PERMULAAN
Tajuk ringkas, pemakaian dan permulaan kuat kuasa
/akn/my/act/act/1973/109
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
*AKTA PERTUBUHAN PELADANG 1973 is Malaysia Act, cited as Act 109 1973, currently marked in force and first recorded in 1973.
Opening note
Bahagian I
Tajuk ringkas, pemakaian dan permulaan kuat kuasa
Menteri boleh, melalui pemberitahuan dalam Warta, menetapkan suatu tarikh bagi mula berkuat kuasanya Akta ini dan boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi mula berkuat kuasanya kesemua bahagian atau bahagian yang berlainan dalam Akta ini dalam kesemua bahagian atau bahagian yang berlainan dalam
Malaysia.
8 Undang-Undang Malaysia AKTA 109
Tafsiran
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“koperasi berasaskan pertanian” ertinya sesuatu koperasi yang apabila Akta ini mula berkuat kuasa didaftarkan di bawah Akta
Koperasi 1948 [Akta 287]*, Ordinan Koperasi 1958 Sabah [Ordinan 3 tahun 1958]* dan Ordinan Koperasi Sarawak [Bab 66]* dan yang tujuan pokoknya atau fungsi utamanya adalah mengenai pengeluaran pertanian, kredit pertanian, pemasaran atau pemprosesan atau apa-apa usaha perniagaan dan perdagangan seperti itu:
Dengan syarat bahawa jika ada sesuatu pertikaian tentang sama ada sesuatu koperasi ialah suatu koperasi berasaskan pertanian, pertikaian itu hendaklah dirujukkan kepada Lembaga Pertubuhan
Peladang yang keputusannya itu adalah muktamad dan tidak boleh dipersoalkan dalam mana-mana mahkamah;
“Lembaga Pertubuhan Peladang” atau “Lembaga” ertinya Lembaga yang ditubuhkan di bawah Akta Lembaga Pertubuhan Peladang 1973
[Akta 110];
“Pertubuhan Peladang” ertinya sesuatu pertubuhan peladang yang dibentuk di bawah seksyen 3 di peringkat Kawasan, Negeri atau
Kebangsaan dan yang didaftarkan di bawah seksyen 9.
Bahagian II
Pembentukan
Mana-mana dua atau lebih Pertubuhan Peladang Kawasan yang didaftarkan mengikut Akta ini boleh dengan kelulusan
Pendaftar dan mengikut mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya bergabung menjadi suatu Pertubuhan Peladang Negeri.
Mana-mana dua atau lebih Pertubuhan Peladang Negeri yang didaftarkan mengikut Akta ini boleh dengan kelulusan Pendaftar dan mengikut mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya bergabung menjadi suatu Pertubuhan Peladang Kebangsaan.
Larangan
Tiada Pertubuhan Peladang boleh menjalankan urusan melainkan jika ia dibentuk dan didaftarkan mengikut peruntukan Akta ini.
Pertubuhan
Peladang hendaklah menjadi pertubuhan perbadanan
hendaklah menjadi suatu pertubuhan perbadanan yang kekal turun-temurun dengan mempunyai suatu meterai perbadanan dan hendaklah mempunyai kuasa bagi membuat kontrak, bagi memulakan dan membela tindakan, guaman dan prosiding undang-undang dan bagi membuat segala perkara yang perlu bagi maksud mencapai tujuan yang dinyatakan dalam seksyen 6; dan
boleh memperoleh dengan jalan pajakan, pembelian, derma, pemberian, devis, pemberian wasiat atau selainnya sesuatu harta alih atau harta tak alih bagi mana-mana
10 Undang-Undang Malaysia AKTA 109
tujuan pertubuhan itu dan bagi maksud itu boleh menjual atau memajakkan atau selainnya membuat apa-apa urusan berkenaan dengan mana-mana harta itu.
Tujuan Pertubuhan Peladang
Peladang—
untuk mengadakan perkhidmatan pengembangan dan kemudahan latihan kepada peladang bagi melengkapkan diri mereka dengan teknologi yang perlu bagi memajukan pertanian, perkebunan, penternakan binatang, ekonomi rumah tangga, perniagaan pertanian dan perusahaan komersial yang lain;
untuk meluaskan pengeluaran pertanian di kalangan peladang dan pekebun kecil untuk mencapai kepelbagaian dan pengkomersialan pertanian yang lebih luas dan untuk meluaskan dan memajukan perniagaan pertanian;
untuk mengadakan bekalan ladang dan keperluan harian termasuk kemudahan lain yang dikehendaki bagi perladangan yang progresif dan kehidupan luar bandar yang lebih baik;
untuk mengadakan kemudahan dan perkhidmatan kejenteraan ladang yang perlu bagi memodenkan usaha perladangan;
untuk mengadakan kemudahan dan perkhidmatan kredit dan memajukan pelaburan yang lebih besar dalam bidang pertanian dan ekonomi;
Pertubuhan Peladang 11
untuk memajukan, menggalakkan, memudahkan dan menawarkan perkhidmatan bagi simpanan wang luar bandar;
untuk mengadakan perkhidmatan pemasaran, penyimpanan, kompleks pengeringan, penggudangan dan kemudahan lain;
untuk mengendali dan mengadakan kemudahan pengangkutan bagi menambah usaha pemasaran pertanian dan usaha yang berkaitan;
untuk menubuhkan dan mengendalikan loji memproses dan kompleks mengilang yang perlu bagi memproses hasil pertanian;
untuk membolehkan pembentukan modal dan pelaburan di kalangan anggota atau unit anggotanya melalui penubuhan syarikat atau penyertaan ekuiti dalam usaha perdagangan dan perniagaan;
untuk membantu anggota dalam memperoleh tanah dan untuk menjalankan projek kemajuan tanah bagi faedah anggota;
untuk menggalakkan dan mempergiat tindakan kumpulan melalui pelbagai projek kemasyarakatan dan memudahkan kemajuan pimpinan;
untuk mengadakan perkhidmatan sosial, kemudahan pendidikan dan rekreasi untuk menambah kemajuan social dan kebajikan keluarga perladangan.
