Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“anggota ditetapkan dalam angkatan sukarela” ertinya anggota kerahan angkatan sukarela yang pada atau selepas 1 Ogos 1972 telah berkhidmat selama tempoh sembilan tahun berturut-turut dan yang layak, tertakluk pada syarat yang dikenakan dalam mana-mana peraturan yang berhubungan dengan faedah sampingan, untuk dipertimbangkan bagi faedah sampingan itu di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;
“anggota kerahan angkatan sukarela” ertinya anggota angkatan sukarela yang—
(a)
sedang atau telah dikerahkan untuk berkhidmat sepenuh masa di bawah seksyen 202 Akta Angkatan Tentera 1972
[Akta 77]; atau
(b)
sedang atau telah dipertugaskan kepada angkatan tetap di bawah subseksyen 201(3) Akta Angkatan Tentera 1972;
“angkatan sukarela” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam seksyen 2 Akta Angkatan Tentera 1972 dan termasuk angkatan tentera yang ditubuhkan di bawah Ordinan Askar Wataniah 1958
[Ord. 52 tahun 1958], *Ordinan Simpanan Sukarela Tentera Laut 1958
[Ord. 55 tahun 1958] dan *Ordinan Simpanan Sukarela Tentera Udara 1958 [Ord. 58 tahun 1958] dan disifatkan telah ditubuhkan di bawah
Akta Angkatan Tentera 1972;
“askar-lasykar” ertinya, mana-mana orang selain seseorang pegawai, yang didaftarkan dalam angkatan tetap Malaysia;
“faedah sampingan”, berhubung dengan anggota ditetapkan dalam angkatan sukarela, ertinya pembangunan sosioekonomi atau rancangan, aktiviti atau faedah kebajikan atau faedah-faedah lain yang diperuntukkan bagi anggota itu;
⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯
CATATAN—Ordinan ini telah dimansuhkan oleh Akta Angkatan Tentera 1972 [Akta 77].
Tabung Angkatan Tentera 7
“faedah unit amanah” ertinya faedah yang baginya peruntukan dibuat dalam seksyen 15C;
“Lembaga” ertinya Lembaga Tabung Angkatan Tentera yang ditubuhkan di bawah seksyen 4;
“Panel Pelaburan” ertinya Panel Pelaburan yang ditubuhkan di bawah seksyen 6;
“pencarum” ertinya seseorang yang mencarum kepada Tabung dan termasuklah seseorang yang telah berhenti daripada mencarum tetapi belum mengeluarkan kesemua carumannya daripada Tabung itu;
“pencen” ertinya pencen yang diberikan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang memperuntukkan pencen bagi anggota angkatan tetap Malaysia;
“perbadanan” ertinya suatu perbadanan yang ditubuhkan di bawah seksyen 23;
“personel akan bersara” ertinya seseorang pegawai atau seseorang askar-lasykar yang hampir akan bersara atau hampir akan diberhentikan atau yang perkhidmatannya dengan angkatan tetap
Malaysia hampir akan ditamatkan atau genap tempoh;
“personel bersara” ertinya seseorang pegawai atau seseorang askar-lasykar yang telah bersara atau telah diberhentikan atau yang telah menamatkan atau genap tempoh perkhidmatannya dengan angkatan tetap Malaysia;
“skim anuiti veteran” ertinya skim yang ditubuhkan di bawah seksyen 15D bagi pembayaran anuiti;
“syarikat” ertinya suatu syarikat yang diperbadankan di bawah Akta
Syarikat 2016 [Akta 777], suatu syarikat amanah yang didaftarkan di bawah Akta Syarikat Amanah 1949 [Akta 100] atau mana-mana syarikat yang diperbadankan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berbidang kuasa asing;
“Tabung” ertinya Tabung Angkatan Tentera yang ditubuhkan di bawah seksyen 3.
8
Undang-Undang Malaysia