Malaysia legislation

Section 11

of *AKTA PERTUBUHAN PELADANG 1973

Seksyen 11

Sesuatu Pertubuhan Peladang hendaklah mempunyai suatu lien ke atas suatu syer atau kepentingan dalam modal dan ke atas deposit seseorang anggota atau sesuatu unit anggota atau bekas anggota atau bekas unit anggota atau anggota yang sudah mati dan ke atas sesuatu dividen, bonus atau keuntungan yang kena dibayar kepada seseorang anggota atau sesuatu unit anggota atau bekas anggota atau bekas unit anggota atau kepada harta pusaka seorang anggota yang sudah mati berkenaan dengan apa-apa hutang yang kena dibayar kepada

Pertubuhan Peladang oleh anggota atau unit anggota atau bekas anggota atau bekas unit anggota atau harta pusaka itu, dan boleh menolak apa-apa jumlah wang yang dikreditkan atau kena dibayar kepada seseorang anggota atau sesuatu unit anggota atau bekas anggota atau bekas unit anggota atau harta pusaka seorang anggota yang sudah mati pada atau terhadap pembayaran apa-apa hutang itu.