Walau apa pun kuasa yang diberikan oleh subseksyen (1), sesuatu Pertubuhan Peladang boleh menubuhkan apa-apa syarikat atau menyertai ekuiti mana-mana usaha perdagangan atau perniagaan tanpa terlebih dahulu mendapat kelulusan bertulis daripada Pendaftar, dan Pendaftar boleh, pada memberikan kelulusan sedemikian, mengenakan apa-apa syarat yang difikirkannya patut.
12 Undang-Undang Malaysia AKTA 109
Tanpa menjejaskan kuasa yang diberikan kepada Pendaftar dalam subseksyen (2), Pendaftar boleh, melalui perintah secara bertulis, mengehadkan, mengenakan syarat ke atas atau mengawal selia kuasa sesuatu Pertubuhan Peladang untuk memastikan kecekapan dan untuk mengelakkan penduaan, fungsi Pertubuhan
Peladang itu.
Mana-mana orang yang tidak berpuas hati dengan apa-apa perintah Pendaftar di bawah subseksyen (2) atau (3) boleh merayu kepada Menteri dalam masa tiga puluh hari dari tarikh perintah itu dibuat dan Menteri boleh mengesahkan, mengubahkan atau membatalkan perintah itu; dan keputusan Menteri adalah muktamad dan tidak boleh dipersoalkan dalam mana-mana mahkamah.
Bahagian III
Pendaftar bagi Pertubuhan Peladang
Pendaftar boleh secara bertulis mewakilkan mana-mana orang, termasuk mana-mana pegawai dalam perkhidmatan awam di
Negeri Sabah dan Sarawak, dengan mana-mana daripada kuasanya di bawah Akta ini kecuali kuasanya untuk menggantung atau membubarkan Pertubuhan Peladang.
Pertubuhan Peladang 13
Daftar
Pendaftar hendaklah menyimpan dan menyenggarakan atau menyebabkan supaya disimpan dan disenggarakan suatu daftar atau daftar yang mengandungi butir-butir berkenaan dengan pendaftaran semua Pertubuhan Peladang sebagaimana yang difikirkannya suai manfaat.
Bahagian IV
Anggota dan unit anggota Pertubuhan Peladang
yang pendapatannya didapati daripada pengeluaran pertanian atau ternakan; atau
menguasai mana-mana daripada faktor pengeluaran pertanian atau ternakan, adalah layak, tertakluk kepada apa-apa peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, untuk menjadi seorang anggota sesuatu Pertubuhan
Peladang.
Sesuatu koperasi berasaskan pertanian atau mana-mana kumpulan orang adalah layak menjadi suatu unit anggota Pertubuhan
Peladang tertakluk kepada apa-apa peraturan yang dibuat di bawah
Akta ini.
Anggota dan unit anggota bagi sesuatu Pertubuhan Peladang yang dibentuk dan didaftarkan mengikut Akta ini tidak boleh menjalankan hak seseorang anggota atau sesuatu unit anggota sehingga anggota atau unit anggota itu telah membuat apa-apa
14 Undang-Undang Malaysia AKTA 109
pembayaran kepada Pertubuhan Peladang itu berkenaan dengan keanggotaan atau memperoleh apa-apa kepentingan dalam
Pertubuhan Peladang itu sebagaimana yang ditetapkan oleh peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini atau oleh perlembagaan atau kaedah-kaedah Pertubuhan Peladang itu.
Seseorang anggota atau sesuatu unit anggota terhenti menjadi seorang anggota atau suatu unit anggota bagi sesuatu Pertubuhan
Peladang—
apabila anggota itu meletakkan jawatan dengan sukarela mengikut perlembagaan atau kaedah-kaedah Pertubuhan
Peladang itu;
apabila anggota itu disifatkan telah terhenti menjadi seorang anggota menurut mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini atau menurut peruntukan perlembagaan atau kaedah-kaedah Pertubuhan Peladang itu;
mengenai seseorang anggota apabila anggota itu mati atau mengenai sesuatu unit anggota, apabila unit itu dibubarkan.
Pelupusan hasil kepada atau melalui Pertubuhan Peladang
bahawa tiap-tiap anggota atau unit anggota itu yang menghasilkan apa-apa benda itu hendaklah melupuskan kesemua atau apa-apa amaun, kadar atau perihalan tertentu benda itu kepada atau melalui Pertubuhan
Peladang; dan
bahawa seseorang anggota atau sesuatu unit anggota yang dibuktikan atau dihukum mengikut apa-apa cara yang
Pertubuhan Peladang 15
ditetapkan oleh peraturan-peraturan yang dibuat di bawah
Akta ini sebagai telah melakukan suatu perlanggaran terhadap kaedah-kaedah atau kontrak itu hendaklah membayar kepada Pertubuhan Peladang itu sebagai ganti rugi yang ditentukan banyaknya sejumlah wang yang ditentukan atau ditaksirkan mengikut apa-apa cara yang ditetapkan oleh peraturan yang disebut terdahulu.
Tiada kontrak yang dibuat di bawah peruntukan seksyen ini boleh dipersoalkan dalam mana-mana mahkamah atas alasan semata-mata bahawa ia adalah suatu kontrak menghalang perdagangan.
