PERMULAAN
Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa
/akn/my/act/act/1975/154
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
AKTA PEMUSNAHAN SERANGGA PEMBAWA PENYAKIT 1975 is Malaysia Act, cited as Act 154 1975, currently marked in force and first recorded in 1975.
Opening note
Bahagian I
Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Pemusnahan Serangga
Pembawa Penyakit 1975, dan hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam
Warta, dan tarikh yang berlainan boleh ditetapkan bagi bahagian-bahagian Malaysia yang berlainan.
Tafsiran
Walau apa pun takrif ungkapan “serangga pembawa penyakit”
Menteri boleh melalui perintah yang disiarkan dalam Warta mengisytiharkan supaya mana-mana atau kesemua peruntukan Akta ini terpakai bagi apa-apa binatang yang ditentukan olehnya dalam perintah dan kemudian daripada itu rujukan mengenai “serangga
Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 7
pembawa penyakit” dan “penyakit yang dibawa oleh serangga”
dalam peruntukan itu hendaklah masing-masing ditafsirkan sebagai termasuk binatang dan telurnya, jika ada, dan penyakit yang dibawa olehnya.
Bahagian II
Pewakilan
Ketua Pengarah dan seseorang Pegawai Kesihatan boleh mewakilkan secara bertulis mana-mana atau kesemua kuasa yang diberi atau kewajipan yang dikenakan ke atasnya oleh Akta ini, kecuali kuasa untuk memberi kuasa seseorang pegawai awam di bawah seksyen 25, kepada mana-mana orang yang difikirkannya patut.
Pekhidmat awam
Ketua Pengarah, seseorang Pegawai Kesihatan, seseorang inspektor dan seseorang lain yang diwakilkan kuasa di bawah Akta ini hendaklah apabila bertindak dalam bidang kuasa dan kewajipan di bawah Akta ini dan mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya disifatkan sebagai pekhidmat awam mengikut pengertian Kanun
Keseksaan [Akta 574].
Kuasa untuk memasuki dan memeriksa premis, dsb.
Jika perlu dan suai manfaat bagi penjalanan kuasa yang diberi oleh Akta ini dilakukan di luar waktu yang dinyatakan dalam subseksyen (1), Ketua Pengarah, seseorang Pegawai Perubatan
Kesihatan atau seseorang inspektor boleh memasuki premis bagi maksud itu selepas memberi sekurang-kurangnya dua puluh empat jam notis terlebih dahulu kepada pemunya atau penduduk premis itu.
Undang-Undang Malaysia
AKTA 154 8
Jika kehendak subseksyen (3) telah dipatuhi, pemunya atau penduduk premis itu hendaklah membenarkan Ketua Pengarah, seseorang Pegawai Kesihatan atau seseorang inspektor, dengan atau tanpa pembantu, memasuki premis itu dan mana-mana bahagiannya bagi maksud menjalankan kuasa di bawah Akta ini dan hendaklah memberi segala maklumat yang dikehendaki oleh
Ketua Pengarah, Pegawai Kesihatan atau inspektor itu.
Ketua Pengarah, seseorang Pegawai Perubatan Kesihatan atau seseorang inspektor dan pembantunya boleh, jika perlu, menggunakan kekerasan yang munasabah atau memecahkan mana-mana pintu, tingkap atau kunci.
Kuasa menyita
jika dia syak bahawa sesuatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya sedang atau telah dilakukan, menyita apa-apa barang yang telah menjadi hal perkara atau yang telah digunakan dalam pelakuan kesalahan itu; dan
menyita apa-apa barang termasuk kandungannya bagi maksud memeriksanya untuk menentukan jika ada serangga pembawa penyakit atau sama ada keadaannya mungkin memberi perlindungan atau membiakkan serangga pembawa penyakit.
Ketua Pengarah, seseorang Pegawai Perubatan Kesihatan atau seseorang inspektor hendaklah menyediakan suatu senarai semua barang yang disita di bawah subseksyen (1) dan menyerahkan dengan segera suatu salinan senarai itu yang ditandatanganinya kepada pemunya atau penduduk premis dari mana barang-barang itu telah disita atau kepada ejen atau pekerjanya atau kepada mana-mana orang lain yang darinya barang itu telah diambil.
