Malaysia legislation
Section 9
Seksyen 9
Lembaga hendaklah—
(1A)
Seorang askar-lasykar boleh juga memohon suatu pemotongan lanjut melebihi sepuluh peratus daripada gaji bulanannya sebagaimana yang ditentukan oleh askar-lasykar itu sebagai carumannya kepada
Tabung dan amaun caruman itu hendaklah dikreditkan kepada akaun askar-lasykar itu.
(2)
Berkenaan dengan tiap-tiap caruman yang dibuat di bawah subseksyen (1) dan (1A), hendaklah dibayar kepada Tabung daripada
Kumpulan Wang Disatukan bagi kredit akaun askar-lasykar itu suatu
Tabung Angkatan Tentera 17
amaun yang sama banyaknya dengan lima belas peratus daripada gaji bulanannya yang dikira hingga lima sen yang hampir sekali.
(3)
Jika seseorang askar-lasykar berkelayakan untuk pencen—
(a)
potongan gajinya di bawah subseksyen (1) dan (1A)
hendaklah terus dibuat sehingga dia diberhentikan daripada perkhidmatan dengan angkatan tetap Malaysia;
(b)
pembayaran di bawah subseksyen (2) hendaklah terhenti daripada dibuat berkenaan dengan caruman yang dibuat di bawah perenggan (a); dan
(c)
segala pembayaran yang telah dibuat di bawah subseksyen (2) yang masih ada pada kredit akaun askar-lasykar itu hendaklah dikeluarkan dan dikreditkan ke dalam Kumpulan Wang Disatukan.
(4)
Jika seseorang askar-lasykar yang belum berkelayakan untuk pencen diberikan pencen hilang upaya atau ganjaran hilang upaya menurut mana-mana undang-undang yang sedang berkuat kuasa yang berhubungan dengan pencen, ganjaran dan faedah lain yang terpakai bagi angkatan tetap, dia juga layak dibayar, selain carumannya kepada
Tabung di bawah subseksyen (1) dan (1A), segala pembayaran yang telah dibuat di bawah subseksyen (2) yang ada dalam kredit akaunnya.
(5)
Jika seseorang askar-lasykar dinaikkan pangkat menjadi pegawai, pemotongan gajinya di bawah subseksyen (1) dan (1A)
hendaklah terhenti dan hendaklah diteruskan di bawah seksyen 9A.
Caruman pegawai