Lien dan tolakan berkenaan dengan syer atau kepentingan anggota atau unit anggota
Sesuatu Pertubuhan Peladang hendaklah mempunyai suatu lien ke atas suatu syer atau kepentingan dalam modal dan ke atas deposit seseorang anggota atau sesuatu unit anggota atau bekas anggota atau bekas unit anggota atau anggota yang sudah mati dan ke atas sesuatu dividen, bonus atau keuntungan yang kena dibayar kepada seseorang anggota atau sesuatu unit anggota atau bekas anggota atau bekas unit anggota atau kepada harta pusaka seorang anggota yang sudah mati berkenaan dengan apa-apa hutang yang kena dibayar kepada
Pertubuhan Peladang oleh anggota atau unit anggota atau bekas anggota atau bekas unit anggota atau harta pusaka itu, dan boleh menolak apa-apa jumlah wang yang dikreditkan atau kena dibayar kepada seseorang anggota atau sesuatu unit anggota atau bekas anggota atau bekas unit anggota atau harta pusaka seorang anggota yang sudah mati pada atau terhadap pembayaran apa-apa hutang itu.
Syer atau kepentingan tidak boleh ditahan atau dijual
Tanggungan seseorang anggota atau unit anggota bagi hutang sesuatu Pertubuhan Peladang hendaklah ditentukan mengikut perkadaran syer atau kepentingan yang dipegang oleh anggota atau unit anggota itu berbanding dengan keseluruhan hutang Pertubuhan
Peladang itu.
Pindah hakmilik kepentingan apabila anggota mati atau unit anggota dibubarkan
berkenaan dengan anggota yang sudah mati itu, memindahkan hakmilik syer atau kepentingan anggota yang sudah mati itu kepada orang yang dinamakan mengikut peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, atau, jika tiada seseorang pun yang dinamakan sedemikian, kepada seseorang yang ternyata pada Jemaah Pengarah ialah waris atau wakil di sisi undang-undang bagi anggota yang sudah mati itu atau boleh membayar kepada orang yang dinamakan, waris atau wakil di sisi undang-undang itu mengikut mana-mana yang berkenaan, sejumlah wang yang berupa nilai syer atau kepentingan anggota yang sudah mati itu sebagaimana yang ditentukan mengikut apa-apa peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;
berkenaan dengan sesuatu unit anggota yang dibubarkan, membayar kepada pelikuidasi sejumlah wang yang berupa nilai syer atau kepentingan unit anggota yang dibubarkan itu sebagaimana yang ditentukan mengikut peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini.
Sesuatu Pertubuhan Peladang boleh membayar segala wang lain yang kena dibayar kepada anggota yang sudah mati atau unit
Pertubuhan Peladang 17
anggota yang dibubarkan oleh Pertubuhan Peladang kepada orang yang dinamakan, waris, wakil di sisi undang-undang atau pelikuidasi itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.
Segala pemindahan hakmilik dan pembayaran yang dibuat oleh Pertubuhan Peladang mengikut peruntukan seksyen ini adalah sah dan berkesan terhadap apa-apa tuntutan yang dibuat ke atas
Pertubuhan Peladang oleh mana-mana orang lain.
Pengarah
Bagi maksud menjalankan urusan kerja setiap Pertubuhan
Peladang itu, seorang Pengurus Besar dan pegawai dan pekhidmat lain hendaklah ada bagi Pertubuhan Peladang itu yang dilantik mengikut peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini atau perlembagaan atau kaedah-kaedah Pertubuhan Peladang itu.
Tanggungjawab dan kewajipan Pengurus Besar, pegawai dan
Jemaah Pengarah yang disebut terdahulu hendaklah mengikut perlembagaan atau kaedah-kaedah Pertubuhan Peladang itu.
Pengarah hendaklah memegang jawatan, bersara dan boleh dipecat daripada jawatannya mengikut perlembagaan atau kaedah-kaedah Pertubuhan Peladang itu.
Jawatan seseorang pengarah hendaklah disifatkan sebagai dikosongkan dalam mana-mana daripada hal yang berikut iaitu:
jika dia disabitkan atas sesuatu kesalahan jenayah berkenaan dengan penipuan, kecurangan atau keburukan akhlak;
18 Undang-Undang Malaysia AKTA 109
jika dia tidak menghadiri mesyuarat Jemaah Pengarah tiga kali berturut-turut tanpa kebenaran;
jika dia terhenti menjadi seorang warganegara Malaysia atau seorang anggota Pertubuhan Peladang itu;
jika dia mengambil bahagian dalam apa-apa urusan atau bertindak mengikut suatu cara yang pada pendapat
Pendaftar mendatangkan mudarat kepada kepentingan
Pertubuhan Peladang itu; atau
jika dia menerima gaji daripada atau menjadi pekerja bergaji Pertubuhan Peladang itu.
Wang Pertubuhan Peladang
Wang setiap Pertubuhan Peladang hendaklah terdiri daripada—
wang yang diperoleh, yang terakru atau yang didapati menurut kuasa Pertubuhan Peladang itu yang diberikan oleh Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya.
Kuasa untuk meminjam wang, dsb.
Dalam setiap mesyuarat agung tahunan, tiap-tiap Pertubuhan
Peladang hendaklah menentukan, tertakluk kepada had-had yang dikenakan oleh Pendaftar menurut subseksyen (1), had maksimum
Pertubuhan Peladang 19
keterhutangan yang boleh ditanggung olehnya pada bila-bila masa dalam tahun kewangan akan datang disebabkan wang yang dipinjam atau akan dipinjam dan komitmen dan tanggungan kewangan lain yang dibuat atau akan dibuat sebelum dan dalam tahun kewangan itu.
