PERMULAAN
Tajuk ringkas, permulaan kuat kuasa dan pemakaian
/akn/my/act/act/1973/105
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
AKTA LEMBAGA PERINDUSTRIAN KAYU MALAYSIA (PERBADANAN) 1973 is Malaysia Act, cited as Act 105 1973, currently marked in force and first recorded in 1973.
Opening note
Bahagian I
Tajuk ringkas, permulaan kuat kuasa dan pemakaian
Tertakluk kepada subseksyen (3), Akta ini hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.
Menteri boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi permulaan kuat kuasa Akta ini, atau peruntukan yang berlainan dalam Akta ini, masing-masing di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.
Tafsiran
Akta 105
seorang pegawai Lembaga atau mana-mana pegawai awam yang dilantik di bawah seksyen 26A;
seorang pegawai kastam sebagaimana yang ditakrifkan di bawah Akta Kastam 1967;
“pembekal” ertinya seseorang yang membekalkan kayu bagi maksud eksport;
“Pemeriksa Kawalan Kualiti” ertinya seseorang pemeriksa kawalan kualiti yang dilantik di bawah seksyen 9;
“pemeringkat” ertinya seseorang yang memegang suatu perakuan kelayakan yang sah bagi memeringkat kayu yang digergaji, yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa pemeringkatan;
“pemproses” ertinya seseorang yang menjalankan perniagaan mengering tanur atau mengawet kayu;
“pengeksport” ertinya seseorang yang mengeksport kayu;
“pengendali” ertinya seseorang yang memegang suatu perakuan kelayakan yang sah yang dikeluarkan oleh Lembaga untuk mengendalikan loji mengawet kayu, loji mengering tanur kayu atau kedua-duanya;
“pengendali jeti” ertinya seseorang yang mengendalikan sesuatu jeti yang terlibat dalam apa-apa aktiviti yang berhubungan dengan pengeksportan atau pengimportan kayu;
“Pengerusi” ertinya Pengerusi Lembaga yang dilantik di bawah seksyen 4;
“pengusahahasilan” ertinya mengambil, memungut, menoreh atau mengalih, apa-apa hasil hutan bagi maksud ladang hutan;
“pengimport” ertinya seseorang yang mengimport kayu;
“perindustrian kayu” ertinya apa-apa aktiviti yang melibatkan ladang hutan, pembangunan, perdagangan, pemasaran, pemprosesan, pengilangan dan pengeluaran dan penyelidikan tentang kayu;
Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (Pemerbadanan)
13
“permit”, berhubung dengan pengeksportan atau pengimportan kayu, ertinya suatu perakuan kelulusan yang dikeluarkan oleh
Lembaga;
“persatuan yang diiktiraf” ertinya sesuatu persatuan, badan atau pertubuhan yang disenaraikan dalam Jadual Ketiga;
“pihak berkuasa pemeringkatan” ertinya Ketua Pengarah Lembaga
Perindustrian Kayu Malaysia;
“premis”, berhubung dengan kayu, ertinya mana-mana tempat, sama ada terbuka atau tertutup atau sama ada di atas tanah atau laut atau sama ada boleh alih atau tak boleh alih dan termasuklah mana-mana rumah, kilang, kedai, pengangkut, stor, bilik, balai, bangsal, kontena, jeti, yad, estet, ladang, gudang, pelabuhan atau lapangan terbang;
“ses” ertinya ses yang dikenakan di bawah seksyen 20;
“yad” ertinya mana-mana kawasan atau tempat yang digunakan bagi menyemak, memeriksa, mengeringkan, menjual, menyimpan, mengemas siap, mengawet atau membendela kayu, dan termasuklah mana-mana kawasan, tempat atau premis yang kayu, yang dimaksudkan untuk digunakan dalam mengilang apa-apa artikel atau dalam pembinaan apa-apa bangunan atau struktur, dikeringkan, diawetkan atau ditawarkan untuk dijual.
Peruntukan Akta ini tidak mengurangkan peruntukan Akta
Perhutanan Negara 1984 [Akta 313] atau mana-mana undang-undang bertulis lain yang sedang berkuat kuasa berhubung dengan perhutanan.
Bahagian II
Akta 105
Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi;
(ba) Ketua Setiausaha Perbendaharaan;
seorang wakil setiap satu daripada tidak lebih daripada lima
Negeri sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri;
wakil daripada persatuan yang diiktiraf yang hendaklah dilantik sebagaimana yang diperuntukkan dalam seksyen 5;
dan
tidak lebih daripada dua orang yang pada pendapat Menteri boleh memberi sumbangan kepada kemajuan perindustrian kayu Malaysia.
Terma dan syarat pelantikan Pengerusi dan saraannya hendaklah ditentukan oleh Menteri.
Anggota perwakilan
(Dipotong oleh Akta A776).
Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (Pemerbadanan)
15
Tempoh jawatan 5a. Setiap anggota Lembaga hendaklah, melainkan jika dia meletakkan jawatan terlebih dahulu atau keanggotaan atau pelantikannya dibatalkan terlebih dahulu, memegang jawatan selama tempoh tidak melebihi dua tahun, tetapi adalah layak untuk dilantik semula.
Pindaan Jadual Ketiga
Tertakluk kepada subseksyen (2), Menteri boleh dari semasa ke semasa, selepas berunding dengan Lembaga, meminda
Jadual Ketiga.
Tiada persatuan, badan atau pertubuhan boleh ditambah kepada, atau dibenarkan terus berada dalam, Jadual Ketiga melainkan jika kaedah-kaedahnya—
telah diluluskan oleh Menteri;
tidak mengandungi apa-apa perkara yang mudarat kepada kepentingan am perindustrian kayu; dan
membenarkan masuk sebagai anggotanya tiap-tiap orang yang dicadangkan untuk diwakili olehnya dan yang memohon masuk dan mengaku janji untuk mematuhi kaedah-kaedahnya.
Jika sesuatu persatuan yang diiktiraf meminda kaedah-kaedahnya sehingga menjejaskan keanggotaannya, ia hendaklah menyerahkan suatu salinan pindaan itu kepada Menteri dalam masa empat belas hari dari tarikh pindaan itu dibuat.
Anggota silih ganti
7. (1) Tertakluk kepada subseksyen (4) Menteri boleh, berkenaan dengan setiap anggota yang dilantik di bawah perenggan 4(1)(b)
hingga (g), melantik dua orang untuk menjadi anggota silih ganti bagi menghadiri sebagai ganti anggota itu mesyuarat Lembaga yang anggota itu tidak dapat hadir kerana apa-apa sebab.
Hanya seorang anggota silih ganti boleh menghadiri mesyuarat
Lembaga pada satu-satu masa bagi menggantikan anggota yang digantikan itu.
16
Undang-Undang Malaysia
Akta 105
Apabila menghadiri mesyuarat Lembaga seseorang anggota silih ganti hendaklah bagi segala maksud disifatkan sebagai seorang anggota Lembaga.
Seseorang anggota silih ganti hendaklah, melainkan jika dia meletakkan jawatan terlebih dahulu atau pelantikannya dibatalkan terlebih dahulu, terhenti menjadi anggota silih ganti apabila anggota yang baginya dia menjadi anggota silih ganti terhenti menjadi anggota Lembaga.
Penjalanan sementara fungsi Pengerusi
8. (1) Menteri boleh melantik mana-mana anggota Lembaga untuk menjalankan fungsi Pengerusi dalam tempoh Pengerusi tidak berupaya kerana apa-apa sebab untuk menjalankan fungsinya atau dalam tempoh apa-apa kekosongan dalam jawatan Pengerusi, dan anggota itu hendaklah, dalam tempoh dia menjalankan fungsi Pengerusi di bawah subseksyen ini, disifatkan sebagai
Pengerusi.
Sehingga suatu pelantikan dibuat di bawah subseksyen (1)
atau jika pelantikan itu tidak dibuat atau semasa ketidakhadiran
Pengerusi di mana-mana mesyuarat Lembaga, wakil yang dilantik di bawah perenggan 4(1)(b) hendaklah menjalankan fungsi dan disifatkan sebagai Pengerusi.
Sekiranya wakil yang dilantik di bawah perenggan 4(1)(b)
tidak berupaya kerana apa-apa sebab untuk bertindak di bawah subseksyen (2), wakil yang dilantik di bawah perenggan 4(1)(d)
hendaklah menjalankan fungsi dan disifatkan sebagai Pengerusi.
Pelantikan pegawai dan pekhidmat
9. (1) Menteri hendaklah melantik seorang Ketua Pengarah
Lembaga atas apa-apa terma dan syarat dan bagi apa-apa tempoh tertentu sebagaimana yang ditentukan olehnya.
Lembaga boleh, dengan keizinan Menteri dan atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga, melantik apa-apa bilangan Timbalan Ketua Pengarah dan pegawai serta pekhidmat Lembaga termasuk Pemeriksa Kawalan Kualiti sebagaimana yang perlu bagi menjalankan maksud Akta ini.
Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (Pemerbadanan)
17
Pelantikan Ketua Pengarah, Timbalan Ketua Pengarah dan
Pemeriksa Kawalan Kualiti hendaklah disiarkan dalam Warta.
Lembaga boleh memperuntukkan skim perkhidmatan 9a. Lembaga boleh dari semasa ke semasa dengan kelulusan Menteri dan persetujuan Menteri Kewangan, selepas berunding dengan
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, membuat peraturan-peraturan untuk memperuntukkan apa-apa skim perkhidmatan bagi pegawai dan pekhidmatnya, termasuk terma dan syarat perkhidmatan dan gaji, apa-apa skim pencen, dan apa-apa skim yang berhubungan dengan elaun dan saraan lain yang kena dibayar kepada pegawai dan pekhidmatnya.
Kuasa dan kewajipan Ketua Pengarah 9b. (1) Ketua Pengarah hendaklah menjadi ketua pegawai eksekutif Lembaga dan hendaklah mempunyai segala kuasa dan kewajipan yang perlu bagi menjalankan pentadbiran dan fungsi teknikal Lembaga.
Kuasa dan kewajipan yang disebut dalam subseksyen (1)
adalah sebagai tambahan kepada mana-mana kuasa atau kewajipan yang diberikan atau dipertanggungkan pada Ketua Pengarah oleh
Lembaga atau oleh Akta ini dan mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya.
Ketua Pengarah hendaklah—
mengemukakan bagi kelulusan Lembaga—
suatu program tahunan aktiviti Lembaga; dan
anggaran perbelanjaan yang perlu untuk menjalankan aktiviti Lembaga;
memastikan bahawa program yang diluluskan dilaksanakan dengan sewajarnya dan bahawa perbelanjaan menjalankan program yang diluluskan dan begitu juga bagi pentadbiran
Lembaga adalah mengikut anggaran yang diluluskan oleh
Lembaga; dan
memastikan Lembaga diberitahu sepenuhnya mengenai perkembangan aktiviti itu, dan menyediakan serta mengemukakan kepada Lembaga dengan seberapa segera
18
Undang-Undang Malaysia
Akta 105
yang mungkin selepas berakhir setiap tahun kewangan suatu laporan berkenaan dengan pentadbiran Lembaga yang disertai dengan suatu penyata pendapatan dan perbelanjaan bagi, bersama-sama dengan suatu kunci kira-kira setakat akhir, tahun kewangan itu.
Jika Ketua Pengarah buat sementara waktu tidak dapat menjalankan fungsinya atas alasan sakit, tidak hadir atau apa-apa sebab lain, Timbalan Ketua Pengarah hendaklah menjalankan kuasa dan kewajipan Ketua Pengarah.
Jika Timbalan Ketua Pengarah belum dilantik Pengerusi boleh melantik mana-mana pegawai Lembaga untuk menjalankan kuasa dan kewajipan Ketua Pengarah bagi maksud subseksyen (4).
Pewakilan kewajipan Ketua Pengarah 9C. (1) Ketua Pengarah boleh secara bertulis mewakilkan apa-apa kuasa atau kewajipan yang diberikan kepadanya di bawah Akta ini kepada mana-mana pegawai Lembaga, tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang difikirkannya patut.
Pewakilan di bawah seksyen ini tidak menghalang Ketua
Pengarah sendiri daripada melaksanakan atau menjalankan, pada bila-bila masa, mana-mana kuasa atau kewajipan yang diwakilkan sedemikian.
Pekhidmat awam
10. Semua anggota, pegawai dan pekhidmat Lembaga hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awam mengikut pengertian Kanun
Keseksaan [Akta 574].
Pejabat
11. Lembaga hendaklah mempunyai suatu pejabat utama di dalam
Persekutuan di mana-mana tempat sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga, dan boleh menubuhkan apa-apa cawangan pejabat lain sebagaimana yang disifatkan wajar oleh Lembaga.
Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (Pemerbadanan)
19
Fungsi dan kuasa Lembaga
12. (1) Fungsi Lembaga adalah—
mengawal selia dan mengawal perdagangan dan pemasaran dan pengedaran kayu;
memajukan dan membaiki perdagangan dan pasaran kayu;
(bb) menyelaraskan aktiviti bagi pemasaran dan perkapalan kayu yang berkesan;
menggalakkan penggunaan yang berkesan bagi kayu dengan menitikberatkan pempelbagaian keluaran dan memajukan pembaikan dan ekonomi dalam cara memproses kayu;
mengadakan perkhidmatan nasihat teknikal dan latihan yang dikehendaki untuk membantu dalam pembangunan perindustrian kayu yang sedia ada dan dalam penubuhan perindustrian baru;
membantu perindustrian kayu dalam pemasaran kayu;
menyusun dan membantu penyatuan perindustrian kayu secara kecil dan mengintegrasi dengan lebih erat aktiviti perindustrian kayu pada amnya, supaya mencapai kecekapan yang lebih baik, dan mendapatkan asas yang lebih kukuh untuk, perindustrian kayu keseluruhannya;
mengumpulkan maklumat dan menyenggarakan rekod bagi segala perkara yang berkaitan yang berhubungan dengan perindustrian kayu;
(ga) melaksanakan dasar dan program pembangunan untuk memastikan peningkatan dan daya maju perindustrian kayu di Malaysia;
(gb) memajukan usahawan Bumiputera dalam perindustrian kayu supaya lebih berdaya saing;
(gc) melaksanakan kawalan dan memantau eksport, import, kayu dalam transit dan pasaran dalam negeri;
(gd) menjalankan penyelidikan, kajian semula dan penyiasatan, yang berfaedah kepada atau sesuai dengan pelaksanaan fungsi-fungsinya;
(ge) membangunkan dan mengkomersialkan dapatan penyelidikan bagi manfaat perindustrian kayu dan menggalakkan penggunaan dapatan penyelidikan secara komersial;
20
Undang-Undang Malaysia
Akta 105
(gf) menggalakkan dan membangunkan aktiviti ladang hutan bagi maksud pembangunan perindustrian kayu dan apa-apa aktiviti lain yang berkaitan dengan pembangunan ladang hutan;
(gg) merancang dan menjalankan program pembangunan sumber manusia selari dengan pembangunan perindustrian kayu;
(gh) berhubung dan menyelaraskan dengan Kerajaan Negeri yang berkaitan dan badan-badan lain, termasuk anggota mana-mana persatuan di dalam dan di luar Malaysia, demi kepentingan perindustrian kayu; dan
pada amnya untuk melakukan segala-galanya mengikut ruang lingkup objektif Akta ini bagi pembaikan dan penjalanan perindustrian kayu yang sepatutnya.
