Malaysia legislation

Section 2

of AKTA LEMBAGA PERINDUSTRIAN KAYU MALAYSIA (PERBADANAN) 1973

Seksyen 2

Akta 105

(a)

seorang pegawai Lembaga atau mana-mana pegawai awam yang dilantik di bawah seksyen 26A;

(b)

seorang pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor; atau

(c)

seorang pegawai kastam sebagaimana yang ditakrifkan di bawah Akta Kastam 1967;

“pembekal” ertinya seseorang yang membekalkan kayu bagi maksud eksport;

“Pemeriksa Kawalan Kualiti” ertinya seseorang pemeriksa kawalan kualiti yang dilantik di bawah seksyen 9;

“pemeringkat” ertinya seseorang yang memegang suatu perakuan kelayakan yang sah bagi memeringkat kayu yang digergaji, yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa pemeringkatan;

“pemproses” ertinya seseorang yang menjalankan perniagaan mengering tanur atau mengawet kayu;

“pengeksport” ertinya seseorang yang mengeksport kayu;

“pengendali” ertinya seseorang yang memegang suatu perakuan kelayakan yang sah yang dikeluarkan oleh Lembaga untuk mengendalikan loji mengawet kayu, loji mengering tanur kayu atau kedua-duanya;

“pengendali jeti” ertinya seseorang yang mengendalikan sesuatu jeti yang terlibat dalam apa-apa aktiviti yang berhubungan dengan pengeksportan atau pengimportan kayu;

“Pengerusi” ertinya Pengerusi Lembaga yang dilantik di bawah seksyen 4;

“pengusahahasilan” ertinya mengambil, memungut, menoreh atau mengalih, apa-apa hasil hutan bagi maksud ladang hutan;

“pengimport” ertinya seseorang yang mengimport kayu;

“perindustrian kayu” ertinya apa-apa aktiviti yang melibatkan ladang hutan, pembangunan, perdagangan, pemasaran, pemprosesan, pengilangan dan pengeluaran dan penyelidikan tentang kayu;

Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (Pemerbadanan)

13

“permit”, berhubung dengan pengeksportan atau pengimportan kayu, ertinya suatu perakuan kelulusan yang dikeluarkan oleh

Lembaga;

“persatuan yang diiktiraf” ertinya sesuatu persatuan, badan atau pertubuhan yang disenaraikan dalam Jadual Ketiga;

“pihak berkuasa pemeringkatan” ertinya Ketua Pengarah Lembaga

Perindustrian Kayu Malaysia;

“premis”, berhubung dengan kayu, ertinya mana-mana tempat, sama ada terbuka atau tertutup atau sama ada di atas tanah atau laut atau sama ada boleh alih atau tak boleh alih dan termasuklah mana-mana rumah, kilang, kedai, pengangkut, stor, bilik, balai, bangsal, kontena, jeti, yad, estet, ladang, gudang, pelabuhan atau lapangan terbang;

“ses” ertinya ses yang dikenakan di bawah seksyen 20;

“yad” ertinya mana-mana kawasan atau tempat yang digunakan bagi menyemak, memeriksa, mengeringkan, menjual, menyimpan, mengemas siap, mengawet atau membendela kayu, dan termasuklah mana-mana kawasan, tempat atau premis yang kayu, yang dimaksudkan untuk digunakan dalam mengilang apa-apa artikel atau dalam pembinaan apa-apa bangunan atau struktur, dikeringkan, diawetkan atau ditawarkan untuk dijual.

(2)

Peruntukan Akta ini tidak mengurangkan peruntukan Akta

Perhutanan Negara 1984 [Akta 313] atau mana-mana undang-undang bertulis lain yang sedang berkuat kuasa berhubung dengan perhutanan.