Pelaburan wang
Tertakluk kepada seksyen 6, sesuatu Pertubuhan Peladang boleh melaburkan atau mendepositkan wangnya—
ke dalam mana-mana bank yang diluluskan oleh Pendaftar dari semasa ke semasa;
dalam sekuriti yang dikeluarkan di dalam Persekutuan dengan kelulusan Perbendaharaan oleh mana-mana pihak berkuasa awam yang ditubuhkan di bawah undang-undang
Persekutuan atau Negeri;
dengan kelulusan Pendaftar, dalam modal syer atau sekuriti mana-mana badan atau syarikat berdaftar;
dengan kelulusan Pendaftar, dalam pembelian tanah atau bangunan atau dalam pembinaan bangunan; atau
Tiap-tiap Pertubuhan Peladang hendaklah menubuhkan suatu
Kumpulan Wang Rizab yang hendaklah mengandungi wang daripada kumpulan wang am yang diasingkan bagi maksud itu dan yang hendaklah digunakan mengikut perlembagaan atau kaedah-kaedah
Pertubuhan Peladang itu.
20 Undang-Undang Malaysia AKTA 109
Penyelesaian pertikaian
di kalangan anggota, unit anggota, bekas anggota, bekas unit anggota dan orang yang menuntut melalui anggota, unit anggota, bekas anggota, bekas unit anggota dan anggota yang sudah mati;
antara seorang anggota, unit anggota, bekas anggota, bekas unit anggota atau orang yang menuntut melalui seorang anggota, unit anggota, bekas anggota, bekas unit anggota atau anggota yang sudah mati dengan
Pertubuhan Peladang itu atau Jemaah Pengarahnya;
atau
antara Pertubuhan Peladang itu dengan sesuatu
Pertubuhan Peladang yang lain;
pertikaian itu hendaklah dirujukkan kepada Pendaftar untuk keputusan.
Sesuatu tuntutan oleh mana-mana Pertubuhan Peladang kerana sesuatu hutang atau tuntutan yang kena dibayar kepadanya oleh seseorang anggota, unit anggota, bekas anggota, bekas unit anggota atau orang yang dinamakan, waris atau wakil di sisi undang-undang bagi seseorang anggota yang sudah mati atau pelikuidasi bagi sesuatu unit anggota yang dibubarkan atau sesuatu tuntutan oleh
Pertubuhan Peladang peringkat yang lebih tinggi bagi sesuatu hutang atau tuntutan yang kena dibayar oleh Pertubuhan Peladang peringkat yang lebih rendah hendaklah disifatkan sebagai suatu pertikaian yang menyentuh urusan Pertubuhan Peladang itu.
Pendaftar boleh, apabila menerima sesuatu rujukan di bawah subseksyen (1)—
Sesuatu rayuan terhadap keputusan Pendaftar atau penimbang tara di bawah subseksyen (2) hendaklah dibuat kepada Menteri dan hendaklah dibuat dalam tempoh dua bulan dari tarikh keputusan itu.
Sesuatu keputusan Menteri dalam sesuatu rayuan di bawah subseksyen (3) adalah muktamad dan tidak boleh dipersoalkan dalam mana-mana mahkamah.
Sesuatu keputusan Pendaftar atau penimbang tara di bawah subseksyen (2) atau, jika ada sesuatu rayuan terhadapnya, keputusan sebagaimana yang disahkan atau diubah oleh Menteri, hendaklah dikuatkuasakan mengikut cara yang sama seolah-olah keputusan itu ialah suatu penghakiman Mahkamah Sesyen.
Kes dinyatakan atas soal undang-undang
Pertubuhan Peladang berbangkit—
Mahkamah Tinggi hendaklah mendengar dan memutuskan soal undang-undang yang dirujukkan sedemikian.
BAHAGIAN IVA
PENGGABUNGAN PERTUBUHAN PELADANG
KAWASAN DAN NEGERI
Prosedur penggabungan Pertubuhan Peladang Kawasan
Dalam mesyuarat setiap Pertubuhan Peladang Kawasan itu, suatu ketetapan khas hendaklah dicadangkan bagi penggabungan tersebut dan suatu permohonan hendaklah dibuat kepada Pendaftar bagi maksud itu.
Pendaftaran Pertubuhan Peladang Negeri
Jika sesuatu permohonan di bawah seksyen 18A telah dibuat berkenaan dengan setiap Pertubuhan Peladang Kawasan dan
bahawa ketetapan khas yang menyokong penggabungan yang dicadangkan itu telah diluluskan dengan sewajarnya oleh setiap Pertubuhan Peladang Kawasan bersamaan dalam segala butir-butir material dengan ketetapan yang diluluskan oleh Pertubuhan Peladang Kawasan yang lain;
bahawa skim penggabungan yang terkandung dalam ketetapan itu dalam hal setiap Pertubuhan Peladang
Kawasan adalah bersamaan dalam segala butir-butir material dengan ketetapan
Pertubuhan
Peladang
Kawasan yang lain; dan
bahawa peruntukan perlembagaan atau kaedah-kaedah
Pertubuhan Peladang Negeri yang dicadangkan itu adalah mengikut peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, dia hendaklah mendaftarkan atau menyebabkan supaya didaftarkan
Pertubuhan Peladang Negeri itu mengikut kaedah-kaedah yang dibuat di bawah Akta ini.