Lembaga hendaklah mempunyai kuasa untuk melakukan segala perkara yang semunasabahnya perlu bagi, atau suai manfaat atau bersampingan dengan, penunaian fungsinya, dan khususnya, tetapi tanpa menyentuh keluasan subseksyen ini—
untuk membuat apa-apa rundingan dan perjanjian atau perkiraan sebagaimana yang difikirkan perlu oleh Lembaga bagi melaksanakan fungsinya dan bagi memajukan kepentingan am perindustrian dan perdagangan kayu;
untuk menjalankan pemasaran kayu bagi pihak perindustrian kayu secara kecil;
untuk menubuhkan dan menyenggarakan apa-apa establismen sebagaimana yang difikirkan perlu oleh Lembaga bagi menunaikan fungsinya;
untuk melantik jawatankuasa;
untuk memperoleh, memegang, melupuskan atau memberikan hak berkaitan dengan keputusan apa-apa penyelidikan yang dijalankan oleh atau bagi pihak Lembaga, atau berkaitan dengan keputusan apa-apa penyelidikan yang dijalankan oleh mana-mana orang atau organisasi bagi pihak Lembaga;
untuk menugaskan mana-mana orang atau badan untuk menjalankan penyelidikan atau pembangunan;
Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (Pemerbadanan)
21
untuk memberikan perakuan kemahiran berkenaan dengan program latihan dan program yang diiktiraf oleh
Lembaga;
untuk mengeluarkan lesen, perakuan, permit dan kelulusan di bawah Akta ini berkenaan dengan perindustrian kayu;
untuk menentukan standard dan spesifikasi mana-mana keluaran kayu sebagaimana yang difikirkan wajar oleh
Lembaga untuk perindustrian kayu;
untuk menjalankan dan menyelaraskan apa-apa aktiviti yang berhubungan dengan penyelidikan dan pembangunan dalam penanaman, pengeluaran dan pengusahahasilan keluaran ladang hutan;
untuk memberi pengiktirafan dan pemerakuan skim jaminan kualiti kayu kepada mana-mana orang yang terlibat dalam pengeluaran kayu;
untuk bekerjasama dengan mana-mana agensi atau organisasi yang diiktiraf di dalam atau di luar Malaysia;
untuk menjalankan aktiviti penyelidikan dan pembangunan bagi pembangunan keluaran kayu dan aktiviti hiliran;
untuk memberikan pinjaman, dengan atau tanpa faedah, kepada mana-mana badan, syarikat atau orang yang diluluskan oleh Menteri bagi pelaksanaan program ladang hutan atau apa-apa program lain bagi maksud pembangunan perindustrian kayu;
untuk menjalankan peranan sebagai pihak berkuasa pemeringkatan; dan
untuk melakukan semua perkara yang suai manfaat, perlu atau bersampingan dengan pelaksanaan fungsinya di bawah Akta ini.
Lembaga boleh dari semasa ke semasa, dengan kelulusan
Menteri, menubuhkan, melalui perintah yang disiarkan dalam
Warta, suatu perbadanan dengan apa-apa nama sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu untuk menjalankan dan menjaga, mengendalikan dan menguruskan bagi pihak Lembaga apa-apa projek, skim atau perusahaan yang telah dirancangkan atau dijalankan oleh Lembaga dalam menunaikan fungsinya di bawah Akta ini, dan boleh dengan cara yang sama membatalkan, mengubah atau meminda mana-mana perintah itu.
22
Undang-Undang Malaysia
Akta 105
Tiap-tiap perintah yang dibuat di bawah subseksyen (3)
hendaklah membuat peruntukan berkenaan dengan—
perlembagaan perbadanan itu;
pembiayaan perbadanan itu;
pembayaran balik wang pinjaman kepada perbadanan; dan
akaun yang hendaklah disimpan oleh perbadanan itu dan audit akaun itu.
Peruntukan Jadual Keempat hendaklah terpakai berkenaan dengan tiap-tiap perbadanan yang ditubuhkan oleh Lembaga di bawah subseksyen (3).
Lembaga boleh, dalam menunaikan fungsinya, menjalankan aktiviti komersial bagi mendapatkan laba atau untung dalam hal yang berkenaan melalui syarikat yang ditubuhkan dari semasa ke semasa di bawah Akta Syarikat 1965 [Akta 125] dan syarikat itu hanya boleh ditubuhkan setelah diluluskan oleh Menteri dengan persetujuan Menteri Kewangan.
Menteri boleh membuat kaedah-kaedah atau peraturan-peraturan bagi menetapkan apa-apa aktiviti atau kepentingan atau bagi menetapkan terma atau syarat mana-mana aktiviti atau kepentingan mana-mana anggota, pegawai atau pekhidmat
Lembaga berhubung dengan mana-mana perbadanan atau syarikat yang ditubuhkan masing-masing di bawah subseksyen (3) dan (5)
atau kepada mana-mana syarikat, perusahaan atau pengusahaan dan apa-apa peninggalan atau pengabaian untuk mematuhi dan apa-apa perbuatan yang dilakukan atau yang cuba dilakukan yang berlawanan dengan peruntukan kaedah-kaedah atau peraturan-peraturan itu ialah suatu kesalahan terhadap Akta ini dan pesalah itu boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
Pewakilan fungsi dan kuasa Lembaga 12A. (1) Lembaga boleh, mewakilkan secara bertulis, atas apa-apa syarat, had atau sekatan sebagaimana yang difikirkannya patut dikenakan, mana-mana fungsi atau kuasanya, kecuali kuasa
Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (Pemerbadanan)
23
untuk membuat peraturan-peraturan dan kaedah-kaedah di bawah seksyen 34 Akta ini, kepada—
Pengerusi;
Ketua Pengarah;
mana-mana jawatankuasa yang dilantik oleh Lembaga; atau
mana-mana pegawai Lembaga yang diberi kuasa oleh
Ketua Pengarah.
Mana-mana orang atau jawatankuasa yang diwakilkan dengan fungsi dan kuasa Lembaga di bawah subseksyen (1) hendaklah terikat untuk mematuhi dan memberi perhatian kepada segala syarat, had atau sekatan yang dikenakan oleh Lembaga.
Pewakilan di bawah seksyen ini tidak menghalang Lembaga sendiri daripada melaksanakan atau menjalankan pada bila-bila masa mana-mana fungsi atau kuasa yang diwakilkan sedemikian.
Bahagian III pengawalseliaan PERINDUSTRIAN KAYU
Larangan terhadap menjalankan aktiviti tanpa pendaftaran
13. (1) Tiada seorang pun boleh menjalankan apa-apa aktiviti sebagai—
pengeksport;
pengimport;
pembekal;
pemeringkat;
pemproses;
pedagang;
pengendali; atau
pengendali jeti, melainkan jika dia telah didaftarkan mengikut Akta ini.
24
Undang-Undang Malaysia
Akta 105
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1)
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
13a. (Dipotong oleh Akta A1387).
Pendaftaran
14. (1) Sesuatu permohonan bagi pendaftaran di bawah Akta ini hendaklah dibuat kepada Lembaga.
Lembaga boleh, apabila dibayar fi yang ditetapkan, mendaftarkan seseorang pemohon di bawah subseksyen (1) tertakluk kepada syarat dan sekatan yang difikirkan patut dikenakan oleh
Lembaga.
Tiap-tiap pendaftaran di bawah seksyen ini hendaklah sah bagi tempoh satu tahun, atau suatu tempoh yang lebih panjang tetapi tidak melebihi lima tahun sebagaimana yang ditentukan oleh
Lembaga, dari tarikh pendaftaran dan boleh dibaharui, melainkan jika dibatalkan terlebih dahulu di bawah seksyen 17, mengikut budi bicara Lembaga, bagi tempoh selanjutnya yang tidak kurang daripada satu tahun tetapi tidak melebihi lima tahun sebagaimana yang difikirkan patut oleh Lembaga.
Lembaga hendaklah mengeluarkan kepada tiap-tiap orang yang telah didaftarkan, atau yang pendaftarannya telah dibaharui, di bawah seksyen ini suatu perakuan pendaftaran mengikut apa-apa bentuk sebagaimana yang ditetapkan.
Tiada seorang pun, kecuali seseorang pemeringkat atau pengendali, yang bukannya seorang yang diperbadankan boleh didaftarkan di bawah seksyen ini melainkan jika ada berkenaan dengan perniagaannya suatu perakuan pendaftaran perniagaan yang sah yang dikeluarkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berkuat kuasa di dalam Malaysia yang berhubungan dengan pendaftaran perniagaan.
Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (Pemerbadanan)
25
Kuasa untuk mengubah syarat atau sekatan pendaftaran 14a. (1) Lembaga hendaklah mempunyai kuasa untuk mengubah apa-apa syarat atau sekatan yang dikenakan ke atas apa-apa pendaftaran di bawah subseksyen 14(2):
Dengan syarat bahawa Lembaga tidak boleh mengubah apa-apa syarat atau sekatan sesuatu pendaftaran itu melainkan jika suatu notis yang munasabah dan suatu peluang untuk didengar tentang apa-apa bantahan mengenai perubahan yang dicadangkan telah diberikan kepada seseorang berdaftar yang berkemungkinan terjejas oleh perubahan sedemikian.
Lembaga boleh, apabila mendengar apa-apa bantahan di bawah subseksyen (1), menolak bantahan itu jika difikirkannya bantahan itu tiada merit dan hendaklah meneruskan untuk mengubah syarat atau sekatan pendaftaran sebagaimana yang dicadangkan.
Jika seseorang berdaftar tidak berpuas hati dengan keputusan Lembaga di bawah subseksyen (2), dia boleh merayu kepada Menteri dalam masa tiga puluh hari dari tarikh keputusan itu diberitahukan kepadanya dan keputusan Menteri hendaklah muktamad dan mengikat.
Tiada perubahan dalam apa-apa syarat atau sekatan pendaftaran yang dibuat menurut seksyen ini boleh berkuat kuasa sehingga rayuan, jika ada, di bawah subseksyen (3) telah diputuskan yang memihak kepada Lembaga.
Daftar
15. Lembaga hendaklah menyimpan dan menyenggarakan suatu daftar yang berhubungan dengan pendaftaran di bawah seksyen 14
mengikut apa-apa bentuk dan cara sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga.
Kuasa untuk menolak pendaftaran
16. Lembaga boleh enggan melakukan pendaftaran di bawah seksyen 14 jika ia berpendapat bahawa pemohon itu tidak akan dapat mematuhi syarat atau sekatan yang dikenakan oleh Lembaga semasa pendaftaran, atau kehendak Akta ini atau kaedah-kaedah atau peraturan-peraturan di bawahnya.
26
Undang-Undang Malaysia
Akta 105
Kuasa untuk menggantung, membatalkan atau enggan untuk membaharui pendaftaran
17. (1) Lembaga boleh, jika ia berpuas hati bahawa apa-apa syarat atau sekatan yang tertakluk kepadanya sesuatu pendaftaran telah dilakukan telah tidak dipatuhi oleh orang berdaftar itu atau bahawa penerusan pendaftaran itu akan melanggar Akta ini atau kaedah-kaedah atau peraturan-peraturan di bawahnya, menggantung, membatalkan atau enggan untuk membaharui pendaftaran itu.
Jika ternyata pada Lembaga berpendapat bahawa seseorang yang berdaftar telah melanggar mana-mana peruntukan Akta ini atau kaedah-kaedah atau peraturan-peraturan di bawahnya, Lembaga boleh meminta orang itu mengikut apa-apa cara sebagaimana yang ditetapkan, menunjukkan sebab kenapa pendaftarannya tidak patut digantung atau dibatalkan.
Seseorang yang diminta untuk menunjukkan sebab di bawah subseksyen (2)—
hendaklah diberikan oleh Lembaga butir-butir, secara bertulis, mengenai pelanggaran yang dikatakan itu; dan
boleh, jika dia berhasrat sedemikian, hadir pada pendengaran oleh Lembaga atau diwakili pada pendengaran itu oleh seorang lain yang diberi kuasa olehnya secara bertulis.
Jika selepas pendengaran itu, Lembaga berpendapat bahawa orang yang diminta untuk menunjukkan sebab itu gagal menunjukkan sebab, Lembaga boleh, walau apa pun apa-apa tindakan jenayah yang mungkin dibawa terhadapnya, menggantung atau membatalkan pendaftarannya:
Dengan syarat bahawa apa-apa penggantungan pendaftaran di bawah peruntukan ini tidak boleh melebihi tempoh enam bulan.
Seseorang yang pendaftarannya telah dibatalkan atau telah, dengan keengganan oleh Lembaga, tidak dibaharui—
tidak boleh didaftarkan semula selama apa-apa tempoh, yang tidak melebihi dua tahun dari tarikh pembatalan atau keengganan untuk membaharui itu, sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga pada masa pembatalan atau keengganan untuk membaharui itu; dan
Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (Pemerbadanan)
27
hendaklah, apabila dikehendaki berbuat demikian oleh
Lembaga secara bertulis, menyerahkan balik kepada
Lembaga perakuan pendaftarannya dalam tempoh yang dinyatakan oleh Lembaga.
(a) Lembaga tidak boleh enggan untuk membaharui pendaftaran seseorang berdaftar di bawah subseksyen (1)
tanpa terlebih dahulu memberi orang itu suatu peluang untuk didengar.
Jika Lembaga enggan untuk membaharui pendaftaran seseorang berdaftar di bawah subseksyen (1) ia hendaklah memberitahu orang itu secara bertulis yang bermaksud sedemikian dengan menyatakan sebab bagi keengganan itu.
Mana-mana orang yang dengan sengaja tidak mematuhi kehendak Lembaga di bawah perenggan (5)(b) melakukan suatu kesalahan.
Rayuan
18. (1) Mana-mana orang yang terkilan dengan keputusan
Lembaga, yang enggan melakukan pendaftaran di bawah seksyen 14 atau menggantung, membatalkan atau enggan membaharui pendaftaran di bawah seksyen 17, boleh, dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh keputusan itu diberitahukan kepadanya, merayu kepada Menteri.
Keputusan Menteri mengenai sesuatu rayuan di bawah subseksyen (1) adalah muktamad dan tidak boleh dipersoalkan di mana-mana mahkamah.
Menteri boleh membuat kaedah-kaedah yang mengawal tatacara yang hendaklah diikuti mengenai rayuan di bawah seksyen ini dan fi yang kena dibayar baginya.
Kewajipan untuk mengisytiharkan 18A. (1) Seseorang pengeksport atau pengimport hendaklah membuat suatu pengisytiharan kepada Lembaga berkenaan dengan kayu yang akan dieksport atau diimport, sebelum pengeksportan atau pengimportan kayu itu.
28
Undang-Undang Malaysia
Akta 105
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Anggapan tentang eksport 18B. Berhubung dengan eksport, kayu hendaklah disifatkan dibawa atau disebabkan dibawa keluar dari Malaysia jika—
permit atau pemerakuan untuk pengeksportannya telah dikeluarkan oleh Lembaga;
ia telah dilepaskan oleh pegawai kastam yang hak di stesen kastam yang terakhir dalam laluannya keluar dari
Malaysia;
ia telah dimuatkan ke dalam suatu vesel atau pesawat udara yang hampir berlepas dari suatu pelabuhan atau jeti atau tempat di Malaysia; atau
ia telah dilepaskan oleh pegawai kastam yang hak di depoh pelepasan dalam negeri atau di stesen kastam dalam negeri dalam laluannya keluar dari Malaysia melalui suatu pelabuhan kastam atau lapangan terbang.
