Malaysia legislation

Section 32

of *AKTA PERTUBUHAN PELADANG 1973

Seksyen 32

Mana-mana koperasi yang didaftarkan di bawah Akta Koperasi 1993 [Akta 502] selepas Akta ini mula berkuat kuasa, dan yang satu daripada tujuan atau fungsi utamanya berkenaan dengan pengeluaran pertanian, kredit pertanian, pemasaran atau pemprosesan atau sesuatu usaha komersial dan perdagangan sedemikian hendaklah masuk sebagai unit anggota bagi mana-mana Pertubuhan Peladang sebagaimana yang diarahkan oleh Ketua Pengarah Lembaga

Pertubuhan Peladang.

* CATATAN—Seksyen ini mula berkuat kuasa pada 15-03-1974 ─ lihat Akta A247