atau kerugian, atau nilai harta yang musnah, mengikut mana-mana yang berkenaan;
dan berkenaan dengan kegagalan menyimpan akaun atau rekod yang sepatutnya, atau kegagalan membuat pembayaran, atau kelewatan dalam membuat pembayaran, Lembaga boleh mensurcaj apa-apa jumlah wang terhadap orang itu sebagaimana yang difikirkannya patut.
Pengerusi Lembaga hendaklah menyebabkan Ketua Eksekutif diberitahu tentang apa-apa surcaj yang dibuat di bawah subseksyen (1)
dan Ketua Eksekutif hendaklah sesudah itu memberitahu orang yang disurcaj itu.
Lembaga boleh pada bila-bila masa menarik balik apa-apa surcaj yang berkenaan dengannya penjelasan yang memuaskan hati telah diterima atau jika ternyata selainnya bahawa tiada surcaj patut dibuat, dan
Pengerusi
Lembaga hendaklah dengan segera menyebabkan Ketua Eksekutif diberitahu tentang penarikan balik itu.
Amaun apa-apa surcaj yang dibuat di bawah subseksyen (1)
dan tidak ditarik balik di bawah subseksyen (3) hendaklah menjadi hutang yang kena dibayar kepada Lembaga daripada orang yang terhadapnya surcaj itu dibuat dan boleh dibawa guaman dan didapatkan kembali dalam mana-mana mahkamah atas guaman
Lembaga dan boleh juga didapatkan kembali melalui pemotongan—
daripada pencen orang yang disurcaj jika Lembaga mengarahkan sedemikian, dengan ansuran bulanan yang sama banyak yang tidak melebihi satu perempat daripada jumlah gaji atau pencen bulanan, mengikut mana-mana yang berkenaan, orang itu.
Tabung Angkatan Tentera 37
Bagi maksud seksyen ini, “Ketua Eksekutif’ ertinya Ketua
Eksekutif yang dilantik di bawah subseksyen 19(1) dan termasuklah pegawai Lembaga yang dinamakan di bawah subseksyen 19(2).
Lembaga boleh menubuhkan perbadanan
Apa jua wang yang dikehendaki bagi menubuhkan perbadanan hendaklah diperoleh daripada wang yang ada disediakan untuk pelaburan di bawah perenggan 15(1)(a).
Peruntukan Jadual Ketiga hendaklah terpakai bagi tiap-tiap perbadanan.
Lembaga boleh memperbadankan syarikat
Lembaga boleh, dengan kelulusan Menteri dan Menteri
Kewangan, memperbadankan suatu syarikat untuk menjalankan atau terlibat dalam apa-apa aktiviti yang diluluskan atau diusahakan oleh
Lembaga bagi maksud Akta ini.
Peruntukan bagi pendahuluan daripada Kumpulan Wang
Disatukan Persekutuan
Jika Lembaga pada bila-bila masa tidak berupaya untuk membayar apa-apa jumlah wang yang ada dalam kredit akaun pencarum kepada pencarum, waris atau waris kadim pencarum, sebagaimana yang dikehendaki di bawah Akta ini, jumlah wang yang
38
Undang-Undang Malaysia dikehendaki dibayar sedemikian hendaklah dipertanggungkan ke atas dan didahulukan kepada Lembaga daripada Kumpulan Wang
Disatukan Persatuan dan Lembaga hendaklah, dengan seberapa segera yang praktik, membayar balik kepada Kerajaan Malaysia jumlah wang yang telah didahulukan sedemikian.
JADUAL PERTAMA
[Seksyen 4]
1. (1) Pengerusi dan anggota lain
Lembaga yang dilantik di bawah perenggan 4(3)(d) (selain Panglima Angkatan Tentera) dan (e) hendaklah berkhidmat bagi apa-apa tempoh, yang tidak melebihi tiga tahun, sebagaimana yang dinyatakan dalam surat pelantikan mereka dan mereka adalah layak untuk dilantik semula.