Bahagian IV
KEWANGAN
Kumpulan Wang Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia
19. (1) Lembaga hendaklah menubuhkan dan mentadbirkan suatu kumpulan wang bernama “Kumpulan Wang Lembaga Perindustrian
Kayu Malaysia.
Maka hendaklah dibayar ke dalam Kumpulan Wang itu—
segala wang yang dipungut, dibayar, dipinjam atau dipindahkan di bawah seksyen 14, 18, 22 dan 41;
segala wang yang dipungut atau dibayar di bawah seksyen 20 selain yang dipungut, dilevi atau diperdapatkan dalam Negeri Sabah dan Sarawak;
Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (Pemerbadanan)
29
segala wang yang dipungut di bawah kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan dan yang dinyatakan dalamnya sebagai yang kena dibayar ke dalam Kumpulan Wang itu;
(ca) segala wang yang diperoleh atau berbangkit daripada apa-apa harta, pelaburan, gadai janji, pajakan, penyewaan, gadaian atau debentur yang diperoleh oleh atau yang terletak hak pada Lembaga termasuklah apa-apa keuntungan yang didapati daripada perbadanan atau syarikat yang ditubuhkan di bawah Akta ini;
(cb) segala wang yang diperoleh daripada pengendalian apa-apa projek, skim atau perusahaan yang dibiayai daripada
Kumpulan Wang;
segala wang yang diterima oleh Lembaga dengan cara pemberian, sumbangan atau pinjaman daripada Kerajaan
Persekutuan atau mana-mana Kerajaan Negeri;
segala wang yang diterima oleh Lembaga dengan cara pemberian, derma atau sumbangan daripada institusi atau agensi antarabangsa yang diiktiraf;
segala jumlah wang yang disumbangkan oleh Negeri
Sabah dan Sarawak;
(ee) segala wang yang diterima sebagai fi dan caj bagi nasihat atau perkhidmatan yang diberikan menurut seksyen 20a; dan
segala wang kepunyaan atau selainnya kena dibayar kepada
Lembaga.
Kumpulan Wang hendaklah dibelanjakan bagi maksud yang berikut:
membayar apa-apa perbelanjaan yang dilakukan secara sah oleh Lembaga, termasuk—
saraan pegawai dan pekhidmat Lembaga, termasuk pemberian pinjaman, elaun persaraan, pencen atau ganjaran;
perlindungan insurans atau insentif bagi pegawai dan pekhidmat Lembaga;
30
Undang-Undang Malaysia
Akta 105
biasiswa pengajian tinggi bagi pegawai dan pekhidmat Lembaga sebagaimana yang diluluskan oleh Lembaga;
kos yang dilakukan dalam menyediakan kebajikan pegawai dan pekhidmat Lembaga; dan
fi dan kos guaman dan apa-apa fi dan kos lain;
memberikan pinjaman atau menyediakan modal bagi perbadanan atau syarikat yang ditubuhkan di bawah
Akta ini;
membayar balik apa-apa wang yang dipinjam di bawah
Akta ini dan apa-apa faedah yang kena dibayar ke atas wang itu;
tertakluk kepada kelulusan Menteri, memberikan sumbangan kepada mana-mana organisasi, sama ada di dalam atau di luar Malaysia, bagi maksud menggalakkan pembangunan perindustrian kayu, menggalakkan perdagangan dalam penggunaan dan pemprosesan kayu dan memastikan bekalan kayu yang mencukupi kepada perindustrian;
membiayai aktiviti penyelidikan dan pembangunan;
menyumbang kepada badan atau organisasi yang Lembaga merupakan anggota;
menyediakan pinjaman atau pemberian kepada institusi pengajian tinggi di dalam atau di luar Malaysia bagi maksud pembangunan sumber manusia dalam perindustrian kayu;
memberikan pinjaman, pemberian, modal atau apa-apa bentuk bantuan lain kepada mana-mana Bumiputera atau orang yang terlibat dalam perindustrian kayu, tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan oleh
Lembaga;
membayar apa-apa perbelanjaan atau kos, yang dilakukan atau yang diterima dengan sewajarnya oleh Lembaga dalam melaksanakan fungsinya atau menjalankan kuasanya di bawah Akta ini;
Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (Pemerbadanan)
31
membeli atau menyewa kelengkapan, jentera dan apa-apa bahan lain, memperoleh tanah dan mendirikan bangunan, serta menjalankan apa-apa kerja dan pengusahaan lain dalam melaksanakan fungsinya atau menjalankan kuasanya di bawah Akta ini; dan
pada amnya, membayar apa-apa perbelanjaan bagi melaksanakan peruntukan Akta ini.
Menteri boleh mengarahkan Lembaga supaya menyimpan suatu akaun yang berasingan berkenaan dengan wang yang diterima dengan cara pemberian daripada Kerajaan Persekutuan atau mana-mana Kerajaan Negeri di bawah perenggan (2)(d).
Ses ke atas pengeksportan kayu
20. (1) Bagi maksud Akta ini Menteri boleh, selepas berunding dengan Menteri Kewangan dan Lembaga, membuat suatu perintah supaya dikenakan, dipungut, diubah atau dibatalkan sesuatu ses ke atas pengeksportan kesemua atau mana-mana daripada keluaran kayu yang disenaraikan dalam Jadual Pertama.
Suatu perintah bagi pengenaan, pemungutan atau pengubahan ses di bawah subseksyen (1) boleh menetapkan amaun, kadar dan cara kutipan yang berlainan bagi jenis kayu yang berlainan berhubung dengan orang yang berlainan atau golongan orang yang berlainan.
Seseorang yang tidak atau enggan membayar apa-apa ses yang dikenakan di bawah seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh kali amaun ses yang kena dibayar atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Amaun apa-apa ses yang dikenakan di bawah seksyen ini hendaklah menjadi hutang yang kena dibayar kepada Lembaga daripada orang yang ke atasnya ses itu dikenakan dan boleh dibawa guaman bagi dan didapatkan dalam mana-mana mahkamah atas guaman Lembaga.
Pemulaan prosiding di bawah seksyen ini tidak melepaskan mana-mana orang daripada liabiliti untuk membayar apa-apa ses yang baginya dia adalah atau boleh menjadi bertanggungan atau daripada liabiliti untuk membuat apa-apa penyata yang dia dikehendaki membuatnya oleh Akta ini.
32
Undang-Undang Malaysia
Akta 105
Kuasa untuk mengenakan dan memungut fi dan bentuk pembayaran lain 20a. Lembaga boleh, dari semasa ke semasa, menetapkan dan memungut fi dan caj berkenaan dengan apa-apa perkhidmatan nasihat teknikal, pengujian, penyelidikan, penyiasatan yang disediakan atau dilakukan oleh Lembaga atau apa-apa perkhidmatan lain yang disediakan oleh Lembaga atau penggunaan kemudahan
Lembaga menurut Akta ini.
Sumbangan oleh Negeri
21. Mana-mana Negeri boleh menyumbang kepada Kumpulan
Wang apa-apa jumlah wang sebagaimana yang dipersetujui antara
Menteri dengan Negeri itu.
Kuasa meminjam
22. Lembaga boleh, atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang diluluskan oleh Menteri, dengan persetujuan Menteri Kewangan, meminjam wang bagi maksud menjalankan fungsinya.
Kuasa untuk melabur
23. Lembaga boleh dari semasa ke semasa, dengan kelulusan
Menteri yang diberikan dengan persetujuan Menteri Kewangan, melaburkan Kumpulan Wang itu atau mana-mana daripada bahagiannya, yang tidak dikehendaki dengan segera bagi memenuhi obligasi Lembaga atau menjalankan fungsinya—
dalam pelaburan atau sekuriti yang dibenarkan bagi pelaburan wang amanah oleh mana-mana undang-undang bertulis yang berkuat kuasa pada masa ini; atau
dalam apa-apa pelaburan atau sekuriti lain sebagaimana yang difikirkan patut oleh Lembaga.
Anggaran tahunan
24. (1) Ketua Pengarah hendaklah, tidak lewat daripada satu bulan sebelum bermula setiap tahun kewangan, membentangkan kepada Lembaga suatu anggaran hasil dan perbelanjaan,
Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (Pemerbadanan)
33
termasuklah perbelanjaan modal, Lembaga bagi tahun kewangan yang berikutnya mengikut apa-apa butir dan bentuk sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga.
Ketua Pengarah hendaklah menyebabkan supaya dihantar kepada tiap-tiap anggota Lembaga suatu salinan anggaran itu tidak lewat daripada empat belas hari sebelum tarikh mesyuarat yang anggaran itu akan dibentangkan.
Audit dan laporan tahunan
25. Akta Badan Berkanun (Akaun dan Laporan Tahunan) 1980
[Akta 240] hendaklah terpakai berkenaan dengan akaun, audit dan laporan tahunan Lembaga.
26. (Dipotong oleh Akta A776).
Bahagian Iva
KUASA YANG BERHUBUNGAN DENGAN
PENGUATKUASAAN, PENYITAAN, PENANGKAPAN, DSB.
Pelantikan pegawai penguat kuasa 26A. Ketua Pengarah boleh secara bertulis melantik apa-apa bilangan pegawai penguat kuasa yang perlu bagi maksud Akta ini.
Kuasa penyiasatan 26B. (1) Seseorang pegawai penguat kuasa hendaklah mempunyai segala kuasa yang perlu untuk menjalankan penyiasatan di bawah
Akta ini.
Bagi maksud subseksyen (1), Kanun Tatacara Jenayah
[Akta 593] hendaklah terpakai dan seseorang pegawai penguat kuasa hendaklah mempunyai segala kuasa yang diperuntukkan di bawah Kanun itu.
34
Undang-Undang Malaysia
Akta 105
Kad kuasa 26C. (1) Ketua Pengarah hendaklah mengeluarkan kepada setiap pegawai penguat kuasa yang dilantik di bawah seksyen 26A suatu kad kuasa yang hendaklah ditandatangani oleh Ketua Pengarah.
Bilamana pegawai penguat kuasa itu menjalankan mana-mana kuasa di bawah Akta ini, dia hendaklah, apabila diminta, mengemukakan kepada orang yang terhadapnya kuasa itu sedang dijalankan kad kuasa yang dikeluarkan kepadanya di bawah subseksyen (1).
Kuasa untuk menangkap 26D. (1) Seseorang pegawai penguat kuasa boleh menangkap tanpa waran mana-mana orang—
yang didapati melakukan, cuba melakukan atau bersubahat dalam pelakuan suatu kesalahan di bawah Akta ini; atau
yang pegawai penguat kuasa dengan semunasabahnya mengesyakinya terlibat dalam melakukan, cuba melakukan atau bersubahat dalam pelakuan suatu kesalahan di bawah
Akta ini.
Seseorang pegawai penguat kuasa yang membuat suatu tangkapan di bawah subseksyen (1) hendaklah, tanpa kelengahan yang tidak perlu, membawa orang yang ditangkap itu ke balai polis yang paling hampir, dan sesudah itu orang itu hendaklah diperlakukan mengikut undang-undang yang berhubungan dengan tatacara jenayah yang sedang berkuat kuasa.
Penggeledahan dan penyitaan dengan waran 26E. (1) Jika ternyata pada Mahkamah, berdasarkan maklumat bertulis dengan bersumpah dan selepas apa-apa siasatan sebagaimana yang difikirkan perlu oleh Mahkamah itu, bahawa terdapat sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa—
mana-mana premis telah digunakan atau akan digunakan bagi; atau
terdapat dalam mana-mana premis keterangan yang perlu bagi pengendalian penyiasatan mengenai,
Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (Pemerbadanan)
35
pelakuan suatu kesalahan di bawah Akta ini, Mahkamah itu boleh mengeluarkan waran yang memberi kuasa kepada mana-mana pegawai penguat kuasa yang dinamakan dalam waran itu, pada bila-bila masa yang munasabah, pada waktu siang atau malam dan dengan atau tanpa bantuan, untuk memasuki premis itu dan jika perlu dengan kekerasan.
Sesuatu waran yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1)
boleh memberi kuasa kepada pegawai penguat kuasa untuk—
menggeledah premis itu bagi, dan untuk menyita atau memindahkan dari premis itu mana-mana kayu, pengangkut, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain yang semunasabahnya dipercayai dapat memberikan keterangan mengenai pelakuan kesalahan itu;
mengambil sampel mana-mana kayu, atau benda yang dijumpai dalam premis itu bagi maksud menentukan, melalui pengujian atau selainnya, sama ada kesalahan itu telah dilakukan; dan
membuat salinan atau mengambil cabutan daripada mana-mana buku, rekod, dokumen atau benda lain yang dijumpai di dalam premis itu.
Seseorang pegawai penguat kuasa yang memasuki mana-mana premis di bawah seksyen ini boleh membawa bersama-samanya mana-mana orang lain dan kelengkapan sebagaimana yang didapatinya perlu.
Seseorang pegawai penguat kuasa boleh, pada menjalankan kuasanya di bawah seksyen ini, jika perlu untuk berbuat demikian—
memecah buka mana-mana pintu luar atau pintu dalam premis itu atau mana-mana pagar, kepungan, pintu pagar atau galangan lain kepada premis itu, untuk masuk ke dalam premis itu;
memindahkan dengan kekerasan apa-apa halangan kepada kemasukan, penggeledahan, penyitaan atau pemindahan sebagaimana yang dia diberi kuasa untuk melaksanakannya di bawah seksyen ini; dan
menahan mana-mana orang yang dijumpai di dalam premis itu sehingga penggeledahan itu selesai.
36
Undang-Undang Malaysia
Akta 105
Jika, oleh sebab jenis, saiz atau amaunnya, pemindahan mana-mana kayu, pengangkut, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain yang disita di bawah seksyen ini tidak boleh dilaksanakan, pegawai penguat kuasa itu hendaklah, dengan apa-apa cara, mengelak kayu, pengangkut, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain itu di dalam premis atau di dalam bekas yang di dalamnya ia dijumpai.
Mana-mana orang yang, tanpa kuasa yang sah, memecahkan, mengganggu atau merosakkan lak yang disebut dalam subseksyen (5)
atau memindahkan kayu, pengangkut, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain itu yang dilak atau cuba berbuat demikian melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Penggeledahan dan penyitaan tanpa waran 26F. Bilamana seseorang pegawai penguat kuasa mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa mana-mana kayu, pengangkut, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain yang berkenaan dengannya suatu kesalahan di bawah Akta ini telah dilakukan mungkin dijumpai di dalam atau pada mana-mana premis, orang atau pengangkut dan bahawa oleh sebab kelengahan dalam mendapatkan waran di bawah seksyen 26E, tujuan penggeledahan itu akan terkecewa, dia boleh, dengan keizinan Ketua Pengarah, tanpa waran, dengan apa-apa bantuan, dan dengan menggunakan kekerasan yang perlu—
memasuki dan menggeledah premis itu;
menahan dan memeriksa mana-mana orang, menggeledah kenderaan, vesel atau pengangkut; dan
menyita mana-mana kayu, pengangkut, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain yang dijumpai dan boleh menjadi keterangan mengenai pelakuan kesalahan itu.
Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (Pemerbadanan)
37
Kuasa untuk memasuki premis 26G. Walau apa pun seksyen 26E dan 26F, seseorang pegawai penguat kuasa boleh pada bila-bila masa memasuki mana-mana premis bagi maksud—
memeriksa apa-apa kayu, pengangkut, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain sebagaimana yang difikirkannya perlu;
mengesahkan ketepatan rekod atau pernyataan atau apa-apa maklumat yang diberikan kepada pegawai penguat kuasa atau kepada Lembaga; atau
memungut sampel apa-apa kayu.
Akses kepada data berkomputer 26H. (1) Seseorang pegawai penguat kuasa yang menjalankan penggeledahan di bawah Akta ini hendaklah diberi akses kepada data berkomputer sama ada disimpan di dalam suatu komputer atau selainnya.
Bagi maksud seksyen ini, akses hendaklah diberikan kata laluan, kod penyulitan, kod penyahsulitan, perisian atau perkakasan yang perlu dan apa-apa cara lain yang diperlukan untuk membolehkan data berkomputer difahami.
Penyitaan benda, dsb.
26I. Tanpa menjejaskan subseksyen 26E(2) dan seksyen 26F, apa-apa kayu, pengangkut, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain yang semunasabahnya disyaki oleh seseorang pegawai penguat kuasa telah digunakan atau akan digunakan dalam pelakuan suatu kesalahan di bawah Akta ini boleh disita dan ditahan oleh pegawai penguat kuasa itu.
Kuasa untuk memberhentikan, menggeledah dan menyita pengangkut 26J. (1) Jika seseorang pegawai penguat kuasa mempunyai sebab yang munasabah untuk mengesyaki bahawa mana-mana pengangkut sedang membawa mana-mana kayu, jentera, peralatan, kelengkapan,
38
Undang-Undang Malaysia
Akta 105
buku, rekod, dokumen atau apa-apa benda lain yang berkenaan dengannya suatu kesalahan di bawah Akta ini adalah atau telah dilakukan, dia boleh memberhentikan dan memeriksa pengangkut itu dan boleh, jika semasa pemeriksaan itu dia mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa pengangkut itu adalah atau telah digunakan bagi pelakuan kesalahan itu, menyita pengangkut itu dan mana-mana kayu, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain yang dijumpai di dalam pengangkut itu yang semunasabahnya dipercayai dapat memberikan keterangan mengenai pelakuan kesalahan itu.
Orang yang mempunyai kawalan atau bertanggungjawab ke atas pengangkut itu hendaklah, jika dikehendaki berbuat demikian oleh pegawai penguat kuasa—
memberhentikan pengangkut itu dan membenarkan pegawai penguat kuasa memeriksa pengangkut itu; dan
membuka semua bahagian pengangkut itu bagi pemeriksaan dan mengambil segala langkah yang perlu untuk membolehkan atau memudahkan pemeriksaan itu dijalankan sebagaimana yang difikirkan perlu oleh pegawai penguat kuasa itu.
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Senarai benda yang disita 26K. (1) Jika apa-apa penyitaan dibuat di bawah Akta ini, seseorang pegawai penguat kuasa yang membuat penyitaan itu hendaklah menyediakan suatu senarai kayu, pengangkut, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain yang disita dan mengenai premis yang di dalamnya ia dijumpai dan hendaklah menandatangani senarai itu.
Senarai yang disediakan mengikut subseksyen (1) hendaklah diserahkan dengan serta-merta kepada—
penghuni premis tempat kayu, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain yang disita itu dijumpai; dan
Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (Pemerbadanan)
39
orang yang mempunyai kawalan atau bertanggungjawab ke atas pengangkut itu, jika penyitaan itu dibuat di bawah seksyen 26J.
Jika penyitaan itu dibuat di dalam atau dari mana-mana premis yang tidak berpenghuni, pegawai penguat kuasa itu hendaklah bilamana mungkin menampalkan senarai barang yang disita itu di tempat yang mudah dilihat di premis itu.
Jika apa-apa kayu, pengangkut, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain disita selain di dalam atau dari mana-mana premis, pegawai penguat kuasa yang membuat penyitaan itu hendaklah memberikan suatu notis secara bertulis mengenai penyitaan itu dan alasan-alasan penyitaan itu kepada pemunya kayu, pengangkut, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain yang disita itu dengan menyerahkan suatu salinan notis itu kepada pemunya itu sendiri atau melalui pos berdaftar ke tempat perniagaan atau kediamannya.
Pemulangan sementara pengangkut, dsb.
26L. (1) Jika mana-mana pengangkut, jentera, peralatan atau kelengkapan disita di bawah Akta ini, Ketua Pengarah boleh buat sementara memulangkan pengangkut, jentera, peralatan atau kelengkapan itu kepada pemunya pengangkut, jentera, peralatan atau kelengkapan itu atau orang yang dari milikan, jagaan atau kawalannya ia disita, tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang dikenakan oleh Ketua Pengarah, dan tertakluk dalam mana-mana hal, kepada jaminan yang mencukupi diberikan sehingga memuaskan hati Ketua Pengarah bahawa pengangkut, jentera, peralatan atau kelengkapan itu akan diserahkan balik kepada Ketua Pengarah apabila diminta dan bahawa terma dan syarat itu, jika ada, akan dipatuhi.
Jika apa-apa pengangkut, jentera, peralatan atau kelengkapan yang disita dipulangkan buat sementara di bawah subseksyen (1), seseorang yang—
tidak menyerahkan balik pengangkut, jentera, peralatan atau kelengkapan itu kepada Ketua Pengarah apabila diminta; atau
melanggar mana-mana terma atau syarat yang dikenakan di bawah subseksyen (1),
40
Undang-Undang Malaysia
Akta 105
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Penjualan dan pelupusan kayu yang disita 26M. (1) Ketua Pengarah boleh pada bila-bila masa mengarahkan bahawa mana-mana kayu yang disita di bawah Akta ini dijual dan hasil penjualan itu dipegang sementara menunggu keputusan apa-apa pendakwaan di bawah Akta ini jika—
kayu itu mudah merosot kualitinya;
penjagaan kayu itu melibatkan perbelanjaan dan kesusahan yang tidak munasabah;
terdapat kekurangan atau ketiadaan kemudahan yang mencukupi atau sesuai untuk menyimpan kayu itu; atau
kayu itu dipercayai menyebabkan halangan atau berbahaya kepada orang awam.
Ketua Pengarah boleh, menurut budi bicaranya—
memulangkan untuk sementara kayu itu kepada pemunyanya atau orang yang dari milikan, jagaan atau kawalannya kayu itu disita, tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang dikenakan oleh Ketua Pengarah dan dalam apa-apa hal, tertakluk kepada jaminan yang mencukupi diberikan sehingga memuaskan hati Ketua
Pengarah bahawa kayu itu akan diserahkan balik kepada
Ketua Pengarah apabila diminta dan bahawa terma dan syarat tersebut, jika ada, dipatuhi;
memulangkan kayu itu kepada pemunyanya atau orang yang dari milikan, jagaan atau kawalannya kayu itu disita dengan kebebasan bagi orang yang kepadanya kayu itu dipulangkan untuk dilupuskannya, pemulangan itu yang tertakluk kepada jaminan diberikan sehingga memuaskan hati Ketua Pengarah dalam amaun tidak kurang daripada amaun yang pada pendapat Ketua Pengarah, merupakan nilai pasaran terbuka kayu itu pada tarikh yang ia dipulangkan bagi pembayaran amaun yang dijamin itu kepada Ketua Pengarah sekiranya Mahkamah membuat suatu perintah bagi pelucuthakkan amaun itu di bawah seksyen 26Q.
Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (Pemerbadanan)
41
Walau apa pun subseksyen (1), jika seseorang juruanalisis yang dilantik di bawah seksyen 29b memperakui, atau jika keputusan ujian sebagaimana yang diperakui oleh seseorang juruanalisis membuktikan, bahawa kayu yang diujinya itu merosot dari segi kualiti, Ketua Pengarah boleh menyimpannya dalam jagaan, atau jika tiada pendakwaan dimulakan berkenaan dengan kayu itu, menyebabkan kayu itu dilupuskan mengikut cara yang ditentukan oleh Ketua Pengarah.
Kuasa untuk menghendaki kehadiran orang yang mengetahui kes 26N. (1) Seseorang pegawai penguat kuasa yang menjalankan penyiasatan di bawah Akta ini boleh, melalui notis bertulis, menghendaki kehadiran di hadapannya mana-mana orang yang pada pendapatnya mempunyai pengetahuan tentang fakta dan hal keadaan kes itu dan orang itu hendaklah hadir sebagaimana yang dikehendaki.
Jika mana-mana orang itu enggan hadir sebagaimana yang dikehendaki oleh suatu notis yang dibuat di bawah subseksyen (1), pegawai penguat kuasa itu boleh melaporkan keengganannya kepada Mahkamah yang hendaklah mengeluarkan suatu waran bagi memastikan kehadiran orang itu sebagaimana yang dikehendaki oleh notis itu.
Mana-mana orang yang dikehendaki hadir di hadapan pegawai penguat kuasa di bawah subseksyen (1) atau (2) boleh dibayar apa-apa elaun sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri.
Pemeriksaan orang yang mengetahui kes 26O. (1) Seseorang pegawai penguat kuasa yang membuat penyiasatan di bawah Akta ini boleh memeriksa secara lisan mana-mana orang yang dijangkakan mengetahui fakta dan hal keadaan kes itu.
Orang itu adalah terikat untuk menjawab segala soalan yang berhubungan dengan kes itu yang dikemukakan kepadanya oleh pegawai penguat kuasa, tetapi dia boleh enggan menjawab apa-apa soalan yang jawapannya mungkin mendedahkannya kepada suatu pertuduhan jenayah atau penalti atau pelucuthakan.
42
Undang-Undang Malaysia
Akta 105
Seseorang yang membuat suatu pernyataan di bawah seksyen ini adalah terikat di sisi undang-undang untuk menyatakan yang benar, sama ada atau tidak pernyataan sedemikian dibuat keseluruhannya atau sebahagiannya bagi menjawab soalan itu.
Seseorang pegawai penguat kuasa yang memeriksa seseorang di bawah subseksyen (1) hendaklah terlebih dahulu memaklumkan orang itu mengenai peruntukan subseksyen (2) dan (3).
Sesuatu pernyataan yang dibuat oleh mana-mana orang di bawah seksyen ini hendaklah, bilamana mungkin, diubah ke dalam bentuk bertulis dan ditandatangani oleh orang yang membuatnya atau dicapkan dengan cap ibu jarinya, mengikut mana-mana yang berkenaan, selepas—
ia telah dibacakan kepadanya dalam bahasa pernyataan itu dibuat olehnya; dan
dia diberi peluang untuk membuat apa-apa pembetulan yang dia mahu.
Kebolehterimaan pernyataan sebagai keterangan 26P. (1) Dalam mana-mana perbicaraan atau siasatan oleh sesuatu Mahkamah mengenai suatu kesalahan di bawah Akta ini, apa-apa pernyataan, sama ada pernyataan itu terjumlah kepada pengakuan salah atau tidak, secara lisan atau bertulis, yang dibuat pada bila-bila masa, sama ada sebelum atau selepas orang itu dipertuduh dan sama ada semasa penyiasatan di bawah Akta ini atau tidak dan sama ada atau tidak secara keseluruhannya atau sebahagiannya pada menjawab soalan, oleh seseorang tertuduh kepada atau dengan didengar oleh seseorang pegawai penguat kuasa dan sama ada atau tidak diterjemahkan kepadanya oleh mana-mana pegawai penguat kuasa lain atau mana-mana orang lain, sama ada yang terlibat atau tidak dalam penangkapan orang itu, hendaklah, walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis atau rukun undang-undang yang berlawanan, boleh diterima sebagai keterangan dalam perbicaraan orang itu dan, jika orang itu mengemukakan dirinya sebagai saksi, mana-mana pernyataan sedemikian boleh digunakan dalam pemeriksaan balas dan bagi maksud mencabar kebolehpercayaannya.
Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (Pemerbadanan)
43
Tiada pernyataan yang dibuat di bawah subseksyen (1)
boleh diterima atau digunakan sebagaimana yang diperuntukkan dalam subseksyen itu jika pembuatan pernyataan itu ternyata pada Mahkamah telah disebabkan oleh apa-apa dorongan, ugutan atau janji berkaitan dengan pertuduhan terhadap orang itu yang datang daripada orang yang berkuasa dan mencukupi pada pendapat Mahkamah itu untuk memberi orang itu sebab yang pada pendapatnya adalah munasabah untuk menjangkakan bahawa dengan membuat pernyataan itu dia akan mendapat apa-apa faedah atau mengelakkan apa-apa durjana keduniaan berkaitan dengan prosiding terhadapnya itu.
Jika mana-mana orang ditangkap atau dimaklumkan bahawa dia mungkin didakwa atas apa-apa kesalahan di bawah Akta ini, hendaklah disampaikan kepadanya oleh pegawai penguat kuasa suatu notis bertulis, yang hendaklah diterangkan kepadanya, yang bermaksud seperti yang berikut:
“Kamu telah ditangkap/dimaklumkan bahawa kamu mungkin didakwa atas …………(kesalahan yang mungkin dilakukan di bawah Akta ini). Adakah kamu hendak mengatakan apa-apa? Jika ada apa-apa fakta yang hendak kamu gunakan dalam pembelaan kamu di Mahkamah, kamu dinasihati supaya menyatakannya sekarang. Jika kamu tidak menyatakannya sehingga kamu pergi ke Mahkamah, kemungkinan keterangan kamu akan kurang dipercayai dan ini mungkin membawa kesan buruk kepada kes kamu pada amnya. Jika kamu ingin menyatakan apa-apa fakta sekarang, dan kamu mahu ia ditulis, ini akan dilakukan.”.
Walau apa pun subseksyen (3), sesuatu pernyataan oleh mana-mana orang yang dituduh melakukan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini yang dibuat sebelum ada masa untuk menyampaikan notis di bawah subseksyen itu tidaklah menjadi tidak boleh diterima sebagai keterangan semata-mata oleh sebab ketiadaan notis sedemikian disampaikan kepadanya jika notis itu disampaikan kepadanya secepat yang semunasabahnya mungkin selepas itu.
Tiada pernyataan yang dibuat oleh seseorang orang tertuduh pada menjawab notis bertulis yang disampaikan kepadanya menurut subseksyen (3) boleh ditafsirkan sebagai pernyataan yang disebabkan oleh apa-apa dorongan, ugutan atau janji sebagaimana yang diperihalkan dalam subseksyen (2), jika pernyataan itu dibuat selainnya dengan sukarela.