Jika tiada seseorang dipertuduhkan atas sesuatu kesalahan barang itu hendaklah, melainkan jika barang itu dituntut oleh pemunya atau orang yang daripadanya barang itu disita dalam tempoh dua minggu selepas penyitaan itu, dilupuskan menurut budi bicara
Ketua Pengarah atau seseorang Pegawai Perubatan Kesihatan tetapi jika dalam tempoh itu tuntutan dibuat oleh pemunya atau seseorang
Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 9
yang daripadanya barang itu disita barang itu hendaklah dikembalikan kepadanya.
Walau apa pun subseksyen (3), Ketua Pengarah atau seseorang
Pegawai Kesihatan boleh pada bila-bila masa melupuskan apa-apa serangga pembawa penyakit atau apa-apa benda mudah rosak yang diambil mengikut apa-apa cara yang difikirkannya patut:
Dengan syarat bahawa jika benda mudah rosak itu dijual, pendapatan daripada jualan itu hendaklah, jika dituntut sedemikian oleh pemunya atau orang yang daripadanya benda mudah rosak itu disita, dibayar kepadanya dalam tempoh dua minggu selepas ia disita.
Kehendak untuk membekalkan maklumat
kad pengenalannya;
dalam hal mana-mana premis perniagaan, apa-apa dokumen yang berkaitan dengan pendaftaran atau pelesenan perniagaan itu di bawah mana-mana undang-undang bertulis; dan
apa-apa dokumen lain yang dikehendaki oleh Ketua
Pengarah, seseorang Pegawai Kesihatan atau seseorang inspektor bagi maksud menentukan identiti pemunya atau penduduk premis itu;
memberi maklumat yang berhubungan dengan pembiakan serangga pembawa penyakit atau berlakunya sesuatu penyakit yang dibawa oleh serangga atau apa-apa maklumat lain yang dikehendaki oleh Ketua Pengarah, seseorang
Pegawai Kesihatan atau seseorang inspektor,
memberi apa-apa pernyataan secara bertulis.
Undang-Undang Malaysia
AKTA 154 10
dan pemunya atau penduduk atau ejen atau orang gajinya atau mana-mana orang lain itu hendaklah mematuhi kehendak itu.
Jika di bawah subseksyen (1) seseorang enggan memberi nama atau alamat tempat tinggalnya atau memberi suatu nama atau alamat tempat tinggal yang Ketua Pengarah, seseorang Pegawai
Kesihatan atau seseorang inspektor ada sebab untuk mempercayai sebagai palsu, Ketua Pengarah, Pegawai Kesihatan atau inspektor boleh, untuk menentukan nama atau alamat tempat tinggalnya, menangkapnya dan dalam tempoh dua puluh empat jam membawanya ke hadapan Majistret yang berhampiran sekali melainkan jika sebelum daripada tempoh itu namanya dan alamat tempat tinggalnya yang sebenar telah dapat ditentukan dalam hal yang demikian orang itu hendaklah dilepaskan dengan segera.
Seseorang yang tidak memberi maklumat atau yang memberi maklumat yang dikehendaki di bawah subseksyen (1) yang pada pengetahuannya adalah palsu bersalah atas suatu kesalahan di bawah
Akta ini.
Kuasa am untuk mengarah atau mengambil langkah supaya serangga pembawa penyakit dibinasakan, dsb.
Tanpa menyentuh keluasan kuasa yang dinyatakan dalam subseksyen (1) Ketua Pengarah atau seseorang Pegawai Kesihatan atau seseorang inspektor boleh secara bertulis memerintahkan pemunya atau penduduk sesuatu premis mengambil atau menjalankan mana-mana langkah atau kerja yang berikut:
memusnahkan serangga pembawa penyakit di mana jua dijumpai;
Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 11
memungut dan membuang tin, kaling, botol atau bekas lain yang dalamnya serangga pembawa penyakit boleh membiak;
memotong dan membuang rumput, tunggul buluh, paku pakis atau tumbuhan bawah yang dalamnya serangga pembawa penyakit mungkin membiak atau berlindung;
menutup dan sentiasa ditutup apa-apa tangki, sisten, bekas atau penakung lain di dalam premis;
menggunakan racun serangga pada kolam, perigi atau takungan lain air, vesel, kandang kuda, kandang babi, kandang lembu, reban ayam atau tempat lain yang digunakan untuk melindungi binatang; dan
pada amnya mencegah serangga pembawa penyakit daripada membiak atau mendapat perlindungan.
