Malaysia legislation
Section 35
Seksyen 35
Peraturan-peraturan
(2)
Khususnya dan tanpa menyentuh keluasan yang diberikan oleh subseksyen (1), peraturan-peraturan itu boleh—
(a)
menetapkan borang yang hendak digunakan dan syarat yang hendak dipatuhi dengan pembentukan, penubuhan dan pendaftaran sesuatu Pertubuhan Peladang, dalam penggabungan dua Pertubuhan Peladang atau lebih kepada satu Pertubuhan Peladang peringkat yang lebih tinggi dan pendaftarannya dan tatacara yang hendaklah terpakai mengenai perkara itu;
(b)
menetapkan syarat yang hendaklah dipatuhi oleh orang yang memohon supaya diterima masuk sebagai anggota, dan mengadakan peruntukan mengenai pemilihan dan penerimaan masuk anggota dari semasa ke semasa, dan pembayaran yang hendaklah dibuat dan kepentingan yang hendaklah diperoleh sebelum menjalankan hak anggota;
(c)
menghendaki sesuatu koperasi berasaskan pertanian untuk memasuki mana-mana Pertubuhan Peladang dan menurut kehendak itu boleh—
(i)
mengawal selia kemasukan koperasi itu ke dalam Pertubuhan Peladang;
(ii)
menentukan pembayaran yang hendaklah dibuat dan kepentingan yang hendaklah diperoleh oleh koperasi itu;
32 Undang-Undang Malaysia AKTA 109
(iii)
(Dipotong oleh Akta A1295);
(iv)
menentukan taraf, hak dan tanggungan anggota koperasi itu yang ialah unit yang berhubungan dengan Pertubuhan Peladang;
(d)
menetapkan bilangan maksimum syer atau bahagian maksimum modal sesuatu Pertubuhan Peladang berdaftar yang boleh dipegang oleh seorang anggota atau sesuatu unit anggota;
(e)
mengadakan peruntukan bagi anggota menarik diri dan bagi membuang anggota atau bagi menggantung dan membubarkan unit anggota dan bagi pembayaran, jika ada, yang hendaklah dibuat kepada anggota atau unit anggota yang menarik diri atau dibuang atau dibubarkan dan bagi tanggungan bekas anggota dan unit anggota;
(f)
mengadakan peruntukan bagi mesyuarat anggota dan unit anggota dan bagi tatacara di mesyuarat itu dan kuasa yang hendaklah dijalankan oleh mesyuarat itu;
(g)
mengadakan peruntukan mengenai penubuhan, keanggotaan, pelantikan, penggantungan dan pemecatan
Jemaah Pengarah dan pegawai dan pekhidmat lain
Pertubuhan Peladang dan mengenai tatacara di mesyuarat
Jemaah Pengarah dan mengenai kuasa yang hendaklah dijalankan dan kewajipan yang hendaklah dilaksanakan oleh Jemaah Pengarah dan pegawai dan pekhidmat lain
Pertubuhan Peladang;
(h)
menetapkan perkara yang berkenaan dengannya sesuatu
Pertubuhan Peladang boleh atau hendaklah membuat kaedah-kaedah dan tatacara yang hendaklah diikuti pada membuat, mengubah dan membatalkan kaedah-kaedah dan syarat yang hendaklah dipenuhi sebelum membuat, mengubah atau membatalkan kaedah-kaedah itu;
(i)
mengawal selia cara bagaimana wang boleh didapati dengan jalan syer atau debentur atau selainnya;
Pertubuhan Peladang 33
(j)
menetapkan syarat yang hendaklah dipatuhi oleh sesuatu
Pertubuhan Peladang yang memohon bantuan kewangan daripada Lembaga Pertubuhan Peladang;
(k)
menetapkan pembayaran yang hendaklah dibuat, syarat yang hendaklah dipatuhi, dan bentuk bon, surat cara atau suratan lain yang hendaklah disempurnakan, oleh anggota atau unit anggota yang memohon pinjaman atau kredit wang tunai, tempoh pinjaman atau kredit boleh diberikan, dan amaun maksimum yang boleh dipinjamkan dan kredit maksimum yang boleh dibenarkan bagi seseorang anggota atau sesuatu unit anggota dengan atau tanpa persetujuan
Pendaftar;
(l)
mengadakan peruntukan mengenai cara bagaimana nilai kepentingan seseorang anggota yang sudah mati atau nilai kepentingan sesuatu unit anggota yang dibubarkan hendak ditentukan, dan mengenai penamaan seseorang yang kepadanya kepentingan itu boleh dibayar atau dipindahkan hakmilik;
(m)
mengadakan peruntukan mengenai cara bagaimana nilai kepentingan seseorang yang telah tidak sempurna akalnya dan yang tidak berupaya menguruskan dirinya atau hal ehwalnya hendak ditentukan dan mengenai penamaan seseorang yang kepadanya kepentingan itu boleh dibayar atau dipindahkan hakmilik;
(n)
mengadakan peruntukan mengenai pembentukan dan penyenggaraan kumpulan wang rizab, dan tujuan kumpulan wang itu boleh digunakan, dan mengenai pelaburan apa-apa wang yang ada di bawah kawalan mana-mana Pertubuhan Peladang;
(o)
menetapkan syarat yang di bawahnya keuntungan boleh dibahagikan kepada anggota dan unit anggota sesuatu
Pertubuhan Peladang dan kadar maksimum dividen yang boleh dibayar oleh Pertubuhan Peladang;
34 Undang-Undang Malaysia AKTA 109
(p)
menetapkan sistem pengauditan dan pengakaunan sesuatu
Pertubuhan Peladang dan bagi penyiaran berkala suatu kunci kira-kira yang menunjukkan aset dan tanggungan sesuatu Pertubuhan Peladang;
(q)
menetapkan penyata yang hendaklah dihantar oleh sesuatu
Pertubuhan Peladang kepada Pendaftar dan orang yang oleh siapa dan bentuk yang dalamnya penyata itu hendaklah dibuat;
(r)
mengadakan peruntukan mengenai penyenggaraan suatu daftar anggota dan unit anggota, dan suatu daftar syer;
(s)
mengadakan peruntukan mengenai pemeriksaan suratan dan daftar di pejabat Pendaftar dan bayaran yang hendaklah dibayar baginya dan mengenai pengeluaran salinan bagi suratan atau daftar itu;
(t)
menetapkan cara bagaimana sesuatu soal tentang perlanggaran sesuatu kaedah atau kontrak berhubung dengan pelupusan hasil kepada atau melalui sesuatu
Pertubuhan
Peladang boleh ditentukan dan cara bagaimana ganti rugi yang ditentukan banyaknya bagi sesuatu perlanggaran itu boleh ditentukan atau ditaksirkan;
(u)
menetapkan cara melantik penimbang tara dan tatacara yang hendaklah diikuti dalam prosiding di hadapan
Pendaftar atau penimbang tara itu;
(v)
menetapkan tatacara yang hendaklah diikuti apabila sesuatu unit anggota atau sesuatu Pertubuhan Peladang digantung atau dibubarkan dan mengadakan peruntukan mengenai pelantikan seorang pelikuidasi dan tatacara yang hendaklah diikuti olehnya;
(w)
menetapkan borang yang hendaklah digunakan, bayaran yang hendaklah dibayar, tatacara yang hendaklah dipatuhi dan segala perkara lain yang berkaitan atau bersampingan
Pertubuhan Peladang 35
dengan pengemukaan, pendengaran dan penyelesaian rayuan di bawah Akta ini atau peraturan-peraturan.
Pemansuhan