44
Undang-Undang Malaysia
Akta 105
Jika dalam mana-mana prosiding jenayah terhadap seseorang bagi suatu kesalahan di bawah Akta ini, keterangan diberikan bahawa tertuduh, apabila dimaklumkan bahawa dia mungkin didakwa atas kesalahan itu, gagal menyatakan apa-apa fakta, iaitu fakta yang dalam hal keadaan yang wujud pada masa itu dapat dijangkakan semunasabahnya bahawa dia akan menyatakannya apabila dimaklumkan sedemikian, Mahkamah, dalam menentukan sama ada pihak pendakwa sudah membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh dan dalam menentukan sama ada tertuduh bersalah atas kesalahan yang dipertuduh, boleh membuat apa-apa inferens daripada kegagalan itu yang pada pendapatnya wajar;
dan kegagalan itu boleh, berasaskan inferens itu, dikira sebagai, atau sebagai boleh terjumlah kepada, sokongan mengenai apa-apa keterangan yang diberikan terhadap tertuduh yang berhubungan dengannya kegagalan itu merupakan suatu perkara matan.
Tiada apa-apa jua dalam subseksyen (6) boleh, dalam mana-mana prosiding jenayah—
menjejaskan kebolehterimaan sebagai keterangan perbuatan berdiam diri atau apa-apa reaksi lain tertuduh semasa apa-apa jua dikatakan dalam kehadirannya yang berhubungan dengan kelakuan yang berkenaan dengannya dia dipertuduh, setakat yang keterangan sedemikian akan boleh diterima selain subseksyen itu; atau
dikira sebagai menghalang apa-apa inferens dibuat daripada apa-apa perbuatan berdiam diri atau reaksi lain tertuduh yang dapat dibuat selain subseksyen itu.
Pelucuthakan kayu, dsb., yang disita 26Q. (1) Mana-mana kayu atau hasil penjualan kayu itu, atau apa-apa pengangkut, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain yang disita di bawah Akta ini boleh dilucuthakkan.
Suatu perintah bagi pelucuthakan kayu atau hasil penjualan kayu itu, atau pengangkut, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain hendaklah dibuat jika dibuktikan hingga Mahkamah berpuas hati bahawa suatu kesalahan di bawah
Akta ini telah dilakukan dan bahawa kayu atau hasil penjualan
Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (Pemerbadanan)
45
kayu itu, atau pengangkut, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain itu merupakan hal perkara bagi atau digunakan dalam pelakuan kesalahan itu, walaupun tiada orang telah disabitkan atas kesalahan itu.
Jika tiada pendakwaan berkenaan dengan mana-mana kayu atau hasil penjualan kayu itu, atau mana-mana pengangkut, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain yang disita di bawah Akta ini, kayu atau hasil penjualan kayu itu, atau mana-mana pengangkut, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain itu hendaklah diambil dan disifatkan terlucut hak apabila tamat tempoh satu bulan kalendar dari tarikh penyampaian notis ke alamat yang terakhir diketahui orang yang daripadanya kayu atau hasil penjualan kayu itu, atau mana-mana pengangkut, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain itu disita yang menyatakan bahawa tiada pendakwaan berkenaan dengan kayu atau hasil penjualan kayu itu, atau mana-mana pengangkut, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain melainkan jika sebelum tamat tempoh itu suatu tuntutan baginya dibuat mengikut cara yang dinyatakan dalam subseksyen (4), (5), (6) dan (7).
Mana-mana orang yang menegaskan bahawa dia ialah pemunya kayu atau hasil penjualan kayu itu, atau pengangkut, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain yang disebut dalam subseksyen (3) dan bahawa kayu atau hasil penjualan kayu itu, atau pengangkut, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain itu tidak boleh dilucut hak, boleh memberikan notis bertulis, dengan sendiri atau melalui ejennya yang diberi kuasa secara bertulis, kepada pegawai penguat kuasa yang dalam milikannya kayu atau hasil penjualan kayu itu, atau mana-mana pengangkut, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain itu dipegang bahawa dia menuntut kayu atau hasil penjualan kayu itu, atau mana-mana pengangkut, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain itu.
Apabila notis yang disebut dalam subseksyen (4) diterima, pegawai penguat kuasa hendaklah merujukkan perkara itu kepada
Ketua Pengarah yang boleh mengarahkan supaya kayu atau hasil penjualan kayu itu, atau pengangkut, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain itu dilepaskan atau boleh mengarahkan pegawai penguat kuasa, melalui maklumat bertulis, supaya merujukkan perkara itu kepada Mahkamah.
46
Undang-Undang Malaysia
Akta 105
Mahkamah yang kepadanya sesuatu perkara dirujukkan di bawah subseksyen (5) hendaklah mengeluarkan suatu saman yang menghendaki Lembaga dan orang yang menegaskan bahawa dia ialah pemunya kayu atau hasil penjualan kayu itu, atau pengangkut, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain itu dan orang yang daripadanya kayu atau hasil penjualan kayu itu, atau pengangkut, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain itu disita untuk hadir di hadapan
Mahkamah itu, dan apabila wakil Lembaga dan pemunya kayu itu hadir atau mana-mana daripada mereka gagal untuk hadir, setelah dibuktikan bahawa saman itu telah disampaikan dengan sewajarnya, Mahkamah hendaklah meneruskan pemeriksaan perkara itu.
Jika dibuktikan bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini telah dilakukan dan bahawa kayu atau hasil penjualan kayu itu, atau pengangkut, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain yang disebut dalam subseksyen (6)
merupakan hal perkara bagi atau telah digunakan dalam pelakuan kesalahan itu, maka Mahkamah hendaklah memerintahkan supaya kayu atau hasil penjualan kayu itu atau pengangkut, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain itu dilucuthakkan, dan hendaklah, jika tiada bukti sedemikian, memerintahkan pelepasannya.
Mana-mana kayu atau hasil penjualan kayu itu, atau apa-apa pengangkut, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain yang dilucuthakkan atau disifatkan terlucut hak hendaklah dihantar serah kepada pegawai penguat kuasa dan hendaklah dilupuskan mengikut arahan Mahkamah.
Lembaga tidak bertanggungan kepada mana-mana orang bagi apa-apa kemerosotan, tidak kira bagaimana sekalipun berlaku, dalam kualiti kayu yang disita di bawah Akta ini.
Hak harta mengenai kayu, dsb., yang dilucuthakkan 26R. Mana-mana kayu atau hasil penjualan kayu itu, atau mana-mana pengangkut, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain yang dilucuthakkan atau diambil dan disifatkan terlucut hak di bawah Akta ini hendaklah menjadi harta
Lembaga.
Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (Pemerbadanan)
47
Pelepasan kayu, dsb., yang disita 26S. Walau apa pun seksyen 26Q, Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai penguat kuasa yang diberi kuasa secara bertulis oleh Ketua Pengarah boleh, jika difikirkannya patut, pada bila-bila masa mengarahkan supaya mana-mana kayu atau hasil penjualan kayu itu, atau mana-mana pengangkut, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain yang disita di bawah Akta ini dilepaskan kepada orang yang dari milikan, jagaan atau kawalannya kayu atau hasil penjualan kayu itu, atau mana-mana pengangkut, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain itu disita.
Pegawai penguat kuasa boleh mendapatkan bantuan untuk memeriksa benda yang berkaitan dengan kesalahan 26T. Seseorang pegawai penguat kuasa boleh mendapatkan bantuan mana-mana orang yang berkelayakan untuk memeriksa mana-mana kayu atau hasil penjualan kayu itu, atau mana-mana pengangkut, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain yang disita atau ditahan di bawah Akta ini jika orang itu mempunyai kelayakan yang perlu untuk memeriksa kayu atau hasil penjualan kayu itu, atau mana-mana pengangkut, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain itu bagi maksud sesuatu penyiasatan di bawah Akta ini.
Kuasa untuk mengambil sampel 26U. (1) Seseorang pegawai penguat kuasa boleh meminta, memilih, mengambil atau mendapatkan sampel mana-mana kayu bagi maksud analisis tanpa bayaran daripada mana-mana orang yang menanam, mengeluarkan, menjual atau yang memiliki kayu itu atau ejen atau pekhidmatnya yang daripadanya sampel itu didapatkan.
Tatacara bagi pengambilan dan berurusan dengan sampel hendaklah sebagaimana yang ditetapkan oleh peraturan-peraturan.
48
Undang-Undang Malaysia
Akta 105
Kuasa Lembaga untuk menghendaki maklumat mengenai kayu, dsb.
26V. (1) Lembaga boleh melalui notis bertulis menghendaki mana-mana orang yang mengusahakan apa-apa aktiviti yang melibatkan kayu untuk memberi Lembaga, dalam masa yang dinyatakan dalam notis itu, maklumat yang berhubungan dengan kayu.
Mana-mana orang yang tidak memberikan apa-apa maklumat yang berhubungan dengan kayu sebagaimana yang dikehendaki di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Kuasa tambahan 26W. (1) Seseorang pegawai penguat kuasa hendaklah, bagi maksud melaksanakan Akta ini, mempunyai kuasa untuk melakukan segala atau mana-mana daripada perbuatan yang berikut:
menghendaki pengemukaan rekod, akaun dan dokumen daripada mana-mana orang berhubung dengan mana-mana hal atau kesalahan di bawah Akta ini dan meneliti, memeriksa dan membuat salinan mana-mana rekod, akaun dan dokumen itu;
menghendaki pengemukaan apa-apa dokumen pengenalan daripada mana-mana orang berhubung dengan mana-mana hal atau kesalahan di bawah Akta ini; atau
membuat apa-apa siasatan sebagaimana yang perlu untuk menentukan sama ada peruntukan Akta ini telah dipatuhi.
Mana-mana orang yang tidak mematuhi kehendak yang dibuat di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (Pemerbadanan)
49
Bahagian V
PELBAGAI
27. (Dipotong oleh Akta A1387).
27a. (Dipotong oleh Akta A1387).
27b. (Dipotong oleh Akta A1387).
27c. (Dipotong oleh Akta A1387).
27d. (Dipotong oleh Akta A1387).
27e. (Dipotong oleh Akta A1387).
27f. (Dipotong oleh Akta A1387).
27g. (Dipotong oleh Akta A1387).
27h. (Dipotong oleh Akta A1387).
27i. (Dipotong oleh Akta A1387).
Halangan pegawai yang diberi kuasa 27j. Mana-mana orang yang dengan apa-apa cara menghalang, menggalang, menahan atau mengganggu Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai Lembaga, dalam menjalankan kuasa atau kewajipannya di bawah Akta ini atau yang gagal untuk memberi bantuan yang semunasabahnya dikehendaki oleh Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai Lembaga, melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
27k. (Dipotong oleh Akta A1387).
28. (Dipotong oleh Akta A1387).
50
Undang-Undang Malaysia
Akta 105
Kerahsiaan
29. (1) Kerahsiaan hendaklah dipelihara oleh tiap-tiap orang yang menjalankan sesuatu pemeriksaan atau penelitian di bawah
Bahagian IVA mengenai segala perkara yang diketahui olehnya dalam masa atau sebagai hasil daripada pemeriksaan atau penelitian, dan mengenai kandungan segala buku dan dokumen yang disita dan ditahan olehnya di bawah seksyen itu.
Mana-mana orang yang melanggar kehendak subseksyen (1)
atau yang memberitahukan apa-apa perkara yang dikehendaki dirahsiakan di bawahnya kepada mana-mana orang kecuali bagi maksud menguatkuasakan peruntukan Akta ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi daripada satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Perlindungan terhadap prosiding undang-undang 29a. Lembaga atau mana-mana anggota, pegawai atau pekhidmatnya tidak bertanggungan bagi apa-apa kerugian atau kerosakan yang disebabkan kepada mana-mana orang oleh sebab apa-apa perbuatan atau peninggalan atau pernyataan yang dibuat sebagai pelaksanaan atau pelaksanaan yang dimaksudkan bagi fungsinya di bawah Akta ini, melainkan jika perbuatan atau peninggalan atau pernyataan itu telah dilakukan atau dibuat dengan mala fide atau melalui sikap melulu dan cuai anggota, pegawai atau pekhidmat itu.
Pelantikan juruanalisis 29B. Ketua Pengarah boleh melantik mana-mana orang yang berkelayakan untuk menjadi seorang juruanalisis bagi maksud menjalankan suatu analisis terhadap mana-mana kayu dan untuk memperakui gred, spesies, saiznya dan apa-apa spesifikasi yang berhubungan dengan kayu.
Perakuan analisis 29C. (1) Suatu perakuan analisis yang ditandatangani oleh seseorang juruanalisis hendaklah, apabila dikemukakan oleh Lembaga dalam mana-mana perbicaraan di bawah Akta ini, menjadi keterangan
Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (Pemerbadanan)
51
yang mencukupi mengenai fakta yang dinyatakan dalam perakuan itu melainkan jika tertuduh menghendaki supaya juruanalisis itu dipanggil sebagai seorang saksi yang, dalam hal itu dia hendaklah memberikan suatu notis bertulis kepada Lembaga tidak kurang daripada tiga hari bekerja sebelum permulaan perbicaraan itu.
Jika Lembaga berhasrat untuk memberikan apa-apa perakuan yang disebut dalam subseksyen (1) sebagai keterangan, ia hendaklah menyerahkan suatu salinan perakuan itu kepada tertuduh tidak kurang daripada sepuluh hari bekerja sebelum permulaan perbicaraan itu.
Pemeriksaan atau pengujian kayu yang disita 29D. Jika adalah perlu untuk memeriksa atau menguji mana-mana kayu yang disita di bawah Akta ini, maka adalah mencukupi untuk memeriksa atau menguji hanya suatu sampel representatif dari setiap jenis atau perihalan kayu yang berlainan.
Kos memegang kayu, dsb., yang disita 29E. Jika mana-mana kayu, pengangkut, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain yang disita di bawah Akta ini dipegang dalam jagaan Lembaga sementara menunggu penyelesaian apa-apa prosiding berkenaan dengan suatu kesalahan di bawah Akta ini, kos bagi memegangnya dalam jagaan hendaklah, sekiranya mana-mana orang yang disabitkan atas kesalahan itu, menjadi hutang yang kena dibayar kepada Lembaga oleh orang itu dan bolehlah didapatkan dengan sewajarnya.
Tiada kos atau ganti rugi yang berbangkit daripada penyitaan boleh didapatkan 29F. Tiada seorang pun boleh, dalam apa-apa prosiding di hadapan mana-mana Mahkamah berkenaan dengan penyitaan mana-mana kayu, pengangkut, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain yang disita pada menjalankan atau berupa sebagai menjalankan mana-mana kuasa yang diberikan di bawah
Akta ini, berhak mendapat kos prosiding itu atau apa-apa ganti rugi atau relief lain melainkan jika penyitaan itu dibuat tanpa sebab yang munasabah.
52
Undang-Undang Malaysia
Akta 105
Penyalahgunaan kuasa
30. Sesiapa sahaja yang berupa sebagai menjalankan kuasa di bawah Bahagian IVA, menyita atau menahan secara menyakitkan hati dan secara tidak perlu apa-apa buku, dokumen atau barang lain, atau dengan cara yang sama melarang penjualan atau pengeksportan apa-apa kayu, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau kedua-duanya.
Permulaan dan pengendalian pendakwaan 30A. (1) Tiada pendakwaan bagi atau berhubung dengan mana-mana kesalahan di bawah Akta ini boleh dimulakan kecuali oleh atau dengan keizinan bertulis Pendakwa Raya.
Mana-mana pegawai Lembaga yang diberi kuasa secara bertulis oleh Pendakwa Raya boleh mengendalikan pendakwaan bagi mana-mana kesalahan di bawah Akta ini.
