Malaysia legislation
Section 4
Seksyen 4
Fungsi Lembaga
(a)
menggalakkan, mempergiat, memudahkan dan mengusahakan kemajuan ekonomi dan sosial Pertubuhan Peladang;
Lembaga Pertubuhan Peladang 9
(b)
mendaftar, mengawal dan menyelia Pertubuhan Peladang dan mengadakan peruntukan bagi perkara yang berkaitan dengannya;
(c)
jika suatu perisytiharan melalui pemberitahuan telah dibuat di bawah seksyen 10, merancang dan mengusahakan apa-apa kemajuan pertanian di dalam Kawasan Kemajuan
Peladang itu; dan
(d)
untuk mengawal dan menyelaras pelaksanaan aktiviti yang disebut terdahulu.
(2)
Lembaga hendaklah mempunyai kuasa untuk melakukan segala perkara yang suai manfaat atau semunasabahnya perlu atau yang bersampingan dengan penjalanan fungsinya, dan khususnya, tetapi tanpa menyentuh keluasan yang disebut terdahulu—
(a)
untuk menjalankan segala aktiviti, khususnya perusahaan perdagangan dan perindustrian yang penjalanannya, pada pendapat Lembaga, adalah perlu, berfaedah atau sesuai untuk atau berkaitan dengan penjalanan fungsinya yang tersebut itu, termasuk pengeluaran utama, pengilangan, pengumpulan, pemprosesan, pembungkusan, pemeringkatan dan pemasaran keluaran pertanian, penyelidikan dan latihan;
(b)
untuk memulakan kajian permulaan mengenai kemungkinan mengadakan kemajuan dan kemajuan semula pertanian dan membuat rancangan permulaan yang menunjukkan ringkasan aktiviti kemajuan atau kemajuan semula pertanian dan tinjauan permulaan bagi menentukan sama ada fungsi mengusahakan dan menjalankan projek kemajuan atau kemajuan semula pertanian itu dapat dijalankan sebagai suatu perusahaan bagi Pertubuhan Peladang;
(c)
untuk bekerjasama dengan atau bertindak sebagai ejen atau ejen pengurusan bagi atau dengan cara lain bertindak secara bersekutu dengan atau bagi pihak Kerajaan
Persekutuan atau Kerajaan mana-mana Negeri, mana-mana pihak berkuasa awam, mana-mana syarikat, mana-mana perbadanan, mana-mana badan atau mana-mana orang;
(d)
untuk menggalakkan dan menyelaraskan perjalanan aktiviti itu oleh Kerajaan, pihak berkuasa awam, mana-mana syarikat, perbadanan, atau badan atau orang lain;
10
Undang-Undang Malaysia
(e)
untuk menubuhkan atau memperluas, atau menggalakkan penubuhan atau pemerluasan, syarikat, perbadanan atau badan lain untuk menjalankan mana-mana aktiviti itu sama ada di bawah kawalan atau sebahagian kawalan
Lembaga atau dengan bebas;
(f)
untuk memberi bantuan kepada Pertubuhan Peladang, pihak berkuasa awam, syarikat, perbadanan atau badan atau orang lain yang pada pendapat Lembaga mempunyai kemudahan untuk menjalankan mana-mana aktiviti itu, termasuk bantuan kewangan dengan mengambil syer atau modal pinjaman atau dengan pinjaman atau selainnya;
(g)
untuk membeli, menanggung atau dengan cara lain memperoleh apa-apa saham dan syer dalam mana-mana syarikat awam atau syarikat persendirian dan untuk melupuskannya sama ada kepada Pertubuhan Peladang atau orang lain atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga;
(h)
untuk meminta jabatan, agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang bertugas dalam menjalankan atau yang bercadang hendak menjalankan kemajuan berasaskan pertanian bagi faedah peladang supaya mengemukakan laporan berkenaan dengan aktiviti atau aktiviti cadangannya yang mengandungi apa-apa butir-butir dan maklumat sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga dan untuk bekerjasama dengan
Lembaga dalam usahanya untuk memajukan Pertubuhan
Peladang;
(i)
untuk melantik ejen atau menubuhkan apa-apa badan lain sebagaimana yang difikirkannya patut bagi maksud menjalankan fungsinya;
(j)
untuk mengenakan bayaran atau apa-apa caj lain sebagaimana yang difikirkannya patut bagi melaksanakan mana-mana daripada kuasa atau fungsinya;
(k)
untuk menerima, sebagai balasan bagi perkhidmatan yang diberikan olehnya, apa-apa komisen atau bayaran sebagaimana yang dipersetujui;
(l)
untuk membuat peraturan mengenai kemajuan dalam
Kawasan Kemajuan Peladang; dan
Lembaga Pertubuhan Peladang 11
(m)
untuk melakukan apa-apa perkara lain sebagaimana yang difikirkannya patut bagi menjalankan fungsi dan kuasanya dengan berkesan.
(3)
Tertakluk kepada seksyen 8, adalah menjadi tanggungjawab
Lembaga pada menjalankan fungsinya di bawah Akta ini untuk memastikan bahawa fungsi itu dilaksanakan dengan cara yang akan memajukan dasar Kerajaan yang pada masa ini berkuat kuasa dan, khususnya, dasar yang berhubungan dengan pembentukan semula masyarakat.
Keanggotaan Lembaga