Malaysia legislation

Section 24A

of AKTA LEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG 1973

Seksyen 24A

(a)

telah gagal mengutip apa-apa wang yang terhutang kepada

Lembaga yang pemungutannya menjadi tanggungjawabnya;

(b)

adalah atau telah bertanggungjawab bagi apa-apa pembayaran wang daripada Kumpulan Wang yang tidak sepatutnya dibuat atau bagi apa-apa pembayaran wang yang tidak disahkan dengan sewajarnya;

(c)

adalah atau telah bertanggungjawab, secara langsung atau tidak langsung, bagi apa-apa kekurangan dalam, atau bagi pemusnahan, apa-apa wang, setem, sekuriti, barang simpanan atau harta lain Lembaga;

(d)

sebagai, atau sebagai seorang yang pernah menjadi seorang pegawai perakaunan, gagal atau telah gagal menyimpan akaun atau rekod yang sepatutnya;

(e)

telah gagal untuk membuat apa-apa pembayaran, atau adalah atau telah bertanggungjawab bagi apa-apa kelambatan dalam pembayaran, wang daripada Kumpulan

Wang kepada mana-mana orang yang kepadanya bayaran itu kena dibayar di bawah mana-mana kontrak, perjanjian atau perkiraan yang dibuat antara orang itu dengan

Lembaga,

Lembaga hendaklah menyampaikan suatu notis bertulis kepadanya yang memintanya supaya menunjukkan sebab mengapa dia tidak sepatutnya disurcaj, dan jika penjelasan yang memuaskan hati tidak diberikan, dalam tempoh empat belas hari dari tarikh penyampaian notis yang disebut terdahulu, kepada Lembaga berkenaan dengan kegagalan mengutip, pembayaran yang tidak sepatutnya dibuat, pembayaran yang tidak disahkan dengan sewajarnya, kekurangan atau pemusnahan, atau kegagalan menyimpan akaun atau rekod yang sepatutnya, atau kegagalan membuat pembayaran, atau kelambatan dalam membuat pembayaran maka

Lembaga boleh mensurcaj terhadap orang tersebut sejumlah wang yang tidak melebihi amaun apa-apa amaun sedemikian yang tidak dikutip apa-apa pembayaran, kekurangan, atau kerugian atau nilai harta yang musnah, mengikut mana-mana yang berkenaan; dan 24

Undang-Undang Malaysia berkenaan dengan kegagalan untuk menyimpan akaun atau rekod yang sepatutnya, atau kegagalan untuk membuat pembayaran, atau kelambatan dalam membuat pembayaran, Lembaga boleh mensurcaj terhadap orang tersebut apa-apa jumlah wang sebagaimana yang difikirkan patut oleh Lembaga itu.

(2)

Pengerusi hendaklah menyebabkan Ketua Pengarah diberitahu tentang apa-apa surcaj yang dibuat di bawah subseksyen (1) dan

Ketua Pengarah hendaklah sesudah itu memberitahu orang yang disurcaj itu.

(3)

Lembaga boleh pada bila-bila masa menarik balik apa-apa surcaj yang berkenaan dengannya suatu penjelasan yang memuaskan hati telah diterima atau jika didapati selainnya bahawa tiada surcaj patut dibuat, dan Pengerusi hendaklah dengan segera menyebabkan

Ketua Pengarah diberitahu tentang penarikan balik itu.

(4)

Amaun apa-apa surcaj yang dibuat di bawah subseksyen (1)

dan tidak ditarik balik di bawah subseksyen (3) hendaklah menjadi suatu hutang yang kena dibayar kepada Lembaga daripada orang yang terhadapnya surcaj itu dibuat dan boleh dibawa guaman baginya dan didapatkan dalam mana-mana mahkamah atau guaman Lembaga dan boleh juga didapatkan melalui potongan—

(a)

daripada gaji orang yang disurcaj jika Lembaga mengarahkan sedemikian; atau

(b)

daripada pencen orang yang disurcaj jika Lembaga mengarahkan sedemikian, melalui ansuran bulanan yang sama banyak tidak melebihi satu perempat daripada jumlah gaji atau pencen bulanan, mengikut mana-mana yang berkenaan, orang itu.