Pengkompaunan kesalahan 30B. (1) Ketua Pengarah boleh, dengan keizinan secara bertulis
Pendakwa Raya, menawarkan secara bertulis untuk mengkompaun apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh mana-mana orang di bawah Akta ini dan yang ditetapkan menjadi suatu kesalahan boleh dikompaun oleh peraturan-peraturan yang dibuat di bawah
Akta ini dengan membuat suatu tawaran bertulis kepada orang itu untuk mengkompaun kesalahan itu dengan membayar kepada
Lembaga suatu amaun yang tidak melebihi lima puluh peratus daripada amaun denda maksimum bagi kesalahan itu dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran itu.
Sesuatu tawaran di bawah subseksyen (1) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu dilakukan, tetapi sebelum apa-apa pendakwaan baginya dimulakan.
Jika amaun yang dinyatakan dalam tawaran di bawah subseksyen (1) itu tidak dibayar dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran itu atau dalam apa-apa tempoh yang dilanjutkan sebagaimana yang diberikan oleh Ketua Pengarah, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu dibuat.
Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (Pemerbadanan)
53
Jika sesuatu kesalahan telah dikompaun di bawah subseksyen (1), tiada pendakwaan selepas itu boleh dimulakan berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran mengkompaun kesalahan itu dibuat dan mana-mana kayu atau hasil penjualan kayu itu, atau mana-mana pengangkut, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain yang disita berkaitan dengan kesalahan itu boleh dilepaskan atau dilucuthakkan oleh Ketua Pengarah, tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang difikirkan oleh Ketua
Pengarah patut dikenakan mengikut syarat kompaun itu.
Perlindungan pemberi maklumat 30C. (1) Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam subseksyen (2) dan (3), tiada saksi dalam mana-mana prosiding sivil atau jenayah boleh dikehendaki atau dibenarkan menzahirkan nama atau alamat pemberi maklumat atau isi maklumat yang diterima daripadanya atau menyatakan apa-apa perkara, yang mungkin menyebabkan pemberi maklumat itu diketahui.
Jika apa-apa buku, rekod, akaun, dokumen atau data berkomputer yang menjadi keterangan atau yang boleh diperiksa dalam mana-mana prosiding sivil atau jenayah mengandungi apa-apa catatan yang dalamnya mana-mana pemberi maklumat dinamakan atau diperihalkan atau yang mungkin menyebabkan pemberi maklumat diketahui, Mahkamah hendaklah menyebabkan semua rangkap sedemikian ditutup daripada penglihatan atau dipadamkan hanya setakat yang perlu untuk melindungi pemberi maklumat daripada diketahui.
Jika dalam perbicaraan bagi apa-apa kesalahan di bawah
Akta ini Mahkamah selepas siasatan penuh tentang kes itu mempercayai bahawa pemberi maklumat itu dengan sengaja membuat dalam aduannya suatu pernyataan material yang dia tahu atau percaya adalah palsu atau tidak percaya adalah benar, atau jika dalam mana-mana prosiding lain Mahkamah berpendapat bahawa keadilan tidak dapat dicapai sepenuhnya antara pihak-pihak dalam prosiding itu tanpa mengetahui pemberi maklumat itu, Mahkamah boleh menghendaki pengemukaan aduan asal, jika bertulis, dan membenarkan siasatan dan menghendaki penzahiran sepenuhnya, berkenaan dengan pemberi maklumat itu.
54
Undang-Undang Malaysia
Akta 105
Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 30D. Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 [Akta 198]
hendaklah terpakai bagi mana-mana tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding terhadap Lembaga, atau terhadap mana-mana anggota, mana-mana anggota sesuatu jawatankuasa, atau mana-mana pegawai, pekhidmat atau ejen Lembaga, berkenaan dengan apa-apa perbuatan, keabaian atau keingkaran yang dibuat atau dilakukan olehnya atas sifat yang sedemikian.
Kuasa untuk mengecualikan 30E. (1) Menteri boleh melalui perintah yang disiarkan dalam
Warta mengecualikan mana-mana orang, golongan orang atau apa-apa aktiviti berhubung dengan kayu daripada kesemua atau mana-mana peruntukan Akta ini.
Menteri boleh mengenakan apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang difikirkannya patut atas apa-apa pengecualian di bawah subseksyen (1).
Bidang kuasa
31. Walau apa pun apa-apa jua yang berlawanan yang terkandung dalam mana-mana undang-undang bertulis yang lain, sesuatu
Mahkamah Sesyen hendaklah mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana kaedah atau peraturan yang dibuat di bawahnya dan mengenakan penalti penuh yang diperuntukkan oleh Akta ini atau mana-mana kaedah atau peraturan yang dibuat di bawahnya.
Pindaan Jadual
32. Menteri boleh, selepas berunding dengan Lembaga, meminda
Jadual-Jadual melalui perintah yang disiarkan dalam Warta.
Penalti am
33. Mana-mana orang yang melakukan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini atau kaedah-kaedah atau peraturan-peraturan di bawahnya yang baginya tiada penalti ditetapkan dengan khusus
Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (Pemerbadanan)
55
boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Kesalahan yang dilakukan oleh pertubuhan perbadanan 33A. (1) Jika sesuatu pertubuhan perbadanan melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini, mana-mana orang yang pada masa pelakuan kesalahan itu ialah pengarah, pengurus, setiausaha atau pegawai seumpamanya yang lain dalam pertubuhan perbadanan itu atau yang berupa bertindak atas apa-apa sifat sedemikian atau yang dengan apa-apa cara atau sehingga apa-apa takat bertanggungjawab tentang pengurusan apa-apa hal ehwal pertubuhan perbadanan itu atau yang membantu dalam pengurusan sedemikian—
boleh dipertuduh secara berasingan atau bersesama dalam prosiding yang sama bersekali dengan pertubuhan perbadanan itu; dan
jika pertubuhan perbadanan itu didapati bersalah atas kesalahan itu, hendaklah disifatkan bersalah terhadap kesalahan itu melainkan jika, dengan mengambil kira jenis fungsinya atas sifat itu dan segala hal keadaan, dia membuktikan—
bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuan, persetujuan atau pembiarannya; dan
bahawa dia telah mengambil segala langkah yang munasabah dan telah menjalankan segala usaha yang wajar untuk mencegah pelakuan kesalahan itu.
Jika mana-mana orang yang di bawah Akta ini boleh dikenakan apa apa hukuman atau penalti bagi apa-apa perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran, dia boleh dikenakan hukuman atau penalti yang sama bagi tiap-tiap perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran mana-mana pekerja atau ejennya, atau pekerja ejen itu, jika perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran itu telah dilakukan—
oleh pekerjanya dalam masa penggajiannya;
oleh ejen itu semasa bertindak bagi pihaknya; atau 56
Undang-Undang Malaysia
Akta 105
oleh pekerja ejen itu dalam masa penggajian pekerja itu dengan ejen itu atau selainnya bagi pihak ejen itu.
33b. (Dipotong oleh Akta A1387).
Kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan
34. (1) Menteri boleh, selepas berunding dengan Lembaga, membuat apa-apa kaedah dan peraturan, kecuali kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan yang Lembaga diberi kuasa untuk membuatnya di bawah subseksyen (2), sebagaimana yang ternyata padanya perlu bagi melaksanakan peruntukan Akta ini dan, tanpa menyentuh keluasan subseksyen ini, kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan itu boleh—
menetapkan bentuk kontrak yang hendaklah diterima pakai oleh orang yang menjual atau membeli kayu di tempatnya sendiri dan terma dan syarat yang hendaklah dimasukkan ke dalam kontrak itu;
menetapkan tatacara yang hendaklah diikuti dalam menunjukkan sebab di bawah seksyen 17;
(ba) menetapkan spesies kayu yang dilarang untuk dieksport atau diimport;
menetapkan borang bagi notis penyitaan di bawah subseksyen 26K(4); dan
menyatakan kesalahan yang boleh dikompaun dan menetapkan pengkompaunan dan caranya.
Lembaga boleh dari semasa ke semasa, dengan kelulusan
Menteri, melalui kaedah-kaedah atau peraturan-peraturan—
menetapkan cara memohon untuk pendaftaran di bawah
Akta ini, butir-butir yang hendaklah diberikan oleh seseorang pemohon, cara pendaftaran, fi yang kena dibayar baginya, syarat atau sekatan yang hendaklah dikenakan dan bentuk perakuan yang hendaklah dikeluarkan semasa pendaftaran;
menetapkan standard pemprosesan dan cara mengeringkan, mengawet, memeringkat, membendela atau mengemas siap kayu, dan fi yang kena dibayar untuk memeringkat;
Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (Pemerbadanan)
57
menetapkan standard minimum kesihatan yang akan disenggarakan di premis;
menetapkan cara menetapkan harga kayu;
menetapkan tatacara yang hendaklah diikuti, borang yang hendaklah digunakan dan fi yang kena dibayar oleh pengeksport atau pengimport dalam pengeksportan atau pengimportan kayu;
(ea) menetapkan tatacara bagi penanaman dan pemilihan spesies kayu bagi ladang hutan;
(eb) menetapkan pemprosesan keluaran ladang hutan;
(ec) menetapkan pengurusan dan tatacara kewangan bagi ladang hutan;
(ed) menetapkan pelaksanaan apa-apa aktiviti ladang hutan;
(ee) menetapkan cara untuk mengawal selia kayu yang dipindahkapalkan dan kayu dalam transit;
(ef) menetapkan tatacara bagi pengiktirafan, pemerakuan dan pengendorsan dan fi yang berhubungan dengan perindustrian kayu;
(eg) menetapkan tatacara bagi perkhidmatan penentusahan kayu dan caj atau fi yang hendaklah dibayar oleh mana-mana orang yang memohon apa-apa perkhidmatan nasihat teknikal dan penentusahan kayu;
mengadakan peruntukan bagi menyenggara standard yang sepatutnya mengenai kelakuan dalam menjalankan perdagangan kayu dan bagi menguruskan pelanggaran terhadapnya;
(ff) menetapkan tatacara yang hendaklah diikuti bagi pentadbiran
Kumpulan Wang;
mengadakan peruntukan bagi memanggil dan menjalankan mesyuarat Lembaga dan jawatankuasanya;
(Dipotong oleh Akta A776);
menetapkan terma dan syarat pinjaman yang diberikan kepada pekerja Lembaga di bawah seksyen 19; dan 58
Undang-Undang Malaysia
Akta 105
mengadakan peruntukan bagi semua hal tatacara dan hal lain, setakat yang ia tidak termasuk dalam mana-mana perenggan yang terdahulu yang dalam Akta ini dikehendaki atau dibenarkan ditetapkan atau yang perlu ditetapkan bagi melaksanakan atau memberi kesan kepada peruntukan Akta ini.
Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah subseksyen (1)
dan (2) boleh menetapkan apa-apa perbuatan yang melanggar peraturan-peraturan menjadi suatu kesalahan dan boleh menetapkan penalti denda tidak melebihi satu ratus lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Disiplin pegawai dan pekhidmat 34a. (1) Maka hendaklah terdapat suatu Jawatankuasa Tatatertib bagi Lembaga yang hendaklah terdiri daripada dua orang anggota yang hendaklah dipilih oleh dan daripada anggota Lembaga, yang seorang daripada mereka hendaklah dipilih menjadi pengerusi, dan Ketua Pengarah yang dilantik di bawah subseksyen 9(1).
Pihak berkuasa tatatertib berkenaan dengan tiap-tiap pegawai dan pekhidmat Lembaga, selain Ketua Pengarah ialah Jawatankuasa
Tatatertib Lembaga yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1).
Jawatankuasa Tatatertib berkenaan dengan Ketua Pengarah hendaklah terdiri daripada Ketua Setiausaha Kementerian yang bertanggungjawab bagi perindustrian kayu sebagai pengerusi dan dua orang anggota yang hendaklah dipilih oleh dan daripada anggota Lembaga.
Ketua Pengarah tidak boleh menjadi anggota Jawatankuasa
Tatatertib dalam apa-apa prosiding di hadapan Jawatankuasa itu yang dalamnya dia menjadi pengadu; tempatnya hendaklah diambil oleh seorang anggota yang hendaklah dipilih oleh dan daripada anggota Lembaga.
Dalam menjalankan fungsi tatatertib, Jawatankuasa Tatatertib hendaklah mempunyai kuasa untuk mengenakan apa-apa hukuman tatatertib sebagaimana yang diperuntukkan di bawah mana-mana peraturan yang dibuat di bawah seksyen 34c.
Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (Pemerbadanan)
59
Jawatankuasa Tatatertib boleh, tertakluk kepada subseksyen (7), mewakilkan mana-mana fungsi, kuasa atau kewajipan tatatertibnya kepada mana-mana jawatankuasa pegawai atau pekhidmat Lembaga, berkenaan dengan mana-mana pegawai atau pekhidmat tertentu
Lembaga atau berkenaan dengan mana-mana golongan atau kategori pegawai atau pekhidmat Lembaga, dan jawatankuasa yang diwakilkan dengan fungsi, kuasa atau kewajipan itu hendaklah melaksanakan, menjalankan atau menunaikannya di bawah arahan dan kawalan Jawatankuasa Tatatertib yang hendaklah mempunyai kuasa untuk mengulang kaji, membatalkan atau mengubah apa-apa keputusan atau dapatan jawatankuasa sedemikian.
Tiada pewakilan boleh dibuat di bawah subseksyen (6) untuk membolehkan seseorang pegawai atau pekhidmat Lembaga untuk menjadi anggota sesuatu jawatankuasa yang boleh menjalankan apa-apa kuasa tatatertib ke atas pegawai atau pekhidmat yang berpangkat lebih tinggi daripadanya.
Mana-mana pegawai atau pekhidmat Lembaga yang tidak berpuas hati dengan keputusan Jawatankuasa Tatatertib atau mana-mana jawatankuasa yang diwakilkan dengan fungsi, kuasa atau kewajipan di bawah subseksyen (6) boleh, dalam masa empat belas hari, merayu secara bertulis terhadap keputusan itu kepada
Lembaga yang boleh sesudah itu mengesahkan, mengakaskan atau memberikan apa-apa arahan mengenai perkara itu sebagaimana yang difikirkannya patut dan wajar.
Keputusan Lembaga terhadap rayuan itu adalah muktamad.
