Seksyen 1
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Pendaftaran Kelahiran dan
Kematian (Peruntukan-Peruntukan Khas) 1975.
/akn/my/act/act/1975/152
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
AKTA PENDAFTARAN KELAHIRAN DAN KEMATIAN (PERUNTUKAN-PERUNTUKAN KHAS) 1975 is Malaysia Act, cited as Act 152 1975, currently marked in force and first recorded in 1975.
Opening note
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Pendaftaran Kelahiran dan
Kematian (Peruntukan-Peruntukan Khas) 1975.
Tafsiran
“buku laporan” ertinya buku laporan yang disebut dalam seksyen 6;
“daftar” ertinya sesuatu daftar yang simpan di bawah seksyen 8;
“Menteri” ertinya Menteri yang bertanggungjawab bagi pendaftaran kelahiran dan kematian;
“Pendaftar” ertinya seseorang Pendaftar yang dilantik di bawah seksyen 3;
“Pendaftar Besar” ertinya Pendaftar Besar Kelahiran dan Kematian yang dilantik di bawah Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 [Akta 299]; dan
Undang-Undang Malaysia
AKTA 152 6
“perakuan” ertinya sesuatu perakuan yang dikeluarkan di bawah seksyen 9.
Pendaftar
Semua Pendaftar yang dilantik di bawah Akta ini hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awam mengikut pengertian Kanun
Keseksaan [Akta 574].
Pendaftaran kelahiran dan kematian orang yang menunaikan
Haji
kepada Pendaftar, dalam tempoh empat puluh hari dari berlakunya kelahiran atau kematian itu; atau
kepada Pendaftar Besar, dalam tempoh enam bulan dari berlakunya kelahiran atau kematian itu.
Bagi maksud subseksyen (1), seseorang disifatkan menunaikan haji dari masa dia meninggalkan Malaysia dalam perjalanannya ke Hedjaz sehingga masa dia kembali ke Malaysia.
Orang yang berkelayakan untuk memberikan maklumat
penduduk rumah yang di dalamnya kanak-kanak itu telah dilahirkan dengan di ketahui oleh penduduk itu;
sesiapa yang bertanggungjawab menjaga kanak-kanak itu; dan
Pendaftaran Kelahiran dan Kematian
(Peruntukan-Peruntukan Khas)
Orang yang berikut berkelayakan untuk memberikan maklumat berkenaan dengan sesuatu kematian, iaitu:
penduduk atau seseorang penghuni rumah itu jika dia mengetahui tentang berlakunya kematian itu;
mana-mana orang lain yang mengetahui sendiri tentang kematian itu.
Pendaftar hendaklah merekodkan butir-butir
Seseorang Pendaftar boleh, sebelum merekodkan sesuatu kelahiran atau kematian itu, mengemukakan soalan kepada pemberitahu maklumat itu untuk memuaskan hatinya tentang berlakunya kelahiran atau kematian itu, bahawa pemberitahu maklumat itu berkelayakan untuk memberikan maklumat itu dan bahawa kelahiran itu adalah kelahiran atau kematian seseorang warganegara Malaysia.
Penyerahan rekod kepada Pendaftar Besar
Tiap-tiap Pendaftar hendaklah pada bila-bila masa dan mengikut apa-apa cara sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar Besar, menyerahkan segala catatan yang lengkap yang dibuat dalam buku laporan yang disimpan olehnya kepada Pendaftar Besar.
Mencatatkan rekod dalam daftar
Pendaftar Besar boleh, sebelum membuat catatan itu dalam daftar membuat siasatan untuk memuaskan hatinya bahawa butir-butir yang terkandung dalam buku laporan itu benar dan tepat dan dia tidak boleh mencatatkan apa-apa butir yang dia tidak berpuas hati benar atau tepat.
Pendaftar Besar boleh membuat pembetulan kepada mana-mana butir yang, selepas siasatan, difikirkannya perlu.
Pengeluaran perakuan
AKTA 152 8
Pendaftar Besar boleh, sebelum mengeluarkan sesuatu perakuan di bawah subseksyen (1), membuat siasatan untuk menentukan bahawa perakuan itu akan digunakan hanya bagi maksud yang sah di sisi undang-undang.
Tiap-tiap perakuan itu hendaklah diperakui di bawah tandatangan Pendaftar Besar atau seseorang yang diberi kuasa olehnya secara bertulis.
Catatan sebagai keterangan mengenai kelahiran atau kematian
Sesuatu catatan dalam daftar dan sesuatu perakuan yang berupa sebagai dikeluarkan di bawah seksyen 9 dan yang berupa sebagai dibuat di bawah tandatangan Pendaftar Besar atau seseorang yang diberi kuasa olehnya hendaklah diterima tanpa bukti lanjut atau bukti lain sebagai keterangan mengenai fakta dan butir-butir yang berhubungan dengan kelahiran atau kematian yang ditetapkan supaya ada dalam daftar dan yang direkodkan dalam daftar.
Pewakilan
Pendaftar Besar boleh secara bertulis mewakilkan mana-mana atau semua kuasa yang diberikan kepadanya dan mana-mana atau semua kewajipan yang dipertanggung ke atasnya oleh Akta ini kepada mana-mana pegawai yang dilantik di bawah Akta Pendaftaran
Kelahiran dan Kematian 1957 [Akta 299].
Pendaftaran Kelahiran dan Kematian
(Peruntukan-Peruntukan Khas)
9
Tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh disifatkan mengecualikan kehendak di bawah mana-mana undang-undang lain
Tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh disifatkan mengecualikan seseorang daripada kehendak mana-mana undang-undang lain yang mentadbirkan pendaftaran kelahiran dan kematian.
Kaedah-kaedah
, Menteri boleh membuat kaedah-kaedah berkenaan dengan mana-mana atau semua perkara yang berikut:
bentuk dan kandungan daftar, perakuan, borang dan dokumen lain yang dikehendaki dan maklumat yang hendaklah diberikan bagi menjalankan maksud Akta ini;
jagaan mengenai daftar, borang, perakuan dan dokumen lain yang berkaitan dengan urusan pendaftaran; dan
pengeluaran perakuan.
Undang-Undang Malaysia
AKTA 152 10
Akta 152
SENARAI PINDAAN
Undang-undang yang
Tajuk ringkas
Berkuat kuasa meminda dari
Akta A327
Akta Kanun Keseksaan 31-03-1976
(Pindaan dan Peluasan)
1976
Akta A626
Akta Pendaftaran Kelahiran 13-09-1985
dan Kematian (Peruntukan-Peruntukan Khas) (Pindaan)
1985
Pendaftaran Kelahiran dan Kematian
(Peruntukan-Peruntukan Khas)
11
Akta 152
SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA
Seksyen
Kuasa meminda
Berkuat kuasa dari 3
Akta A327 31-03-1976 4
Akta A626 13-09-1985