Malaysia legislation
Section 23
Seksyen 23
Penalti am
Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya yang baginya tiada penalti tertentu diperuntukkan boleh apabila disabitkan—
(a)
berkenaan dengan sesuatu kesalahan pertama didenda tidak melebihi *sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama suatu tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya;
(b)
berkenaan dengan sesuatu kesalahan kedua atau yang kemudiannya didenda tidak melebihi **lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama suatu tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya;
(c)
berkenaan dengan sesuatu kesalahan yang berterusan didenda selanjutnya tidak melebihi ***lima ratus ringgit bagi tiap-tiap satu hari kesalahan itu diteruskan.
Majistret Kelas Pertama hendaklah mempunyai bidang kuasa penuh