Malaysia legislation

Section 13

of *AKTA TABUNG ANGKATAN TENTERA 1973

Seksyen 13

Walau apa pun apa-apa yang berlawanan yang terkandung dalam undang-undang bertulis yang lain—

(a)

tiada amaun apa-apa caruman yang dibayar di bawah Akta ini;

(b)

tiada amaun yang dibayar atau kena dibayar di bawah subseksyen 9(2) atau 9A(2); dan

(c)

tiada amaun yang ada dalam kredit seseorang pencarum, boleh diserahhakan atau dipindah milik atau kena ditahan, diasingkan atau dilevi kerana atau berkenaan dengan apa-apa jua hutang atau tuntutan, kecuali bagi maksud menjelaskan hutang yang kena dibayar kepada Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan sesuatu Negeri, dan juga

Ketua Pengarah Insolvensi tidaklah berhak kepada atau mempunyai apa-apa tuntutan terhadap apa-apa amaun itu.

⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯

CATATAN—Dahulunya dikenali sebagai “Pegawai Pemegang Harta”—lihat seksyen 17 Akta

Kebankrapan (Pindaan) 2003 [Akta A1197] yang m.b.p. 1 Oktober 2003—lihat P.U. (B) 295/2003.

24

Undang-Undang Malaysia

Kuasa untuk meminjam