Malaysia legislation
Section 20
Seksyen 20
Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 21
Seseorang yang, tanpa persetujuan Ketua Pengarah atau seseorang Pegawai Kesihatan, campur tangan dalam, merosakkan, mencacatkan, membinasakan atau menjadikan tidak berguna apa-apa kerja yang dijalankan atau apa-apa barang atau benda yang ditempatkan dalam, di bawah atau di atas sesuatu premis oleh atau di bawah perintah Ketua Pengarah atau seseorang Pegawai Kesihatan bersalah atas suatu kesalahan di bawah Akta ini dan boleh apabila disabitkan didenda tidak melebihi *sepuluh ribu ringgit; dan Ketua
Pengarah atau seseorang Pegawai Kesihatan boleh walau apa pun yang terkandung dalam sesuatu undang-undang bertulis memperoleh semula daripada orang yang disabitkan, mengikut cara yang sama
*CATATAN—Dahulunya “dua ribu ringgit”–lihat Akta A1086.
Undang-Undang Malaysia
AKTA 154 22
seolah-olah ia suatu denda yang dikenakan oleh sesuatu Mahkamah
Majistret, apa-apa kos dan perbelanjaan yang dilakukan dalam membaiki kerja itu atau mengganti barang atau benda yang dicampur tangan, dirosakkan, dicacatkan, dibinasakan atau dijadikan tidak berguna sedemikian itu.