Surcaj 34b. (1) Jika ternyata pada Lembaga bahawa mana-mana orang yang sedang atau pernah bekerja dengan Lembaga—
telah gagal untuk mengutip apa-apa wang yang terhutang kepada Lembaga yang pemungutannya menjadi tanggungjawabnya;
adalah atau telah bertanggungjawab bagi apa-apa pembayaran wang daripada Kumpulan Wang yang tidak sepatutnya dibuat atau bagi apa-apa pembayaran wang yang tidak diluluskan dengan sewajarnya;
60
Undang-Undang Malaysia
Akta 105
adalah atau telah bertanggungjawab, secara langsung atau tidak langsung, bagi apa-apa kekurangan dalam, atau bagi pemusnahan apa-apa wang, setem, sekuriti, storan atau harta lain Lembaga;
sebagai atau sebagai seorang yang pernah menjadi, pegawai perakaunan, tidak atau telah gagal menyimpan akaun atau rekod yang sepatutnya;
telah gagal membuat apa-apa pembayaran, atau adalah atau telah bertanggungjawab bagi apa-apa kelewatan dalam pembayaran wang daripada Kumpulan Wang kepada mana-mana orang yang kepadanya bayaran itu kena dibuat di bawah mana-mana kontrak, perjanjian atau perkiraan yang dibuat antara orang itu dengan Lembaga,
Lembaga hendaklah menyampaikan suatu notis bertulis kepadanya yang memintanya menunjukkan sebab mengapa dia tidak sepatutnya disurcaj, dan jika suatu penjelasan yang memuaskan hati tidak diberikan dalam tempoh empat belas hari dari tarikh penyampaian notis yang disebut terdahulu kepada Lembaga mengenai kegagalan mengutip bayaran yang tidak sepatutnya dibuat, pembayaran yang tidak diluluskan dengan sewajarnya, kekurangan atau pemusnahan atau kegagalan menyimpan akaun atau rekod yang sepatutnya, atau kegagalan membuat pembayaran, atau kelewatan dalam membuat pembayaran, maka Lembaga boleh mensurcaj sejumlah wang terhadap orang tersebut yang tidak melebihi amaun apa-apa amaun sedemikian yang tidak dikutip, apa-apa pembayaran, kekurangan, atau kerugian atau nilai harta yang musnah, mengikut mana-mana yang berkenaan; dan berkenaan dengan kegagalan menyimpan akaun atau rekod yang sepatutnya, atau kegagalan membuat pembayaran, atau kelewatan dalam membuat pembayaran,
Lembaga boleh mensurcaj apa-apa jumlah wang terhadap orang tersebut sebagaimana yang difikirkan patut oleh Lembaga.
Pengerusi hendaklah menyebabkan Ketua Pengarah diberitahu tentang apa-apa surcaj yang dibuat di bawah subseksyen (1) dan
Ketua Pengarah hendaklah sesudah itu memberitahu orang yang disurcaj itu secara bertulis.
Lembaga boleh pada bila-bila masa menarik balik apa-apa surcaj yang berkenaan dengannya penjelasan yang memuaskan hati telah diterima atau jika ternyata selainnya bahawa tiada surcaj sepatutnya dibuat, dan Pengerusi hendaklah dengan segera menyebabkan Ketua Pengarah diberitahu tentang penarikan balik itu.
Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (Pemerbadanan)
61
Amaun apa-apa surcaj yang dibuat di bawah subseksyen (1)
dan tidak ditarik balik di bawah subseksyen (3) hendaklah menjadi hutang yang kena dibayar kepada Lembaga daripada orang yang terhadapnya surcaj itu dibuat dan boleh dibawa guaman baginya dan didapatkan dalam mana-mana mahkamah dan boleh juga didapatkan melalui potongan—
daripada gaji orang yang disurcaj jika Lembaga mengarahkan sedemikian; atau
daripada pencen orang yang disurcaj jika Lembaga mengarahkan sedemikian, melalui ansuran bulanan yang sama banyak yang tidak melebihi satu perempat daripada jumlah gaji atau pencen bulanan, mengikut mana-mana yang berkenaan, orang itu.
Kuasa untuk membuat peraturan tatatertib 34c. (1) Lembaga boleh, dengan kelulusan Menteri, membuat apa-apa peraturan tatatertib sebagaimana yang difikirkannya perlu atau suai manfaat untuk mengadakan peruntukan mengenai tatatertib pegawai dan pekhidmat Lembaga.
Peraturan-peraturan tatatertib yang dibuat oleh Lembaga di bawah seksyen ini boleh mengandungi peruntukan mengenai tahan kerja dengan pengurangan gaji atau saraan lain, atau peruntukan mengenai penggantungan kerja tanpa gaji atau saraan lain, seseorang pegawai atau pekhidmat Lembaga sementara menanti prosiding tatatertib selesai.
Peraturan-peraturan tatatertib yang dibuat di bawah seksyen ini hendaklah mewujudkan apa-apa kesalahan tatatertib dan mengadakan peruntukan mengenai apa-apa hukuman tatatertib sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Lembaga, dan hukuman yang diperuntukkan sedemikian boleh meliputi pembuangan kerja atau penurunan pangkat.
Peraturan-peraturan tatatertib yang dibuat di bawah seksyen ini hendaklah, dalam menetapkan tatacara bagi prosiding tatatertib, memberi peluang kepada orang yang terhadapnya prosiding tatatertib diambil untuk membuat representasi sebelum keputusan dicapai oleh pihak berkuasa tatatertib atas pertuduhan tatatertib yang dibuat terhadap orang itu.
62
Undang-Undang Malaysia
Akta 105
Kuasa Menteri untuk mengeluarkan arahan
35. (1) Lembaga hendaklah bertanggungjawab kepada Menteri dan Menteri boleh, dari semasa ke semasa, mengeluarkan arahan mengenai apa-apa aspek fungsi Lembaga dan Lembaga hendaklah terikat dengan sesuatu arahan itu.
Lembaga hendaklah memberi kepada Menteri apa-apa penyata, akaun dan maklumat lain berkenaan dengan harta dan aktivitinya sebagaimana yang dikehendaki oleh Menteri dari semasa ke semasa.
Bahagian VI
PEMANSUHAN DAN PERUNTUKAN
PERALIHAN
Pemansuhan dan pembubaran
36. Akta Lembaga Perindustrian Eksport Kayu Malaysia
(Pemerbadanan) 1966 [Akta 12 tahun 1966] dengan ini dimansuhkan dan Lembaga Perindustrian Eksport Kayu Malaysia yang ditubuhkan di bawahnya (dalam Bahagian ini disebut “Lembaga yang dahulu”)
dengan ini dibubarkan.
Perpindahan kuasa, hak, liabiliti dan kewajipan
37. Segala kuasa, hak, keistimewaan, kewajipan atau obligasi yang dipunyai oleh Lembaga yang dahulu sebaik sebelum hari yang ditetapkan hendaklah mulai dari hari itu turun kepada
Lembaga.
Perpindahan hak milik harta
38. (1) Segala tanah yang terletak hak pada, atau dirizabkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan tanah bagi maksud, Lembaga yang dahulu sebaik sebelum hari yang ditetapkan hendaklah pada hari itu terletak hak pada atau disifatkan dirizabkan bagi maksud Lembaga, mengikut mana-mana yang berkenaan.
Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (Pemerbadanan)
63
Segala harta dan aset, selain tanah yang terletak hak pada
Lembaga yang dahulu atau pada mana-mana orang bagi pihak
Lembaga yang dahulu sebaik sebelum hari yang ditetapkan hendaklah pada hari itu terletak hak pada Lembaga.
Kontrak yang sedia ada
39. Segala surat ikatan, bon, perjanjian, surat cara dan peraturan kerja yang masih wujud sebaik sebelum hari yang ditetapkan dan yang menyentuh mana-mana harta yang berpindah hak milik di bawah seksyen 38 hendaklah berkuat kuasa dan berkesan sepenuhnya terhadap atau untuk faedah Lembaga dan boleh dikuatkuasakan dengan sepenuhnya dan berkesan seolah-olah Lembaga telah dinamakan di dalamnya atau menjadi pihak kepadanya, sebagai ganti Lembaga yang dahulu atau mana-mana orang yang bertindak bagi pihak Lembaga yang dahulu.
Penerusan prosiding jenayah dan sivil
40. (1) Baik pemansuhan di bawah seksyen 36 mahupun apa-apa jua yang terkandung dalam Akta ini tidak boleh menyentuh liabiliti mana-mana orang untuk didakwa atau dihukum kerana kesalahan yang dilakukan di bawah Akta yang dimansuhkan itu sebelum hari yang ditetapkan, atau apa-apa prosiding yang dibawa sebelum hari itu berkenaan dengan kesalahan itu.
Apa-apa prosiding, sama ada sivil atau jenayah, atau kausa tindakan yang belum selesai atau yang wujud sebaik sebelum hari yang ditetapkan oleh atau terhadap Lembaga yang dahulu atau mana-mana orang yang bertindak bagi pihak Lembaga yang dahulu boleh diteruskan atau dimulakan oleh atau terhadap
Lembaga sebagaimana ia boleh diteruskan atau dimulakan oleh atau terhadap Lembaga yang dahulu atau orang itu jika Akta ini tidak diluluskan.
Apa-apa rayuan yang dibawa atau apa-apa kebenaran untuk merayu yang dipohon pada atau selepas hari yang ditetapkan terhadap sesuatu keputusan yang diberikan sebelum hari itu dalam apa-apa prosiding undang-undang yang kepadanya Lembaga yang dahulu menjadi pihak bolehlah dibawa oleh atau terhadap
Lembaga.
64
Undang-Undang Malaysia
Akta 105
Pemindahan Kumpulan Wang
41. Segala wang yang ada dalam, atau yang kena dibayar kepada,
Kumpulan Wang Lembaga yang dahulu itu hendaklah pada hari yang ditetapkan berpindah kepada Kumpulan Wang yang ditubuhkan di bawah seksyen 19 Akta ini.
Penerusan pegawai dan pekhidmat
42. Tiap-tiap orang yang, sebaik sebelum hari yang ditetapkan, telah bekerja sebagai seorang pegawai atau pekhidmat Lembaga yang dahulu hendaklah pada hari itu diambil kerja sebagai seorang pegawai atau pekhidmat, mengikut mana-mana yang berkenaan,
Lembaga atas terma dan syarat perkhidmatan yang sama seperti yang diperoleh oleh mereka sebaik sebelum hari yang ditetapkan itu.
Kecualian bagi pemegang perakuan yang ada
43. (1) Walaupun pemansuhan dibuat di bawah seksyen 36 atau walau apa pun peruntukan Akta ini yang berlawanan—
tiap-tiap orang yang, sebaik sebelum hari yang ditetapkan, telah memegang suatu perakuan pendaftaran eksport biasa atau sementara yang sah yang dikeluarkan kepadanya di bawah Akta yang dimansuhkan itu hendaklah disifatkan didaftarkan di bawah Akta ini sebagai seorang pengeksport sehingga tarikh tamat perakuan itu dan tertakluk kepada terma dan syarat yang dikenakan kepadanya; dan
tiap-tiap orang yang, sebaik sebelum hari yang ditetapkan, telah memegang suatu perakuan pendaftaran yang sah sebagai seorang pembekal kayu yang dikeluarkan kepadanya di bawah Akta yang dimansuhkan itu hendaklah disifatkan didaftarkan di bawah Akta ini sebagai seorang pembekal sehingga tarikh tamat perakuan itu dan tertakluk kepada terma dan syarat yang dikenakan kepadanya.
Tiap-tiap perakuan yang menurut kuasanya seseorang disifatkan, di bawah subseksyen (1), didaftarkan di bawah Akta ini hendaklah disifatkan telah dikeluarkan di bawah Akta ini;
dan Lembaga boleh mengubah terma dan syarat yang dikenakan kepada perakuan itu bagi maksud menyelaraskannya dengan dasar
Lembaga berkenaan dengan mengenakan syarat dan sekatan ke atas pendaftaran di bawah Akta ini.
Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (Pemerbadanan)
65
Seksyen 17 dan 18 yang berhubungan dengan pembatalan pendaftaran hendaklah terpakai bagi semua orang yang disifatkan, di bawah subseksyen (1), didaftarkan di bawah Akta ini.
Jika seseorang yang disifatkan, di bawah subseksyen (1), didaftarkan di bawah Akta ini berhasrat untuk didaftarkan di bawah Akta ini sebagai seorang pengeksport atau pembekal, mengikut mana-mana yang berkenaan, selepas tamat tempoh yang baginya dia disifatkan didaftarkan di bawah Akta ini, dia boleh memohon kepada Lembaga untuk didaftarkan di bawah seksyen 14, dan permohonannya hendaklah dibuat dan dianggap sebagai suatu permohonan baru dan bukan sebagai suatu permohonan untuk membaharui pendaftaran.
Mencegah anomali
44. (1) Jika apa-apa kesulitan timbul berhubung dengan peruntukan peralihan yang terkandung dalam Bahagian ini, Menteri boleh melalui perintah, tertakluk kepada subseksyen (2), membuat apa-apa ubah suaian dalamnya sebagaimana yang ternyata padanya perlu untuk mencegah anomali.
Menteri tidak boleh menjalankan kuasa yang diberikan oleh subseksyen (1) selepas tamat dua tahun dari hari yang ditetapkan.
Jadual Pertama
[seksyen 2]
TAKRIF KAYU
Keluaran Kayu
Pengharmonian Sistem
Pemerihalan dan
Pengekodan Komoditi
Tumbuhan dan bahagian tumbuhan daripada jenis yang digunakan terutamanya dalam proses membuat minyak wangi atau farmasi berasaskan kayu Gaharu (Aquilaria spp.) atau kayu Cendana 1211.90 200, 1211.90 300,
1211.90 900
Buluh 1401.10
Rotan 1401.20
Minyak Gaharu 3301.90 100
66
Undang-Undang Malaysia
Akta 105
Keluaran Kayu
Pengharmonian Sistem
Pemerihalan dan
Pengekodan Komoditi
Sisa kayu, kayu api, serpai kayu atau partikel kayu, habuk gergaji dan serpihan 44.01
Kayu arang 44.02
Balak bulat (termasuk kayu bulat dan kayu jaras) dan balak segi empat sama atau separuh segi empat sama kasar 44.03
Kayu yang dipotong rata secara kasar, kayu gelang, kayu jaras belah, cerucuk tajam dan pancang 44.04
Kayu kisar (kayu tatal, tepung kayu)
4405.00
Kayu landasan keretapi atau trem
(pengikat silang)
44.06
Kayu gergaji dan kayu berketam 44.07
Venir 44.08
Kayu kumai, kayu berlamina 44.09
Keluaran kayu terbentuk semula
(contohnya papan partikel/papan serpai, papan wafer, papan tatal, papan bebenang terhala dan keluaran biokomposit)
44.10
Papan gentian (contohnya papan gentian ketumpatan sederhana, papan penebatan, papan gentian keras dan keluaran biokomposit)
44.11
Papan lapis, panel venir, kayu berlamina yang serupa, (contoh:
papan bungkah, papan lamin dan papan baten)
44.12
Kayu tumpat 4413.00 000
Bingkai kayu 4414.00 000
Kotak simpan barang, kotak, pak, tong dram dan pembungkus lain yang serupa, gelendong kabel, palet, palet kotak dan papan muatan yang lain, kolar palet, yang diperbuat daripada kayu 44.15
Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (Pemerbadanan)
67
Keluaran Kayu
Pengharmonian Sistem
Pemerihalan dan
Pengekodan Komoditi
Tong kayu, tahang, tong wain, tab dan keluaran lain pembuat tong dan bahagian lain yang diperbuat daripada kayu, termasuk pemegangnya 4416.00 000
Alat, penyapu dan berus badan serta pemegang 4417.00 000
Pertukangan tanggam dan pertukangan kayu, termasuk panel kayu bersel, panel parket terpasang, sirap/genting kayu dan rekah 44.18
Pinggan mangkuk dan perkakas dapur, yang diperbuat daripada kayu 4419.00 000
Corak tatahan kayu dan kayu bertatah;
keranda, kotak bagi barang kemas atau pisau, sudu, garpu, dan barang serupa itu yang diperbuat daripada kayu;
patung kayu dan barang perhiasan kayu yang lain; barang perabot kayu yang tidak termasuk di bawah Perintah Duti
Kastam 2007 [P.U. (A) 441/2007]
44.20
Barangan kayu yang lain 44.21
Pulpa kayu 47.01, 47.02, 47.03,
47.04, 47.05, 47.06
Tempat duduk diperbuat daripada rotan, osier, buluh atau bahan yang serupa; tempat duduk lain, dengan rangka kayu; upholsteri; tempat duduk lain 9401.51 000, 9401.59 000,
9401.61 000, 9401.69 000
Jenis perabot kayu yang digunakan di pejabat, di dapur dan di bilik tidur;
perabot kayu yang lain; walker untuk bayi; almari wasap untuk kegunaan di makmal perubatan; perabot kayu lain 9403.30 000, 9403.40 000,
9403.50 000, 9403.60 100,
9403.60 200, 9403.60 900,
9403.81 100, 9403.81 200,
9403.81 300, 9403.81 900,
9403.89 100, 9403.89 200,
9403.89 300, 9403.89 900
Bangunan pasang siap, diperbuat daripada kayu 9406.00 200
68
Undang-Undang Malaysia
Akta 105
JADUAL KEDUA
[Subseksyen 3(2)]
PERUNTUKAN TAMBAHAN MENGENAI LEMBAGA
1. (1) Seseorang anggota Lembaga yang—
tidak hadir atau tidak diwakili oleh seorang anggota silih ganti, jika ada, tiga kali berturut-turut dalam mesyuarat Lembaga tanpa sebab yang munasabah atau tanpa kebenaran bertulis Pengerusi;
telah didapati atau diisytiharkan sebagai tidak sempurna akal;
telah menjadi seorang bankrap atau membuat perkiraan dengan pemiutangnya; atau
telah disabitkan dengan apa-apa kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak atau apa-apa kesalahan di bawah
Akta ini atau di bawah kaedah-kaedah atau peraturan-peraturan di bawahnya, hendaklah terhenti memegang jawatan.
