Malaysia legislation
Section 13
Seksyen 13
(a)
berkenaan dengan anggota yang sudah mati itu, memindahkan hakmilik syer atau kepentingan anggota yang sudah mati itu kepada orang yang dinamakan mengikut peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, atau, jika tiada seseorang pun yang dinamakan sedemikian, kepada seseorang yang ternyata pada Jemaah Pengarah ialah waris atau wakil di sisi undang-undang bagi anggota yang sudah mati itu atau boleh membayar kepada orang yang dinamakan, waris atau wakil di sisi undang-undang itu mengikut mana-mana yang berkenaan, sejumlah wang yang berupa nilai syer atau kepentingan anggota yang sudah mati itu sebagaimana yang ditentukan mengikut apa-apa peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;
(b)
berkenaan dengan sesuatu unit anggota yang dibubarkan, membayar kepada pelikuidasi sejumlah wang yang berupa nilai syer atau kepentingan unit anggota yang dibubarkan itu sebagaimana yang ditentukan mengikut peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini.
(2)
Sesuatu Pertubuhan Peladang boleh membayar segala wang lain yang kena dibayar kepada anggota yang sudah mati atau unit
Pertubuhan Peladang 17
anggota yang dibubarkan oleh Pertubuhan Peladang kepada orang yang dinamakan, waris, wakil di sisi undang-undang atau pelikuidasi itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.
(3)
Segala pemindahan hakmilik dan pembayaran yang dibuat oleh Pertubuhan Peladang mengikut peruntukan seksyen ini adalah sah dan berkesan terhadap apa-apa tuntutan yang dibuat ke atas
Pertubuhan Peladang oleh mana-mana orang lain.
Pengarah