Malaysia legislation
Section 15
Seksyen 15
Pelaburan oleh Lembaga
(a)
dengan cara mendepositkan dalam apa-apa mata wang dalam—
(i)
Bank Negara Malaysia;
(ii)
mana-mana institusi kewangan yang dilesenkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013
[Akta 758];
(iii)
mana-mana institusi kewangan pembangunan sebagaimana yang ditakrifkan di bawah Akta
Institusi
Kewangan
Pembangunan 2002
[Akta 618];
(iv)
mana-mana bank Islam yang dilesenkan di bawah
Akta
Perkhidmatan
Kewangan
Islam 2013
[Akta 759]; atau
(v)
mana-mana bank atau institusi kewangan yang ditubuhkan oleh atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis di dalam atau di luar
Malaysia;
(b)
dalam surat cara pasaran wang, termasuk bil perbendaharaan, penerimaan jurubank, perakuan deposit dan apa-apa surat cara yang diiktiraf oleh badan pengawal selia yang berkaitan dalam apa-apa mata wang;
Tabung Angkatan Tentera 25
(c)
dalam bon, nota perdagangan, sekuriti hutang persendirian, nota janji hutang dan bil pertukaran mengikut pengertian Akta Bil Pertukaran 1949 [Akta 204] dan surat cara boleh niaga lain yang serupa jenis atas terma yang menguntungkan Lembaga, berkenaan dengan mana-mana syarikat atau perbadanan atau berkenaan dengan mana-mana pihak berkuasa awam atau perbadanan yang
Kerajaan Persekutuan mempunyai kepentingan dalamnya;
(d)
dalam sekuriti yang diterbitkan atau dijamin sepenuhnya oleh mana-mana kerajaan berdaulat, organisasi supranasional atau multilateral dan termasuklah sekuriti yang penanggung obligasinya adalah mana-mana kerajaan berdaulat, organisasi supranasional atau multilateral;
(e)
dalam sekuriti yang diterbitkan atau dijamin sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia, dijamin oleh mana-mana kerajaan berdaulat, organisasi supranasional atau multilateral dan termasuklah sekuriti yang penanggung obligasinya adalah mana-mana kerajaan berdaulat, organisasi supranasional atau multilateral dan apa-apa surat cara yang diterbitkan oleh Bank Negara Malaysia;
(f)
dalam pemerolehan atau langganan syer atau debentur dalam mana-mana syarikat awam yang sekuritinya disenaraikan atau telah diluluskan untuk disenaraikan di bursa saham di Malaysia, terbitan atau jualan yang telah diluluskan di bawah
Akta
Pasaran
Modal dan
Perkhidmatan 2007 [Akta 671] atau sekuriti dalam suatu syarikat yang telah diluluskan untuk disenaraikan di mana-mana bursa saham yang diiktiraf di luar Malaysia tertakluk pada penyenaraian sekuriti tersebut telah diluluskan oleh undang-undang dalam bidang kuasa asing itu;
(g)
dalam sekuriti yang juga merangkumi bon, nota, kertas gadai janji, nota perdagangan dan lain-lain surat cara hutang syarikat atau perbadanan yang tidak disenaraikan dan disebut dalam mana-mana bursa saham yang ditubuhkan di Malaysia dan dalam sekuriti syarikat atau perbadanan yang ditubuhkan di dalam bidang kuasa asing;
26
Undang-Undang Malaysia
(h)
dalam pemerolehan harta alih atau harta tak alih dan kepentingan dalamnya yang terletak di Malaysia atau di dalam mana-mana bidang kuasa asing;
(i)
dalam pembangunan bangunan dan infrastruktur yang terletak di Malaysia atau di dalam mana-mana bidang kuasa asing;
(j)
dalam membeli sekuriti atau melanggan apa-apa produk bagi maksud perlindungan nilai atau menjalankan urus niaga dalam apa-apa instrumen derivatif bagi pelaburan
Tabung;
(k)
dalam dana yang berdomisil di Malaysia atau di dalam mana-mana bidang kuasa asing yang termasuk mandat berasingan yang melabur dalam aset di bawah seksyen ini;
(l)
di dalam produk sebagaimana yang diluluskan oleh
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia atau mana-mana pengawal selia lain yang berkaitan di dalam mana-mana bidang kuasa asing;
(m)
dalam penjualan, pembelian, pembelian semula, pinjaman atau pemberian pinjaman, atau urus niaga lain dalam, mata wang atau instrumen kewangan yang lain yang diniagakan dalam pasaran wang atau pasaran pertukaran asing bagi maksud menjalankan pelabuhan yang telah diluluskan di bawah seksyen ini; dan
(n)
dalam apa-apa pelaburan lain dengan kelulusan Menteri dan Menteri Kewangan.
Penubuhan skim faedah kematian dan hilang upaya