Subperenggan (1), selain subsubperenggan (1)(a), hendaklah terpakai mutatis mutandis bagi tiap-tiap anggota silih ganti.
Maka hendaklah dibayar kepada anggota Lembaga, atau kepada mana-mana daripada mereka sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri, apa-apa elaun sebagaimana yang ditentukan olehnya.
Pelantikan tiap-tiap anggota dan anggota silih ganti Lembaga hendaklah disiarkan dalam Warta.
Tiada seorang pun anggota Lembaga boleh menanggung liabiliti diri bagi kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh sesuatu perbuatan atau peninggalan dalam mentadbirkan hal ehwal Lembaga, melainkan jika kerugian atau kerosakan itu disebabkan oleh sesuatu perbuatan atau peninggalan salah yang disengajakan pada pihaknya.
2. (1) Lembaga hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya empat kali setahun.
Kuorum bagi Lembaga ialah lapan orang.
Jika dalam mana-mana mesyuarat Lembaga, Pengerusi atau orang yang menjalankan fungsi Pengerusi tidak hadir, anggota yang hadir hendaklah melantik salah seorang daripada mereka untuk mempengerusikan mesyuarat itu.
Jika mengenai apa-apa persoalan untuk ditentukan oleh Lembaga terdapat bilangan undi yang sama banyak, Pengerusi atau anggota yang mempengerusikan mesyuarat itu hendaklah mempunyai undi pemutus.
Tertakluk kepada subperenggan (1), (2), (3) dan (4), Lembaga hendaklah menentukan tatacaranya sendiri.
Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (Pemerbadanan)
69
Meterai Lembaga hendaklah disahkan oleh Pengerusi dan seorang anggota
Lembaga yang lain, dan apa-apa dokumen yang berupa sebagai dimeteraikan oleh meterai Lembaga itu dan disahkan sedemikian hendaklah disifatkan telah dimeteraikan dengan sahnya sehingga akasnya ditunjukkan.
Jadual Ketiga
[Seksyen 2 dan Subseksyen 5(1)]
PERSATUAN-PERSATUAN YANG DIIKTIRAF
Nama
Bilangan Wakil
Persatuan Pekilang Panel Malaysia (MPMA)
1
Persatuan Pengusaha-Pengusaha Kayu-Kayan dan
Perabot Bumiputera Malaysia (PEKA)
1
Persatuan Perindustrian Kayu Kayan Malaysia (MWIA)
1
Persatuan Pengeksport Kayu Malaysia (TEAM)
1
Majlis Kayu Kumai dan Tanggam Malaysia (MWMJC)
1
Majlis Perabot Malaysia (MFC)
Jadual Keempat
[Subseksyen 12(4a)]
Kuasa Lembaga untuk membuat peraturan-peraturan berkenaan dengan perbadanan
1. Lembaga hendaklah, pada atau sebelum tarikh apa-apa perbadanan ditubuhkan di bawah seksyen 12, membuat peraturan-peraturan berkenaan dengan perbadanan itu yang menentukan—
maksud dan tujuan perbadanan itu ditubuhkan;
hak, kuasa, kewajipan dan fungsi perbadanan itu;
sistem pengurusan perbadanan itu; dan
hubungan antara perbadanan itu dengan Lembaga dan hak pengawalan
Lembaga ke atas perbadanan itu.
70
Undang-Undang Malaysia
Akta 105
Batasan kuasa untuk menubuhkan perbadanan
2. Tiada apa-apa jua dalam perenggan 1 boleh disifatkan sebagai memberi kuasa kepada Lembaga untuk membuat peraturan-peraturan bagi apa-apa maksud atau tujuan yang lebih luas ruang lingkupnya daripada maksud atau tujuan yang baginya Lembaga ditubuhkan atau memberi mana-mana perbadanan apa-apa hak, kewajipan, kuasa atau fungsi yang tidak termasuk dalam hak, kewajipan, kuasa atau fungsi Lembaga di bawah Akta ini.
Kuat kuasa peraturan-peraturan
3. Tertakluk kepada peruntukan Akta ini dan mana-mana peraturan yang dibuat di bawah seksyen 34, apa-apa peraturan yang dibuat di bawah perenggan 1
hendaklah mengikat perbadanan yang berkenaan dengannya peraturan-peraturan itu dibuat dan hendaklah mempunyai kuat kuasa bagi segala maksud seolah-olah peraturan-peraturan itu telah diperbuat dalam Akta ini.
Pindaan peraturan-peraturan
4. Lembaga boleh pada bila-bila masa meminda, membatalkan atau menambah mana-mana peraturan yang dibuat di bawah perenggan 1 berkenaan dengan mana-mana perbadanan.
Daftar perbadanan
5. Lembaga hendaklah menyimpan suatu daftar dalam bentuk yang ditetapkan mengenai semua perbadanan yang ditubuhkan olehnya di bawah seksyen 12
dan daftar itu, bersama dengan salinan segala peraturan yang dibuat di bawah perenggan 1 dan 4, adalah terbuka untuk pemeriksaan awam di tempat atau tempat-tempat dan pada bila-bila masa yang ditetapkan olehnya.
Penggulungan
6. (1) Lembaga boleh, dengan kelulusan Menteri, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, mengarahkan supaya mana-mana perbadanan yang ditubuhkan olehnya digulung dan dibubarkan.
Apabila mana-mana perbadanan dibubarkan di bawah perenggan ini, aset perbadanan itu hendaklah berpindah kepada dan terletak hak pada Lembaga setelah segala liabilitinya ditunaikan.
Penggulungan sesuatu perbadanan di bawah perenggan ini hendaklah dijalankan mengikut cara yang ditetapkan oleh Lembaga.
Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (Pemerbadanan)
71
Perbadanan hendaklah menjadi pertubuhan perbadanan
7. Tiap-tiap perbadanan yang ditubuhkan di bawah seksyen 12 hendaklah menjadi suatu pertubuhan perbadanan dengan apa-apa nama yang diberikan oleh
Lembaga dan hendaklah kekal turun-temurun dan mempunyai suatu meterai perbadanan dan boleh membawa guaman dan dibawa guaman terhadapnya atas nama itu dan, bagi maksud melaksanakan projek, skim atau perusahaan yang baginya ia telah ditubuhkan, boleh membuat kontrak, dan boleh memegang dan membuat apa-apa urusan berkenaan dengan apa-apa harta tak alih atau harta alih dan boleh melakukan segala perkara dan benda lain yang bersampingan atau berkaitan dengan sesuatu pertubuhan perbadanan yang selaras dengan peruntukan Akta ini dan dengan tertakluk kepada apa-apa sekatan atau batasan sebagaimana yang ditetapkan oleh Lembaga dalam setiap hal.
Meterai perbadanan
8. (1) Tiap-tiap perbadanan hendaklah mempunyai suatu meterai perbadanan yang mengandungi apa-apa reka bentuk yang diluluskan oleh perbadanan itu, dengan kelulusan Lembaga dan meterai itu boleh dipecahkan, ditukar, diubah atau dibuat baharu sebagaimana yang difikirkan patut oleh perbadanan dengan kelulusan Lembaga.
Sehingga suatu meterai diadakan oleh perbadanan itu, suatu cap yang mengandungi nama perbadanan boleh digunakan dan hendaklah disifatkan sebagai meterai perbadanan itu.
Meterai perbadanan itu hendaklah disimpan dalam jagaan orang yang diberi kuasa oleh perbadanan itu, dan hendaklah disahkan oleh orang itu;
dan semua surat ikatan, dokumen dan surat cara lain yang berupa sebagai dimeteraikan dengan meterai itu, yang disahkan sebagaimana yang disebut terdahulu, hendaklah disifatkan telah disempurnakan dengan sah sehingga dibuktikan sebaliknya:
Dengan syarat bahawa apa-apa dokumen atau surat cara yang jika disempurnakan oleh seseorang yang bukan suatu pertubuhan perbadanan tidak akan dikehendaki dimeteraikan boleh disempurnakan dengan cara yang serupa oleh perbadanan itu; dan mana-mana dokumen atau surat cara itu boleh disempurnakan bagi pihak perbadanan itu oleh mana-mana pegawai atau pekhidmat perbadanan itu yang diberi kuasa secara am atau khas oleh perbadanan bagi maksud itu.
Meterai perbadanan bagi tiap-tiap perbadanan hendaklah diberi pengiktirafan rasmi dan kehakiman.
72
Undang-Undang Malaysia
Akta 105
Akta 105
SENARAI PINDAAN
Undang-Undang
Tajuk ringkas
Berkuat kuasa yang meminda dari
P.U. (B) 115/1974
Pindaan Jadual Ketiga Akta 08-03-1974
Lembaga Perindustrian Kayu
Malaysia (Pemerbadanan) 1973
Akta 160
Akta Mata Wang Malaysia 29-08-1975
(Ringgit) 1975
Akta A358
Akta Lembaga Perindustrian 22-10-1976
Kayu Malaysia (Pemerbadanan)
(Pindaan) 1976
P.U. (A) 357/1980
Perintah Akta Mahkamah 01-06-1981
Rendah (Peluasan) 1980
Akta A776
Akta Lembaga Perindustrian 08-08-1991
Kayu Malaysia (Pemerbadanan)
(Pindaan) 1990
P.U. (B) 614/1993
Pindaan Jadual Pertama 24-12-1993
Akta Lembaga Perindustrian Kayu
Malaysia (Pemerbadanan) 1973
P.U. (B) 469/1995
Pindaan Jadual Ketiga 29-09-1995
Akta Lembaga Perindustrian Kayu
Malaysia (Pemerbadanan) 1973
P.U. (B) 98/1998
Pindaan Jadual Ketiga 06-03-1998
Akta Lembaga Perindustrian Kayu
Malaysia (Pemerbadanan) 1973
Akta A1387
Akta Lembaga Perindustrian 15-03-2011
Kayu Malaysia (Pemerbadanan)
(Pindaan) 2010
P.U. (A) 382/2011
Perintah Lembaga Perindustrian 29-11-2011
Kayu Malaysia (Pindaan Jadual
Ketiga) 2011
Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (Pemerbadanan)
73
Akta 105
SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA
Seksyen
Kuasa meminda
Berkuat kuasa dari
2
Akta A776 08-08-1991
Akta A1387 15-03-2011
4
Akta A776 08-08-1991
Akta A1387 15-03-2011
5
Akta A776 08-08-1991
5A
Akta A776 08-08-1991
7
Akta A776 08-08-1991
8
Akta A776 08-08-1991
9
Akta A776 08-08-1991
Akta A1387 15-03-2011
9A
Akta A776 08-08-1991
9B
Akta A358 22-10-1956
Akta A776 08-08-1991
9C
Akta A1387 15-03-2011
12
Akta 160 29-08-1975
Akta A776 08-08-1991
Akta A1387 15-03-2011
12A
Akta A1387 15-03-2011
13
Akta A776 08-08-1991
Akta A1387 15-03-2011
13A
Akta A776 08-08-1991
Akta A1387 15-03-2011
74
Undang-Undang Malaysia
Akta 105
Seksyen
Kuasa meminda
Berkuat kuasa dari
14
Akta A776 08-08-1991
Akta A1387 15-03-2011
14A
Akta A776 08-08-1991
15
Akta A776 08-08-1991
Akta A1387 15-03-2011
17
Akta A776 08-08-1991
18
Akta A776 08-08-1991
18A – 18B
Akta A1387 15-03-2011
19
Akta A358 22-10-1956
Akta A776 08-08-1991
Akta A1387 15-03-2011
20
Akta A1387 15-03-2011
20A
Akta A776 08-08-1991
Akta A1387 15-03-2011
21
Akta A1387 15-03-2011
22
Akta A776 08-08-1991
23
Akta A776 08-08-1991
24
Akta A776 08-08-1991
25
Akta A776 08-08-1991
26
Akta A776 08-08-1991
26A – 26W
Akta A1387 15-03-2011
27
Akta A776 08-08-1991
Akta A1387 15-03-2011
27A-27K
Akta A776 08-08-1991
Akta A1387 15-03-2011
28
Akta A776 08-08-1991
Akta A1387 15-03-2011
29
Akta A776 08-08-1991
Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (Pemerbadanan)
75
Seksyen
Kuasa meminda
Berkuat kuasa dari
29A
Akta A776 08-08-1991
29B – 29F
Akta A1387 15-03-2011
30
Akta A776 08-08-1991
Akta A1387 15-03-2011
30A
Akta A776 08-08-1991
Akta A1387 15-03-2011
30B
Akta A776 08-08-1991
Akta A1387 15-03-2011
30C – 30E
Akta A1387 15-03-2011
32
Akta A1387 15-03-2011
33
Akta A776 08-08-1991
Akta A1387 15-03-2011
33A
Akta A776 08-08-1991
Akta A1387 15-03-2011
33B
Akta A776 08-08-1991
Akta A1387 15-03-2011
34
Akta A776 08-08-1991
Akta A1387 15-03-2011
34A – 34C
Akta A776 08-08-1991
Jadual Pertama
Akta A776 08-08-1991
P.U. (B) 614/1993 24-12-1993
Akta A1387 15-03-2011
Jadual Kedua
Akta A776 08-08-1991
Akta A1387 15-03-2011
Jadual Ketiga
P.U. (B) 115/1974 08-03-1974
Akta A776 08-08-1991
P.U. (B) 469/1995 29-09-1995
P.U. (B) 98/1998 06-03-1998
Akta A1387 15-03-2011
P.U. (A) 382/2011 29-11-2011
Jadual Keempat
Akta A1387 15-03-2011