Malaysia legislation
Section 6
Seksyen 6
Peladang—
(a)
untuk mengadakan perkhidmatan pengembangan dan kemudahan latihan kepada peladang bagi melengkapkan diri mereka dengan teknologi yang perlu bagi memajukan pertanian, perkebunan, penternakan binatang, ekonomi rumah tangga, perniagaan pertanian dan perusahaan komersial yang lain;
(b)
untuk meluaskan pengeluaran pertanian di kalangan peladang dan pekebun kecil untuk mencapai kepelbagaian dan pengkomersialan pertanian yang lebih luas dan untuk meluaskan dan memajukan perniagaan pertanian;
(c)
untuk mengadakan bekalan ladang dan keperluan harian termasuk kemudahan lain yang dikehendaki bagi perladangan yang progresif dan kehidupan luar bandar yang lebih baik;
(d)
untuk mengadakan kemudahan dan perkhidmatan kejenteraan ladang yang perlu bagi memodenkan usaha perladangan;
(e)
untuk mengadakan kemudahan dan perkhidmatan kredit dan memajukan pelaburan yang lebih besar dalam bidang pertanian dan ekonomi;
Pertubuhan Peladang 11
(f)
untuk memajukan, menggalakkan, memudahkan dan menawarkan perkhidmatan bagi simpanan wang luar bandar;
(g)
untuk mengadakan perkhidmatan pemasaran, penyimpanan, kompleks pengeringan, penggudangan dan kemudahan lain;
(h)
untuk mengendali dan mengadakan kemudahan pengangkutan bagi menambah usaha pemasaran pertanian dan usaha yang berkaitan;
(i)
untuk menubuhkan dan mengendalikan loji memproses dan kompleks mengilang yang perlu bagi memproses hasil pertanian;
(j)
untuk membolehkan pembentukan modal dan pelaburan di kalangan anggota atau unit anggotanya melalui penubuhan syarikat atau penyertaan ekuiti dalam usaha perdagangan dan perniagaan;
(k)
untuk membantu anggota dalam memperoleh tanah dan untuk menjalankan projek kemajuan tanah bagi faedah anggota;
(l)
untuk menggalakkan dan mempergiat tindakan kumpulan melalui pelbagai projek kemasyarakatan dan memudahkan kemajuan pimpinan;
(m)
untuk mengadakan perkhidmatan sosial, kemudahan pendidikan dan rekreasi untuk menambah kemajuan social dan kebajikan keluarga perladangan.
(2)
Walau apa pun kuasa yang diberikan oleh subseksyen (1), sesuatu Pertubuhan Peladang boleh menubuhkan apa-apa syarikat atau menyertai ekuiti mana-mana usaha perdagangan atau perniagaan tanpa terlebih dahulu mendapat kelulusan bertulis daripada Pendaftar, dan Pendaftar boleh, pada memberikan kelulusan sedemikian, mengenakan apa-apa syarat yang difikirkannya patut.
12 Undang-Undang Malaysia AKTA 109
(3)
Tanpa menjejaskan kuasa yang diberikan kepada Pendaftar dalam subseksyen (2), Pendaftar boleh, melalui perintah secara bertulis, mengehadkan, mengenakan syarat ke atas atau mengawal selia kuasa sesuatu Pertubuhan Peladang untuk memastikan kecekapan dan untuk mengelakkan penduaan, fungsi Pertubuhan
Peladang itu.
(4)
Mana-mana orang yang tidak berpuas hati dengan apa-apa perintah Pendaftar di bawah subseksyen (2) atau (3) boleh merayu kepada Menteri dalam masa tiga puluh hari dari tarikh perintah itu dibuat dan Menteri boleh mengesahkan, mengubahkan atau membatalkan perintah itu; dan keputusan Menteri adalah muktamad dan tidak boleh dipersoalkan dalam mana-mana mahkamah.