Malaysia legislation
Section 12
Seksyen 12
(a)
apabila pencarum itu mati;
(b)
apabila pencarum itu telah diperakui sebagai tidak berupaya untuk berkhidmat dari segi fizikal atau mental;
(c)
apabila pencarum itu mencapai umur lima puluh tahun dan, jika pencarum itu ialah seorang pegawai, apabila pegawai itu mencapai umur persaraan wajib;
(d)
tiga puluh hari selepas pencarum itu bersara daripada perkhidmatan; atau
(e)
tiga puluh hari selepas pencarum itu diberhentikan daripada perkhidmatan.
(1A)
Jika pengeluaran di bawah perenggan (1)(c), (d) atau (e) dibuat oleh seorang askar-lasykar yang disebut dalam perenggan 15D(1)(a)
atau seorang pegawai yang disebut dalam perenggan 15D(1)(b)—
(a)
pengeluaran itu hanya terpakai bagi—
(i)
berkenaan dengan seorang askar-lasykar—
(A)
carumannya kepada Tabung dan dividen bagi tempoh caruman itu; dan
(B)
dividen bagi pembayaran yang dibuat di bawah subseksyen 9(2) tetapi tidak termasuk dividen bagi tahun sebaik sebelum pemberhentian askar-lasykar itu daripada perkhidmatan dengan angkatan tetap Malaysia; atau 22
Undang-Undang Malaysia
(ii)
berkenaan dengan seorang pegawai, carumannya kepada Tabung dan dividen bagi tempoh caruman itu; dan
(b)
baki amaun yang ada pada kredit akaun askar-lasykar atau pegawai itu di bawah Akta ini hanya boleh dikeluarkan apabila askar-lasykar atau pegawai itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, mati atau dalam hal keadaan yang diluluskan oleh Lembaga.
(1B)
Bagi maksud pengeluaran di bawah perenggan 12(1)(a)
atau (b), Lembaga hendaklah membenarkan pengeluaran semua jumlah wang yang ada dalam kredit akaun pencarum di bawah
Akta ini, sekiranya—
(a)
dimohon oleh waris pencarum apabila pencarum itu mati;
atau
(b)
dimohon oleh waris kadim kepada pencarum yang telah diperakui sebagai tidak berupaya untuk berkhidmat dari segi fizikal atau mental.
(2)
Walau apa pun subseksyen (1), seseorang pencarum boleh mengeluarkan sebahagian daripada amaun yang ada dalam kredit akaunnya bagi maksud membolehkannya untuk membeli suatu rumah kediaman atau tanah bagi maksud membina suatu rumah kediaman di atasnya atau apa-apa maksud lain yang ditetapkan oleh Lembaga.
(2A)
Pencarum yang telah diberhentikan atau bersara daripada perkhidmatan boleh memilih untuk mengeluarkan atau menyimpan apa-apa amaun yang ada dalam kredit akaunnya dalam Tabung dan amaun yang ada itu berhak menerima kadar keuntungan bagi caruman yang disimpan dalam Tabung di bawah Akta ini.
(3)
Bagi mengelakkan keraguan adalah diisytiharkan bahawa ungkapan “perkhidmatan” dalam perenggan (1)(d) dan (e) ertinya perkhidmatan dengan angkatan tentera sebagai—
(a)
seorang askar-lasykar sehingga dia diberhentikan sebagai seorang askar-lasykar daripada angkatan tentera;
(b)
seorang askar-lasykar dan jika dia diberikan suatu pentauliahan sebagai seorang pegawai sehingga dia
Tabung Angkatan Tentera 23
bersara sebagai seorang pegawai daripada angkatan tentera;
(c)
seorang pegawai sehingga dia bersara daripada angkatan tentera; dan
(d)
seorang anggota kerahan angkatan sukarela sehingga dia diberhentikan atau bersara daripada angkatan tentera.
Lembaga menetapkan terma dan syarat pengeluaran, dsb.