Ketua Pengarah atau seseorang Pegawai Kesihatan atau seseorang inspektor boleh di dalam perintah yang sama mengarahkan—
tempoh yang di dalamnya langkah-langkah atau kerja tertentu itu hendak diambil atau dilakukan atau disudahkan;
(aa) supaya premis itu atau mana-mana bahagian premis itu ditutup sehingga langkah-langkah atau kerja tertentu itu diambil atau dilakukan atau disudahkan dan premis itu tidak lagi boleh membiakkan atau memberikan perlindungan kepada serangga pembawa penyakit;
lat tempoh yang di dalamnya langkah-langkah atau kerja tertentu itu boleh diambil atau dilakukan; dan
bahawa langkah-langkah atau kerja tertentu itu hendaklah diambil atau dilakukan sehingga premis atau apa-apa jua di dalamnya tidak lagi boleh membiakkan atau memberi perlindungan kepada serangga pembawa penyakit.
Perintah di bawah seksyen ini boleh diberi kepada pemunya atau penduduk sesuatu premis dan seseorang yang berada di dalamnya, termasuklah ejen dan orang gajinya.
Undang-Undang Malaysia
AKTA 154 12
Walau apa pun subseksyen (1), (2) dan (3), Ketua Pengarah atau seseorang Pegawai Kesihatan atau seseorang inspektor boleh, jika pada pendapatnya keadaan membenarkan, dengan sendiri mengarahkan sesuatu langkah atau kerja yang ditetapkan dalam subseksyen itu diambil atau dibuat tetapi di dalam tiap-tiap hal sedemikian Ketua Pengarah atau seseorang Pegawai Kesihatan atau seseorang inspektor hendaklah memberitahu pemunya atau penduduk itu mengenai jenis langkah atau kerja yang dicadang hendak diambil atau dibuat itu.
Tertakluk kepada seksyen 17, jika pemunya atau penduduk sesuatu premis yang terhadapnya sesuatu perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1) atau (2) telah disampaikan tidak mematuhi syarat-syarat perintah itu, Ketua Pengarah atau seseorang Pegawai
Kesihatan atau seseorang inspektor boleh mengambil dan membuat terhadapnya atau di dalamnya mana-mana daripada langkah-langkah atau kerja yang dikehendaki diambil atau dibuat oleh perintah tersebut.
Jika Ketua Pengarah atau seseorang Pegawai Kesihatan atau seseorang inspektor dengan sendirinya mengarahkan sesuatu langkah atau kerja diambil atau dibuat di bawah subseksyen (5) atau (6)
apa-apa kos dan perbelanjaannya boleh diperoleh semula olehnya daripada pemunya atau penduduk premis yang berkenaan.
Seseorang yang membuang atau menyebabkan kurang berkesan apa-apa racun serangga yang digunakan oleh Ketua Pengarah atau seseorang Pegawai Kesihatan atau seseorang inspektor atau enggan, tidak atau cuai mematuhi sesuatu perintah bertulis yang dibuat menurut subseksyen (1) atau (2) atau mengganggu atau membuang apa-apa jua yang dibuat oleh Ketua Pengarah atau seseorang Pegawai
Kesihatan atau seseorang inspektor di bawah subseksyen (5) atau
bersalah atas suatu kesalahan di bawah Akta ini.
Pemunya atau penduduk hendaklah memberi bantuan
Khususnya dan tanpa menyentuh keluasan subseksyen (1), pemunya atau penduduk hendaklah, sebelum racun serangga mula disemburkan—
mengalih atau menutup semua bahan makanan, pakaian dan barang lain yang mungkin dicemar atau dirosakkan oleh semburan itu;
memadam semua api dan lidah api di atas premis selama tempoh penyemburan itu;
mengalih semua bingkai gambar, cermin, almari, tempat menyimpan makanan dan semua perabot daripada dinding dan meninggalkan mereka dalam keadaan yang menyenangkan dinding dan perabot itu disembur dengan racun serangga; dan
meninggalkan dan menempatkan semua bekas yang hendak digunakan untuk menyimpan air atau yang boleh menyimpan air dalam keadaan yang membolehkannya senang dimasuki untuk memeriksa isinya.
Seseorang yang enggan, tidak atau cuai melakukan mana-mana perkara di bawah seksyen ini bersalah atas suatu kesalahan di bawah Akta ini.