Tiap-tiap anggota adalah layak dilantik semula.
2.
Pelantikan Panglima Angkatan Tentera adalah oleh sebab jawatannya.
3.
Jika Pengerusi tidak dapat menjalankan fungsinya di bawah Akta ini kerana sakit, tidak berada di Malaysia atau kerana apa-apa jua sebab lain, fungsinya hendaklah dijalankan oleh Timbalan Pengerusi.
4. (1) Lembaga hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali setiap enam bulan.
Pengerusi atau mana-mana anggota yang bertugas sebagai pengerusi semasa
Pengerusi tidak ada dan tiga orang anggota lain hendaklah membentuk kuorum di mana-mana mesyuarat Lembaga.
Sekiranya bilangan undi atas apa-apa soal adalah sama banyak, Pengerusi atau anggota yang bertugas sebagai pengerusi hendaklah mempunyai undi pemutus sebagai tambahan kepada undi asalnya.
Tertakluk pada subperenggan (1), (2) dan (3) Lembaga boleh membuat tatacaranya sendiri.
5. (1) Meterai perbadanan Lembaga hendaklah mengandungi suatu cap yang diluluskan oleh Lembaga dan meterai itu boleh, dari semasa ke semasa dipecahkan, ditukar, diubah atau dibuat baharu sebagaimana yang difikirkan patut oleh Lembaga.
Tabung Angkatan Tentera 39
Sehingga suatu meterai diadakan oleh Lembaga suatu cap mengandungi perkataan “Lembaga Tabung” boleh digunakan dan hendaklah disifatkan sebagai meterai perbadanan Lembaga.
Meterai perbadanan atau cap di bawah subperenggan (2) hendaklah disimpan dalam jagaan Pengerusi dan hendaklah disahkan olehnya atau oleh mana-mana pegawai yang diberi kuasa oleh Lembaga secara bertulis; dan semua surat ikatan, dokumen dan surat cara lain yang berupa sebagai dimeteraikan dengan meterai tersebut, disahkan sebagaimana yang disebut terdahulu, hendaklah disifatkan sebagai telah disempurnakan dengan sahnya sehingga dibuktikan sebaliknya:
Dengan syarat bahawa apa-apa dokumen atau surat cara yang jika disempurnakan oleh seseorang yang bukan suatu pertubuhan perbadanan tidak akan dikehendaki dimeteraikan boleh disempurnakan oleh Lembaga dengan cara demikian itu juga;
dan apa-apa dokumen atau surat cara itu boleh disempurnakan bagi pihak Lembaga oleh seseorang pegawai atau pekhidmat Lembaga yang diberi kuasa secara am atau khas oleh Lembaga bagi maksud itu.
Meterai Lembaga hendaklah diberi pengiktirafan rasmi dan kehakiman.
6.
Bolehlah dibayar kepada setiap seorang anggota Lembaga daripada Tabung itu apa-apa elaun, termasuk elaun perjalanan dan elaun hidup, yang ditetapkan oleh
Lembaga dari semasa ke semasa tertakluk pada apa-apa had dan syarat yang dikenakan oleh Menteri.
7. (1) Mana-mana anggota Lembaga yang mempunyai atau yang memperoleh secara langsung atau secara tidak langsung, dengan sendiri, melalui pekongsinya atau melalui ejennya—
apa-apa syer atau kepentingan—
(i)
dalam apa-apa kontrak yang dibuat dengan Lembaga;
(ii)
dalam apa-apa kerja yang dibuat untuk Lembaga; atau
(iii)
dalam mana-mana syarikat atau firma atau berkenaan dengan apa-apa perusahaan yang dengannya Lembaga bercadang hendak membuat suatu kontrak; atau
apa-apa kepentingan benefisial mengenai tanah yang dicadangkan hendak diperoleh, dibeli, dipajak atau dengan selainnya dibuat apa-apa urusan oleh Lembaga, hendaklah mengisytiharkan jenis dan takat syer atau kepentingannya kepada
Lembaga.
