Malaysia legislation
Section 17
Seksyen 17
Akaun dan audit
(2)
Akaun Lembaga hendaklah diaudit tiap-tiap tahun oleh Ketua
Audit Negara atau mana-mana juruaudit lain yang dilantik oleh
Lembaga dengan kelulusan Menteri Kewangan.
(3)
Selepas berakhir setiap tahun kewangan, sebaik sahaja akaun
Lembaga telah diaudit, Lembaga hendaklah menyebabkan supaya suatu salinan penyata akaun itu dihantar kepada Menteri bersama-sama dengan suatu salinan apa-apa pandangan audit.
(4)
Menteri hendaklah menyebabkan supaya suatu salinan tiap-tiap penyata dan pandangan itu dibentangkan di hadapan setiap satu Majlis
Parlimen.
Tabung Angkatan Tentera 31
Laporan tahunan