Malaysia legislation

Section 22B

of *AKTA TABUNG ANGKATAN TENTERA 1973

Seksyen 22B

(a)

tidak memungut apa-apa wang yang terhutang kepada

Lembaga yang pemungutan wang itu menjadi tanggungjawabnya;

(b)

adalah atau pernah bertanggungjawab bagi apa-apa pembayaran wang daripada Tabung yang tidak sepatutnya dibuat atau bagi apa-apa pembayaran wang yang tidak diluluskan dengan sewajarnya;

(c)

adalah atau telah bertanggungjawab, secara langsung atau tidak langsung, bagi apa-apa kekurangan pada, atau bagi pemusnahan, apa-apa wang, setem, sekuriti, barang simpanan atau harta lain Lembaga;

(d)

sebagai atau semasa menjadi pegawai perakaunan, tidak atau telah tidak menyimpan akaun atau rekod yang sepatutnya; atau

(e)

telah tidak membuat apa-apa pembayaran, atau adalah atau pernah bertanggungjawab bagi apa-apa kelewatan dalam pembayaran, wang daripada Tabung kepada mana-mana orang yang kepadanya pembayaran itu kena dibuat di bawah mana-mana kontrak, perjanjian atau perkiraan yang dibuat antara orang itu dengan Lembaga,

Lembaga hendaklah menyampaikan suatu notis bertulis kepadanya yang meminta menunjukkan sebab mengapa dia tidak sepatutnya disurcaj, dan jika penjelasan yang memuaskan hati tidak diberikan kepada

Lembaga berkenaan dengan kegagalan memungut, pembayaran yang tidak sepatutnya dibuat, pembayaran yang tidak

36

Undang-Undang Malaysia diluluskan dengan sewajarnya, kekurangan atau pemusnahan, atau kegagalan menyimpan akaun atau rekod yang sepatutnya, atau kegagalan membuat pembayaran, atau kelewatan dalam membuat pembayaran, dalam masa empat belas hari dari tarikh penyampaian notis yang disebut terdahulu, Lembaga boleh mensurcaj sejumlah wang terhadap orang itu yang tidak melebihi amaun apa-apa amaun sedemikian yang tidak dipungut, bayaran, kekurangan, atau kerugian, atau nilai harta yang musnah, mengikut mana-mana yang berkenaan;

dan berkenaan dengan kegagalan menyimpan akaun atau rekod yang sepatutnya, atau kegagalan membuat pembayaran, atau kelewatan dalam membuat pembayaran, Lembaga boleh mensurcaj apa-apa jumlah wang terhadap orang itu sebagaimana yang difikirkannya patut.

(2)

Pengerusi Lembaga hendaklah menyebabkan Ketua Eksekutif diberitahu tentang apa-apa surcaj yang dibuat di bawah subseksyen (1)

dan Ketua Eksekutif hendaklah sesudah itu memberitahu orang yang disurcaj itu.

(3)

Lembaga boleh pada bila-bila masa menarik balik apa-apa surcaj yang berkenaan dengannya penjelasan yang memuaskan hati telah diterima atau jika ternyata selainnya bahawa tiada surcaj patut dibuat, dan

Pengerusi

Lembaga hendaklah dengan segera menyebabkan Ketua Eksekutif diberitahu tentang penarikan balik itu.

(4)

Amaun apa-apa surcaj yang dibuat di bawah subseksyen (1)

dan tidak ditarik balik di bawah subseksyen (3) hendaklah menjadi hutang yang kena dibayar kepada Lembaga daripada orang yang terhadapnya surcaj itu dibuat dan boleh dibawa guaman dan didapatkan kembali dalam mana-mana mahkamah atas guaman

Lembaga dan boleh juga didapatkan kembali melalui pemotongan—

(a)

daripada gaji orang yang disurcaj jika Lembaga mengarahkan sedemikian; atau

(b)

daripada pencen orang yang disurcaj jika Lembaga mengarahkan sedemikian, dengan ansuran bulanan yang sama banyak yang tidak melebihi satu perempat daripada jumlah gaji atau pencen bulanan, mengikut mana-mana yang berkenaan, orang itu.

Tabung Angkatan Tentera 37

(5)

Bagi maksud seksyen ini, “Ketua Eksekutif’ ertinya Ketua

Eksekutif yang dilantik di bawah subseksyen 19(1) dan termasuklah pegawai Lembaga yang dinamakan di bawah subseksyen 19(2).

Lembaga boleh menubuhkan perbadanan