/akn/my/act/act/1973/110

AKTA LEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG 1973

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Type
Act
Status
In force
Enacted
1973
Sections
46
Languages
MS · EN

Quick answer

About this act

AKTA LEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG 1973 is Malaysia Act, cited as Act 110 1973, currently marked in force and first recorded in 1973.

Opening note

Preamble

Suggest a correction
  1. Suatu Akta bagi memperbadankan Lembaga Pertubuhan Peladang dan bagi membuat peruntukan mengenai perkara yang berkaitan dengannya. [14 Februari 1973] MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut:

Bahagian I

BAHAGIAN I

Seksyen 1

Open as pageSuggest a correction

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Lembaga Pertubuhan Peladang 1973, dan hendaklah disifatkan telah mula berkuat kuasa pada 14 Februari 1973.

Seksyen 2

Tafsiran

Open as pageSuggest a correction

“Kawasan Kemajuan Peladang” ertinya sesuatu kawasan di mana kemajuan pertanian dan ekonomi yang diperhebat digalakkan dan yang hendaklah ditentukan oleh Menteri mengikut seksyen 10;

“Kumpulan Wang” ertinya kumpulan wang yang ditubuhkan di bawah seksyen 19;

“Lembaga” ertinya Lembaga Pertubuhan Peladang yang ditubuhkan di bawah seksyen 3;

8

Undang-Undang Malaysia

“Majlis” ertinya Majlis Penasihat Peladang yang ditubuhkan di bawah seksyen 6;

“Pengerusi” ertinya Pengerusi Lembaga yang dilantik di bawah seksyen 5;

“perbadanan” ertinya sesuatu perbadanan yang ditubuhkan di bawah seksyen 30;

“Pertubuhan Peladang” ertinya sesuatu Pertubuhan Peladang yang ditubuhkan di bawah Akta Pertubuhan Peladang 1973 [Akta 109];

“syarikat” mempunyai erti yang sama seperti yang diberikan kepada “perbadanan” di bawah subseksyen 4(1) Akta Syarikat 1965 [Akta 125];

“Timbalan Pengerusi” ertinya Timbalan Pengerusi Lembaga yang dilantik di bawah seksyen 5.

Bahagian II

BAHAGIAN II

LEMBAGA

Seksyen 3

Dengan ini ditubuhkan suatu pertubuhan perbadanan bernama

Open as pageSuggest a correction

Lembaga Pertubuhan Peladang yang kekal turun-temurun dan mempunyai suatu meterai perbadanan dan yang boleh mendakwa dan didakwa atas namanya dan, tertakluk kepada dan bagi maksud

Akta ini, boleh membuat kontrak dan boleh memperoleh, membeli, mengambil, memegang dan menikmati harta alih dan harta tak alih daripada segala jenis dan boleh memindahhakkan, menyerahhakkan, menyerahkan balik, memulangkan, menggadaikan, menggadai-janjikan, mendemiskan, menyerahhakkan semula, memindahmilikkan atau dengan cara lain melupuskan, atau membuat apa-apa urusan mengenai, apa-apa harta alih atau harta tak alih atau apa-apa kepentingan mengenainya yang terletak hak pada Lembaga mengikut apa-apa terma sebagaimana yang difikirkannya patut.

Seksyen 4

Fungsi Lembaga

Open as pageSuggest a correction

(a)

menggalakkan, mempergiat, memudahkan dan mengusahakan kemajuan ekonomi dan sosial Pertubuhan Peladang;

Lembaga Pertubuhan Peladang 9

Suggest a correction

(b)

mendaftar, mengawal dan menyelia Pertubuhan Peladang dan mengadakan peruntukan bagi perkara yang berkaitan dengannya;

Suggest a correction

(c)

jika suatu perisytiharan melalui pemberitahuan telah dibuat di bawah seksyen 10, merancang dan mengusahakan apa-apa kemajuan pertanian di dalam Kawasan Kemajuan

Peladang itu; dan

Suggest a correction

(d)

untuk mengawal dan menyelaras pelaksanaan aktiviti yang disebut terdahulu.

Suggest a correction

(2)

Lembaga hendaklah mempunyai kuasa untuk melakukan segala perkara yang suai manfaat atau semunasabahnya perlu atau yang bersampingan dengan penjalanan fungsinya, dan khususnya, tetapi tanpa menyentuh keluasan yang disebut terdahulu—

(a)

untuk menjalankan segala aktiviti, khususnya perusahaan perdagangan dan perindustrian yang penjalanannya, pada pendapat Lembaga, adalah perlu, berfaedah atau sesuai untuk atau berkaitan dengan penjalanan fungsinya yang tersebut itu, termasuk pengeluaran utama, pengilangan, pengumpulan, pemprosesan, pembungkusan, pemeringkatan dan pemasaran keluaran pertanian, penyelidikan dan latihan;

Suggest a correction

(b)

untuk memulakan kajian permulaan mengenai kemungkinan mengadakan kemajuan dan kemajuan semula pertanian dan membuat rancangan permulaan yang menunjukkan ringkasan aktiviti kemajuan atau kemajuan semula pertanian dan tinjauan permulaan bagi menentukan sama ada fungsi mengusahakan dan menjalankan projek kemajuan atau kemajuan semula pertanian itu dapat dijalankan sebagai suatu perusahaan bagi Pertubuhan Peladang;

Suggest a correction

(c)

untuk bekerjasama dengan atau bertindak sebagai ejen atau ejen pengurusan bagi atau dengan cara lain bertindak secara bersekutu dengan atau bagi pihak Kerajaan

Persekutuan atau Kerajaan mana-mana Negeri, mana-mana pihak berkuasa awam, mana-mana syarikat, mana-mana perbadanan, mana-mana badan atau mana-mana orang;

Suggest a correction

(d)

untuk menggalakkan dan menyelaraskan perjalanan aktiviti itu oleh Kerajaan, pihak berkuasa awam, mana-mana syarikat, perbadanan, atau badan atau orang lain;

10

Undang-Undang Malaysia

Suggest a correction

(e)

untuk menubuhkan atau memperluas, atau menggalakkan penubuhan atau pemerluasan, syarikat, perbadanan atau badan lain untuk menjalankan mana-mana aktiviti itu sama ada di bawah kawalan atau sebahagian kawalan

Lembaga atau dengan bebas;

Suggest a correction

(f)

untuk memberi bantuan kepada Pertubuhan Peladang, pihak berkuasa awam, syarikat, perbadanan atau badan atau orang lain yang pada pendapat Lembaga mempunyai kemudahan untuk menjalankan mana-mana aktiviti itu, termasuk bantuan kewangan dengan mengambil syer atau modal pinjaman atau dengan pinjaman atau selainnya;

Suggest a correction

(g)

untuk membeli, menanggung atau dengan cara lain memperoleh apa-apa saham dan syer dalam mana-mana syarikat awam atau syarikat persendirian dan untuk melupuskannya sama ada kepada Pertubuhan Peladang atau orang lain atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga;

Suggest a correction

(h)

untuk meminta jabatan, agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang bertugas dalam menjalankan atau yang bercadang hendak menjalankan kemajuan berasaskan pertanian bagi faedah peladang supaya mengemukakan laporan berkenaan dengan aktiviti atau aktiviti cadangannya yang mengandungi apa-apa butir-butir dan maklumat sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga dan untuk bekerjasama dengan

Lembaga dalam usahanya untuk memajukan Pertubuhan

Peladang;

Suggest a correction

(i)

untuk melantik ejen atau menubuhkan apa-apa badan lain sebagaimana yang difikirkannya patut bagi maksud menjalankan fungsinya;

Suggest a correction

(j)

untuk mengenakan bayaran atau apa-apa caj lain sebagaimana yang difikirkannya patut bagi melaksanakan mana-mana daripada kuasa atau fungsinya;

Suggest a correction

(k)

untuk menerima, sebagai balasan bagi perkhidmatan yang diberikan olehnya, apa-apa komisen atau bayaran sebagaimana yang dipersetujui;

Suggest a correction

(l)

untuk membuat peraturan mengenai kemajuan dalam

Kawasan Kemajuan Peladang; dan

Lembaga Pertubuhan Peladang 11

Suggest a correction

(m)

untuk melakukan apa-apa perkara lain sebagaimana yang difikirkannya patut bagi menjalankan fungsi dan kuasanya dengan berkesan.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Tertakluk kepada seksyen 8, adalah menjadi tanggungjawab

Lembaga pada menjalankan fungsinya di bawah Akta ini untuk memastikan bahawa fungsi itu dilaksanakan dengan cara yang akan memajukan dasar Kerajaan yang pada masa ini berkuat kuasa dan, khususnya, dasar yang berhubungan dengan pembentukan semula masyarakat.

Keanggotaan Lembaga

Suggest a correction

Seksyen 5

Open as pageSuggest a correction

(d)

enam orang anggota lain, tidak lebih daripada empat daripadanya hendaklah daripada perkhidmatan awam.

Suggest a correction

(2)

Jadual Pertama kepada Akta ini hendaklah terpakai bagi anggota Lembaga.

Penubuhan Majlis

Suggest a correction

Seksyen 6

Open as pageSuggest a correction

(a)

pada amnya menasihati Menteri tentang perkara berkenaan dengan kemajuan Pertubuhan Peladang; dan

Suggest a correction

(b)

menasihati Menteri tentang apa-apa perkara yang dirujukkan kepadanya oleh Menteri.

