Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“koperasi berasaskan pertanian” ertinya sesuatu koperasi yang apabila Akta ini mula berkuat kuasa didaftarkan di bawah Akta
Koperasi 1948 [Akta 287]*, Ordinan Koperasi 1958 Sabah [Ordinan 3 tahun 1958]* dan Ordinan Koperasi Sarawak [Bab 66]* dan yang tujuan pokoknya atau fungsi utamanya adalah mengenai pengeluaran pertanian, kredit pertanian, pemasaran atau pemprosesan atau apa-apa usaha perniagaan dan perdagangan seperti itu:
Dengan syarat bahawa jika ada sesuatu pertikaian tentang sama ada sesuatu koperasi ialah suatu koperasi berasaskan pertanian, pertikaian itu hendaklah dirujukkan kepada Lembaga Pertubuhan
Peladang yang keputusannya itu adalah muktamad dan tidak boleh dipersoalkan dalam mana-mana mahkamah;
“Lembaga Pertubuhan Peladang” atau “Lembaga” ertinya Lembaga yang ditubuhkan di bawah Akta Lembaga Pertubuhan Peladang 1973
[Akta 110];
“Pertubuhan Peladang” ertinya sesuatu pertubuhan peladang yang dibentuk di bawah seksyen 3 di peringkat Kawasan, Negeri atau
Kebangsaan dan yang didaftarkan di bawah seksyen 9.