Malaysia legislation

Section 5

of AKTA PEMUSNAHAN SERANGGA PEMBAWA PENYAKIT 1975

Seksyen 5

(2)

(Dipotong oleh Akta A1086.)

(3)

Jika perlu dan suai manfaat bagi penjalanan kuasa yang diberi oleh Akta ini dilakukan di luar waktu yang dinyatakan dalam subseksyen (1), Ketua Pengarah, seseorang Pegawai Perubatan

Kesihatan atau seseorang inspektor boleh memasuki premis bagi maksud itu selepas memberi sekurang-kurangnya dua puluh empat jam notis terlebih dahulu kepada pemunya atau penduduk premis itu.

Undang-Undang Malaysia

AKTA 154 8

(4)

Jika kehendak subseksyen (3) telah dipatuhi, pemunya atau penduduk premis itu hendaklah membenarkan Ketua Pengarah, seseorang Pegawai Kesihatan atau seseorang inspektor, dengan atau tanpa pembantu, memasuki premis itu dan mana-mana bahagiannya bagi maksud menjalankan kuasa di bawah Akta ini dan hendaklah memberi segala maklumat yang dikehendaki oleh

Ketua Pengarah, Pegawai Kesihatan atau inspektor itu.

(5)

Pada menjalankan kuasanya untuk masuk di bawah subseksyen

(3)

Ketua Pengarah, seseorang Pegawai Perubatan Kesihatan atau seseorang inspektor dan pembantunya boleh, jika perlu, menggunakan kekerasan yang munasabah atau memecahkan mana-mana pintu, tingkap atau kunci.

Kuasa menyita