Suggest a correction

(2)

Majlis itu hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut:

(a)

Pengerusi Lembaga yang hendaklah menjadi Pengerusi

Majlis;

Suggest a correction

(b)

Timbalan Pengerusi Lembaga yang hendaklah menjadi

Timbalan Pengerusi Majlis;

12

Undang-Undang Malaysia

Suggest a correction

(c)

Ketua Pengarah Lembaga yang hendaklah menjadi

Setiausaha Majlis;

Suggest a correction

(f)

seorang wakil Kementerian Pertanian dan Industri Asas

Tani;

Suggest a correction

(g)

seorang wakil Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan

Wilayah;

Suggest a correction

(h)

seorang wakil Kementerian Perusahaan Perladangan dan

Komoditi;

Suggest a correction

(j)

seorang wakil Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna;

Suggest a correction

(l)

seorang wakil dari setiap Negeri dalam Malaysia; dan

Suggest a correction

(m)

tidak lebih daripada enam orang anggota lain yang dilantik oleh Menteri.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Perenggan 1, 2, 3, 7, 8 dan 9 dan subperenggan 4(3), 4(4)

dan 4(5) Jadual Pertama hendaklah terpakai bagi Majlis dengan apa-apa ubah suaian yang perlu.

Suggest a correction

(4)

Majlis hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya dua kali dalam tiap-tiap tahun kalendar.

Suggest a correction

(5)

Pengerusi, Timbalan Pengerusi atau anggota yang mempengerusikan mesyuarat itu dan sepuluh orang anggota lain hendaklah menjadi kuorum dalam mana-mana mesyuarat Majlis.

Perlindungan Pihak Berkuasa Awam

Suggest a correction

Seksyen 7

Peladang” yang fungsinya ialah—

Open as pageSuggest a correction

hendaklah terpakai bagi apa-apa tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding terhadap Lembaga atau terhadap seseorang anggota, pegawai, pekhidmat atau ejen Lembaga berkenaan dengan apa-apa perbuatan, keabaian atau keingkaran yang dibuat atau dilakukan olehnya atas sifatnya yang demikian itu.

Lembaga Pertubuhan Peladang 13

Seksyen 8

Pekhidmat awam

Open as pageSuggest a correction

Semua anggota, pegawai dan pekhidmat Lembaga hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awam dalam erti Kanun Keseksaan

[Akta 574] semasa menjalankan kewajipan mereka sebagai anggota, pegawai atau pekhidmat itu.

Seksyen 9

Kuasa Menteri untuk memberikan arahan

Open as pageSuggest a correction

(2)

Tanpa menyentuh keluasan subseksyen (1), dan tertakluk kepada rundingan dengan Lembaga, kuasa Menteri untuk memberikan arahan hendaklah termasuk memberikan arahan kepada Lembaga—

(b)

tentang penggunaan hasil daripada pelupusan itu, walaupun arahan itu daripada sesuatu jenis yang tertentu:

Dengan syarat bahawa selagi apa-apa jumlah wang yang dipinjam oleh Lembaga mengikut peruntukan Akta ini masih belum selesai, maka tiada arahan boleh diberikan kecuali dengan persetujuan

Menteri Kewangan.

Kawasan Kemajuan Peladang

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 10

Open as pageSuggest a correction

(2)

Walau apa pun peruntukan undang-undang bertulis yang lain, hendaklah menjadi tanggungjawab Lembaga untuk menjalankan fungsi yang diperuntukkan oleh Akta ini dalam Kawasan Kemajuan

Peladang.

14

Undang-Undang Malaysia

Fungsi tambahan Lembaga

Suggest a correction

Seksyen 11

Sebagai tambahan kepada kewajipan yang dikenakan ke atas

Open as pageSuggest a correction

Lembaga dan kuasa yang terletak hak padanya oleh Akta ini,

Lembaga boleh mengusahakan apa-apa fungsi lain, menjalankan apa-apa kuasa lain dan mentadbirkan dan membelanjakan apa-apa wang lain bagi apa-apa maksud sebagaimana yang diuntukkan atau diberikan kepadanya oleh Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan mana-mana Negeri dan pada berbuat demikian itu, Lembaga hendaklah disifatkan memenuhi maksud Akta ini dan peruntukan

Akta ini hendaklah terpakai bagi Lembaga berkenaan dengan fungsi itu dan pentadbiran dan perbelanjaan wang itu:

Dengan syarat sentiasa bahawa akaun bagi wang itu hendaklah disimpan berasingan dan berlainan daripada akaun

Kumpulan Wang.

Seksyen 12

Penyata, laporan, akaun dan maklumat

Open as pageSuggest a correction

(2)

Tanpa menyentuh keluasan subseksyen (1), Lembaga hendaklah, secepat yang dapat dilaksanakan, selepas berakhir setiap tahun kewangan, menyebabkan supaya dibuat dan dihantar kepada

Menteri dan, jika diarahkan sedemikian oleh Menteri, kepada

Kerajaan mana-mana Negeri atau mana-mana pihak berkuasa awam lain, suatu laporan berkenaan dengan aktiviti Lembaga dalam tahun kewangan yang lalu dan mengikut apa-apa bentuk dan mengandungi apa-apa maklumat yang berhubungan dengan prosiding dan dasar

Lembaga sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri dari semasa ke semasa.

Suggest a correction

(3)

Menteri hendaklah menyebabkan suatu salinan tiap-tiap laporan itu dibentangkan di meja Dewan Rakyat.

Lembaga Pertubuhan Peladang 15

Suggest a correction

Bahagian III

BAHAGIAN III

BAHAGIAN, PEGAWAI DAN PEKHIDMAT

Suggest a correction

Pengerusi hendaklah menjadi ketua pegawai pengurus

Seksyen 13

Open as pageSuggest a correction

(2)

Pengerusi hendaklah menjalankan apa-apa kewajipan lain atau tambahan sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri dari semasa ke semasa.

Suggest a correction

(3)

Jika Pengerusi tidak ada dalam Malaysia buat sementara atau tidak berupaya buat sementara kerana sakit atau apa-apa sebab lain yang cukup untuk menjalankan kewajipannya, Timbalan

Pengerusi hendaklah menjalankan kewajipannya dalam masa dia tidak ada atau tidak berupaya buat sementara itu.

Ketua Pengarah hendaklah menjadi Ketua Pegawai Kerja

Suggest a correction

Seksyen 14

Open as pageSuggest a correction

(2)

Ketua Pengarah hendaklah bertanggungjawab bagi menyediakan program, skim atau projek untuk pertimbangan

Lembaga dan bagi melaksanakan program, skim atau projek itu dan arahan Pengerusi.

Suggest a correction

(3)

Tertakluk kepada arahan Pengerusi, Ketua Pengarah mempunyai kuasa mengawal pegawai dan pekhidmat Lembaga dari segi pentadbiran.

Suggest a correction

(4)

Ketua Pengarah hendaklah menjalankan apa-apa kewajipan lain atau tambahan sebagaimana yang ditetapkan oleh Lembaga atau Menteri dari semasa ke semasa atau sebagaimana yang diarahkan oleh Pengerusi dari semasa ke semasa.

16

Undang-Undang Malaysia

Pelantikan pegawai dan pekhidmat lain

Suggest a correction

Seksyen 15

Open as pageSuggest a correction

(2)

Tiada seseorang pun layak diambil kerja sebagai Pegawai

Kerja atau pegawai atau pekhidmat Lembaga jika orang itu, secara langsung atau secara tidak langsung, mempunyai sendirinya atau melalui pekongsinya, apa-apa syer atau kepentingan dalam sesuatu kontrak atau sesuatu kontrak yang dicadangkan dengan, untuk atau bagi pihak Lembaga.

Suggest a correction

(3)

Mana-mana Pegawai Kerja atau pegawai atau pekhidmat

Lembaga yang mempunyai atau memperoleh apa-apa syer atau kepentingan itu boleh menurut budi bicara Lembaga dibuang kerja secara terus tanpa notis.

Bahagian boleh didirikan

Suggest a correction

Seksyen 16

Open as pageSuggest a correction

(2)

Adalah menjadi tanggungjawab Pegawai Kerja bagi sesuatu

Bahagian yang berkenaan untuk melaksanakan dan menjalankan keputusan Lembaga atas perkara mengenai Bahagiannya, untuk mengemukakan syor dasar untuk pertimbangan Lembaga, untuk mengambil bahagian tanpa hak mengundi, dalam mana-mana mesyuarat Lembaga dan mesyuarat Majlis apabila perkara mengenai

Bahagiannya ditimbangkan dalam mesyuarat itu dan juga untuk menjalankan segala kuasa yang boleh diwakilkan kepadanya oleh

Lembaga.

Tatatertib pegawai dan pekhidmat

Suggest a correction

Seksyen 17

Open as pageSuggest a correction

(2)

Pihak berkuasa tatatertib berkenaan dengan tiap-tiap pegawai dan penjawat Lembaga, selain Ketua Pengarah, ialah Jawatankuasa

Tatatertib Lembaga yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1).

Suggest a correction

(3)

Pihak berkuasa tatatertib berkenaan dengan Ketua Pengarah ialah Jawatankuasa Tatatertib yang hendaklah terdiri daripada Ketua

Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sebagai

Pengerusi dan dua orang anggota yang hendaklah dipilih oleh dan daripada anggota Lembaga.

Suggest a correction

(4)

Ketua Pengarah tidak boleh menjadi anggota Jawatankuasa

Tatatertib dalam apa-apa prosiding di hadapan Jawatankuasa itu yang di dalamnya dia menjadi pengadu; tempatnya hendaklah diambil oleh seorang ahli yang hendaklah dipilih oleh dan daripada anggota

Lembaga.

Suggest a correction

(5)

Pada menjalankan fungsi tatatertibnya, Jawatankuasa Tatatertib hendaklah mempunyai kuasa untuk mengenakan apa-apa hukuman tatatertib sebagaimana yang diperuntukkan di bawah mana-mana peraturan yang boleh dibuat di bawah seksyen 18.

