Malaysia legislation
Section 2
of AKTA PENDAFTARAN KELAHIRAN DAN KEMATIAN (PERUNTUKAN-PERUNTUKAN KHAS) 1975
Seksyen 2
Tafsiran
“buku laporan” ertinya buku laporan yang disebut dalam seksyen 6;
“daftar” ertinya sesuatu daftar yang simpan di bawah seksyen 8;
“Menteri” ertinya Menteri yang bertanggungjawab bagi pendaftaran kelahiran dan kematian;
“Pendaftar” ertinya seseorang Pendaftar yang dilantik di bawah seksyen 3;
“Pendaftar Besar” ertinya Pendaftar Besar Kelahiran dan Kematian yang dilantik di bawah Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 [Akta 299]; dan
Undang-Undang Malaysia
AKTA 152 6
“perakuan” ertinya sesuatu perakuan yang dikeluarkan di bawah seksyen 9.