Malaysia legislation
Section 10A
Seksyen 10A
(2)
Mana-mana orang yang, apabila dikehendaki oleh Ketua
Pengarah, seseorang Pegawai Kesihatan atau seseorang inspektor supaya memberikan maklumat di bawah seksyen ini, enggan mematuhi kehendak itu atau memberikan sebagai maklumat benar apa-apa maklumat yang dia tahu atau mempunyai sebab untuk percaya adalah palsu, tidak benar atau tidak betul, keseluruhannya atau sebahagiannya, melakukan suatu kesalahan.
(3)
Jika apa-apa maklumat yang diberikan di bawah subseksyen
(2)
dibuktikan palsu, tidak benar atau tidak betul, keseluruhannya atau sebahagiannya, tidak menjadi suatu pembelaan dakwaan bahawa maklumat itu atau mana-mana bahagiannya telah disalahtafsirkan atau diberikan dengan tidak sengaja atau tanpa niat jenayah atau tipuan.
(4)
Ketua Pengarah, seseorang Pegawai Kesihatan atau seseorang inspektor yang membuat sesuatu penyiasatan di bawah Akta ini boleh menjalankan mana-mana atau semua kuasa yang diberikan oleh seksyen 111 Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593] dan seksyen 112 hingga 114 Kanun itu hendaklah terpakai bagi pernyataan yang dibuat oleh orang yang diperiksa dalam penjalanan penyiasatan itu.
Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 15