Suggest a correction

(6)

Jawatankuasa Tatatertib boleh, tertakluk kepada subseksyen

Suggest a correction

(7)

, mewakilkan mana-mana fungsi, kuasa atau kewajipan tatatertibnya kepada mana-mana jawatankuasa pegawai atau pekhidmat Lembaga, berkenaan dengan mana-mana pegawai atau pekhidmat tertentu Lembaga atau berkenaan dengan mana-mana golongan atau kategori pegawai atau pekhidmat Lembaga, dan jawatankuasa yang kepadanya diwakilkan fungsi, kuasa atau kewajipan sedemikian hendaklah melaksanakan, menjalankan atau menunaikannya di bawah arahan dan kawalan Jawatankuasa Tatatertib yang hendaklah mempunyai kuasa untuk mengulang kaji, membatalkan atau mengubah apa-apa keputusan atau dapatan jawatankuasa sedemikian.

Suggest a correction

(7)

Tiada pewakilan boleh dibuat di bawah subseksyen (6) untuk membolehkan seseorang pegawai atau pekhidmat Lembaga menjadi ahli sesuatu jawatankuasa yang boleh menjalankan apa-apa kuasa tatatertib ke atas pegawai atau pekhidmat yang berpangkat lebih tinggi daripadanya.

Suggest a correction

(8)

Sesuatu keputusan Jawatankuasa Tatatertib yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1) boleh dirayukan kepada Lembaga Rayuan

Tatatertib yang ditubuhkan di bawah seksyen 17A.

18

Undang-Undang Malaysia

Suggest a correction

(9)

Sesuatu keputusan Jawatankuasa Tatatertib yang ditubuhkan di bawah subseksyen (3) boleh dirayukan kepada Menteri.

Suggest a correction

(10)

Lembaga Rayuan Tatatertib atau Menteri, mengikut mana-mana yang berkenaan, boleh mengesahkan, mengakaskan atau mengubah keputusan Jawatankuasa Tatatertib.

Suggest a correction

(11)

Keputusan Lembaga Rayuan Tatatertib atau Menteri di bawah subseksyen (10) adalah muktamad dan konklusif.

Penubuhan Lembaga Rayuan Tatatertib

Suggest a correction

Seksyen 17A

Lembaga Pertubuhan Peladang 17

Open as pageSuggest a correction

(a)

Pengerusi, yang hendaklah menjadi pengerusi Lembaga

Rayuan Tatatertib itu dan hendaklah mempunyai undi pemutus; dan

Suggest a correction

(b)

tiga orang anggota Lembaga, yang bukan anggota

Jawatankuasa Tatatertib yang keputusannya ialah hal perkara rayuan itu, yang hendaklah dilantik oleh pengerusi

Lembaga Rayuan Tatatertib itu dengan kelulusan Lembaga bagi maksud rayuan itu.

Suggest a correction

(2)

Apabila Lembaga Rayuan Tatatertib menimbangkan sesuatu rayuan yang dibuat di bawah seksyen 17, seseorang anggota

Jawatankuasa Tatatertib yang terhadap keputusannya rayuan itu dibuat yang juga anggota Lembaga tidak boleh hadir pada atau dengan apa-apa cara mengambil bahagian dalam apa-apa prosiding yang berhubungan dengan rayuan itu.

Penamatan demi kepentingan awam

Suggest a correction

Seksyen 17B

Open as pageSuggest a correction

(2)

Jika, setelah menimbangkan laporan yang diterima di bawah subseksyen (1), Lembaga berpuas hati bahawa setelah mengambil kira syarat perkhidmatan, kebergunaan pegawai atau pekhidmat itu, kerja dan kelakuan pegawai atau pekhidmat itu dan segala hal keadaan lain kes itu, adalah wajar demi kepentingan awam untuk berbuat demikian, Lembaga boleh menamatkan perkhidmatan pegawai atau pekhidmat itu mulai dari tarikh yang hendaklah ditentukan oleh Lembaga.

Suggest a correction

(3)

Adalah sah di sisi undang-undang bagi Jawatankuasa Tatatertib yang berkenaan untuk mengesyorkan kepada Lembaga supaya perkhidmatan seseorang pegawai atau pekhidmat itu ditamatkan demi kepentingan awam walaupun prosiding tatatertib belum dijalankan di bawah Akta ini dan Lembaga boleh menamatkan perkhidmatan pegawai atau pekhidmat itu sedemikian.

Suggest a correction

(4)

Walau apa pun apa-apa jua dalam Akta ini dan mana-mana undang-undang lain yang berlawanan, dalam menamatkan perkhidmatan seseorang pegawai atau pekhidmat demi kepentingan awam di bawah seksyen ini, pegawai atau pekhidmat itu tidak perlu diberi apa-apa peluang untuk didengar dan seseorang pegawai atau pekhidmat yang perkhidmatannya telah ditamatkan demi kepentingan awam di bawah seksyen ini tidak boleh dianggap telah dibuang kerja, tanpa mengira sama ada penamatan perkhidmatan pegawai atau pekhidmat itu melibatkan suatu unsur hukuman atau berkaitan dengan kelakuan yang berhubungan dengan jawatannya yang dianggap oleh Lembaga tidak memuaskan atau patut disalahkan.

Peraturan-peraturan berkenaan dengan syarat perkhidmatan bagi pegawai dan pekhidmat

Suggest a correction

Seksyen 18

Lembaga Pertubuhan Peladang 19

Open as pageSuggest a correction

(2)

Melainkan jika diperuntukkan selainnya, sebutan dalam Akta ini mengenai seorang pegawai Lembaga adalah termasuk sebutan mengenai Ketua Pengarah dan seseorang Pegawai Kerja.

Suggest a correction

(3)

Tanpa menyentuh keluasan peruntukan yang terdahulu, peraturan-peraturan itu boleh mengadakan peruntukan bagi perkara yang dinyatakan dalam Jadual Kedua.

20

Undang-Undang Malaysia

Suggest a correction

Bahagian IV

BAHAGIAN IV

Seksyen 19

Open as pageSuggest a correction

(2)

Kumpulan Wang itu hendaklah terdiri daripada—

(a)

apa-apa wang sebagaimana yang diperuntukkan dari semasa ke semasa bagi maksud itu oleh Parlimen atau Dewan

Undangan sesuatu Negeri;

Suggest a correction

(b)

apa-apa wang sebagaimana yang diuntukkan dari semasa ke semasa oleh Lembaga daripada wang pinjaman;

Suggest a correction

(c)

wang yang didapati daripada menjalankan apa-apa projek, skim atau perusahaan yang dibiayai daripada Kumpulan

Wang;

Suggest a correction

(d)

wang yang didapati atau yang terbit daripada apa-apa harta, pelaburan, gadai janji, gadaian atau debentur yang diperoleh oleh atau yang terletak hak pada Lembaga;

Suggest a correction

(e)

apa-apa harta, pelaburan, gadai janji, gadaian atau debentur yang diperoleh oleh atau yang terletak hak pada Lembaga;

Suggest a correction

(f)

wang yang dipinjam oleh Lembaga bagi maksud menjelaskan mana-mana daripada obligasinya atau menjalankan mana-mana daripada kewajipannya; dan

Suggest a correction

(g)

semua wang atau harta lain yang boleh dengan apa-apa cara menjadi kena dibayar kepada atau terletak hak pada

Lembaga berkenaan dengan apa-apa perkara yang bersampingan dengan kuasa dan kewajipannya.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Dalam seksyen ini, ungkapan “wang pinjaman” ertinya apa-apa wang yang dapat diadakan dari semasa ke semasa bagi Kerajaan

Persekutuan atau Kerajaan mana-mana Negeri dengan cara pinjaman.

Pengimbangan akaun hasil

Suggest a correction

Seksyen 20

Adalah menjadi kewajipan Lembaga untuk memelihara

Open as pageSuggest a correction

Kumpulan Wang dengan menjalankan dan melaksanakan kuasa, fungsi dan kewajipannya di bawah Akta ini supaya jumlah hasil

Lembaga Pertubuhan Peladang 21

Lembaga, tertakluk kepada apa-apa arahan yang diberikan oleh

Menteri di bawah seksyen 9, cukup untuk membayar semua jumlah wang yang boleh dipertanggungkan dengan sepatutnya kepada akaun hasilnya, termasuk, tanpa menyentuh keluasan ungkapan itu, peruntukan berkenaan dengan obligasinya di bawah seksyen 19

dan 21 dan kesusutan dan bunga atas modal, membandingkan satu tahun dengan satu tahun yang lain.

Seksyen 21

Kumpulan wang rizab

Open as pageSuggest a correction

Lembaga hendaklah menubuhkan dan menguruskan suatu kumpulan wang rizab dalam Kumpulan Wang.

Perbelanjaan hendaklah dipertanggungkan pada Kumpulan

Seksyen 22

Wang

Open as pageSuggest a correction

(a)

membayar segala perbelanjaan yang dilakukan di bawah seksyen 27;

Suggest a correction

(c)

membayar apa-apa perbelanjaan yang dilakukan dengan sah oleh Lembaga, termasuk bayaran dan kos ukur, bayaran dan kos guaman dan bayaran dan kos lain, dan saraan bagi pegawai dan pekhidmat yang dilantik dan diambil kerja oleh Lembaga, termasuk elaun persaraan, pencen atau ganjaran;

Suggest a correction

(d)

membayar apa-apa belanja, kos atau perbelanjaan lain yang dilakukan atau disetuju terima dengan sepatutnya oleh Lembaga dalam melaksanakan kewajipannya atau menjalankan fungsinya di bawah seksyen 4;

Suggest a correction

(e)

membeli atau menyewa loji, kelengkapan, jentera, barang-barang dan apa-apa bahan lain dan memperoleh tanah dan mendirikan bangunan dan menjalankan apa-apa kerja dan pengusahaan lain dalam melaksanakan kewajipannya atau pada menjalankan fungsinya di bawah seksyen 4;

Suggest a correction

(f)

membayar balik apa-apa wang yang dipinjam di bawah

Akta ini dan bunga yang kena dibayar atasnya; dan

Suggest a correction

(g)

pada amnya, membayar apa-apa belanja bagi melaksanakan peruntukan Akta ini.

