Malaysia legislation

Section 19

of AKTA PEMUSNAHAN SERANGGA PEMBAWA PENYAKIT 1975

Seksyen 19

(2)

Jika sesuatu premis digunakan dengan cara yang menyebabkan kerja itu merosot atau kurang cekap, pemunya dan penduduk premis itu, tertakluk kepada peruntukan subseksyen (4), bersalah atas suatu kesalahan di bawah Akta ini dan Ketua Pengarah atau seseorang

Pegawai Kesihatan boleh memasuki premis itu dan menjalankan apa-apa pembaikan atau kerja ke atasnya dan walau apa pun yang terkandung dalam sesuatu undang-undang bertulis memperoleh semula daripada orang yang disabitkan, mengikut cara yang sama seolah-olah ia suatu denda yang dikenakan oleh sesuatu Mahkamah

Majistret, apa-apa kos dan perbelanjaan yang dengan itu dilakukan.

(3)

Sebelum sesuatu prosiding diadakan di bawah seksyen ini, notis bertulis hendaklah diberi oleh Ketua Pengarah atau seseorang

Pegawai Kesihatan kepada pemunya atau penduduk, mengikut mana-mana yang berkenaan, menyatakan apa yang dikehendaki oleh

Ketua Pengarah atau Pegawai Kesihatan dibuat atau jangan dibuat dan memberikan masa untuk mematuhinya sebagaimana yang difikirkan perlu oleh Ketua Pengarah atau Pegawai Kesihatan itu.

(4)

Jika pemunya premis itu atas alasan sesuatu kontrak undang-undang (yang bukannya suatu kontrak yang dibuat dengan tujuan mengelakkan tanggungan di bawah seksyen ini) ditahan daripada memasuki premis itu untuk menjalankan kewajipan dan tanggungan yang disebut dalam subseksyen (1), dia tidak boleh dikenakan penalti yang disebut dalam subseksyen (2), melainkan jika boleh ditunjukkan bahawa dia telah dalam apa-apa cara menyebabkan penduduk itu enggan atau tidak menjalankan kewajipan dan tanggungan itu.

Penalti bagi merosakkan kerja yang dijalankan oleh Ketua

Pengarah atau seseorang Pegawai Perubatan Kesihatan