Malaysia legislation

Section 17

of AKTA LEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG 1973

Seksyen 17

(2)

Pihak berkuasa tatatertib berkenaan dengan tiap-tiap pegawai dan penjawat Lembaga, selain Ketua Pengarah, ialah Jawatankuasa

Tatatertib Lembaga yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1).

(3)

Pihak berkuasa tatatertib berkenaan dengan Ketua Pengarah ialah Jawatankuasa Tatatertib yang hendaklah terdiri daripada Ketua

Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sebagai

Pengerusi dan dua orang anggota yang hendaklah dipilih oleh dan daripada anggota Lembaga.

(4)

Ketua Pengarah tidak boleh menjadi anggota Jawatankuasa

Tatatertib dalam apa-apa prosiding di hadapan Jawatankuasa itu yang di dalamnya dia menjadi pengadu; tempatnya hendaklah diambil oleh seorang ahli yang hendaklah dipilih oleh dan daripada anggota

Lembaga.

(5)

Pada menjalankan fungsi tatatertibnya, Jawatankuasa Tatatertib hendaklah mempunyai kuasa untuk mengenakan apa-apa hukuman tatatertib sebagaimana yang diperuntukkan di bawah mana-mana peraturan yang boleh dibuat di bawah seksyen 18.

(6)

Jawatankuasa Tatatertib boleh, tertakluk kepada subseksyen

(7)

, mewakilkan mana-mana fungsi, kuasa atau kewajipan tatatertibnya kepada mana-mana jawatankuasa pegawai atau pekhidmat Lembaga, berkenaan dengan mana-mana pegawai atau pekhidmat tertentu Lembaga atau berkenaan dengan mana-mana golongan atau kategori pegawai atau pekhidmat Lembaga, dan jawatankuasa yang kepadanya diwakilkan fungsi, kuasa atau kewajipan sedemikian hendaklah melaksanakan, menjalankan atau menunaikannya di bawah arahan dan kawalan Jawatankuasa Tatatertib yang hendaklah mempunyai kuasa untuk mengulang kaji, membatalkan atau mengubah apa-apa keputusan atau dapatan jawatankuasa sedemikian.

(7)

Tiada pewakilan boleh dibuat di bawah subseksyen (6) untuk membolehkan seseorang pegawai atau pekhidmat Lembaga menjadi ahli sesuatu jawatankuasa yang boleh menjalankan apa-apa kuasa tatatertib ke atas pegawai atau pekhidmat yang berpangkat lebih tinggi daripadanya.

(8)

Sesuatu keputusan Jawatankuasa Tatatertib yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1) boleh dirayukan kepada Lembaga Rayuan

Tatatertib yang ditubuhkan di bawah seksyen 17A.

18

Undang-Undang Malaysia

(9)

Sesuatu keputusan Jawatankuasa Tatatertib yang ditubuhkan di bawah subseksyen (3) boleh dirayukan kepada Menteri.

(10)

Lembaga Rayuan Tatatertib atau Menteri, mengikut mana-mana yang berkenaan, boleh mengesahkan, mengakaskan atau mengubah keputusan Jawatankuasa Tatatertib.

(11)

Keputusan Lembaga Rayuan Tatatertib atau Menteri di bawah subseksyen (10) adalah muktamad dan konklusif.

Penubuhan Lembaga Rayuan Tatatertib