22

Undang-Undang Malaysia

Perbelanjaan dan penyediaan Anggaran

Suggest a correction

Seksyen 23

Open as pageSuggest a correction

(2)

Sebelum permulaan bulan September setiap tahun, Lembaga hendaklah menghantar kepada Menteri suatu anggaran belanja

(termasuk perbelanjaan bagi projek pembangunan) bagi tahun yang berikutnya mengikut apa-apa bentuk dan yang mengandungi apa-apa butir sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri; dan sebelum permulaan tahun yang berikutnya, Menteri hendaklah memberitahu

Lembaga amaun yang dibenarkan bagi perbelanjaan pada amnya atau amaun yang dibenarkan bagi setiap jenis perbelanjaan.

Suggest a correction

(3)

Lembaga boleh pada bila-bila masa menghantar kepada Menteri suatu anggaran tambahan bagi mana-mana satu tahun dan Menteri boleh membenarkan kesemua atau mana-mana bahagian perbelanjaan tambahan yang dimasukkan di dalamnya itu.

Suggest a correction

(4)

Menteri boleh mengarahkan Lembaga supaya menghantar suatu salinan anggaran atau anggaran tambahan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, kepada Kerajaan mana-mana Negeri atau kepada mana-mana orang lain sebagaimana yang ditentukan dalam arahan itu.

Akaun dan audit

Suggest a correction

Seksyen 24

Open as pageSuggest a correction

(2)

Akaun Lembaga hendaklah diaudit tiap-tiap tahun oleh Ketua

Audit Negara atau juruaudit lain yang dilantik oleh Lembaga dengan kelulusan Menteri.

Suggest a correction

(3)

Selepas akhir tahun kewangan itu, dan selepas sahaja akaun

Lembaga diaudit, Lembaga hendaklah menyebabkan supaya suatu salinan penyata akaun itu dihantar kepada Menteri atau, apabila diarahkan sedemikian oleh Menteri, kepada mana-mana Kerajaan

Negeri atau kepada mana-mana orang lain, bersama dengan suatu salinan apa-apa pandangan yang dibuat oleh Ketua Audit Negara atau juruaudit lain yang dilantik di bawah subseksyen (2) mengenai mana-mana penyata atau mengenai akaun Lembaga.

Lembaga Pertubuhan Peladang 23

Suggest a correction

(4)

Menteri hendaklah menyebabkan suatu salinan tiap-tiap penyata dan pandangan itu dibentangkan di meja Dewan Rakyat.

Surcaj

Suggest a correction

Seksyen 24A

Open as pageSuggest a correction

(a)

telah gagal mengutip apa-apa wang yang terhutang kepada

Lembaga yang pemungutannya menjadi tanggungjawabnya;

Suggest a correction

(b)

adalah atau telah bertanggungjawab bagi apa-apa pembayaran wang daripada Kumpulan Wang yang tidak sepatutnya dibuat atau bagi apa-apa pembayaran wang yang tidak disahkan dengan sewajarnya;

Suggest a correction

(c)

adalah atau telah bertanggungjawab, secara langsung atau tidak langsung, bagi apa-apa kekurangan dalam, atau bagi pemusnahan, apa-apa wang, setem, sekuriti, barang simpanan atau harta lain Lembaga;

Suggest a correction

(d)

sebagai, atau sebagai seorang yang pernah menjadi seorang pegawai perakaunan, gagal atau telah gagal menyimpan akaun atau rekod yang sepatutnya;

Suggest a correction

(e)

telah gagal untuk membuat apa-apa pembayaran, atau adalah atau telah bertanggungjawab bagi apa-apa kelambatan dalam pembayaran, wang daripada Kumpulan

Wang kepada mana-mana orang yang kepadanya bayaran itu kena dibayar di bawah mana-mana kontrak, perjanjian atau perkiraan yang dibuat antara orang itu dengan

Lembaga,

Lembaga hendaklah menyampaikan suatu notis bertulis kepadanya yang memintanya supaya menunjukkan sebab mengapa dia tidak sepatutnya disurcaj, dan jika penjelasan yang memuaskan hati tidak diberikan, dalam tempoh empat belas hari dari tarikh penyampaian notis yang disebut terdahulu, kepada Lembaga berkenaan dengan kegagalan mengutip, pembayaran yang tidak sepatutnya dibuat, pembayaran yang tidak disahkan dengan sewajarnya, kekurangan atau pemusnahan, atau kegagalan menyimpan akaun atau rekod yang sepatutnya, atau kegagalan membuat pembayaran, atau kelambatan dalam membuat pembayaran maka

Lembaga boleh mensurcaj terhadap orang tersebut sejumlah wang yang tidak melebihi amaun apa-apa amaun sedemikian yang tidak dikutip apa-apa pembayaran, kekurangan, atau kerugian atau nilai harta yang musnah, mengikut mana-mana yang berkenaan; dan 24

Undang-Undang Malaysia berkenaan dengan kegagalan untuk menyimpan akaun atau rekod yang sepatutnya, atau kegagalan untuk membuat pembayaran, atau kelambatan dalam membuat pembayaran, Lembaga boleh mensurcaj terhadap orang tersebut apa-apa jumlah wang sebagaimana yang difikirkan patut oleh Lembaga itu.

Suggest a correction

(2)

Pengerusi hendaklah menyebabkan Ketua Pengarah diberitahu tentang apa-apa surcaj yang dibuat di bawah subseksyen (1) dan

Ketua Pengarah hendaklah sesudah itu memberitahu orang yang disurcaj itu.

Suggest a correction

(3)

Lembaga boleh pada bila-bila masa menarik balik apa-apa surcaj yang berkenaan dengannya suatu penjelasan yang memuaskan hati telah diterima atau jika didapati selainnya bahawa tiada surcaj patut dibuat, dan Pengerusi hendaklah dengan segera menyebabkan

Ketua Pengarah diberitahu tentang penarikan balik itu.

Suggest a correction

(4)

Amaun apa-apa surcaj yang dibuat di bawah subseksyen (1)

dan tidak ditarik balik di bawah subseksyen (3) hendaklah menjadi suatu hutang yang kena dibayar kepada Lembaga daripada orang yang terhadapnya surcaj itu dibuat dan boleh dibawa guaman baginya dan didapatkan dalam mana-mana mahkamah atau guaman Lembaga dan boleh juga didapatkan melalui potongan—

(a)

daripada gaji orang yang disurcaj jika Lembaga mengarahkan sedemikian; atau

Suggest a correction

(b)

daripada pencen orang yang disurcaj jika Lembaga mengarahkan sedemikian, melalui ansuran bulanan yang sama banyak tidak melebihi satu perempat daripada jumlah gaji atau pencen bulanan, mengikut mana-mana yang berkenaan, orang itu.

Suggest a correction
Suggest a correction

Bahagian V

BAHAGIAN V

Seksyen 25

Open as pageSuggest a correction

(2)

Tanpa menyentuh keluasan subseksyen (1), Lembaga boleh mewakilkan kepada Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Ketua Pengarah, mana-mana daripada anggotanya yang lain atau mana-mana orang, kuasa bagi membenarkan perbelanjaan daripada Kumpulan Wang atau mana-mana wang lain di bawah kawalan Lembaga hingga apa-apa takat yang ditentukan oleh Lembaga dalam hal itu.

Kuasa untuk meminjam

Suggest a correction

Seksyen 26

Open as pageSuggest a correction

(2)

Lembaga boleh, dari semasa ke semasa, dengan kelulusan

Menteri dan persetujuan Menteri Kewangan, meminjam wang dengan mengeluarkan bon, debentur atau saham debentur atau mendapatkan modal dengan mengeluarkan syer atau saham daripada apa-apa kelas dan nilai dan atas apa-apa terma sebagaimana yang difikirkannya suai manfaat, bagi semua atau mana-mana daripada maksud yang berikut:

(c)

memenuhi apa-apa fungsi tambahan sebagaimana yang diaku janji oleh Lembaga di bawah Akta ini;

Suggest a correction

(d)

menebus apa-apa syer atau saham yang ia dikehendaki atau berhak menebusnya; dan

Suggest a correction

(e)

apa-apa perbelanjaan lain yang boleh dipertanggungkan dengan sepatutnya pada akaun modal.

26

Undang-Undang Malaysia

Pelaburan

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 27

Open as pageSuggest a correction

Aset Lembaga, setakat yang tidak dikehendaki untuk dibelanjakan oleh Lembaga di bawah Akta ini, hendaklah dilaburkan mengikut apa-apa cara sebagaimana yang diluluskan oleh Menteri dengan persetujuan Menteri Kewangan.

Seksyen 28

Kuasa untuk mengambil kerja ejen

Open as pageSuggest a correction

Lembaga boleh mengambil kerja dan membayar ejen dan penasihat teknik termasuk peguambela dan peguamcara, jurubank, broker saham, juruukur atau penilai atau orang lain, untuk menjalankan apa-apa urusan atau untuk melakukan apa-apa perbuatan yang dikehendaki dijalankan atau dilakukan pada melaksanakan kewajipan atau untuk menguatkuasakan maksud Akta ini dengan cara yang lebih baik.