Pertubuhan Peladang 23
Prosedur bagi penggabungan Persatuan Peladang Negeri
Pendaftar berpuas hati—
Berkenaan dengan prosedur bagi penggabungan mana-mana dua Pertubuhan Peladang Negeri atau lebih, peruntukan seksyen 18A dan 18B hendaklah terpakai dengan syarat bahawa perkataan
“Pertubuhan Peladang Kawasan” dan “Pertubuhan Peladang Negeri”
di mana-mana jua terdapat masing-masingnya hendaklah digantikan dengan perkataan “Pertubuhan Peladang Negeri” dan “Pertubuhan
Peladang Kebangsaan”.
Bahagian V
PEMBUBARAN
Kuasa untuk memeriksa
Pendaftar atau seseorang yang diberi kuasa secara bertulis bagi maksud itu, mempunyai kuasa—
untuk memeriksa akaun dan harta sesuatu Pertubuhan
Peladang atau unit anggota Pertubuhan Peladang itu; dan
untuk mengadakan suatu penyiasatan berkenaan dengan perjalanan urusan dan keadaan kewangan Pertubuhan
Peladang itu atau unit anggota Pertubuhan Peladang itu.
Kuasa untuk menggantung dan membubarkan
Sebaik sahaja perintah di bawah subseksyen (1) dibuat,
Pendaftar hendaklah menyebabkan supaya suatu penyiasatan dibuat berkenaan dengan Pertubuhan Peladang itu yang mengenainya
24 Undang-Undang Malaysia AKTA 109
perintah itu telah dibuat atau berkenaan dengan apa-apa aspek urusan
Pertubuhan Peladang itu.
Selepas penyiasatan di bawah subseksyen (2) dibuat,
Pendaftar boleh menarik balik perintah penggantungan itu atau memerintahkan supaya Pertubuhan Peladang itu dibubarkan sebagaimana yang difikirkannya suai manfaat.
Tertakluk kepada sesuatu rayuan yang dibuat di bawah peruntukan seksyen 21, perintah bagi membubarkan sesuatu
Pertubuhan Peladang hendaklah berkuat kuasa apabila tamat tempoh tiga bulan selepas tarikh perintah itu disiarkan.
Sesuatu Pertubuhan Peladang yang terlibat oleh sesuatu perintah di bawah seksyen ini hendaklah dibubarkan mengikut peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini.
Rayuan
Seseorang yang terkilan dengan sesuatu perintah Pendaftar yang dibuat di bawah seksyen 20 boleh dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh perintah itu dibuat, merayu kepada Menteri yang hendaklah mengesahkan atau membatalkan perintah itu, dan keputusan Menteri itu adalah muktamad dan tidak boleh dipersoalkan dalam mana-mana mahkamah.
Tidak boleh menjalankan urusan dalam masa penggantungan
Dalam tempoh penggantungan sesuatu Pertubuhan Peladang adalah menyalahi undang-undang bagi Pertubuhan Peladang itu menjalankan apa-apa urusan walau apa pun peruntukan seksyen 4:
Dengan syarat bahawa seksyen ini tidak menghalang Pertubuhan
Peladang itu daripada diuruskan atau urusannya daripada dijalankan oleh mana-mana orang yang dilantik di bawah seksyen 23.
Pertubuhan Peladang 25
Pengurusan dalam masa penggantungan
Pendaftar adalah berwibawa, selepas suatu perintah menggantung mana-mana Pertubuhan Peladang dibuat, untuk melantik mana-mana orang untuk menguruskan hal ehwal Pertubuhan
Peladang itu dalam masa penggantungannya sehingga Jemaah
Pengarah yang baru atau mana-mana pegawai Pertubuhan Peladang itu telah dipilih atau diambil kerja.
Audit
0Pendaftar hendaklah mengaudit atau menyebabkan supaya diaudit oleh seseorang yang diberi kuasa olehnya melalui perintah am atau khas secara bertulis akaun tiap-tiap Pertubuhan Peladang atau unit anggota Pertubuhan Peladang itu sekurang-kurangnya sekali dalam setahun.
Hak akses kepada rekod, dsb.
untuk memanggil pada masa pengauditannya itu mana-mana pegawai atau bekas pegawai, ejen, pekhidmat atau anggota Pertubuhan Peladang atau unit anggota yang dia ada sebab untuk mempercayai boleh memberikan maklumat material berhubung dengan apa-apa transaksi
Pertubuhan Peladang atau unit anggota atau dengan pengurusan hal ehwalnya;
untuk menghendaki supaya dikemukakan di mana-mana tempat dan dalam apa-apa tempoh sebagaimana yang dinyatakan olehnya apa-apa buku atau dokumen yang berhubungan dengan hal ehwal, atau apa-apa wang tunai atau sekuriti kepunyaan, Pertubuhan Peladang berdaftar atau unit anggota oleh pegawai atau bekas pegawai, ejen,
26 Undang-Undang Malaysia AKTA 109
pekhidmat atau anggota yang memiliki buku, dokumen, wang tunai atau sekuriti itu.