Perisytiharan yang dikehendaki dibuat oleh seseorang anggota di bawah subperenggan (1) hendaklah dibuat pada mesyuarat Lembaga tentang apa-apa soal
40
Undang-Undang Malaysia yang berhubungan dengan kontrak, perolehan, pembelian, pajakan, urusan, projek atau skim itu pertamanya dipertimbangkan, atau dengan seberapa segera yang boleh, selepas memperoleh sesuatu syer atau kepentingan itu.
Bagi maksud perenggan ini, suatu notis am yang diberikan kepada anggota lain oleh seseorang anggota yang bermaksud bahawa dia ialah seorang anggota mana-mana syarikat atau firma yang tertentu dan hendaklah dikira sebagai mempunyai kepentingan dalam apa-apa kontrak yang boleh, selepas tarikh notis itu, dibuat dengan atau oleh syarikat atau firma itu, hendaklah disifatkan sebagai suatu perisytiharan kepentingan yang cukup berhubung dengan apa-apa kontrak yang dibuat sedemikian:
Dengan syarat bahawa notis itu tidak mempunyai kuat kuasa melainkan jika sama ada notis itu diberikan pada sesuatu mesyuarat Lembaga atau anggota yang berkenaan mengambil langkah yang munasabah untuk memastikan bahawa notis itu dikemukakan dan dibaca pada mesyuarat Lembaga yang berikutnya selepas ia diberikan.
Tiap-tiap perisytiharan yang dibuat menurut perenggan ini hendaklah direkodkan dalam minit mesyuarat yang padanya perisytiharan itu dibuat atau dibaca.
Seseorang anggota tidak boleh mengundi atas apa-apa ketetapan atau soal yang berhubungan dengan apa-apa kontrak, perolehan, pembelian, pajakan, urusan, projek atau skim yang mengenainya dia mempunyai apa-apa syer atau kepentingan, sama ada atau tidak dia telah mengisytiharkannya, dan juga dia tidak boleh mengambil bahagian dalam apa-apa pertimbangtelitian (kecuali atas jemputan
Lembaga) atau keputusan yang berhubungan dengannya atau dengan apa-apa perkara yang bersampingan dengannya, dan jika dia berbuat demikian undinya tidak boleh dikira, dan juga dia tidak boleh dikira sebagai ada dalam kuorum yang hadir di mesyuarat itu bagi maksud ketetapan atau soal itu.
JADUAL KEDUA
[Seksyen 6]
1. (Dipotong oleh Akta A1668).
Seseorang anggota Panel Pelaburan hendaklah mengosongkan jawatannya jika dia tidak menghadiri mesyuarat Panel itu tiga kali berturut-turut tanpa kebenaran bertulis daripada Pengerusi Panel Pelaburan.
2. Pengerusi dan dua orang anggota lain Panel Pelaburan itu hendaklah membentuk kuorum pada mana-mana mesyuarat Panel itu.
Tabung Angkatan Tentera 41
2A. Pengerusi atau, jika ketiadaannya, anggota yang dipilih oleh anggota Panel
Pelaburan yang hadir hendaklah mempengerusikan mesyuarat Panel Pelaburan itu.
3. Panel Pelaburan hendaklah bermesyuarat sebagaimana dan apabila dikehendaki oleh Lembaga.
4. Bolehlah dibayar kepada setiap seorang anggota Panel Pelaburan daripada
Tabung itu apa-apa elaun, termasuk elaun perjalanan dan elaun hidup, yang ditetapkan oleh Lembaga dari semasa ke semasa tertakluk pada apa-apa had dan syarat yang dikenakan oleh Menteri.