Seksyen 29

Kuasa untuk memberikan pinjaman

Open as pageSuggest a correction

(2)

Jadual Ketiga hendaklah dipakai bagi pinjaman yang diberikan oleh Lembaga di bawah seksyen ini.

Kuasa menubuhkan perbadanan

Suggest a correction

Seksyen 30

Open as pageSuggest a correction

(2)

Peruntukan Jadual Keempat hendaklah terpakai bagi perbadanan yang ditubuhkan oleh Lembaga di bawah subseksyen (1).

Lembaga Pertubuhan Peladang 27

Pengambilan tanah dengan paksa

Suggest a correction

Seksyen 31

Open as pageSuggest a correction

(2)

Perbelanjaan dan pampasan mengenai apa-apa harta tak alih yang diambil di bawah seksyen ini hendaklah dibayar oleh Lembaga.

Suggest a correction

(3)

Apabila apa-apa harta tak alih telah diperoleh di bawah seksyen ini, Lembaga hendaklah mengambil cabutan suratan hakmilik yang perlu mengenai harta itu dan hendaklah membayar apa-apa sewa yang dikenakan atas harta itu.

Suggest a correction

Bahagian VI

BAHAGIAN VI

AM

Seksyen 33

Obligasi kerahsiaan

Open as pageSuggest a correction

(2)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau kedua-duanya.

28

Undang-Undang Malaysia

Prosiding sivil

Suggest a correction

Seksyen 34

Open as pageSuggest a correction

Walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis, dalam apa-apa prosiding sivil oleh atau terhadap Lembaga—

(a)

mana-mana orang yang memegang jawatan Peguam

Persekutuan dan diberi kuasa oleh Peguam Negara bagi maksud itu; atau

Suggest a correction

(b)

mana-mana pegawai Lembaga yang diberi kuasa bagi maksud itu dengan arahan yang khas atau am daripada

Lembaga, boleh, bagi pihak Lembaga, mengikut mana-mana yang berkenaan, memulakan, hadir dalam dan menjalankan prosiding itu dan boleh membuat dan melakukan segala kehadiran, perbuatan dan permohonan mengenai prosiding itu.

Kesalahan mengenai pinjaman dan beban membuktikan

Suggest a correction

Seksyen 35

Open as pageSuggest a correction

(a)

mendapat sesuatu pinjaman daripada Lembaga di bawah peruntukan Akta ini dengan cara pernyataan palsu;

Suggest a correction

(b)

dengan sengaja menggunakan sesuatu pinjaman yang diberikan kepadanya oleh Lembaga di bawah peruntukan

Akta ini bagi apa-apa maksud selain maksud yang kerananya pinjaman itu telah diberikan;

Suggest a correction

(c)

setelah mendapat suatu pinjaman daripada Lembaga di bawah peruntukan Akta ini, dengan sengaja membinasakan apa-apa cagaran yang telah diberikan berhubung dengan mana-mana pinjaman itu, melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau kedua-duanya.

Suggest a correction

(2)

Mana-mana orang yang melanggar perenggan 6(1)(b) atau 6(2) Jadual Ketiga melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit.

Lembaga Pertubuhan Peladang 29

Suggest a correction

(3)

Dalam sesuatu prosiding jenayah mengenai suatu kesalahan di bawah perenggan (1)(b), beban bagi membuktikan bahawa orang yang dituduh itu telah bertindak dengan suci hati dan tanpa pengetahuan yang dia telah tidak berhak menggunakan pinjaman itu atau apa-apa bahagian daripadanya terletak pada orang yang dituduh itu.

Keizinan Pendakwa Raya

Suggest a correction

Seksyen 36

Open as pageSuggest a correction

Tiada pendakwaan mengenai kesalahan yang terbit daripada peruntukan Akta ini atau berkaitan dengan sesuatu pinjaman yang diberikan di bawah Akta ini boleh dimulakan kecuali dengan keizinan secara bertulis daripada Pendakwa Raya.

Seksyen 37

Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan

Open as pageSuggest a correction

(2)

Tanpa menyentuh subseksyen (1), peraturan-peraturan di bawah subseksyen itu boleh dibuat untuk—

(a)

menetapkan cara bagaimana suratan, cek dan surat cara daripada apa-apa jenis hendaklah ditandatangani atau disempurnakan bagi pihak Lembaga;

Suggest a correction

(b)

menetapkan tanggungjawab dan kawalan bagi pegawai dan pekhidmat Lembaga;

Suggest a correction

(c)

mengenakan bayaran dalam apa-apa hal sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga;

Suggest a correction

(d)

mengadakan peruntukan bagi apa-apa perkara sebagaimana yang didapati perlu atau suai manfaat oleh Lembaga berhubung dengan syer, saham, bon, debentur atau saham debentur yang dikeluarkan di bawah Akta ini, dan, khususnya, untuk mengawal selia kaedah pengeluaran, pemindahan hakmilik, penebusan atau urusan lain berkenaan dengan syer, saham, bon, debentur atau saham debentur itu;

30

Undang-Undang Malaysia

Suggest a correction

(e)

menetapkan cara bagaimana dan terma dan syarat yang berdasarkannya pinjaman boleh diberikan oleh Lembaga di bawah seksyen 29; dan

Suggest a correction

(f)

mengadakan peruntukan secara am mengenai penjalanan kuasa dan kewajipannya di bawah peruntukan Akta ini.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Peraturan-peraturan itu—

(a)

boleh menetapkan bahawa apa-apa perbuatan atau peninggalan yang melanggar peruntukan mana-mana peraturan menjadi suatu kesalahan; dan

Suggest a correction

(b)

boleh mengadakan peruntukan bagi pengenaan penalti bagi kesalahan itu dan penalti itu tidak boleh melebihi satu ribu ringgit.

Perkara yang dilakukan pada menjangkakan Akta ini diperbuat

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 38

Open as pageSuggest a correction

Segala perkara yang dilakukan oleh mana-mana orang atau pihak berkuasa bagi pihak Lembaga sebagai persediaan dan ke arah pelaksanaan yang sepatutnya peruntukan Akta ini dan apa-apa perbelanjaan yang dilakukan berhubung dengannya, pada menjangkakan pembuatan Akta ini, hendaklah disifatkan telah dibenarkan oleh Akta ini; dan segala hak dan obligasi yang diperoleh atau ditanggung bagi pihak Lembaga daripada apa-apa jua yang dilakukan sedemikian atau apa-apa perbelanjaan yang dilakukan sedemikian hendaklah disifatkan sebagai hak dan obligasi Lembaga apabila Akta ini mula berkuat kuasa.

Jadual

Suggest a correction

JADUAL PERTAMA

[Subseksyen 5(2)]

Terma dan syarat pelantikan, pembatalan atau peletakan jawatan

1. (1) Seseorang anggota Lembaga hendaklah memegang jawatan selama apa-apa tempoh dan tertakluk kepada apa-apa syarat sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri dalam surat cara pelantikannya.

Lembaga Pertubuhan Peladang 31

(2)

Pelantikan seseorang anggota boleh dibatalkan pada bila-bila masa oleh

Menteri tanpa memberikan apa-apa sebab baginya.

(3)

Seseorang anggota boleh meletakkan jawatannya pada bila-bila masa melalui surat yang dialamatkan kepada Menteri.

(4)

Seseorang anggota hendaklah menumpukan masa kepada urusan Lembaga sebagaimana yang perlu bagi menjalankan kewajipannya.

Jawatan disifatkan dikosongkan

2. (1) Jawatan seseorang anggota Lembaga hendaklah menjadi kosong—

(a)

jika dia mati;

(b)

jika telah dibuktikan terhadapnya, atau jika dia telah disabitkan atas, suatu pertuduhan berkenaan dengan—

(i)

kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak;

(ii)

kesalahan di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan rasuah; atau

(iii)

apa-apa kesalahan lain yang boleh dihukum dengan pemenjaraan

(sama ada pemenjaraan sahaja atau sebagai tambahan kepada denda atau sebagai ganti denda) selama lebih daripada dua tahun;

(c)

jika dia menjadi bankrap;

(d)

jika dia tidak sempurna akal atau selainnya tidak berupaya menjalankan kewajipannya;

(e)

jika dia tidak menghadiri mesyuarat tiga kali berturut-turut tanpa kebenaran Lembaga;

(f)

sekiranya peletakan jawatannya diterima oleh Menteri; atau

(g)

jika pelantikannya dibatalkan.

(2)

Jika seseorang anggota terhenti menjadi anggota oleh sebab mana-mana peruntukan Akta ini, seorang lain hendaklah dilantik bagi menggantikannya mengikut peruntukan yang terpakai bagi anggota itu.

Saraan dan elaun 3.

Hendaklah dibayar kepada anggota Lembaga atau mana-mana orang lain apa-apa gaji, saraan atau elaun sebagaimana yang ditetapkan oleh Lembaga selepas berunding dengan Menteri.

Mesyuarat

4. (1) Lembaga hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali dalam tiap-tiap dua bulan.

32

Undang-Undang Malaysia

(2)

Kuorum Lembaga ialah empat orang.

(3)

Dalam semua mesyuarat Lembaga, Pengerusi atau, sekiranya Pengerusi tidak hadir, Timbalan Pengerusi atau, sekiranya Timbalan Pengerusi tidak hadir, anggota sebagaimana yang dipilih oleh anggota yang hadir, hendaklah mempengerusikan mesyuarat itu.

(4)

Jika mengenai apa-apa persoalan yang hendak diputuskan oleh Lembaga terdapat bilangan undi yang sama banyak, Pengerusi, Timbalan Pengerusi atau anggota yang mempengerusikan mesyuarat itu hendaklah mempunyai undi pemutus selain undi biasanya.