Pemeriksaan perubatan terhadap orang yang disyaki dijangkiti penyakit yang dibawa oleh serangga
Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 13
memeriksa dari segi perubatan seseorang yang disyaki atau mungkin dijangkiti penyakit yang dibawa oleh serangga bagi maksud memastikan sama ada orang itu menghidapi, atau pada masa yang lalu telah menghidapi, atau seorang pembawa sesuatu penyakit yang dibawa oleh serangga, atau sama ada orang itu pada masa yang lalu terdedah pada kejangkitan oleh penyakit seperti itu, termasuk pemeriksaan darah, air kencing dan najis;
merawat dari segi perubatan atau mengasingkan seseorang yang menghidapi sesuatu penyakit yang dibawa oleh serangga atau membuat kedua-duanya; dan
mengarahkan supaya dibuat suatu pemeriksaan post-mortem kepada sesuatu mayat jika kematian disyaki sebagai disebabkan oleh penyakit yang dibawa oleh serangga.
Undang-Undang Malaysia
AKTA 154 14
Seseorang yang enggan, tidak atau cuai patuh kepada pemeriksaan, rawatan atau pengasingan di bawah perenggan (1)
atau (b) atau seseorang yang ada di bawah jagaannya sesuatu mayat yang enggan atau menghalang post-mortem terhadap mayat di bawah perenggan (c) subseksyen itu bersalah atas suatu kesalahan di bawah Akta ini dan apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi dua ribu ringgit.
Kuasa untuk menghendaki maklumat dan memeriksa orang
Mana-mana orang yang, apabila dikehendaki oleh Ketua
Pengarah, seseorang Pegawai Kesihatan atau seseorang inspektor supaya memberikan maklumat di bawah seksyen ini, enggan mematuhi kehendak itu atau memberikan sebagai maklumat benar apa-apa maklumat yang dia tahu atau mempunyai sebab untuk percaya adalah palsu, tidak benar atau tidak betul, keseluruhannya atau sebahagiannya, melakukan suatu kesalahan.
dibuktikan palsu, tidak benar atau tidak betul, keseluruhannya atau sebahagiannya, tidak menjadi suatu pembelaan dakwaan bahawa maklumat itu atau mana-mana bahagiannya telah disalahtafsirkan atau diberikan dengan tidak sengaja atau tanpa niat jenayah atau tipuan.
Ketua Pengarah, seseorang Pegawai Kesihatan atau seseorang inspektor yang membuat sesuatu penyiasatan di bawah Akta ini boleh menjalankan mana-mana atau semua kuasa yang diberikan oleh seksyen 111 Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593] dan seksyen 112 hingga 114 Kanun itu hendaklah terpakai bagi pernyataan yang dibuat oleh orang yang diperiksa dalam penjalanan penyiasatan itu.
Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 15
Bahagian III
PENDUDUK
Kelulusan hendaklah diperoleh bagi kerja yang mungkin membiakkan atau memberi perlindungan pada serangga pembawa penyakit
Ketua Pengarah atau Pegawai Kesihatan boleh, selepas mengkaji pelan itu, menghendaki orang yang mengusaha, melaksana atau menjalankan kerja membina bangunan, memajukan tanah, menebus guna tanah, mengorek, melombong atau kerja lain itu mematuhi syarat-syarat yang difikirkannya perlu bagi mencegah serangga pembawa penyakit daripada membiak atau mendapat perlindungan.
Seseorang yang tidak mengemukakan pelan sebagaimana yang dikehendaki di bawah subseksyen (1) atau enggan, tidak atau cuai mematuhi mana-mana syarat yang dikenakan di bawah subseksyen itu bersalah atas suatu kesalahan di bawah Akta ini.
Larangan terhadap pembersihan tumbuhan bawah dalam hal keadaan tertentu, dsb.
menebas atau membersihkan apa-apa tumbuhan bawah atau tumbuh-tumbuhan lain dalam lingkungan dua puluh kaki daripada mana-mana anak sungai atau air resapan atau air mengalir atau bertakung yang baginya teduhan telah diberikan oleh tumbuhan bawah atau tumbuhan-tumbuhan lain itu;
Undang-Undang Malaysia
AKTA 154 16
menebang atau membersihkan hutan, tumbuhan bawah atau tumbuh-tumbuhan lain; atau
membuat lubang bagi maksud menanam, menanam semula atau memajukan tanah, hendaklah memberitahu Ketua Pengarah atau seseorang Pegawai
Kesihatan secara bertulis mengenai tujuannya tidak kurang daripada empat belas hari sebelum kerja itu bermula.
