Malaysia legislation
Section 4
Seksyen 4
Penubuhan dan pemerbadanan Lembaga Tabung
(2)
Lembaga hendaklah mempunyai suatu meterai perbadanan dan boleh membawa guaman atau dibawa guaman terhadapnya atas namanya dan, tertakluk pada dan bagi maksud Akta ini, boleh membuat kontrak dan boleh memperoleh, membeli, mengambil, memegang dan memiliki apa-apa jenis harta alih dan harta tak alih dan boleh memindahhakkan, menyerahhakan, menyerahkan balik, memulangkan balik, menggadaikan, menggadaijanjikan, mendemis, menyerahhakan semula, memindahkan hakmilik atau selainnya melupuskan atau membuat apa-apa urusan mengenai apa-apa harta alih atau harta tak alih atau apa-apa kepentingan mengenainya yang terletak hak pada Lembaga mengikut apa-apa terma yang difikirkan patut oleh
Lembaga.
(3)
Lembaga hendaklah terdiri daripada—
(a)
seorang Pengerusi iaitu Ketua Setiausaha Kementerian
Pertahanan atau mana-mana orang lain yang dilantik oleh
Menteri;
12
Undang-Undang Malaysia
(b)
seorang Timbalan Pengerusi iaitu seorang wakil dari
Kementerian Pertahanan;
(c)
Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan;
(ca)
Ketua Eksekutif yang hendaklah menjadi seorang anggota ex-officio;
(d)
empat orang anggota yang dilantik oleh Menteri untuk mewakili pencarum, seorang daripadanya hendaklah
Panglima Angkatan Tentera;
(e)
beberapa orang anggota lain, tidak lebih daripada empat orang, yang dilantik oleh Menteri atas nasihat Lembaga.
(3A)
Dalam menentukan sama ada seseorang itu layak dan sesuai bagi maksud subseksyen (3), Menteri hendaklah mengambil kira—
(a)
kejujuran yang tidak diragui, kecekapan dan kewajaran pertimbangan orang itu dalam memenuhi tanggungjawabnya sebagai anggota Lembaga; dan
(b)
ketekunan yang membolehkan orang itu memenuhi tanggungjawabnya sebagai anggota Lembaga.
(3B)
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (3), seseorang tidak layak untuk dilantik atau hilang kelayakan menjadi anggota Lembaga, jika dia—
(a)
seorang bankrap yang belum dilepaskan;
(b)
telah disabitkan atas suatu kesalahan yang berhubungan dengan penganjuran, penubuhan atau pengurusan suatu syarikat atau perbadanan;
(c)
telah disabitkan atas suatu kesalahan yang melibatkan sogokan, fraud atau kecurangan;
⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯
CATATAN—Dahulunya dikenali sebagai “Ketua Turus Angkatan Tentera”—lihat subseksyen 10(2) Akta
Perlembagaan (Pindaan) (No. 2) 2001 [Akta A1130] yang m.b.p. 28 September 2001.
Tabung Angkatan Tentera 13
(d)
telah disabitkan atas suatu kesalahan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang dimaksudkan untuk melindungi orang awam;
(e)
telah hilang kelayakan melalui perintah mahkamah untuk bertindak sebagai pengarah di bawah mana-mana undang-undang bertulis; atau
(f)
telah terlibat dalam atau telah dikaitkan dengan, apa-apa amalan perniagaan, atau selainnya berkelakuan dengan sedemikian cara sehingga menimbulkan keraguan tentang kewibawaan dan kewajaran pertinbangannya.
(3C)
Hal keadaan yang disebut dalam subseksyen (3B) hendaklah terpakai bagi hal keadaan di dalam atau di luar Malaysia.
(4)
Peruntukan Jadual Pertama hendaklah berkuat kuasa berkenaan dengan Lembaga.
Fungsi Lembaga dan penubuhan jawatankuasa oleh Lembaga