(5)

Tertakluk kepada subperenggan (1), (2), (3) dan (4), Lembaga hendaklah menetapkan tatacaranya sendiri.

Lembaga boleh menjemput orang lain ke mesyuarat 5.

Lembaga boleh meminta mana-mana orang (yang bukan seorang anggota

Lembaga) menghadiri sesuatu mesyuarat atau pertimbangtelitian Lembaga bagi maksud menasihati Lembaga mengenai apa-apa perkara yang sedang dibincangkannya, tetapi seseorang yang hadir sedemikian tidak mempunyai apa-apa hak untuk mengundi dalam mesyuarat atau pertimbangtelitian tersebut.

Meterai perbadanan

6. (1) Lembaga hendaklah mempunyai suatu meterai perbadanan yang mengandungi suatu reka bentuk yang diluluskan oleh Lembaga dan meterai boleh dari semasa ke semasa dipecahkan, ditukar, diubah atau dibuat baru sebagaimana yang difikirkan patut oleh Lembaga.

(2)

Sehingga suatu meterai diadakan oleh Lembaga, suatu cap yang mengandungi perkataan “Lembaga Pertubuhan Peladang” bolehlah digunakan dan hendaklah disifatkan sebagai meterai perbadanan.

(3)

Meterai perbadanan atau cap yang disebut dalam subperenggan (2)

hendaklah disimpan dalam jagaan Pengerusi atau mana-mana orang lain yang diberi kuasa oleh Lembaga, den hendaklah disahkan oleh sama ada Pengerusi atau mana-mana orang yang diberi kuasa itu atau oleh seseorang pegawai yang diberi kuasa oleh salah seorang daripada mereka dengan bertulis; dan segala surat ikatan, suratan atau surat cara lain yang berupa sebagai dimeteraikan dengan meterai tersebut, disahkan seperti yang disebut terdahulu hendaklah disifatkan telah disempurnakan dengan sah sehingga dibuktikan sebaliknya:

Dengan syarat bahawa apa-apa suratan atau surat cara yang jika disempurnakan oleh seseorang yang bukan suatu pertubuhan perbadanan tidak akan dikehendaki dimeteraikan boleh dengan cara demikian disempurnakan oleh Lembaga dan mana-mana suratan atau surat cara itu boleh disempurnakan bagi pihak Lembaga oleh mana-mana pegawai atau pekhidmat Lembaga yang diberi kuasa secara am atau khas oleh Lembaga bagi maksud itu.

(4)

Meterai Lembaga hendaklah diberi pengiktirafan rasmi dan kehakiman.

Lembaga Pertubuhan Peladang 33

Penzahiran kepentingan 7.

Seseorang anggota Lembaga yang secara langsung atau secara tidak langsung, mempunyai sendiri atau melalui pekongsinya, apa-apa kepentingan dalam sesuatu syarikat atau perusahaan yang dengannya Lembaga bercadang hendak membuat sesuatu kontrak atau yang mempunyai apa-apa kepentingan dalam sesuatu kontrak itu atau dalam apa-apa perkara yang sedang dibincangkan oleh Lembaga hendaklah menzahirkan hakikat mengenai kepentingannya dan jenis kepentingannya itu kepada Lembaga, dan penzahiran itu hendaklah direkodkan dalam minit Lembaga, dan melainkan jika dibenarkan secara khusus bagi maksud itu oleh Pengerusi, ahli itu tidak boleh mengambil apa-apa bahagian dalam apa-apa pertimbangtelitian atau keputusan Lembaga yang berhubungan dengan kontrak itu.

Minit

8. (1) Lembaga hendaklah menyebabkan minit bagi semua mesyuarat Lembaga disenggarakan dan disimpan dalam bentuk yang sepatutnya.

(2)

Apa-apa minit yang dibuat bagi mesyuarat-mesyuarat Lembaga jika ditandatangani dengan sewajarnya, boleh diterima sebagai keterangan dalam semua prosiding undang-undang tanpa bukti selanjutnya dan tiap-tiap mesyuarat

Lembaga yang minit mengenai prosidingnya telah dibuat sedemikian hendaklah disifatkan telah dipanggil dan diadakan dengan sewajarnya dan semua anggota dalamnya layak dengan sewajarnya untuk bertindak.

Kesahan perbuatan dan prosiding 9.

Tiada perbuatan yang dilakukan atau prosiding yang diambil di bawah Akta ini boleh dipersoalkan atas alasan—

(a)

apa-apa kekosongan dalam keanggotaan atau apa-apa kecacatan dalam penubuhan Lembaga;

(b)

pelanggaran oleh mana-mana anggota Lembaga berhubung dengan penzahiran kepentingan oleh anggota itu; atau

(c)

apa-apa peninggalan, kecacatan, atau luar aturan yang tidak menyentuh merit kes itu.

Jadual

Suggest a correction

JADUAL KEDUA

[Seksyen 18]

1.

Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen 18 boleh mengadakan peruntukan bagi segala atau mana-mana daripada yang berikut:

(a)

mengadakan peraturan mengenai amaun gaji, bayaran dan elaun yang kena dibayar kepada pegawai dan pekhidmat Lembaga;

34

Undang-Undang Malaysia

(b)

mengadakan peraturan mengenai pemberian cuti kepada pegawai dan pekhidmat itu;

(c)

membenarkan pembayaran segala elaun kepada pegawai dan pekhidmat tersebut semasa bercuti;

(d)

menentukan saraan yang hendaklah dibayar kepada orang-orang yang dilantik untuk memangku jawatan pegawai atau pekhidmat itu semasa mereka bercuti;

(e)

mengadakan peraturan mengenai tempoh perkhidmatan bagi semua pegawai dan pekhidmat itu;

(f)

memberikan pinjaman kepada pegawai dan pekhidmat untuk membeli basikal, motorsikal, motokar, rumah atau bagi apa-apa maksud lain yang diluluskan oleh Menteri;

(g)

menentukan syarat yang di bawahnya ganjaran atau elaun ihsan boleh dibayar kepada pegawai dan pekhidmat yang tercedera atau kepada saudara-mara yang masih hidup bagi pegawai dan pekhidmat yang terbunuh semasa menjalankan kewajipan mereka;

(h)

mengadakan, menyenggarakan dan mentadbirkan suatu skim pencen bagi membayar pencen, ganjaran atau elaun lain apabila pegawai dan pekhidmat Lembaga diberhentikan kerja oleh sebab tua, meletakkan jawatan, bersara atau dilepaskan daripada jawatan dan bagi menubuhkan dan menyenggarakan suatu kumpulan wang pencen;

(i)

mengadakan dan mentadbirkan suatu skim persaraan bagi memberi apa-apa ganjaran dan elaun sebagaimana yang difikirkan suai manfaat apabila pegawai dan pekhidmat rendah Lembaga mati, diberhentikan kerja oleh sebab tua, meletakkan jawatan, bersara atau dilepaskan daripada jawatan dan bagi memberi apa-apa ganjaran dan elaun sebagaimana yang difikirkan suai manfaat kepada seorang atau beberapa orang daripada orang tanggungan yang masih hidup bagi mana-mana orang yang, setelah bekerja sebagai pegawai atau pekhidmat rendah

Lembaga, mati selepas diberhentikan oleh sebab tua atau dilepaskan daripada jawatan atau selepas meletakkan jawatan atau bersara;

(j)

mengawal selia tatatertib ke atas pegawai dan pekhidmat Lembaga;

(k)

peruntukan mengenai tahan kerja dengan pengurangan gaji atau apa-apa saraan lain, atau peruntukan mengenai penggantungan kerja tanpa gaji atau saraan lain, seseorang pegawai atau pekhidmat Lembaga sementara menanti prosiding tatatertib selesai;

(l)

mewujudkan apa-apa kesalahan tatatertib dan mengadakan peruntukan mengenai apa-apa hukuman tatatertib sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Lembaga dan hukuman yang diperuntukkan sedemikian boleh meliputi pembuangan kerja atau penurunan pangkat;

Lembaga Pertubuhan Peladang 35

(m)

menetapkan prosedur bagi prosiding tatatertib yang hendaklah memberi orang yang terhadapnya prosiding tatatertib diambil peluang untuk membuat representasi terhadap pertuduhan tatatertib yang dibuat terhadapnya sebelum keputusan dicapai oleh Jawatankuasa Tatatertib kecuali dalam hal yang berikut:

(i)

jika seseorang pegawai atau pekhidmat Lembaga dibuang kerja atau diturunkan pangkat atas alasan kelakuan yang berkenaan dengannya suatu pertuduhan jenayah telah dibuktikan terhadapnya;

(ii)

jika Lembaga, atas syor Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi hal ehwal dalam negeri, berpuas hati bahawa demi kepentingan keselamatan Malaysia atau mana-mana bahagiannya adalah tidak suai manfaat untuk menjalankan kehendak perenggan ini; atau

(iii)

jika telah dibuat terhadap seseorang pegawai atau pekhidmat

Lembaga apa-apa perintah tahanan, pengawasan, kediaman terhad, buang negeri atau deportasi, atau jika telah dikenakan terhadap seseorang pegawai atau pekhidmat Lembaga apa-apa bentuk sekatan atau pengawasan dengan bon atau selainnya, di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan keselamatan Malaysia atau mana-mana bahagiannya, pencegahan jenayah, tahanan pencegahan, kediaman terhad, buang negeri, imigresen atau perlindungan wanita dan gadis; dan

(n)

prosedur bagi pendengaran rayuan oleh Lembaga Rayuan Tatatertib atau Menteri.

1A. Bagi maksud subperenggan 1(m), “pegawai” termasuklah Ketua Pengarah.

2.

