Malaysia legislation
Section 22
Seksyen 22
Kuasa Lembaga untuk membuat peraturan-peraturan
Menteri membuat peraturan-peraturan bagi mengadakan peruntukan bagi segala atau mana-mana perkara yang berikut:
(a)
cara membayar dan memungut caruman, amaun minimum caruman bulanan yang boleh dibuat di bawah seksyen 10
dan apa-apa perkara yang bersampingan dengannya;
(aa) perkara yang berhubungan dengan pelaksanaan skim anuiti veteran termasuk cara pembayaran anuiti dan peruntukan bagi penamaan orang untuk menerima apa-apa amaun yang ada pada kredit akaun seseorang askar-lasykar atau seseorang pegawai dalam hal kematiannya;
(ab)
terma dan syarat yang perlu dipenuhi oleh mana-mana personel akan bersara atau personel bersara angkatan tetap
Malaysia atau anggota ditetapkan dalam angkatan sukarela
Tabung Angkatan Tentera 33
untuk layak mendapat mana-mana faedah di bawah Akta ini;
(b)
mengenakan fi dalam apa-apa hal yang ditetapkan oleh
Lembaga;
(c)
tatacara kewangan dan pengakaunan;
(d)
pembayaran balik caruman di bawah Akta ini, atau mana-mana bahagian caruman itu, yang dibayar dengan silap bersama-sama dengan apa-apa bunga ke atas caruman itu;
(e)
pembayaran caruman di bawah Akta ini, atau pembayaran mana-mana bahagian caruman itu, tertinggal untuk dibayar dengan silap;
(ea)
pengurusan jumlah wang yang dibayar masuk ke dalam skim itu menurut perenggan 11(2)(ba);
(eb)
cara dan asas menghitung faedah kematian dan hilang upaya yang kena dibayar di bawah skim itu dan faktor yang perlu dipertimbangkan mengenainya untuk mencapai kuantum yang kena dibayar;
(ec)
orang yang kepadanya faedah kematian dan hilang upaya kena dibayar, termasuk peruntukan bagi penamaan orang itu oleh seseorang pencarum, cara membatalkan penamaan itu dan hal keadaan yang penamaan itu hendaklah dianggap sebagai tidak berkuat kuasa lagi;
(ed)
memberi kuat kuasa kepada apa-apa perintah yang dibuat di bawah seksyen 15B;
(f)
pelupusan amaun yang tidak dituntut, tidak dibayar atau selainnya masih ada dalam Tabung;
(g)
tatacara bagi mengeluarkan amaun daripada Tabung, termasuk keterangan yang hendak dikemukakan bagi maksud pengeluaran itu;
(ga)
terma dan syarat termasuk kadar bunga yang kena dibayar, amaun yang boleh dipinjamkan, tatacara yang berhubungan dengannya dan apa-apa perkara lain yang
34
Undang-Undang Malaysia bersampingan dengan pemberian pinjaman sedemikian daripada Tabung;
(gb) (Dipotong oleh Akta A1506);
(h)
apa-apa perkara bagi maksud menguatkuasakan peruntukan Akta ini.
Kuasa Lembaga untuk membuat peraturan-peraturan yang berhubungan dengan kelakuan dan tatatertib