Malaysia legislation

Section 20

of *AKTA PERTUBUHAN PELADANG 1973

Seksyen 20

(2)

Sebaik sahaja perintah di bawah subseksyen (1) dibuat,

Pendaftar hendaklah menyebabkan supaya suatu penyiasatan dibuat berkenaan dengan Pertubuhan Peladang itu yang mengenainya

24 Undang-Undang Malaysia AKTA 109

perintah itu telah dibuat atau berkenaan dengan apa-apa aspek urusan

Pertubuhan Peladang itu.

(3)

Selepas penyiasatan di bawah subseksyen (2) dibuat,

Pendaftar boleh menarik balik perintah penggantungan itu atau memerintahkan supaya Pertubuhan Peladang itu dibubarkan sebagaimana yang difikirkannya suai manfaat.

(4)

Tertakluk kepada sesuatu rayuan yang dibuat di bawah peruntukan seksyen 21, perintah bagi membubarkan sesuatu

Pertubuhan Peladang hendaklah berkuat kuasa apabila tamat tempoh tiga bulan selepas tarikh perintah itu disiarkan.

(5)

Sesuatu Pertubuhan Peladang yang terlibat oleh sesuatu perintah di bawah seksyen ini hendaklah dibubarkan mengikut peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini.

Rayuan