Jika dalam masa penggulungan sesuatu Pertubuhan Peladang atau unit ahli Pertubuhan Peladang itu atau berikutan daripada pengauditan di bawah seksyen 24 atau suatu penyiasatan atau pemeriksaan di bawah seksyen 19 ternyata bahawa mana-mana orang yang telah mengambil bahagian dalam pengelolaan atau pengurusan
Pertubuhan Peladang atau unit anggota itu atau mana-mana pegawai, ejen, pekhidmat atau anggota Pertubuhan Peladang atau unit anggota yang lalu atau sekarang telah menyalahgunakan atau menyimpan atau bertanggungan atau bertanggungjawab bagi apa-apa wang atau harta
Pertubuhan Peladang atau unit anggota itu atau telah melakukan kesalahan misfeasance atau pecah amanah berhubung dengan
Pertubuhan Peladang atau unit anggota atau atas permohonan pelikuidasi atau mana-mana pemiutang atau pencarum, Pendaftar atau orang diberi kuasa lain hendaklah mempunyai kuasa untuk memeriksa tatakelakuan orang itu dan membuat suatu perintah meminta supaya dia membayar balik atau mengembalikan wang atau harta itu atau mana-mana bahagiannya berserta bunga mengikut apa-apa kadar yang difikirkan patut oleh Pendaftar atau memberi sumbangan sekian banyak kepada aset Pertubuhan Peladang atau unit anggota itu dengan cara pampasan berhubung dengan penyalahgunaan, penyimpanan, kecurangan atau pecah amanah itu sebagaimana yang difikirkan patut oleh Pendaftar dan perintah itu hendaklah dikuatkuasakan mengikut cara yang sama seolah-olah perintah itu ialah suatu penghakiman Mahkamah.
Bahagian VI
Daftar anggota
Sesuatu daftar atau senarai anggota atau unit anggota yang disimpan oleh mana-mana Pertubuhan Peladang hendaklah menjadi keterangan prima facie mengenai mana-mana daripada butir-butir berikut yang tercatat di dalamnya:
tarikh nama seseorang telah dicatatkan dalam daftar atau senarai itu sebagai seorang anggota;
tarikh nama sesuatu koperasi berasaskan pertanian atau kumpulan orang telah dicatatkan dalam daftar atau senarai itu sebagai suatu unit anggota;
tarikh seseorang, koperasi berasaskan pertanian atau kumpulan orang berhenti daripada menjadi seorang anggota atau unit anggota Pertubuhan Peladang itu.
Bukti mengenai catatan dalam buku Pertubuhan Peladang dan unit anggota
Pertubuhan Peladang 27
Tiada seorang pegawai bagi mana-mana Pertubuhan Peladang atau unit anggota itu boleh, dalam mana-mana prosiding undang-undang yang dalamnya Pertubuhan Peladang atau unit anggota itu tidak menjadi suatu pihak, dipaksa untuk mengemukakan apa-apa buku Pertubuhan Peladang atau unit anggota, yang kandungannya boleh dibuktikan di bawah subseksyen (1) atau dipaksa hadir sebagai saksi untuk membuktikan sesuatu perkara, urusan atau akaun yang direkodkan di dalamnya, melainkan jika diarahkan sedemikian oleh mahkamah atas sebab-sebab khas.
28 Undang-Undang Malaysia AKTA 109
Kuasa khas Menteri bagi mengecualikan daripada kehendak tentang pendaftaran, dsb.
Menteri boleh, dengan perintah am atau khas, mengecualikan mana-mana Pertubuhan Peladang daripada mana-mana peruntukan lain Akta ini, atau boleh mengarahkan bahawa peruntukan itu hendaklah terpakai bagi Pertubuhan Peladang itu mulai dari suatu tarikh atau dengan apa-apa ubah suaian sebagaimana yang ditentukan dalam perintah itu.
Kuasa untuk mengecualikan daripada duti atau cukai
Menteri Kewangan boleh, melalui pemberitahuan dalam Warta, mengenai sesuatu Pertubuhan Peladang atau sesuatu kelas Pertubuhan
duti atau cukai yang di bawah mana-mana undang-undang yang pada masa ini berkuat kuasa kena dibayar berkenaan dengan keuntungan Pertubuhan Peladang itu atau berkenaan dengan dividen atau bayaran lain yang diterima oleh anggota atau unit anggota Pertubuhan Peladang itu oleh sebab keuntungan;
duti setem yang boleh dikenakan di bawah mana-mana undang-undang yang pada masa ini berkuat kuasa atas setiap surat cara yang disempurnakan oleh atau bagi pihak mana-mana Pertubuhan Peladang, unit anggota itu atau oleh seorang pegawai atau anggota dan berhubung dengan urusan Pertubuhan Peladang atau unit anggota itu atau atas apa-apa kelas surat cara itu.
Pertubuhan Peladang 29
Mesyuarat agung tahunan
Peladang itu mengurangkan atau meremitkan—
Walau apa pun peruntukan subseksyen (1), Pertubuhan
Peladang boleh memohon kepada Pendaftar bagi melanjutkan masa untuk mengadakan mesyuarat agung tahunan.
Dilarang menggunakan perkataan “Pertubuhan Peladang”
Seseorang yang melanggar peruntukan seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh didenda tidak melebihi lima ratus ringgit, dan, mengenai kesalahan yang berterusan, denda tambahan sebanyak lima puluh ringgit bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan.
Undang-undang Kesatuan Sekerja dan Akta Syarikat tidak terpakai
Peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang berkuat kuasa berhubung dengan kesatuan sekerja dan peruntukan Akta
Syarikat 1965 [Akta 125], tidak terpakai bagi mana-mana Pertubuhan
Peladang yang didaftarkan di bawah Akta ini.
30 Undang-Undang Malaysia AKTA 109
Kesalahan
abai atau enggan melakukan apa-apa perbuatan atau enggan atau tidak memberikan apa-apa maklumat yang dikehendaki bagi maksud Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya;
memberi maklumat palsu atau membuat apa-apa pernyataan palsu mengenai apa-apa perkara yang dikehendaki diberikan atau dibuat di bawah peruntukan
Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya;
tidak menurut apa-apa permintaan atau perintah bertulis yang sah yang dikeluarkan di bawah peruntukan Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya; atau
melanggar atau tidak mematuhi kehendak lain Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya, melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini dan boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit dan, mengenai kesalahan yang berterusan, denda tambahan sebanyak lima puluh ringgit bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan.
