Malaysia legislation

Section 15D

of *AKTA TABUNG ANGKATAN TENTERA 1973

Seksyen 15D

Tabung Angkatan Tentera 29

(a)

seorang askar-lasykar yang memenuhi syarat yang berikut:

(i)

dia telah diberhentikan daripada perkhidmatan dengan angkatan tetap Malaysia kecuali atas alasan salah laku; dan

(ii)

dia tidak berkelayakan untuk pencen; dan

(b)

seorang pegawai yang memenuhi syarat yang berikut:

(i)

dia telah menamatkan kurang daripada dua puluh tahun perkhidmatan dan tidak ditamatkan atas alasan salah laku;

(ii)

dia tidak memilih untuk dibayar ganjaran tamat perkhidmatan; dan

(iii)

dia telah memilih untuk menyertai skim anuiti veteran.

(2)

Anuiti hendaklah dibayar secara bulanan mengikut apa-apa kuantum yang ditentukan oleh Lembaga daripada keuntungan tahunan yang diisytiharkan ke atas—

(a)

bayaran yang dikreditkan di bawah subseksyen 9(2)

kepada akaun seorang askar-lasykar yang disebut dalam perenggan (1)(a); atau 30

Undang-Undang Malaysia

(b)

nilai caruman daripada Kumpulan Wang Disatukan yang direkodkan mengikut subseksyen 9A(2) dan dibayar ke dalam Tabung bagi kredit akaun pegawai yang disebut dalam perenggan (1)(b).

(3)

Pembayaran anuiti di bawah subseksyen (2) hendaklah terhenti daripada kena dibayar jika amaun yang disebut dalam perenggan (2)(a)

atau (b), mengikut mana-mana yang berkenaan, dikeluarkan di bawah perenggan 12(1A)(b).

(4)

Caruman bagi kredit seorang askar-lasykar yang disebut dalam perenggan (1)(a) dan seorang pegawai yang disebut dalam perenggan (1)(b) tidak boleh dikira bagi maksud seksyen 15C.

Anggaran tahunan

Section 15D — TABUNG ANGKATAN TENTERA ACT 1973 | mylaw.my