Malaysia legislation

Section 3

of *AKTA TABUNG ANGKATAN TENTERA 1973

Seksyen 3

(a)

bagi maksud utama mengadakan faedah persaraan dan faedah lain termasuk faedah di bawah skim yang ditubuhkan di bawah seksyen 15A, kepada orang yang dinyatakan di bawah perenggan (3)(a), dan skim anuiti veteran bagi faedah orang yang dinyatakan di bawah perenggan (3)(aa); dan

(b)

bagi maksud sampingan menggalakkan pembangunan sosioekonomi dan kebajikan orang yang dinyatakan di bawah perenggan (3)(b).

(1A)

Yang berikut hendaklah dibayar ke dalam Tabung:

(a)

semua caruman yang dibayar sebagaimana yang diperuntukkan kemudian daripada ini dan apa-apa jumlah wang lain yang diarahkan oleh Akta ini untuk dibayar ke dalam Tabung;

(b)

semua wang yang didapati daripada pelaburan atau melalui pengendalian apa-apa projek, agensi, skim atau perusahaan yang dibiayai daripada Tabung dan Kumpulan Wang

Rizab yang ditubuhkan di bawah seksyen 11;

(bb)

suatu pemberian tahunan daripada Kumpulan Wang

Disatukan Persekutuan bagi maksud dan perkara sampingan yang berhubungan dengannya di bawah perenggan (1)(b);

(c)

semua pemberian, derma, endowmen, hadiah, pinjaman, caruman dan bekues yang dibuat kepada atau bagi faedah

Tabung;

Tabung Angkatan Tentera 9

(d)

semua jumlah wang yang dari semasa ke semasa genap masanya dibayar kepada Tabung berkenaan dengan pembayaran bagi apa-apa pinjaman yang telah diberikan daripada Tabung dan bunga yang kena dibayar berkenaan dengan mana-mana pinjaman itu;

(e)

wang yang didapati atau timbul daripada apa-apa harta, pelaburan, gadai janji, gadaian atau debentur yang diperoleh oleh atau terletak hak pada Tabung;

(f)

semua jumlah wang lain yang boleh dengan apa-apa cara menjadi kena dibayar atau terletak hak pada Tabung berkenaan dengan apa-apa perkara yang bersampingan dengan kuasa dan kewajipannya.

(2)

Tabung boleh digunakan bagi—

(a)

pengeluaran deposit dengan apa-apa keuntungan sebagaimana yang diputuskan oleh Lembaga mengikut peruntukan Akta ini;

(aa) pembelian unit dalam mana-mana skim amanah saham bagi faedah dan untuk diperuntukkan kepada pencarum dan kos pentadbiran dan kos lain yang berhubungan dengan faedah unit amanah itu sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga;

(b)

pembayaran balik dan bunga atas peminjaman dan apa-apa belanja pasti dan perbelanjaan lain yang dibenarkan oleh

Akta ini atau mana-mana peraturan di bawahnya supaya dibayar daripada Tabung itu;

(ba)

pembayaran faedah kematian dan hilang upaya menurut skim itu;

(bb)

pembayaran anuiti menurut skim anuiti veteran;

(bc)

aktiviti sosioekonomi, program kebajikan dan apa-apa aktiviti dan faedah lain yang boleh meningkatkan keadaan sosioekonomi mana-mana personel akan bersara atau personel bersara, atau mana-mana anggota ditetapkan dalam angkatan sukarela, termasuk pinjaman kepada orang itu;

10

Undang-Undang Malaysia

(bd)

membiayai perbelanjaan yang dilakukan oleh Lembaga atau mana-mana badan lain termasuk suatu perbadanan yang ditubuhkan di bawah seksyen 23, yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab untuk menjalankan aktiviti, program atau faedah yang disebut dalam perenggan (bc);

(c)

perbelanjaan pentadbiran termasuk gaji dan faedah penamatan;

(d)

perbelanjaan lain yang bersampingan dengan pengurusan

Tabung dan fungsi Lembaga termasuk apa-apa wang yang dikehendaki untuk menunaikan apa-apa penghakiman, keputusan atau award yang diberikan oleh mana-mana mahkamah atau tribunal terhadap Lembaga, Pengerusi, mana-mana ahli Lembaga, Panel Pelaburan, mana-mana ahli Panel Pelaburan, pegawai, pekhidmat atau ejen

Lembaga berkenaan dengan apa-apa perbuatan, keabaian atau keingkaran yang dibuat atau dilakukan olehnya atas sifatnya sedemikian.

(3)

Bagi maksud seksyen ini—

(a)

faedah persaraan dan faedah lain termasuk faedah di bawah skim yang diwujudkan di bawah seksyen 15A hendaklah diberikan kepada—

(i)

askar-lasykar;

(iA) pegawai yang mencarum kepada Tabung;

(ii)

anggota lain dalam angkatan tetap Malaysia yang mencarum kepada Tabung; dan

(iii)

anggota-anggota kerahan angkatan sukarela yang mencarum kepada Tabung;

(aa)

faedah di bawah skim anuiti veteran hendaklah diberikan kepada askar-lasykar yang disebut dalam perenggan 15D(1)(a) dan pegawai yang disebut dalam perenggan 15D(1)(b); dan

(b)

faedah sampingan hendaklah diberikan kepada—

Tabung Angkatan Tentera 11

(i)

personel akan bersara atau personel bersara angkatan tetap Malaysia; atau

(ii)

anggota ditetapkan dalam angkatan sukarela, yang ditentukan oleh Lembaga.

(4)

Lembaga hanya boleh menggunakan apa-apa wang daripada Tabung bagi maksud yang disebut dalam perenggan (1)(b),

(2)

(bc) dan (bd) jika Lembaga telah menggunakan wang yang disebut dalam perenggan (1A)(bb) dan jika terdapat jumlah wang yang mencukupi untuk menunaikan obligasinya di bawah seksyen 11.