*Larangan dan sekatan ke atas pendaftaran koperasi berasaskan pertanian
Mana-mana koperasi yang didaftarkan di bawah Akta Koperasi 1993 [Akta 502] selepas Akta ini mula berkuat kuasa, dan yang satu daripada tujuan atau fungsi utamanya berkenaan dengan pengeluaran pertanian, kredit pertanian, pemasaran atau pemprosesan atau sesuatu usaha komersial dan perdagangan sedemikian hendaklah masuk sebagai unit anggota bagi mana-mana Pertubuhan Peladang sebagaimana yang diarahkan oleh Ketua Pengarah Lembaga
Pertubuhan Peladang.
* CATATAN—Seksyen ini mula berkuat kuasa pada 15-03-1974 ─ lihat Akta A247
Pertubuhan Peladang 31
(Dipotong oleh Akta A1295).
(Dipotong oleh Akta A1295).
Peraturan-peraturan
Khususnya dan tanpa menyentuh keluasan yang diberikan oleh subseksyen (1), peraturan-peraturan itu boleh—
menetapkan borang yang hendak digunakan dan syarat yang hendak dipatuhi dengan pembentukan, penubuhan dan pendaftaran sesuatu Pertubuhan Peladang, dalam penggabungan dua Pertubuhan Peladang atau lebih kepada satu Pertubuhan Peladang peringkat yang lebih tinggi dan pendaftarannya dan tatacara yang hendaklah terpakai mengenai perkara itu;
menetapkan syarat yang hendaklah dipatuhi oleh orang yang memohon supaya diterima masuk sebagai anggota, dan mengadakan peruntukan mengenai pemilihan dan penerimaan masuk anggota dari semasa ke semasa, dan pembayaran yang hendaklah dibuat dan kepentingan yang hendaklah diperoleh sebelum menjalankan hak anggota;
menghendaki sesuatu koperasi berasaskan pertanian untuk memasuki mana-mana Pertubuhan Peladang dan menurut kehendak itu boleh—
mengawal selia kemasukan koperasi itu ke dalam Pertubuhan Peladang;
menentukan pembayaran yang hendaklah dibuat dan kepentingan yang hendaklah diperoleh oleh koperasi itu;
32 Undang-Undang Malaysia AKTA 109
menentukan taraf, hak dan tanggungan anggota koperasi itu yang ialah unit yang berhubungan dengan Pertubuhan Peladang;
menetapkan bilangan maksimum syer atau bahagian maksimum modal sesuatu Pertubuhan Peladang berdaftar yang boleh dipegang oleh seorang anggota atau sesuatu unit anggota;
mengadakan peruntukan bagi anggota menarik diri dan bagi membuang anggota atau bagi menggantung dan membubarkan unit anggota dan bagi pembayaran, jika ada, yang hendaklah dibuat kepada anggota atau unit anggota yang menarik diri atau dibuang atau dibubarkan dan bagi tanggungan bekas anggota dan unit anggota;
mengadakan peruntukan bagi mesyuarat anggota dan unit anggota dan bagi tatacara di mesyuarat itu dan kuasa yang hendaklah dijalankan oleh mesyuarat itu;
mengadakan peruntukan mengenai penubuhan, keanggotaan, pelantikan, penggantungan dan pemecatan
Jemaah Pengarah dan pegawai dan pekhidmat lain
Pertubuhan Peladang dan mengenai tatacara di mesyuarat
Jemaah Pengarah dan mengenai kuasa yang hendaklah dijalankan dan kewajipan yang hendaklah dilaksanakan oleh Jemaah Pengarah dan pegawai dan pekhidmat lain
Pertubuhan Peladang;
menetapkan perkara yang berkenaan dengannya sesuatu
Pertubuhan Peladang boleh atau hendaklah membuat kaedah-kaedah dan tatacara yang hendaklah diikuti pada membuat, mengubah dan membatalkan kaedah-kaedah dan syarat yang hendaklah dipenuhi sebelum membuat, mengubah atau membatalkan kaedah-kaedah itu;
mengawal selia cara bagaimana wang boleh didapati dengan jalan syer atau debentur atau selainnya;
Pertubuhan Peladang 33
menetapkan syarat yang hendaklah dipatuhi oleh sesuatu
Pertubuhan Peladang yang memohon bantuan kewangan daripada Lembaga Pertubuhan Peladang;
menetapkan pembayaran yang hendaklah dibuat, syarat yang hendaklah dipatuhi, dan bentuk bon, surat cara atau suratan lain yang hendaklah disempurnakan, oleh anggota atau unit anggota yang memohon pinjaman atau kredit wang tunai, tempoh pinjaman atau kredit boleh diberikan, dan amaun maksimum yang boleh dipinjamkan dan kredit maksimum yang boleh dibenarkan bagi seseorang anggota atau sesuatu unit anggota dengan atau tanpa persetujuan
Pendaftar;
mengadakan peruntukan mengenai cara bagaimana nilai kepentingan seseorang anggota yang sudah mati atau nilai kepentingan sesuatu unit anggota yang dibubarkan hendak ditentukan, dan mengenai penamaan seseorang yang kepadanya kepentingan itu boleh dibayar atau dipindahkan hakmilik;