Peruntukan berikut hendaklah terpakai bagi mana-mana peraturan yang dibuat menurut subperenggan 1(g), (h) dan (i)—

(a)

tiada ganjaran, elaun atau apa-apa bayaran lain yang kena dibayar di bawah mana-mana peraturan itu dan juga tiada apa-apa hak atau kepentingan yang diperoleh oleh mana-mana orang terhadap apa-apa ganjaran, elaun atau bayaran lain di bawahnya boleh diserahkan atau dipindahmilikan atau ditahan, diasingkan atau dilevi bagi atau mengenai apa-apa jua hutang atau tuntutan kecuali hutang yang kena dibayar kepada Lembaga;

(b)

apabila seseorang mati, apa-apa wang yang dibayar di bawah mana-mana peraturan itu hendaklah disifatkan sebagai teramanah untuk orang yang berhak kepadanya mengikut wasiat si mati itu atau apabila dia mati tidak berwasiat, tetapi tidak boleh disifatkan sebagai menjadi sebahagian daripada harta pusakanya atau sebagai tertakluk kepada hutangnya;

(c)

mana-mana orang boleh, dengan wasiat atau dengan suatu memorandum yang ditandatangani olehnya, melantik seorang pemegang amanah bagi wang yang kena dibayar di bawah mana-mana peraturan itu apabila dia mati, dan boleh mengadakan peruntukan bagi melantik seorang atau beberapa orang pemegang amanah baru bagi wang itu dan bagi melaburkannya;

36

Undang-Undang Malaysia

(d)

jika pada masa kematian seseorang si mati atau pada bila-bila masa kemudiannya tidak ada seorang pemegang amanah bagi wang itu atau adalah suai manfaat seorang atau beberapa orang pemegang amanah baru dilantik, maka dalam hal yang demikian itu seorang atau beberapa orang pemegang amanah atau seorang atau beberapa orang pemegang amanah baru boleh dilantik oleh Mahkamah Tinggi atau seorang Hakim

Mahkamah Tinggi;

(e)

resit daripada seorang atau beberapa orang pemegang amanah yang telah dilantik dengan sempurnanya atau, jika tiada pemegang amanah telah dilantik, resit daripada wakil diri di sisi undang-undang bagi seseorang simati, hendaklah menjadi suatu penjelasan bagi apa-apa wang yang kena dibayar di bawah mana-mana peraturan itu apabila orang itu mati;

(f)

seseorang pekerja Lembaga yang boleh selainnya berhak mendapat apa-apa faedah di bawah mana-mana peraturan itu, jika dia dibuang kerja daripada perkhidmatan Lembaga kerana fraud atau kecurangan atau salah laku, yang melibatkan kerugian wang kepada Lembaga, atau bersara atau meletakkan jawatan dengan niat hendak mengelakkan daripada dilepaskan daripada jawatan atau dibuang kerja akibat fraud, kecurangan atau salah laku itu, adalah terlucut haknya dan hilang kesemua atau sebahagian daripada faedah itu sebagaimana yang diarahkan oleh Lembaga menurut budi bicara mutlaknya; dan

(g)

dengan kelulusan Menteri, Lembaga boleh, menurut budi bicaranya, sebagai penghargaan terhadap perkhidmatan lama atau perkhidmatan istimewa mana-mana pegawai atau penjawat Lembaga yang halnya tidak termasuk dalam bidang dan kuat kuasa skim pencen atau peraturan-peraturan skim persaraan Lembaga, membayar kepada pegawai atau penjawat itu apabila dia mati suatu ganjaran atau elaun ihsan mengikut apa-apa terma dan syarat yang ditentukan oleh Lembaga.

Jadual

Suggest a correction

JADUAL KETIGA

[Seksyen 29]

Gadaian harta dan pinjaman dibayar terlebih dahulu 1.

Jika pinjaman diberikan oleh Lembaga atas cagaran apa-apa harta yang digadaikan atau digadaijanjikan kepadanya, sama ada berserta atau tidak berserta denga apa-apa cagaran lain, mulai dari atau selepas tarikh gadaian atau gadai janji itu, harta itu hendaklah dipertanggungkan membayar pinjaman itu dan bunganya sebagaimana yang tersebut dalam gadaian atau gadai janji itu, terlebih dahulu, kecuali setakat yang dinyatakan selainnya dalam gadaian atau gadai janji itu, daripada segala hutang, gadaian atau gadai janji lain berkenaan dengan harta itu kecuali apa-apa pinjaman yang kena dibayar kepada mana-mana pemiutang yang tidak bersetuju dengan pembayaran terlebih dahulu itu dan pinjaman itu telah diberikan dengan suci hati sebelum pinjaman yang diberikan oleh Lembaga itu dan yang telah diberikan cagaran dengan menggadaikan atau menggadaijanjikan harta itu kepada orang yang berhak sebagai pemiutang bona fide mendapat pembayaran balik pinjaman itu berserta bunganya dan gadaian atau gadai janji itu telah disempurnakan dan didaftarkan dengan sepatutnya.

Lembaga Pertubuhan Peladang 37

Bunga atas pinjaman yang diberikan oleh Lembaga 2.

Pada memberikan sesuatu pinjaman di bawah peruntukan Akta ini, Lembaga boleh mengenakan apa-apa kadar bunga sebagaimana yang difikirkan patut dalam sesuatu hal tertentu.

Pembayaran balik pinjaman yang diberikan oleh Lembaga 3.

Tertakluk kepada perenggan 4 dan 5, tiap-tiap pinjaman hendaklah dibayar balik kepada Lembaga mengikut terma dan syarat yang pinjaman itu telah diberikan dan wang yang dibayar balik itu hendaklah dimasuk kira dalam akaun

Lembaga.

Menggantung pembayaran wang pokok dan bunga dan kuasa untuk melanjutkan masa, mengkompaun atau melepaskan 4.

Lembaga boleh—

(a)

menangguhkan, selama suatu tempoh tidak lebih daripada lima tahun, pembayaran apa-apa jumlah wang yang genap masanya bagi wang pokok dan bunga atau bagi sama ada wang pokok atau bunga berkenaan dengan pinjaman yang telah diberikan olehnya atas apa-apa terma dan syarat yang difikirkannya perlu bagi melaksanakan maksud yang kerananya pinjaman itu telah diberikan dan bagi membayar balik pada akhirnya wang pokok itu atau apa-apa bunga sebagaimana yang difikirkannya perlu;

(b)

dari semasa ke semasa melanjutkan tempoh bagi membayar balik sesuatu pinjaman, atau mengkompaun atau melepaskan sesuatu pinjaman atau sebahagian daripadanya atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang difikirkannya patut.

Membayar balik pinjaman sebelum tarikh yang sepatutnya 5.

Lembaga boleh pada bila-bila masa menerima pembayaran kesemua atau sebahagian daripada jumlah wang pokok pinjaman dan bunganya sebelum genap masanya kena dibayar, atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang difikirkannya patut.

Siasatan tentang penggunaan wang yang dipinjamkan

6. (1) Jika Lembaga telah memberi sesuatu pinjaman wang di bawah peruntukan

Akta ini, ia boleh—

(a)

dari semasa ke semasa, menjalankan atau menyebabkan dijalankan apa-apa siasatan yang perlu bagi memastikan bahawa pinjaman itu digunakan bagi maksud yang ia telah diberikan;

(b)

meminta laporan termasuk penyata kewangan yang mengandungi apa-apa butir sebagaimana yang ditetapkan olehnya dihantar oleh orang, badan atau pihak berkuasa yang menerima pinjaman itu dan orang, badan atau pihak berkuasa itu hendaklah mematuhi permintaan itu.

38

Undang-Undang Malaysia

(2)

Lembaga boleh memberi kuasa dengan bertulis kepada mana-mana pegawainya atau mana-mana orang lain untuk menjalankan siasatan itu, dan orang, badan atau pihak berkuasa yang menerima pinjaman itu hendaklah mengemukakan kepada pegawai atau orang itu semua buku, suratan dan perkara lain dan benda lain yang perlu bagi maksud siasatan itu.

Perintah Lembaga selepas siasatan dijalankan 7.

Jika selepas suatu siasatan dijalankan di bawah perenggan 6, ternyata pada

Lembaga bahawa apa-apa wang yang terdiri daripada kesemua atau sebahagian daripada pinjaman itu telah tidak digunakan bagi maksud yang pinjaman itu diberikan, Lembaga boleh memerintahkan supaya wang itu digunakan dalam tempoh yang disebut dalam perintah itu bagi maksud itu atau supaya wang itu berserta bunganya pada tarikh perintah itu dibayar balik kepada Lembaga dalam tempoh yang disebut dalam perintah itu, dan apa-apa wang berserta bunganya yang diperintahkan sedemikian supaya dibayar balik kepada Lembaga hendaklah dengan itu menjadi suatu hutang yang kena dibayar kepada Lembaga.

Menyalahgunakan pinjaman yang dicagarkan melalui gadai janji atau selainnya

8. (1) Jika sesuatu pinjaman yang diberikan di bawah peruntukan Akta ini atau sebahagian daripada pinjaman itu telah disalahgunakan, Lembaga boleh—

(a)

jika pinjaman itu telah dicagarkan melalui gadaian atau gadai janji, melalui notis bertulis yang dialamatkan kepada penggadai atau penggadai janji itu, meminta balik pinjaman tersebut atau sebahagian daripadanya dan boleh menghendaki supaya pinjaman atau sebahagiannya itu berserta bunga atas pinjaman itu atau atas sebahagian daripadanya pada tarikh notis itu, dibayar balik pada tarikh yang dinyatakan dalam notis itu dan sekiranya tidak dibayar pada tarikh yang tidak dinyatakan itu, apa-apa cagaran yang diberikan bagi maksud pinjaman itu bolehlah dengan itu dihasilkan;

(b)

jika pinjaman itu telah dicagarkan selain secara gadaian atau gadai janji, melalui notis yang dialamatkan kepada peminjam, meminta supaya pinjaman itu atau sebahagian daripadanya berserta apa-apa bunga pada tarikh notis itu dibayar balik pada tarikh yang dinyatakan dalam notis itu dan jika sekiranya tidak dibayar pada tarikh yang dinyatakan itu apa-apa cagaran yang diberikan bagi maksud pinjaman itu bolehlah dengan itu dihasilkan.

