Malaysia legislation
Section 19
Seksyen 19
(2)
Ketua Eksekutif atau jika seorang Ketua Eksekutif tidak dilantik, seorang pegawai Lembaga yang dinamakan oleh Lembaga hendaklah bertanggungjawab bagi pentadbiran hari ke hari dan pengurusan hal ehwal Lembaga dan hendaklah menjalankan apa-apa kewajipan dan kuasa yang diamanahkan atau diwakilkan oleh
Lembaga atau Pengerusi Lembaga, apabila bertindak bagi pihak
Lembaga.
(3)
Lembaga boleh melantik mana-mana pegawai dan pekhidmat yang difikirkannya perlu bagi menjalankan hal ehwal Lembaga dengan cekap.
(4)
Pegawai dan pekhidmat Lembaga hendaklah memegang jawatan selama apa-apa tempoh, atau menerima apa-apa gaji dan elaun dan tertakluk pada apa-apa terma dan syarat perkhidmatan termasuk faedah persaraan sebagaimana yang diputuskan oleh Lembaga dengan kelulusan Menteri.
32
Undang-Undang Malaysia
Anggota, pegawai dan pekhidmat hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awam