Ketua Pengarah atau seseorang Pegawai Kesihatan apabila menerima notis di bawah subseksyen (1) boleh secara bertulis memerintahkan pemunya, penduduk atau seseorang lain mengambil apa-apa langkah yang ditetapkannya dalam perintah bertulis itu bagi mencegah serangga pembawa penyakit daripada membiak atau mendapat perlindungan.
Tiada seseorang pemunya atau penduduk sesuatu premis, termasuklah sesuatu tanah pertanian boleh membenarkan apa-apa lubang atau lekukan yang mungkin menakung air daripada terus berada pada atau di atas tanah yang dipunyai atau diduduki olehnya selama suatu tempoh lebih daripada tujuh hari daripada masa lubang atau lekukan itu dibuat, sama ada lubang atau lekukan itu dibuat dalam masa membersih, menanam atau kerja pertanian lain atau oleh kerana tumbangnya sesuatu pokok atau dalam apa-apa jua cara lain, dan tiap-tiap seorang pemunya atau penduduk hendaklah menimbus atau mengarahkan supaya ditimbus mana-mana lubang atau lekukan itu hingga sama rata dengan tanah sekitarnya dalam tempoh tujuh hari daripada tarikh lubang atau lekukan itu dibuat:
Dengan syarat bahawa pemunya atau penduduk boleh membiarkan lubang atau lekukan itu kekal selama suatu tempoh lebih lama daripada tujuh hari jika dia mengambil apa-apa langkah untuk mencegah serangga pembawa penyakit di dalam lubang atau lekukan itu daripada membiak atau daripada mendapat perlindungan.
Seseorang yang melanggar peruntukan seksyen ini atau mana-mana perintah di bawah subseksyen (2) bersalah atas suatu kesalahan di bawah Akta ini.
Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 17
Larangan terhadap tindakan menimbulkan keadaan yang mungkin membiakkan atau memberi perlindungan kepada serangga pembawa penyakit
Seseorang yang melanggar subseksyen (1) bersalah atas suatu kesalahan di bawah Akta ini.
Larangan terhadap pembiakan, dsb., serangga pembawa penyakit tanpa kebenaran
Sesuatu kebenaran yang diberi di bawah peruntukan subseksyen (1)—
hendaklah mengikut budi bicara Ketua Pengarah setelah dia berpuas hati bahawa permohonan untuknya telah dibuat bagi maksud saintifik atau bagi maksud pelajaran atau penyelidikan atau bagi sebab lain yang diterimanya;
boleh tertakluk kepada apa-apa syarat yang difikirkan patut dikenakan oleh Ketua Pengarah; dan
boleh dibatalkan pada bila-bila masa oleh Ketua Pengarah tanpa memberi apa-apa sebab baginya.
Seseorang yang melanggar subseksyen (1) atau yang melanggar mana-mana syarat yang dikenakan di bawah perenggan (2)(b)
bersalah atas suatu kesalahan di bawah Akta ini.
Bahagian IV
Memperoleh semula kos dan perbelanjaan
Jika seseorang menjual atau memindah milik apa-apa harta yang berkenaan dengannya kos dan perbelanjaan telah dilakukan oleh Ketua Pengarah atau seseorang Pegawai Kesihatan pada atau mengenai menjalankan sesuatu kerja yang dikehendaki dibuat di bawah Akta ini dan kos dan perbelanjaan itu boleh diperoleh semula di bawah Akta ini daripada pemunya harta itu, orang itu hendaklah terus kena membayar semua kos dan perbelanjaan yang kena dibayar berkenaan dengan harta itu dan menjalankan semua tanggungan lain yang dikenakan oleh Akta ini kepada pemunya harta yang menjadi kena dibayar atau dikehendaki dilaksanakan sebelum pemindahan milik itu.
Tiada apa-apa pun dalam seksyen ini boleh menyentuh tanggungan pembeli atau penerima pindah milik untuk membayar kos dan perbelanjaan berkenaan dengan harta itu atau hak Ketua
Pengarah atau seseorang Pegawai Kesihatan untuk memperoleh semula kos dan perbelanjaan itu atau untuk menjalankan mana-mana tanggungan di bawah Akta ini.
Tiada apa-apa pun dalam seksyen ini boleh menyentuh tanggungan seseorang untuk didakwa atau dihukum di bawah Akta ini.
