Malaysia legislation
Section 10
Seksyen 10
Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 13
(a)
memeriksa dari segi perubatan seseorang yang disyaki atau mungkin dijangkiti penyakit yang dibawa oleh serangga bagi maksud memastikan sama ada orang itu menghidapi, atau pada masa yang lalu telah menghidapi, atau seorang pembawa sesuatu penyakit yang dibawa oleh serangga, atau sama ada orang itu pada masa yang lalu terdedah pada kejangkitan oleh penyakit seperti itu, termasuk pemeriksaan darah, air kencing dan najis;
(b)
merawat dari segi perubatan atau mengasingkan seseorang yang menghidapi sesuatu penyakit yang dibawa oleh serangga atau membuat kedua-duanya; dan
(c)
mengarahkan supaya dibuat suatu pemeriksaan post-mortem kepada sesuatu mayat jika kematian disyaki sebagai disebabkan oleh penyakit yang dibawa oleh serangga.
Undang-Undang Malaysia
AKTA 154 14
(2)
Seseorang yang enggan, tidak atau cuai patuh kepada pemeriksaan, rawatan atau pengasingan di bawah perenggan (1)
(a)
atau (b) atau seseorang yang ada di bawah jagaannya sesuatu mayat yang enggan atau menghalang post-mortem terhadap mayat di bawah perenggan (c) subseksyen itu bersalah atas suatu kesalahan di bawah Akta ini dan apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi dua ribu ringgit.
Kuasa untuk menghendaki maklumat dan memeriksa orang