Malaysia legislation

Section 14

of AKTA PEMUSNAHAN SERANGGA PEMBAWA PENYAKIT 1975

Seksyen 14

(2)

Sesuatu kebenaran yang diberi di bawah peruntukan subseksyen (1)—

(a)

hendaklah mengikut budi bicara Ketua Pengarah setelah dia berpuas hati bahawa permohonan untuknya telah dibuat bagi maksud saintifik atau bagi maksud pelajaran atau penyelidikan atau bagi sebab lain yang diterimanya;

(b)

boleh tertakluk kepada apa-apa syarat yang difikirkan patut dikenakan oleh Ketua Pengarah; dan

(c)

boleh dibatalkan pada bila-bila masa oleh Ketua Pengarah tanpa memberi apa-apa sebab baginya.

(3)

Seseorang yang melanggar subseksyen (1) atau yang melanggar mana-mana syarat yang dikenakan di bawah perenggan (2)(b)

bersalah atas suatu kesalahan di bawah Akta ini.