Ketua Pengarah atau seseorang Pegawai Kesihatan boleh mengikut budi bicaranya mengecualikan sebahagian atau kesemua daripada bayaran kos dan perbelanjaan jika dia mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa orang yang dikehendaki membuat bayaran tidak berkemampuan untuk membayar bayaran itu.
Bagi maksud seksyen ini “kos dan perbelanjaan” ertinya kesemua kos dan perbelanjaan yang dilakukan.
Penyampaian perintah, dsb.
dengan menyerahkannya kepada orang itu atau dengan menyerahkannya kepada seseorang keluarganya yang dewasa atau orang gajinya di tempat tinggal akhirnya yang diketahui;
dengan meninggalkannya di tempat tinggal atau perniagaannya yang biasa atau terakhir diketahui dalam sampul yang dialamatkan kepadanya; atau
dengan menghantarkannya secara pos dalam suatu surat yang telah dibayar terlebih dahulu yang dialamatkan kepada orang itu di tempat tinggal atau perniagaannya yang biasa atau terakhir diketahui.
Sesuatu perintah, notis atau dokumen lain yang dikehendaki oleh Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya boleh disampaikan kepada sesuatu pertubuhan perbadanan, firma, persatuan atau kumpulan orang—
dengan menyerahkannya kepada seseorang pengarah, pengurus, setiausaha atau pegawai lain seumpamanya atau pekongsi atau seseorang yang berupa sebagai bertindak dalam jawatan itu; atau
dengan menghantarkannya secara pos dalam suatu surat yang telah dibayar terlebih dahulu yang dialamatkan kepada pejabat berdaftar atau tempat perniagaan biasa atau yang terakhir diketahui kepunyaan pertubuhan perbadanan, firma, persatuan atau lain-lain kumpulan orang.
Sesuatu perintah, notis atau dokumen lain yang dikehendaki disampaikan oleh Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya kepada pemunya atau penduduk sesuatu premis hendaklah disifatkan sebagai dialamatkan dengan sempurna jika dialamatkan dengan menggunakan perihal “pemunya” atau
“penduduk” premis itu tanpa nama atau perihal selanjutnya.
Tanpa menyentuh subseksyen (1) dan (2), sesuatu perintah, notis atau dokumen lain yang dikehendaki disampaikan oleh Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya kepada pemunya atau penduduk sesuatu premis boleh disampaikan dengan menghantarnya kepada seseorang dewasa yang berada di premis itu atau, jika tidak ada seseorang dewasa di premis itu, kepada
Undang-Undang Malaysia
AKTA 154 20
sesiapa yang perintah, notis atau dokumen lain itu boleh dengan usaha yang munasabah diserahkan atau, dengan melekatkan perintah, notis atau dokumen itu pada sesuatu bahagian premis itu yang mudah dilihat.
Rayuan kepada Menteri
Menteri boleh mengesah, mengubah atau membatalkan perintah itu atau mengarahkan supaya langkah-langkah atau kerja yang ditetapkan dalamnya diteruskan, diubah atau ditinggalkan, mengikut mana-mana yang berkenaan, atau membuat sesuatu perintah yang
Ketua Pengarah atau seseorang Pegawai Kesihatan adalah berwibawa untuk membuat di bawah Akta ini, dan keputusan Menteri mengenainya adalah muktamad.
Tiada pampasan
Tiada seorang pun berhak menerima pampasan bagi apa-apa perbelanjaan yang dilakukan atau kerosakan yang disebabkan oleh sesuatu perintah atau perbuatan yang dibuat menurut Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya melainkan jika kerosakan itu telah disebabkan dengan niat jahat atau tanpa sebab yang munasabah.
Kewajipan pemunya dan penduduk untuk menjaga kerja mencegah pembiakan serangga pembawa penyakit
Jika sesuatu premis digunakan dengan cara yang menyebabkan kerja itu merosot atau kurang cekap, pemunya dan penduduk premis itu, tertakluk kepada peruntukan subseksyen (4), bersalah atas suatu kesalahan di bawah Akta ini dan Ketua Pengarah atau seseorang
Pegawai Kesihatan boleh memasuki premis itu dan menjalankan apa-apa pembaikan atau kerja ke atasnya dan walau apa pun yang terkandung dalam sesuatu undang-undang bertulis memperoleh semula daripada orang yang disabitkan, mengikut cara yang sama seolah-olah ia suatu denda yang dikenakan oleh sesuatu Mahkamah
Majistret, apa-apa kos dan perbelanjaan yang dengan itu dilakukan.