5. Jika mana-mana anggota Panel Pelaburan mempunyai apa-apa kepentingan kewangan dalam apa-apa skim, projek atau perusahaan yang diusahakan atau disyorkan oleh Panel Pelaburan untuk diusahakan oleh Lembaga, anggota itu hendaklah dengan serta-merta menyatakan kepada Lembaga secara bertulis jenis dan takat kepentingannya dalam skim, projek atau perusahaan itu dan apa-apa perubahan kemudiannya mengenai jenis dan takat kepentingannya dalam skim, projek atau perusahaan itu.
JADUAL KETIGA
[Seksyen 23]
1. Lembaga hendaklah melalui perintah yang sesuatu perbadanan ditubuhkan membuat peruntukan berkenaan dengan mana-mana atau semua perkara yang berikut:
maksud dan tujuan perbadanan itu ditubuhkan;
hak, kuasa, kewajipan dan fungsi perbadanan itu, termasuk kuasanya untuk meminjam;
pengurusan perbadanan itu;
penjalanan dan mesyuarat perbadanan itu, termasuk kuorum yang dikehendaki bagi mesyuarat dan cara mengundi di mesyuarat;
hal kewangan perbadanan itu, akaun yang dikehendaki disimpan dan pengauditan akaun itu;
(f)
terma dan syarat perkhidmatan bagi pegawai dan pekhidmat perbadanan itu; dan
perhubungan antara perbadanan itu dengan Lembaga dan hak Lembaga bagi mengawal perbadanan itu.
42
Undang-Undang Malaysia
2. Tertakluk pada peruntukan Akta ini, peruntukan perintah yang menubuhkan sesuatu perbadanan hendaklah mengikat perbadanan itu.
3. Lembaga boleh pada bila-bila masa dengan kelulusan Menteri dan persetujuan
Menteri Kewangan meminda perintah yang menubuhkan sesuatu perbadanan.
4. (1) Lembaga boleh dengan kelulusan Menteri dan persetujuan Menteri Kewangan melalui perintah yang disiarkan dalam Warta mengarahkan bahawa mana-mana perbadanan yang ditubuhkan olehnya hendaklah digulung dan dibubarkan mengikut apa-apa cara yang dinyatakan oleh Lembaga.
Apabila sesuatu perbadanan dibubarkan, asetnya hendaklah dipindahkan dan diletakhakkan pada Lembaga setelah segala tanggungan dijelaskan.
Takat tanggungan sesuatu perbadanan kepada pemiutangnya hendaklah dihadkan kepada nilai asetnya pada masa mula berkuat kuasanya perintah yang mengarahkan perbadanan itu digulung atau dibubar.
Lembaga tidak boleh pada bila-bila masa diminta menjelaskan tanggungan sesuatu perbadanan sekiranya aset perbadanan itu tidak cukup untuk menjelaskan tanggungannya.
5. Tiap-tiap perbadanan hendaklah menjadi suatu pertubuhan perbadanan dan hendaklah kekal turun-temurun dan mempunyai suatu meterai dan boleh membawa guaman dan dibawa guaman terhadapnya atas namanya, dan boleh membuat kontrak dan boleh memegang dan berniaga atau membuat apa-apa urusan mengenai apa-apa harta tak alih atau harta alih dan boleh melakukan segala perkara dan benda lain yang bersampingan atau berkaitan dengan sesuatu pertubuhan perbadanan yang tidak berlawanan dengan peruntukan Akta ini dan tertakluk pada apa-apa sekatan atau batasan yang dikenakan oleh Lembaga dalam setiap hal.
6. (1) Tiap-tiap perbadanan hendaklah mempunyai suatu meterai perbadanan yang mengandungi suatu cap yang diluluskan oleh perbadanan itu dengan kelulusan
Lembaga, dan meterai itu boleh dari semasa ke semasa dipecahkan, ditukar, diubah, atau dibuat baharu sebagaimana yang difikirkan patut oleh perbadanan itu.
