Malaysia legislation

Section 9

of *AKTA PERTUBUHAN PELADANG 1973

Seksyen 9

(a)

mengambil bahagian dalam pengeluaran pertanian atau ternakan;

(b)

yang pendapatannya didapati daripada pengeluaran pertanian atau ternakan; atau

(c)

menguasai mana-mana daripada faktor pengeluaran pertanian atau ternakan, adalah layak, tertakluk kepada apa-apa peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, untuk menjadi seorang anggota sesuatu Pertubuhan

Peladang.

(2)

Sesuatu koperasi berasaskan pertanian atau mana-mana kumpulan orang adalah layak menjadi suatu unit anggota Pertubuhan

Peladang tertakluk kepada apa-apa peraturan yang dibuat di bawah

Akta ini.

(3)

Anggota dan unit anggota bagi sesuatu Pertubuhan Peladang yang dibentuk dan didaftarkan mengikut Akta ini tidak boleh menjalankan hak seseorang anggota atau sesuatu unit anggota sehingga anggota atau unit anggota itu telah membuat apa-apa

14 Undang-Undang Malaysia AKTA 109

pembayaran kepada Pertubuhan Peladang itu berkenaan dengan keanggotaan atau memperoleh apa-apa kepentingan dalam

Pertubuhan Peladang itu sebagaimana yang ditetapkan oleh peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini atau oleh perlembagaan atau kaedah-kaedah Pertubuhan Peladang itu.

(4)

Seseorang anggota atau sesuatu unit anggota terhenti menjadi seorang anggota atau suatu unit anggota bagi sesuatu Pertubuhan

Peladang—

(a)

apabila anggota itu meletakkan jawatan dengan sukarela mengikut perlembagaan atau kaedah-kaedah Pertubuhan

Peladang itu;

(b)

apabila anggota itu disifatkan telah terhenti menjadi seorang anggota menurut mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini atau menurut peruntukan perlembagaan atau kaedah-kaedah Pertubuhan Peladang itu;

(c)

mengenai seseorang anggota apabila anggota itu mati atau mengenai sesuatu unit anggota, apabila unit itu dibubarkan.

Pelupusan hasil kepada atau melalui Pertubuhan Peladang