Sebelum sesuatu prosiding diadakan di bawah seksyen ini, notis bertulis hendaklah diberi oleh Ketua Pengarah atau seseorang
Pegawai Kesihatan kepada pemunya atau penduduk, mengikut mana-mana yang berkenaan, menyatakan apa yang dikehendaki oleh
Ketua Pengarah atau Pegawai Kesihatan dibuat atau jangan dibuat dan memberikan masa untuk mematuhinya sebagaimana yang difikirkan perlu oleh Ketua Pengarah atau Pegawai Kesihatan itu.
Jika pemunya premis itu atas alasan sesuatu kontrak undang-undang (yang bukannya suatu kontrak yang dibuat dengan tujuan mengelakkan tanggungan di bawah seksyen ini) ditahan daripada memasuki premis itu untuk menjalankan kewajipan dan tanggungan yang disebut dalam subseksyen (1), dia tidak boleh dikenakan penalti yang disebut dalam subseksyen (2), melainkan jika boleh ditunjukkan bahawa dia telah dalam apa-apa cara menyebabkan penduduk itu enggan atau tidak menjalankan kewajipan dan tanggungan itu.
Penalti bagi merosakkan kerja yang dijalankan oleh Ketua
Pengarah atau seseorang Pegawai Perubatan Kesihatan
Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 21
Seseorang yang, tanpa persetujuan Ketua Pengarah atau seseorang Pegawai Kesihatan, campur tangan dalam, merosakkan, mencacatkan, membinasakan atau menjadikan tidak berguna apa-apa kerja yang dijalankan atau apa-apa barang atau benda yang ditempatkan dalam, di bawah atau di atas sesuatu premis oleh atau di bawah perintah Ketua Pengarah atau seseorang Pegawai Kesihatan bersalah atas suatu kesalahan di bawah Akta ini dan boleh apabila disabitkan didenda tidak melebihi *sepuluh ribu ringgit; dan Ketua
Pengarah atau seseorang Pegawai Kesihatan boleh walau apa pun yang terkandung dalam sesuatu undang-undang bertulis memperoleh semula daripada orang yang disabitkan, mengikut cara yang sama
*CATATAN—Dahulunya “dua ribu ringgit”–lihat Akta A1086.
Undang-Undang Malaysia
AKTA 154 22
seolah-olah ia suatu denda yang dikenakan oleh sesuatu Mahkamah
Majistret, apa-apa kos dan perbelanjaan yang dilakukan dalam membaiki kerja itu atau mengganti barang atau benda yang dicampur tangan, dirosakkan, dicacatkan, dibinasakan atau dijadikan tidak berguna sedemikian itu.
Penalti kerana menghalang
Pegawai Kesihatan, seseorang inspektor atau seseorang yang ditugas menjalankan peruntukan Akta ini bersalah atas suatu kesalahan di bawah Akta ini dan boleh apabila disabitkan didenda tidak melebihi
*sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama suatu tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Tanggungan pemunya, penduduk, pekhidmat, dsb.
Jika sesuatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya telah dilakukan atau disifatkan telah dilakukan di bawah subseksyen (1) oleh sesuatu pertubuhan perbadanan, firma, persatuan atau kumpulan orang lain, seseorang yang pada masa pelakuan kesalahan itu seorang pengarah, pengurus, setiausaha atau pegawai seumpamanya lain atau seorang pekongsi pertubuhan perbadanan, firma, persatuan atau kumpulan orang lain atau berupa sebagai bertindak dalam jawatan itu hendaklah, serta juga pertubuhan perbadanan, firma, persatuan atau kumpulan orang lain itu, disifatkan bersalah atas kesalahan itu melainkan jika dia membuktikan bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa persetujuan atau pembiarannya dan bahawa dia menjalankan semua usaha bagi mencegah kesalahan itu daripada berlaku sebagaimana yang sepatutnya telah dilakukan olehnya, memandangkan kepada jenis tugasnya dalam jawatan itu dan kepada semua hal keadaan.
*CATATAN—Dahulunya “satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama suatu tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya”–lihat Akta A1086.
Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 23
Pemulaan dan penjalanan pendakwaan
Pendakwaan berkenaan dengan sesuatu kesalahan di bawah
Akta ini tidak boleh dimulakan kecuali melalui atau dengan keizinan bertulis Pendakwa Raya.