Sehingga suatu meterai diluluskan di bawah perenggan ini, suatu cap yang mengandungi nama perbadanan yang melingkungi huruf “LTAT” boleh digunakan sebagai meterai perbadanan.
Meterai perbadanan itu, atau cap yang disebut dalam subperenggan (2), hendaklah disimpan dalam jagaan mana-mana orang yang diarahkan oleh perbadanan itu dan hendaklah disahkan oleh orang itu; dan semua surat ikatan, dokumen dan surat cara lain yang berupa sebagai dimeteraikan dengan meterai itu, disahkan seperti yang disebut terdahulu, hendaklah disifatkan sebagai telah disempurnakan dengan sah sehingga dibuktikan sebaliknya:
Dengan syarat bahawa apa-apa dokumen atau surat cara yang jika disempurnakan oleh seseorang yang bukan suatu pertubuhan perbadanan tidak akan dikehendaki
Tabung Angkatan Tentera 43
dimeteraikan boleh disempurnakan dengan cara demikian itu juga oleh perbadanan itu; dan apa-apa dokumen atau surat cara yang demikian itu boleh disempurnakan bagi pihak perbadanan oleh mana-mana pegawai atau pekhidmat perbadanan yang diberi kuasa secara am atau khas oleh perbadanan bagi maksud itu.
Meterai tiap-tiap perbadanan hendaklah diberi pengiktirafan rasmi dan kehakiman.
44
Akta 101
SENARAI PINDAAN
Undang-undang yang meminda
Tajuk ringkas
Berkuat kuasa dari
Akta A489
Akta Tabung Angkatan Tentera
(Pindaan) 1980 30-05-1980 kecuali
s. 3(b), 4(1)(a) dan 4(3):
01-10-1977;
s. 4(1)(b), 4(2),
4(4), 4(5) dan 6:
01-08-1972; s. 7:
01-08-1975;
s. 11 dan 12:
01-07-1983; s. 2,
3(a), 3(c) dan 5:
01-11-1985; s. 9:
16-05-1986
Akta A646
Akta Tabung Angkatan Tentera
(Pindaan) 1986 16-05-1986 kecuali
s. 2(1), 5(1) dan 7(1)(a):
01-11-1985;
s. 3(1) dan 4(1):
01-01-1984
Akta A896
Akta Tabung Angkatan Tentera
(Pindaan) 1994 08-07-1994
Akta A905
Akta Tabung Angkatan Tentera dan
Tabung
Bekas
Perajurit
(Pindaan) 1994 01-10-1994
Akta A929
Akta Tabung Angkatan Tentera dan
Tabung
Bekas
Perajurit
(Pindaan) 1995 10-11-1995
Tabung Angkatan Tentera 45
Undang-undang yang meminda
Tajuk ringkas
Berkuat kuasa dari
Akta A1094
Akta Tabung Angkatan Tentera
(Pindaan) 2000 01-08-1972 kecuali
s. 2 dan 3:
01-12-1996;
p. 3(f), sp. 4(a)(i)
dan s. 9:
23-12-2000; s. 8:
24-12-2000;
seksyen selebihnya
Akta A1130
Akta
Perlembagaan
(Pindaan)
(No. 2) 2001 28-09-2001
Akta A1506
Akta Tabung Angkatan Tentera
(Pindaan) 2016 08-03-2016 kecuali
s. 2,
p. 4(c), s. 5 dan 6,
p. 7(a), s.9 dan 11:
01-01-2016
Akta A1547
Akta Tabung Angkatan Tentera
(Pindaan) 2017 01-11-2017
Akta A1668
Akta Tabung Angkatan Tentera
(Pindaan) 2022 01-11-2022
46
Akta 101
SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA
Seksyen
Kuasa meminda
Berkuat kuasa dari
Tajuk panjang
Akta A896
Akta A929
Akta A1094 08-07-1994 10-11-1995 01-08-1972 1
Akta A896
Akta A929 08-07-1994 10-11-1995 2
Akta A489
Akta A896
Akta A929
Akta A1094
Akta A1547 01-11-1985 08-07-1994 10-11-1995 01-08-1972;
01-12-1996 01-11-2017
Akta A1668 01-11-2022
Bahagian II
Akta A896
Akta A929 08-07-1994 10-11-1995
3
Akta A489
Akta A646
Akta A896
Akta A929
Akta A1094
Akta A1506
Akta A1547 01-10-1977;
01-11-1985 01-11-1985 08-07-1994 10-11-1995 01-08-1972;
01-12-1996 01-01-2016 01-11-2017
3A
Akta A896
Akta A929 08-07-1994 10-11-1995
4
Akta A896
Akta A905
Akta A1130
Akta A1668 08-07-1994 01-10-1994 28-09-2001 01-11-2022 5
Akta A896 08-07-1994
Tabung Angkatan Tentera 47
Seksyen
Kuasa meminda
Berkuat kuasa dari
Akta A929
Akta A1094 10-11-1995 01-08-1972
6
Akta A646
Akta A896
Akta A929
Akta A1506
Akta A1130
Akta A1668 01-01-1984 08-07-1994 10-11-1995 08-03-2016 28-09-2001 01-11-2022
8
Akta A1668 01-11-2022
9
Akta A489
Akta A1506
Akta A1547
Akta A1668 01-08-1972;
01-10-1977 01-01-2016;
08-03-2016 01-11-2017 01-11-2022
9A
Akta A1506
Akta A1547
Akta A1668 01-01-2016 01-11-2017 01-11-2022
10
Akta A929
Akta A1094
Akta A1506 10-11-1995 01-08-1972 01-01-2016
11
Akta A489
Akta A1547
Akta A1668 01-11-1985 01-11-2017 01-11-2022
12
Akta A896
Akta A905
Akta A1094
Akta A1506
Akta A1547
Akta A1668 08-07-1994 01-10-1994 01-08-1972 01-01-2016;
08-03-2016 01-11-2017 01-11-2022
12A
Akta A1506 08-03-2016
13
Akta A489
Akta A1506 01-08-1972 01-01-2016 14
Akta A1506 08-03-2016
48
Undang-Undang Malaysia
Seksyen
Kuasa meminda
Berkuat kuasa dari
15
Akta A489
Akta A646
Akta A896
Akta A905
Akta A929
Akta A1094
Akta A1668 01-08-1975 01-01-1984 08-07-1994 01-10-1994 10-11-1995 23-12-2000 01-11-2022
15A
Akta A489
Akta A646
Akta A896 30-05-1980 01-11-1985 08-07-1984
15B
Akta A646 16-05-1986
15C
Akta A1094
Akta A1506 01-12-1996 01-01-2016
15D
Akta A1547 01-11-2017
18
Akta A905 01-10-1994
19
Akta A929 10-11-1995
20
Akta A489 16-05-1986
22
Akta A489
Akta A646
Akta A896
Akta A905
Akta A929
Akta A1094
Akta A1506
Akta A1547 30-05-1980 01-11-1985;
16-05-1986 08-07-1994 01-10-1994 10-11-1995 01-08-1972 08-03-2016 01-11-2017
22A
Akta A905 01-10-1994
22B
Akta A905 01-10-1994
23
Akta A489
Akta A905 01-07-1983 01-10-1994 24
Akta A1668 01-11-2022
25
Akta A1668 01-11-2022
Tabung Angkatan Tentera 49
Seksyen
Kuasa meminda
Berkuat kuasa dari
Jadual Pertama
Akta A905
Akta A1130 01-10-1994 28-09-2001
Jadual Kedua
Akta A1668 01-11-2022
Jadual Ketiga
Akta A489 01-07-1983