Malaysia legislation

Section 15B

of *AKTA TABUNG ANGKATAN TENTERA 1973

Seksyen 15B

(2)

Jika Menteri menggantung skim itu di bawah subseksyen (1), tiada faedah kematian atau hilang upaya di bawah skim itu boleh dibayar melainkan jika dan sehingga Menteri, atas nasihat Lembaga, melalui perintah dalam Warta dan tertakluk pada apa-apa syarat yang difikirkannya perlu dikenakan, membatalkan perintah penggantungan yang dibuat di bawah subseksyen (1) itu dan, jika dia berbuat demikian, skim itu hendaklah dengan itu dihidupkan semula.

(3)

Jika Menteri mengubah skim itu di bawah subseksyen (1), apa-apa faedah kematian atau hilang upaya di bawah skim itu hendaklah dibayar mengikut perintah pengubahan yang dibuat di bawah subseksyen (1).

(4)

Jika Menteri menghentikan skim itu di bawah subseksyen (1), segala faedah kematian dan hilang upaya di bawah skim itu hendaklah terhenti daripada kena dibayar mengikut perintah penghentian yang dibuat di bawah subseksyen (1) dan apa-apa jumlah wang yang masih tersedia ada di bawah perenggan 11(2)(ba) bagi maksud skim itu hendaklah dibayar ke dalam Tabung.

(5)

Jika Menteri membuat apa-apa perintah di bawah seksyen ini,

Lembaga hendaklah, jika perlu, membuat peraturan-peraturan, atau meminda mana-mana peraturan yang dibuat, di bawah seksyen 22

untuk memberi kuat kuasa kepada perintah itu.

Faedah unit amanah