Malaysia legislation
Section 9A
Seksyen 9A
(1A)
Seorang pegawai boleh juga memohon suatu pemotongan lanjut melebihi sepuluh peratus daripada gaji bulanannya sebagaimana yang ditentukan oleh pegawai itu sebagai carumannya kepada Tabung
18
Undang-Undang Malaysia dan amaun caruman itu hendaklah dikreditkan kepada akaun pegawai itu.
(2)
Berkenaan dengan tiap-tiap caruman yang dibuat di bawah subseksyen (1) dan (1A), hendaklah direkodkan suatu caruman secara isyarat kepada Tabung daripada Kumpulan Wang Disatukan bagi kredit akaun pegawai itu suatu amaun yang sama banyaknya dengan lima belas peratus daripada gaji bulanannya yang dikira hingga lima sen yang hampir sekali.
(3)
Seseorang pegawai yang mencarum di bawah subseksyen (1)
dan (1A) yang telah menamatkan kurang daripada dua puluh tahun perkhidmatan dan tidak memilih untuk menerima ganjaran tamat perkhidmatan dan juga tidak memilih untuk menyertai skim anuiti veteran hendaklah, apabila genap tempoh perkhidmatannya dibayar amaun yang berikut:
(a)
nilai carumannya kepada Tabung dan dividen bagi tempoh caruman itu; dan
(b)
nilai caruman daripada Kumpulan Wang Disatukan yang direkodkan mengikut subseksyen (2).
(c)
(Dipotong oleh Akta A1547).
(3A)
Seseorang pegawai yang mencarum di bawah subseksyen (1)
dan (1A) yang telah menamatkan kurang daripada dua puluh tahun perkhidmatan dan tidak memilih untuk dibayar ganjaran tamat perkhidmatan tetapi memilih untuk menyertai skim anuiti veteran hendaklah, apabila genap tempoh perkhidmatannya, dibayar nilai carumannya kepada Tabung dan dividen bagi tempoh caruman itu, dan nilai caruman daripada Kumpulan Wang Disatukan yang direkodkan mengikut subseksyen (2) hendaklah dibayar ke dalam Tabung bagi kredit akaun pegawai itu.
(4)
Seseorang pegawai yang mencarum di bawah subseksyen (1)
dan (1A) yang telah menamatkan kurang daripada dua puluh tahun perkhidmatan dan telah memilih untuk menerima ganjaran tamat perkhidmatan hendaklah, apabila genap tempoh perkhidmatannya menerima nilai carumannya kepada Tabung dan dividen bagi tempoh caruman itu.
Tabung Angkatan Tentera 19
(5)
Seseorang pegawai yang berkelayakan untuk pencen tetapi menamatkan perkhidmatan dalam mana-mana tempoh selepas dua puluh tahun sehingga mencapai umur bersara wajib hendaklah, apabila genap tempoh perkhidmatannya menerima nilai carumannya kepada
Tabung bagi keseluruhan tempoh perkhidmatannya dan dividen selama tempoh carumannya.
(6)
Pembayaran di bawah subseksyen (3) hendaklah dibuat walaupun pegawai itu diberikan pencen hilang upaya atau ganjaran hilang upaya menurut peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang sedang berkuat kuasa yang berhubungan dengan pencen, ganjaran atau pemberian atau faedah lain yang terpakai bagi angkatan tetap.
(7)
Jika seseorang pegawai yang mencarum di bawah subseksyen (1) dan (1A) telah menamatkan dua puluh lima tahun perkhidmatan atau telah mencapai umur bersara wajib, mengikut mana-mana yang terdahulu, pemotongan gaji bulanannya hendaklah terhenti dan caruman secara isyarat kepada Tabung daripada Kumpulan Wang Disatukan di bawah subseksyen (2)
hendaklah terhenti daripada direkodkan.
Caruman sukarela kepada Tabung