(2)

Subperenggan (1) adalah sebagai tambahan kepada apa-apa prosiding lain di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang lain.

Penguatkuasaan cagaran 9.

Jika apa-apa harta yang digadai atau digadaijanjikan sebagai cagaran bagi sesuatu pinjaman di bawah peruntukan Akta ini dijual bagi maksud menguatkuasakan cagaran itu, Lembaga boleh membeli harta itu dan boleh sama ada menguruskan dan memegang harta itu atau menjual atau selainnya melupuskannya sebagaimana yang difikirkannya patut.

Lembaga Pertubuhan Peladang 39

Jadual

Suggest a correction

JADUAL KEEMPAT

[Seksyen 30]

Kuasa Lembaga untuk membuat peraturan-peraturan berkenaan dengan perbadanan 1.

Lembaga hendaklah, pada atau sebelum tarikh sesuatu perbadanan ditubuhkan di bawah seksyen 30, membuat peraturan-peraturan berkenaan dengan perbadanan itu yang menentukan-

(a)

maksud dan tujuan perbadanan itu ditubuhkan;

(b)

hak, kuasa, kewajipan dan fungsi perbadanan itu;

(c)

sistem pengurusannya; dan

(d)

hubungan antara perbadanan itu dengan Lembaga dan hak-hak pengawalannya ke atas perbadanan itu.

Kecualian 2.

Tiada apa-apa jua dalam perenggan 1 boleh disifatkan memberi kuasa kepada Lembaga untuk membuat peraturan-peraturan untuk menubuhkan sesuatu perbadanan bagi apa-apa maksud atau tujuan yang lebih luas ruang lingkupnya daripada maksud atau tujuan yang Lembaga telah ditubuhkan atau memberi sesuatu perbadanan apa-apa hak, kewajipan, kuasa atau fungsi yang tidak termasuk dalam hak, kewajipan, kuasa atau fungsi Lembaga di bawah Akta ini.

Peraturan-peraturan tertakluk kepada Akta ini 3.

Tertakluk kepada peruntukan Akta ini dan mana-mana peraturan yang dibuat di bawah seksyen 37, sesuatu perbadanan hendaklah terikat dengan mana-mana peraturan yang dibuat berkenaan dengannya dan peraturan-peraturan itu hendaklah berkuat kuasa bagi segala maksud seolah-olah peraturan-peraturan itu telah diperbuat dalam Akta ini.

Pindaan peraturan-peraturan 4.

Lembaga boleh pada bila-bila masa meminda, membatalkan atau membuat tambahan kepada, mana-mana peraturan yang dibuat berkenaan dengan sesuatu perbadanan di bawah perenggan 1 dan seksyen 34 Akta Tafsiran 1948 dan 1967

[Akta 388] hendaklah terpakai bagi mana-mana peraturan yang dipinda atau dibatalkan itu seolah-olah peraturan itu ialah undang-undang bertulis.

Daftar perbadanan 5.

Lembaga hendaklah menyimpan suatu daftar dalam bentuk yang ditetapkan mengenai semua perbadanan yang ditubuhkan olehnya di bawah seksyen 30 dan daftar itu bersama dengan salinan segala peraturan yang dibuat di bawah perenggan 1 hendaklah terbuka untuk diperiksa oleh orang awam di mana-mana satu atau beberapa tempat dan pada bila-bila masa yang ditetapkan olehnya.

40

Undang-Undang Malaysia

Penggulungan

6. (1) Lembaga boleh dengan perintah yang disiarkan dalam Warta mengarahkan supaya mana-mana perbadanan yang ditubuhkan olehnya digulung dan dibubarkan.

(2)

Apabila sesuatu perbadanan dibubarkan di bawah perenggan ini, aset perbadanan itu hendaklah dipindahkan kepada dan diletakhakkan pada Lembaga setelah segala tanggungan dijelaskan.

(3)

Penggulungan sesuatu perbadanan di bawah perenggan ini hendaklah dijalankan mengikut apa-apa cara sebagaimana yang ditetapkan oleh Lembaga.

Perbadanan hendaklah menjadi pertubuhan perbadanan 7.

Tiap-tiap perbadanan yang ditubuhkan di bawah seksyen 30 hendaklah menjadi pertubuhan perbadanan dengan apa-apa nama yang diberikan oleh

Lembaga dan hendaklah kekal turun-temurun dan mempunyai suatu meterai perbadanan dan boleh mendakwa dan didakwa atas nama itu, dan bagi maksud melaksanakan projek pembangunan berdaftar yang kerananya ia telah ditubuhkan ia boleh membuat kontrak dan boleh memegang, berniaga atau membuat apa-apa urusan berkenaan dengan harta alih atau harta tak alih dan boleh melakukan segala perkara dan benda lain yang bersampingan atau berkaitan dengan sesuatu pertubuhan perbadanan, yang tidak berlawanan dengan peruntukan Akta ini dan dengan tertakluk kepada apa-apa sekatan atau batasan sebagaimana yang ditetapkan oleh Lembaga dalam setiap hal.

Meterai perbadanan bagi perbadanan

8. (1) Tiap-tiap perbadanan hendaklah mempunyai suatu meterai perbadanan yang mengandungi suatu reka bentuk yang diluluskan oleh perbadanan itu dengan persetujuan Lembaga, dan meterai itu boleh dari semasa ke semasa dipecahkan, ditukar, diubah dan dibuat baru oleh perbadanan dengan persetujuan

Lembaga, sebagaimana yang difikirkannya patut.

(2)

Sehingga suatu meterai diadakan oleh perbadanan di bawah perenggan ini, suatu cap yang mengandungi nama perbadanan melingkungi huruf “LPP”

boleh digunakan sebagai suatu meterai perbadanan.

(3)

Meterai perbadanan atau cap yang disebut dalam subperenggan (2)

hendaklah berada dalam jagaan seseorang yang diarahkan oleh perbadanan dan hendaklah disahkan oleh orang itu, dan semua surat ikatan, suratan dan surat cara lain yang berupa sebagai dimeteraikan dengan meterai tersebut, disahkan sebagaimana yang disebut terdahulu, hendaklah disifatkan telah disempurnakan dengan sah sehingga dibuktikan sebaliknya:

Dengan syarat bahawa apa-apa suratan atau surat cara yang, jika disempurnakan oleh seseorang yang bukan suatu pertubuhan perbadanan, tidak akan dikehendaki dimeteraikan dengan meterai boleh disempurnakan dengan cara demikian itu juga oleh perbadanan; dan mana-mana suratan atau surat cara itu boleh disempurnakan bagi pihak perbadanan oleh mana-mana pegawai atau penjawat perbadanan itu yang diberi kuasa secara am atau khas oleh perbadanan bagi maksud itu.

(4)

Meterai tiap-tiap perbadanan hendaklah diberi pengiktirafan rasmi dan kehakiman.

Lembaga Pertubuhan Peladang 41

Akta 110

AKTA LEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG 1973

SENARAI PINDAAN

Undang-undang

Tajuk ringkas

Berkuat kuasa yang meminda dari

Akta 160

Akta Mata Wang Malaysia 29-08-1975

(Ringgit) 1975 (Akta 160)

Akta A760

Akta Lembaga Pertubuhan Peladang 01-08-1990

(Pindaan) 1990

Akta 478

Akta Pembatalan Pengecualian 21-02-1992

Daripada Bayaran Duti-duti

Setem 1992

Akta A1050

Akta Lembaga Pertubuhan Peladang 01-09-1999

(Pindaan) 1999

42

Undang-Undang Malaysia

Akta 110

AKTA LEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG 1973

SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA

Seksyen

Kuasa meminda

Berkuat kuasa dari 17

Akta A760 01-08-1990

Akta A1050 01-09-1999 17A

Akta A1050 01-09-1999 17B

Akta A1050 01-09-1999 24A

Akta A760 01-08-1990 32

Akta A478 21-02-1992 33

Akta 160 29-08-1975 35

Akta 160 29-08-1975 37

Akta 160 29-08-1975

Jadual

Suggest a correction

Jadual Kedua

Akta A760 01-08-1990

Akta A1050 01-09-1999

Common questions

What is FARMERS' ORGANIZATION AUTHORITY ACT 1973?
AKTA LEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG 1973 is Malaysia Act, cited as Act 110 1973, currently marked in force and first recorded in 1973.
Is FARMERS' ORGANIZATION AUTHORITY ACT 1973 still in force?
Yes — FARMERS' ORGANIZATION AUTHORITY ACT 1973 is currently in force.
When did FARMERS' ORGANIZATION AUTHORITY ACT 1973 take effect?
FARMERS' ORGANIZATION AUTHORITY ACT 1973 was first recorded in 1973.
How many sections does FARMERS' ORGANIZATION AUTHORITY ACT 1973 have?
FARMERS' ORGANIZATION AUTHORITY ACT 1973 contains 41 sections.
Where can I read the official version of FARMERS' ORGANIZATION AUTHORITY ACT 1973?
The official text of FARMERS' ORGANIZATION AUTHORITY ACT 1973 is published at lom.agc.gov.my.
AKTA LEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG 1973 (No. 110) | mylaw.my