Malaysia legislation
Section 6
Seksyen 6
(2)
Panel Pelaburan hendaklah terdiri daripada—
(a)
seorang Pengerusi yang dilantik oleh Menteri atas nasihat
Lembaga;
(b)
(Dipotong oleh Akta A1506);
(c)
Panglima Angkatan Tentera;
(ca)
seorang wakil daripada Kementerian Pertahanan;
(d)
seorang wakil daripada Kementerian Kewangan;
(e)
empat orang anggota lain yang mempunyai pengalaman dan kepakaran dalam perniagaan, pelaburan, pengurusan risiko pelaburan, aktuari, perbankan, undang-undang atau kewangan yang hendaklah dilantik oleh Menteri atas nasihat Lembaga.
(2A)
Bagi maksud perenggan (2)(a), Pengerusi tidak boleh menjadi
Pengerusi Lembaga.
(2B)
Dalam menentukan sama ada seseorang itu layak dan sesuai bagi maksud subseksyen (2), Menteri hendaklah mengambil kira—
(a)
kejujuran yang tidak diragui, kecekapan dan kewajaran pertimbangan orang itu dalam memenuhi tanggungjawabnya sebagai anggota Panel Pelaburan; dan
(b)
ketekunan yang membolehkan orang itu memenuhi tanggungjawabnya sebagai anggota Panel Pelaburan.
(2C)
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (2), seseorang tidak layak untuk dilantik atau hilang kelayakan menjadi anggota Panel
Pelaburan, jika dia—
(a)
seorang bankrap yang belum dilepaskan;
Tabung Angkatan Tentera 15
(b)
telah disabitkan atas suatu kesalahan yang berhubungan dengan penganjuran, penubuhan atau pengurusan suatu syarikat atau perbadanan;
(c)
telah disabitkan atas suatu kesalahan yang melibatkan sogokan, fraud atau kecurangan;
(d)
telah disabitkan atas suatu kesalahan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang dimaksudkan untuk melindungi orang awam;
(e)
telah hilang kelayakan melalui perintah mahkamah untuk bertindak sebagai pengarah di bawah mana-mana undang-undang bertulis; atau
(f)
telah terlibat dalam atau telah dikaitkan dengan, apa-apa amalan perniagaan, atau selainnya berkelakuan dengan sedemikian cara sehingga menimbulkan keraguan tentang kewibawaan dan kewajaran pertimbangannya.
(2D)
Hal keadaan yang disebut dalam subseksyen (2C) hendaklah terpakai bagi hal keadaan di dalam atau di luar Malaysia.
(3)
Peruntukan Jadual Kedua hendaklah berkuat kuasa berkenaan dengan Panel Pelaburan.
Kuasa Menteri berhubung dengan Lembaga