Penalti am
Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya yang baginya tiada penalti tertentu diperuntukkan boleh apabila disabitkan—
berkenaan dengan sesuatu kesalahan pertama didenda tidak melebihi *sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama suatu tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya;
berkenaan dengan sesuatu kesalahan kedua atau yang kemudiannya didenda tidak melebihi **lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama suatu tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya;
berkenaan dengan sesuatu kesalahan yang berterusan didenda selanjutnya tidak melebihi ***lima ratus ringgit bagi tiap-tiap satu hari kesalahan itu diteruskan.
Majistret Kelas Pertama hendaklah mempunyai bidang kuasa penuh
Walau apapun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang berlawanan, suatu mahkamah Majistret Kelas Pertama hendaklah mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini dan untuk menjatuhkan hukuman penuh bagi mana-mana kesalahan itu.
Bantuan polis
Jika Ketua Pengarah, seseorang Pegawai Kesihatan atau seseorang inspektor hendak memasuki sesuatu premis bagi maksud menjalankan peruntukan Akta ini, dia boleh, jika pada pendapatnya perlu, mendapatkan bantuan seseorang pegawai polis dan pegawai polis itu hendaklah memberi bantuan yang perlu bagi maksud itu.
*CATATAN—Dahulunya “seribu ringgit atau penjara selama suatu tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya”–lihat Akta A1086.
**CATATAN—Dahulunya “dua ribu ringgit atau penjara selama suatu tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya”–lihat Akta A1086.
***CATATAN—Dahulunya “lima puluh ringgit”–lihat Akta A1086.
Undang-Undang Malaysia
AKTA 154 24
Kuasa untuk mengkompaun
Suatu tawaran di bawah subseksyen (1) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu dilakukan, tetapi sebelum apa-apa pendakwaan baginya dimulakan, dan jika amaun yang dinyatakan dalam tawaran itu tidak dibayar dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran itu atau dalam apa-apa tempoh lanjutan yang diberikan oleh Ketua Pengarah, seseorang Pegawai Kesihatan, seseorang inspektor atau seseorang pegawai awam yang diberi kuasa sedemikian, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu dibuat.
, tiada pendakwaan boleh selepas itu dimulakan berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaunkan itu dibuat.
Akta hendaklah terpakai bagi semua harta
Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam seksyen 19,
Akta ini hendaklah terpakai bagi semua harta daripada tiap-tiap jenis termasuk yang dipunyai oleh, diletak hak pada atau disenggara oleh sesuatu badan berkanun.
*CATATAN—Dahulunya “seratus ringgit”–lihat Akta A1086.
Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 25
Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan
Menteri boleh membuat peraturan-peraturan bagi menjalankan maksud Akta ini dan tanpa menyentuh keluasan makna perkataan yang tersebut di atas boleh—
menentukan langkah-langkah atau kerja yang kena diambil atau dibuat oleh seseorang atau kelas orang bagi mencegah serangga pembawa penyakit daripada membiak dan diberi perlindungan;
menghendaki seseorang atau kelas orang menghantar apa-apa maklumat yang ditentukan;
menetapkan pengawalan dan syarat-syarat mengenai pengimportan atau pengeksportan serangga pembawa penyakit;
menetapkan bentuk apa-apa perintah, notis atau dokumen lain yang dikehendaki di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya.
Undang-Undang Malaysia
AKTA 154 26
Akta 154
SENARAI PINDAAN
Undang-undang
Tajuk ringkas
Berkuat kuasa yang meminda dari
Akta A327
Akta Kanun Keseksaan (Pindaan 31-03-1976
dan Peluasan) 1976
Akta 160
Akta Matawang Malaysia (Ringgit)
29-08-1975 1975
Akta A1086
Akta Pemusnahan Serangga 01-01-2001
Pembawa Penyakit (Pindaan) 2000
Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 27
AKTA 154
SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA
Seksyen
Kuasa meminda
Berkuat kuasa dari 2
Akta A1086 01-01-2001 3
Akta A1086 01-01-2001 5
Akta A1086 01-01-2001 7
Akta A1086 01-01-2001 8
Akta A1086 01-01-2001 10-10A
Akta A1086 01-01-2001 20-21
Akta A1086 01-01-2001 22A
Akta A1086 01-01-2001 23-23A
Akta A1086 01-01-2001 25
Akta A1086 01-01-2001