mengadakan peruntukan mengenai cara bagaimana nilai kepentingan seseorang yang telah tidak sempurna akalnya dan yang tidak berupaya menguruskan dirinya atau hal ehwalnya hendak ditentukan dan mengenai penamaan seseorang yang kepadanya kepentingan itu boleh dibayar atau dipindahkan hakmilik;
mengadakan peruntukan mengenai pembentukan dan penyenggaraan kumpulan wang rizab, dan tujuan kumpulan wang itu boleh digunakan, dan mengenai pelaburan apa-apa wang yang ada di bawah kawalan mana-mana Pertubuhan Peladang;
menetapkan syarat yang di bawahnya keuntungan boleh dibahagikan kepada anggota dan unit anggota sesuatu
Pertubuhan Peladang dan kadar maksimum dividen yang boleh dibayar oleh Pertubuhan Peladang;
34 Undang-Undang Malaysia AKTA 109
menetapkan sistem pengauditan dan pengakaunan sesuatu
Pertubuhan Peladang dan bagi penyiaran berkala suatu kunci kira-kira yang menunjukkan aset dan tanggungan sesuatu Pertubuhan Peladang;
menetapkan penyata yang hendaklah dihantar oleh sesuatu
Pertubuhan Peladang kepada Pendaftar dan orang yang oleh siapa dan bentuk yang dalamnya penyata itu hendaklah dibuat;
mengadakan peruntukan mengenai penyenggaraan suatu daftar anggota dan unit anggota, dan suatu daftar syer;
mengadakan peruntukan mengenai pemeriksaan suratan dan daftar di pejabat Pendaftar dan bayaran yang hendaklah dibayar baginya dan mengenai pengeluaran salinan bagi suratan atau daftar itu;
menetapkan cara bagaimana sesuatu soal tentang perlanggaran sesuatu kaedah atau kontrak berhubung dengan pelupusan hasil kepada atau melalui sesuatu
Pertubuhan
Peladang boleh ditentukan dan cara bagaimana ganti rugi yang ditentukan banyaknya bagi sesuatu perlanggaran itu boleh ditentukan atau ditaksirkan;
menetapkan cara melantik penimbang tara dan tatacara yang hendaklah diikuti dalam prosiding di hadapan
Pendaftar atau penimbang tara itu;
menetapkan tatacara yang hendaklah diikuti apabila sesuatu unit anggota atau sesuatu Pertubuhan Peladang digantung atau dibubarkan dan mengadakan peruntukan mengenai pelantikan seorang pelikuidasi dan tatacara yang hendaklah diikuti olehnya;
menetapkan borang yang hendaklah digunakan, bayaran yang hendaklah dibayar, tatacara yang hendaklah dipatuhi dan segala perkara lain yang berkaitan atau bersampingan
Pertubuhan Peladang 35
dengan pengemukaan, pendengaran dan penyelesaian rayuan di bawah Akta ini atau peraturan-peraturan.
Pemansuhan
Apabila seksyen ini mula berkuat kuasa—
semua Persatuan Peladang hendaklah disifatkan sebagai dibentuk dan didaftarkan di bawah Akta ini;
apa-apa sebutan mengenai “Persatuan Peladang” dalam mana-mana undang-undang bertulis hendaklah disifatkan sebagai sebutan mengenai “Pertubuhan Peladang”; dan
pertukaran nama
“Persatuan
Peladang”
kepada
“Pertubuhan Peladang” tidaklah menjejaskan apa-apa hak atau tanggungan Persatuan Peladang atau menjadikan tercacat apa-apa prosiding undang-undang oleh atau terhadapnya, dan apa-apa prosiding undang-undang yang mungkin telah diteruskan atau dimulakan oleh atau terhadapnya sebelum permulaan kuat kuasa seksyen ini bolehlah diteruskan atau dimulakan di bawah namanya yang baharu.
36
AKTA 109
SENARAI PINDAAN
Undang-undang yang meminda
Tajuk Ringkas
Berkuat kuasa dari
Akta A247
Akta Pertubuhan Peladang (Pindaan)
15-03-1974 1974
Akta 160
Akta Mata Wang Malaysia (Ringgit)
29-08-1975 1975
Akta A552
Akta Pertubuhan Peladang (Pindaan)
01-04-1983 1983
Akta A721
Akta Pertubuhan Peladang (Pindaan)
01-10-1989 1989
Akta 502
Akta Koperasi 1993
22-01-1994
P.U. (A) 343/2002
Perintah Penyemakan Undang-
23-08-2002
Undang (Pembetulan Akta
Pertubuhan Ladang 1973) 2002
Akta A1295
Akta Pertubuhan Peladang (Pindaan)
01-01-2008 2007
_____________
37
AKTA 109
SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA
Seksyen
Kuasa meminda
Berkuat kuasa dari
2
Akta A552 01-04-1983
3
Akta A552 01-04-1983
6
Akta A552 01-04-1983
Akta A721 01-10-1989
9
Akta A552 01-04-1983
12
Akta A721 01-10-1989
15A-15B
Akta A552 01-04-1983 17
Akta A552 01-04-1983
18A-18C
Akta A552 01-04-1983
24A
Akta A552 01-04-1983
25
Akta A552 01-04-1983
28A
Akta A552 01-04-1983
29
Akta 160 29-08-1975
31
Akta 160 29-08-1975 32
Akta A247 15-03-1974
Akta A552 01-04-1983
33
Akta A552
Akta A1295 01-04-1983 01-01-2008
38 Undang-Undang Malaysia AKTA 109
Seksyen
Kuasa meminda
Berkuat kuasa dari
34
Akta A247 15-03-1974
Akta A552 01-04-1983
Akta A721
Akta A1295 01-10-1989 01-01-2008
35
Akta A552
Akta A1295 01-04-1983 01-01-2008
36
Akta A552 01-04-1983
_____________