Malaysia legislation
Section 22A
Seksyen 22A
(2)
Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini boleh termasuk—
(a)
peruntukan bagi penubuhan pihak berkuasa tatatertib yang sesuai bagi kategori pegawai dan pekhidmat Lembaga yang berlainan;
(b)
peruntukan bagi penubuhan Lembaga Rayuan Tatatertib untuk mendengar rayuan daripada keputusan pihak berkuasa tatatertib; dan
(c)
peruntukan bagi—
(i)
penahanan kerja dengan pengurangan gaji atau saraan lain; atau
(ii)
penggantungan kerja tanpa gaji atau saraan lain, seseorang pegawai atau pekhidmat Lembaga sementara menanti prosiding tatatertib.
(3)
Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini boleh mewujudkan apa-apa kesalahan tatatertib dan mengadakan peruntukan bagi apa-apa hukuman tatatertib yang difikirkan sesuai oleh Lembaga, dan hukuman yang diperuntukkan itu boleh meliputi pembuangan kerja atau penurunan pangkat.
Tabung Angkatan Tentera 35
(4)
Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini boleh, dalam menetapkan tatacara bagi prosiding tatatertib, memberi peluang kepada orang yang terhadapnya prosiding tatatertib itu diambil membuat representasi sebelum suatu keputusan diambil oleh pihak berkuasa tatatertib atas apa-apa pertuduhan tatatertib yang dibuat terhadap orang itu.
Surcaj