Malaysia legislation

Section 24A

of *AKTA PERTUBUHAN PELADANG 1973

Seksyen 24A

(a)

untuk memanggil pada masa pengauditannya itu mana-mana pegawai atau bekas pegawai, ejen, pekhidmat atau anggota Pertubuhan Peladang atau unit anggota yang dia ada sebab untuk mempercayai boleh memberikan maklumat material berhubung dengan apa-apa transaksi

Pertubuhan Peladang atau unit anggota atau dengan pengurusan hal ehwalnya;

(b)

untuk menghendaki supaya dikemukakan di mana-mana tempat dan dalam apa-apa tempoh sebagaimana yang dinyatakan olehnya apa-apa buku atau dokumen yang berhubungan dengan hal ehwal, atau apa-apa wang tunai atau sekuriti kepunyaan, Pertubuhan Peladang berdaftar atau unit anggota oleh pegawai atau bekas pegawai, ejen,

26 Undang-Undang Malaysia AKTA 109

pekhidmat atau anggota yang memiliki buku, dokumen, wang tunai atau sekuriti itu.

(2)

Jika dalam masa penggulungan sesuatu Pertubuhan Peladang atau unit ahli Pertubuhan Peladang itu atau berikutan daripada pengauditan di bawah seksyen 24 atau suatu penyiasatan atau pemeriksaan di bawah seksyen 19 ternyata bahawa mana-mana orang yang telah mengambil bahagian dalam pengelolaan atau pengurusan

Pertubuhan Peladang atau unit anggota itu atau mana-mana pegawai, ejen, pekhidmat atau anggota Pertubuhan Peladang atau unit anggota yang lalu atau sekarang telah menyalahgunakan atau menyimpan atau bertanggungan atau bertanggungjawab bagi apa-apa wang atau harta

Pertubuhan Peladang atau unit anggota itu atau telah melakukan kesalahan misfeasance atau pecah amanah berhubung dengan

Pertubuhan Peladang atau unit anggota atau atas permohonan pelikuidasi atau mana-mana pemiutang atau pencarum, Pendaftar atau orang diberi kuasa lain hendaklah mempunyai kuasa untuk memeriksa tatakelakuan orang itu dan membuat suatu perintah meminta supaya dia membayar balik atau mengembalikan wang atau harta itu atau mana-mana bahagiannya berserta bunga mengikut apa-apa kadar yang difikirkan patut oleh Pendaftar atau memberi sumbangan sekian banyak kepada aset Pertubuhan Peladang atau unit anggota itu dengan cara pampasan berhubung dengan penyalahgunaan, penyimpanan, kecurangan atau pecah amanah itu sebagaimana yang difikirkan patut oleh Pendaftar dan perintah itu hendaklah dikuatkuasakan mengikut cara yang sama seolah-olah perintah itu ialah suatu penghakiman Mahkamah.